Sunday 20 May 2007

7: 6.30 :9

“6.30 petang, tukar TV9 pastu baru Manjalara..”

“Manjalaralah…”


“Lama lagi nak habis episode Manjalara ni…”

“Marilah mengaji kenal huruf Al-Quran
Mari-mari mengaji penuh kesungguhan
Marilah mengaji faham isi Al-Quran
Hayati maksudnya dalam kehidupan”

“Apalah cerita ni.. macam Qiraati je..”

“Takyah tengoklah..Rancangan ini untuk kanak-kanak je..
Aku da terror baca Qur’an dah..”


“Menarik juga ya..”

“La….Aku rupa-rupanya jahil juga ya hukum tajwid ni..”

“Bagus rancangan ini ditayangkan untuk tontonan umum…”

“Tajwid yang diajar mudah difahami”


“Cara penyampaian yang berlainan dengan Siri Mengaji yang lain (tak ingat nama siri)”

Bak kata Ustaz Zamri… “Mana satu idaman qalbu?”

“Mari kawan-kawan kita baca Qur’an
Jangan malu segan guru akan tunjukkan..”

Friday 18 May 2007

Bumbung = Wanita = Bocor

" YB Kenapa siling di Parlimen bocor?"
" Di mana pergi peruntukan yang diberi kerajaan pusat untuk menyelenggara Dewan Parlimen.."
"Kita hanya menyelenggara 10 tahun sekali"
"Kos penyeleggaraan di Dewan parlimen memakan kos yang besar"
"Siling bocor tidak patut berlaku. Lebih-lebih lagi di Parlimen"
" Kat mana-manapun siling pasti bocor..macam perempuan pon bocor jugak...."

Percaya atau tidak itu adalah antara ungkapan yang dapat saya selitkan semasa Dewan Parlimen, sebuah institusi yang amat penting di negara kita sedang bersidang.

Bagi kita sebagai perempuan yang tidak tahu perkara sebenar, kita mungkin berfikir itu perkara biasa. Wanita dan bocor, sudah pastilah bererti wanita tersebut didatangi haid ataupun datang bulan.

Tetapi apabila isu ini diungkit semasa hangat isu siling bocor di parlimen dibahaskan, penyataan tersebut seolah-olah tidak ada kena mengena. Seolah-olah memperlekehkan golongan wanita. Tidak logik dikaitkan dengan usul yang dibahaskan.

Saya tertarik dengan hasil perbincangan dalam rancangan Wanita Hari Ini hari ini...Isu Memperlekehkan Wanita.

Seolah-olah Ahli Parlimen tidak ada insurans dalam menyuarakan kata-kata. Main lepas begitu sahaja. Dan pada hari ini, 2 YB yang berkenaan telah turun ke Kementerian Wanita dan Pembangunan Masyarakat dan memohon maaf kepada semua wanita di negara ini melalui Dato' Shahrizat.

Kenapa isu ini ditimbulkan?
Wanita terlalu sensitifkah?
Sudahkah timbul di minda wanita untuk mempertahankan sesuatu yang hak?

P/s: Tepuk dada tanyalah iman. Renung-renungkan.

Thursday 17 May 2007

GambarZ

Antara VIP yang hadir semasa Majlis penutupan Konvensyen Belia Kebangsaan :
Di tengah-tengah YB Timbalan Ketua Menteri Kementerian Belia & Sukan

Antara panel forum:
ADUN Cameron YB Sdr K. Devamany, Moderator Tn Hj Fadzil b Yahya , YBhg Prof Shaharuddin dan Dato' Saifuddin.


Saya seorang diri selepas tamat Konvensyen Belia Kebangsaan 2007

Saya dan Kak Sam (MPP UKM)

Saya dan Saudara Irmohizam Ibrahim - Moderator dan Penulis di dalam Akhbar Berita Harian


Saya dan Puan Norma ( Tokoh Wanita Sabah & Kebangsaan). Sabah bah...


Saya dan Kak Uma (wakil St John) semasa majlis penutupan.

Saya ketika sesi pembentangan hasil dalam kumpulan.( Belia & Ancaman Media Global)

Saya dan Y.Bhg. Dato' Shamsul Anuar Nasarah ( Presiden Majlis Belia Malaysia)

Bergambar bersama 'the only' peserta wanita selepas habis program. Dari kiri : Kak Sam (MPP UKM), Pn Norma ( Wakil Sabah), Pn Haliza (wakil Paandu Puteri Selangor), Jameelah (wakil Gepima= Gerakan India Muslim), Nadia (wakil Matrikulasi Malaysia), Kak Uma (wakil St John) dan saya (wakil UIA PJ)

Semasa sesi taklimat sempat lagi bergambar. Dari Kiri: pn Haliza, Jameelah, saya dan kak Nadia(wakil Pandu Puteri Malaysia)

Aku wanita pertama...

Slot diskusi besar bermula agak lambat (dalam 20 minit) mungkin kerana kumpulan-kumpulan bersemangat dalam menyediakan visual aid untuk dibentangkan nanti. Slot ini dihandle oleh En Irmohizam Ibrahim (Exco, MBM).Nampaknya Ke3-3 pembentang menyediakan visual aid. Satu perkembangan yang positif berbanding slot tengahari tadi.

Wakil Kumpulan 1 memulakan bicara. Tajuknya Belia & Kerjaya. Moderater mengingatkan setiap wakil untuk tidak lebih 10 minit berbicara.

“Saya sekarang menjemput wakil kumpulan 2 untuk membentangkan hasil perbincangan mereka. Dengan Tajuk: Belia & Ancaman Media Global. Siapa wakil kumpulan 2?” Tanya Saudara Irmohizam Ibrahim, moderator diskusi besar.

Saya berdiri dan mengangkat tangkat. “ Saya, Raihan daripada UIA PJ” lalu pergi ke atas pentas. Hadirin semua memberikan tepukan gemuruh kepada saya terutamanya ahli kumpulan saya. Dan mungkin saya merupakan wakil wanita pertama setakat ini yang berdiri di hadapan semua.

Nak dijadikan cerita, saya ini seperti bidan terjun. Saya dikehendaki untuk membentangkan hasil diskusi kumpulan kami. Saya telah diminta pada saat-saat terakhir selepas Saudari Uma menyatakan dia tidak boleh lakukannya. Di tangan saya hanya ada nota yang saya ambil semasa pembentangan kertas kerja. Saya langsung tidak menyalin point-point semasa perbincangan kerana berpendapat saya mampu membuat demikian ketika sesi perbentangan nanti.

Saya cuba untuk menerangkan secara ringkas dan sepadat yang boleh. Dengan hanya berbekalkan visual aid yang ada dan sedikit ilmu perbincangan tadi di dada, saya meneruskan pembentangan hasil diskusi kumpulan kami tadi.

Saya hanya..
Bercakap dan berpaling ke kanan melihat slide.
Bercakap dan berpaling ke kanan melihat slide.

Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaan saya ketika di atas pentas. Seolah-olah tak pernah bercakap di hadapan buat masa yang lama (dalam 1 bulan). Mungkin disebabkan saya seorang budak law, makanya amat mudah bagi saya menyampaikan hujah-hujah saya. Agak takut juga, jika ditanya soalan-soalan yang tidak disangka.

Di sini, saya letakkan antara point-point yang penting semasa pembentangan saya pada malam itu.

Pertama
Isu
Penyebaran Bahan NegatifStrategi
Kementerian Penerangan mengawal bahan-bahan negative melalui belia

Memorendum
Mendesak Kementerian Penerangan mengadakan garis panduan dalam penyebaran bahan melaui media cetak/ elektronik

Kedua
Isu
Etika Penggunaan Komputer

Strategi
Pendidikan

Memorendum
1) Kementerian Pendidikan perlu ada garis panduan dalam penggunaan computer atau bahan media

2) Meningkatkan dan memperkasakan sistem pendidikan

Ketiga
Isu
Kurang Ruangan Suara Belia di media

Strategi
1) Mewujudkan jaringan hubungan yang baik antara agensi yang terlibat
2) Membuat jaringan dengan syarikat media yang tidak mementingkan nilai kormersial
3) Mewujudkan senaskah akhbar ‘ suara belia’

Nota: Jadual di atas adalah lebih kurang apa yang telah sampaikan.

“ Tahniah, best performance ever. Ini adalah wakil pertama yang dapat menerangkan tidak lebih daripada waktu yang ditetapkan. Padat dan ringkas. Tahniah.” ucap Sdr Moderator. Tepukan gemuruh diberikan oleh peserta-peserta lain.

Sebenarnya semasa saya menyampaikan hujah-hujah saya, suasana diselangi dengan teriakan yang menyokong apa yang saya katakan. Saya terasa seolah-olah sedang memberi ucapan politik pula. Bersemangat saya di atas pentas. Bila saya memandang hadirin, mereka semua seolah-olah memberikan perhatian kepada saya dan ada yang kelihatan mengantuk mungkin sesi sudah hampir pukul 11 malam.

Kumpulan 3 menghantar wakil yang sama seperti slot petang tadi. Penerangan yang diberi sangat panjang dan saya ada tersenguk-senguk seketika. Mungkin penat setelah berucap di hadapan. Tetapi ini tidak mematahkan semangat saya untuk mencatat point-point yang saya kira penting.

Habis sahaja slot tersebut, para peserta diingatkan untuk slot esok hari.

Semasa supper, aku ditegur oleh bebrapa orang peserta. Saudara Guna, Saudara Ghadafi (ahli kumpulanku) turut memuji penyampaian saya sebentar tadi. Bersemangat. Bagus.

Puan Norma dari jauh memanggilku. “ Raihan….Let me be the first salam you.Congrate bah…”

Disebabkan malam masih muda, ada beberape kumpulan peserta yang ingin berkaraoke di sekitar Kuala Lumpur. Mereka ada juga mengajak saya untuk pergi. Tetapi saya menolak dengan menyatakan saya penat. Hari ini dalam sejarahlah kalau saya pergi.

Kemudian, saya sempat berbicara dengan sekumpulan wakil daripada UIA. Tidak saya bertanyakan mereka mewakili apa. Mereka merupakan pelajar HS tahun 2. Mereka mengenali Abg Munem ketika saya bertanyakan kepada mereka kenal ke tidak.

“Wakil UIA PJ?”
“ Aah…”
“Madam Saudah sihat?”
“Sihat…Dia yang minta saya wakilkan UIA PJ untuk datang sini…”
“Wakil MSCC ye? Still MSCC kenamanya lagi?”
“ Aah…FSCC..Foundation Students Coordination Council. Sekarang cuti”
“ Bila masuk UIA?”
“ Bulan 7. Insyaallah”
“ Kitorang tunggu di Maincamp ye…”

Program pagi bermula pada pukul pukul 9 pagi. Semasa bersarapan, Saudara Shahridan sempat mengajak aku untuk join program baktisiswa di Pekan,Pahang akhir bulan ini anjuran GPMS UIA. Saudara moderater semalam turut menegur aku dan bercakap sesuatu mengenai suratkhabar berita harian. Aku pada mulanya tidak faham. Tetapi rupa-rupanya, beliau telah menuliskan sesuatu di ruangan akhbar Berita harian pada hari tersebut.Tajuknya, Mendengar Suara Belia.

Belia & Dunia Global

Slot malam bermula pada pukul 8.30 malam.. Seperti slot tengahari tadi, 3 tajuk, 3 kumpulan. Malam ini bertemakan : Belia & Dunia Global. Antara tajuk yang dibentangkan ialah:
1) Belia & Kerjaya
2) Belia & Ancaman Media Global
3) Belia & Pengurusan Bencana

Seperti kumpulan sebelum ini, saya berada di kumpulan 2 mendengar perbentangan kertas kerja tajuk 2. Tajuk ini pada hemat saya sangat menarik. Kertas Kerja dibentangkan oleh Dr Marzuki, seorang yang mempunyai pengalaman dalam bidang media cetak lebih kurang 20 tahun.

Di sini, dibincangkan mengenai impak media kepada belia dan negara. Sebagai contoh, kita telah dihebohkan oleh Akhbar pada Isnin yang lepas mengenai dakwaan kononnya Pak Lah jatuh pengsan di sebuah program. Berita tersebar dengan pantas dan akhbar juga telah menyangkal dakwaan tersebut. Menurut Dr, jika hal ini berlaku, ada kemungkinan saham-saham syarikat yang besar mampu jatuh merunum dalam masa yang singkat akibat daripada propaganda yang ditimbulkan oleh media.

Contoh yang lain, ialah Puteri Diana. Puteri Diana telah dipropagandakan oleh media dan akhirnya dia mati juga kerana media. JAdi maknanya, impak media sangatlah besar dalam mempengaruhi belia negara kita.

Dengan pelbagai rancangan dari luar,yang tidak sesuai dengan budaya kita, mampu mengubah pemikiran belia di negara ini.

Dr Marzuki juga telah mengajak kami berfikir bagaimana kita hendak membudayakan belia positif dalam ancaman media global.

Antara budaya-budayanya ialah:-
1) Budaya feudalisme kepada budaya sikap egaliter
2) Budaya ‘mujur’+ senang kepada budaya ‘mujur’ + kerja keras

Sikap egaliter bermaksud menempatkan manusia pada kedudukan setara, tanpa memandang status keturunan, kekayaan, jabatan, pendidikan, agama atau suku.

Ini bermakna, budaya ini mengamalkan toleransi di antara semua tanpa mengira kedudukan. Budaya ini perlulah dididik dari peringkat kecil lagi.

Budaya ‘ mujur’ + senang bermaksud semua benda yang kita lakukan dan peroleh adalah kerana takdir dan dengan cara mudah.

Budaya ‘ mujur ‘ + kerja keras pula bermaksud benda yang kita lakukan dan peroleh adalah atas keringat dan usaha keras daripada kita.

Budaya seperti amatlah penting dalam melahirkan belia yang lebih maju dan tegar cabaran.

Sesi diakhiri dengan Q & A.

Slot seterusnya diteruskan dengan diskusi. Semua peserta diminta membincangkan isu-isu yang berkaitan, strategi dan memorandum yang ingin dihantar ke Kementerian Belia & Sukan. (Semuanya dibuat secara general)

Perbincangan bermula dengan rancak. Semuanya melontarkan idea. Kemahiran moderater yang bijak mengawal keadaan tatkala ada peserta yang menyimpang jauh daripada objektif sebenar diskusi.

Seorang pencatit diminta untuk menaip hasil perbincangan. Pn Norma telah dipilih. Peserta lelaki bersepakat meminta peserta wanita pula yang mewakili kumpulan ini semasa perbentangan besar nanti.

Wednesday 16 May 2007

Diskusi & Cadangan Besar 1

Slot seterusnya Diskusi & Cadangan ( Semua Kumpulan Bergabung). Wakil daripada setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil perbicangan mereka dan ini memudahkan hadirin sekalian berkongsi tajuk-tajuk lain yang tidak dibincangkan oleh mereka semasa pembentangan kertas kerja tadi.

Wakil Kumpulan 1 menerangkan Peranan Pertubuhan Belia Membanteras Gejala Sosial. Di sini beliau menegaskan belia terdiri daripada mereka yang berumur 40 tahun ke bawah. Kepimpinan sekarang perlulah bijak dalam menambah bilangan ahli dengan mengajak belia menyertai pertubuhan atau persatuan dalam membentung gejala social yang lebih serius. Kumpulan ini telah mebicangkan permasalahn belia secara general, termasuk golongan wanita.

2 point yang saya rasakan penting ialah, kita perlulah meperkasakan 2 perkara iaitu aktiviti belia dan pertubuhan belia itu sendiri. Isu kepimpinan dan duit disuarakan dalam memperkasakan pertubuhan yang sedia ada.

Wakil ke2, Saudara Guna menerangkan Permasalahan Beliawanis di Malaysia. Beliau banyak menekankan peranan belia itu sendiri dalam membantu beliawanis mengatasi masalah sosial.

Wakil ke3, menerangkan Belia & Aktiviti Masa Lapang. Beliau banyak menekankan isu menggalakkan belia dalam dunia keusahawanan. Beliau juga mengkritik dasar yang sedia ada kepada sistem pinjaman kepada usahawan baru. Beliau mencadangkan agar diubah pinjaman mudah bagi usahawan lepasan SPM.

Slot diselang-selikan dengan Q& A kepada setiap pembentang. Pembentang diberi masa 10 minit seorang untuk membentangkan hasil diskusi kumpulan mereka. Tetapi ada juga, pembentang yang terlajak masa kerana terlalu asyik melontarkan kata-kata. Cara penyampaian kesemua wakil amat menarik cumanya tiada visual aid menyebabkan ada segelintir peserta yang mengantuk termasukla saya.

Slot tamat dan minum petang. Ketika ini, saya berpeluang untuk bertegur-sapa dengan peserta-peserta lain. Antaranya saya berkesempatan bersembang dengan wakil dari GPMS UIA, Saudara Shahridan. Beliau bertanyakan saya, samaada ada mengenali Akmal Saufi, Sharifah Izyan dan Redwan. Kesemuanya kawan-kawan sejurusan denganku ketika di UIA PJ. Rupa-rupanya, mereka ini adalah ahli aktif GPMS di UIA Gombak. Aku juga sempat berkenalan dengan wakil MPP UPSI merangkap YDP GPMS UPSI, Saudara Muiz. Kesempatan ini, saya gunakan untuk bertukar-tukar pandangan dan maklumat dengan mereka. Banyak juga yang saya dapat petang itu.

P/S; Ada lagi....bersambung...

BELIA & ANCAMAN SOSIAL

Sambungan semalam…

Pendaftaran bermula pukul 10 pagi. Antara peserta yang hadir ialah wakil-wakil daripada MPP, IPT, wakil-wakil NGO, wakil-wakil gabungan, dan pegawai KBS negeri. Dan buat pertama kalinya, saya berada di dalam program yang terdiri daripada ramai lelaki di mana peserta hampir dalam 70 orang dan hanya adalah 7 orang wanita sebagai peserta. Tetapi itu tidak menjadi sebarang masalah. En Mohd Sukor - Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Konvensyen Belia Kebangsaan – Sidang MEja Bulat Belia 2007-mengatakan selalunya lelaki menjadi pemimpin dan sebab itulah banyak wakil yang dihantar adalah lelaki. Bunga-bunga yang ada sedia memberi semangat dalam program..

Taklimat telah diteruskan di dalam Ballroom 1 Hotel de Palma. Kami diagihkan kepada 3 kumpulan untuk sesi seterusnya. Kerana sesi seterusnya adalah sesi perbentangan kertas kerja.

Tema bagi slot ini ialah Belia dan Ancaman sosial. Pada mulanya, saya amat terkejut kerana ada 3 kertas kerja yg akan dibentangkan dlm 1 jam setengah. Sempatke? Rupa-rupanya, kami akan dibahagikan kepada 3 kolompok dan sesi seterusnya akan digabungkan ketiga-tiga tajuk perbentangan secara ringkasnya.Di sini perbentangan kertas kerja dilakukan oleh speaker jemputan. Antara tajuk yang dibincangkan ialah
1) Peranan Pertubuhan Belia Membanteras Gejala Sosial.
2) Permasalahan Beliawanis di Malaysia dan
3) Belia & Aktiviti Masa Lapang.

Saya telah terpilih untuk kumpulan perbentangan tajuk 2. Kertas kerja telah disampaikan oleh YBhg. Puan Hafidzah Ahmad Abbas. Beliau merupakan seorang pegawai dan tenaga peganjar di Politeknik Ungku Umar dan merupakan Penolong Setiausaha National Council of Women’s Organization Malaysia (NCWA).

Beliawanis? Pada mulanya saya juga tertanya-tanya apakah maksud beliawanis kerana ini adalah pertama kali saya mendengarnya. Beliawanis bermakud belia wanita.

Makanya telah ditakdirkan, dalam lingkungan 30 org berada di dalam kumpulan ini. Ada 4 meja bulat dan Dan hampir ¾ meja adalah lelaki. Jadi di sini, saya dapat rasakan bukan hanya masalah beliawanis ini perlu diselesaikan oleh beliawanis sendiri tetapi peranan daripada belia juga adalah penting kerana mereka juga adalah ketua rumah tangga.
Puan Hafidzah telah memberikan satu perbentangan kertas kerja yang menarik.
Daripada intipati yang dapat saya kongsikan ialah, masalah beliawanis ini sebenarnya berpunca drpd, 1) lokasi 2) kurang mampu 3) kurang penghayatan.

Puan Hafizah menceritakan pengalamannya. Beliawanis amat mudah terpengaruh. Sebagai contoh, dia pernah mengajar di sebuah politeknik di Port Dickson, yang terletak berhampiran pantai. Di pendekkan cerita, disebabkan di situ adalah pusat perlancongan, dan tentu terdapat banyak hotel yang didirikan disepanjang pantai, memudahkan aktiviti tidak sehat berlaku dengan berleluasa. Pelajar-pelajar perempuan lalu ‘bwh pagar’ untuk keluar secara senyap-senyap pada malam hari. Ini adalah fakta yang diambil daripada pengalaman beliau sendiri.

Kedua, kebanyakan beliawanis yg terpengaruh ialah mereka yang kurang berkemampuan. Maksudnya mereka ini berasal daripada keluarga yang susah. Disebabkan demikian, golongan mereka ini mudah terikutkan lelaki yang lebih mampu daripada mereka yang mampu memberikan kekayaan dalam sekelip mata.

Dan ke3, kurang penghayatan. Tidak kira agama dan fahaman, pastinya mereka mengajak kepada kebaikan. Kekurangan ilmu spriritual (rohani) menyebabkan jiwa mereka lemah dan terkancah dan terjebak dalam masalah-masalah sosial.

Puan Hafizah mengariskan panduan bagaimana untuk memupuk golongan yang rapuh ini,1)mendekati 2)memupuk 3) memberi perhatian 4)guide 5)didik dan ajar

Jadi, kita sebagai belia dan juga pemimpin perlulah bijak menyususn strategi kita dlm menangani masalah ini. Sebagai contoh, sebagai langkah permulaan langkah pemimpin, Pn Hafizah telah memberi contoh apa yg telah berlaku dalam diari AF5. Disebabkan saya tiada Astro dan bukanlah peminat sfanatik Akademi Fantasia saya agak terkejut juga dengan apa yang diceritakan.

Buat pertama kalinya dalam sejarah, seorang pemimpian yang berpangkat menteri, YB Dato’ Seri Azalina Dato’ Othman Said. Menteri Belia dan Sukan Malaysia telah turun padang. YB telah meberikan satu talk yg berunsur motivasi kepada penghuni rumah AF. Beliau menekankan peranan mereka sebagai idola belia. Mereka perlulah tidak terlibat dengan gejala yang tidak sihat supaya dapat memberi contoh kepada belia-belia yang sedia ada.

Saya sebenarnya agak tidak bersetuju dengan cara ini. Ia seolah-olah kita mengagongkan-agongkan budaya hedonisme yang sekarang dapat kita lihat semakin menjadi-menjadi. Tetapi bila difikir semula, bagaimanakah antara cara yang boleh kita lakukan untuk menarik belia-belia yang ‘bermasalah’ ini, melalui hiburan atau AF mungkin salah satu inisiatifnya.

Satu lagi Formula yang menarik yang boleh dikongsi ialah FORMULA MAWI. (Mungkin Pn HAfizah merupakan seorg peminat AF)

M- Memimpin diri dengan Ilmu
A- Akhirat dan Dunia Diimbangi
W- Wajib menuntut ilmu bagi Muslimin dan Muslimat
I- Insan berilmu banyak kawan dan berfikiran Tinggi

Pada akhir slot, sesi Q & A dijalankan. Yang menarik yang saya rasa perlu dikongsi bersama ialah, masalah pelacuran yang semakin berleluasa di KL terutama di Brickfield. Saudara Guna, wakil YMIC ( Macam Pemuda MIC) menceritakan dia sendiri telah turun ke tempat itu dan melihat masalah ini memang berleluasa. Pihak polis yang ada si sekitar hanya melihat. Sehingga ke satu tahap Saudara Guna sendiri telah pergi ke Balai dan membuat laporan tetapi dia telah disoal.. “Awak siapa?” “ Who are you?” Kak Uma juga ( wakil St John) menyatakan dia juga banyak kena pergi ke area sana di bilik-bilik hotel sambil membawa stretcher kerana banyak berlaku pendarahan.

Jadi serius juga masalah yang dihadapi oleh beliawanis di negara ini. Seserius mana bergantung kepada apakah tindakan kita selanjutnya. Semakin berkurang atau pun semakin bertambah….

Sebelum mengakhiri slot ini, kami telah diminta oleh moderator, Pn Haliza (Tokoh Wanita Johor) untuk memperkenalkan diri, dari institusi mane dan jawatan.

Slot pertama tamat, dan menyusul makan tengahari dan check in . Pada masa ini, semua peserta mengambil peluang untuk berkenalan antara satu sama lain dan saya sempat berkenalan pegawai dr Sabah, Pn Norma(Tokoh Wanita Sabah) (Teringat pula program baktisiswa di Sabah Mac lalu), wakil Pandu Puteri Selangor, Pn Haliza, Kak Nadiah, wakil PAndu Puteri Malaysia, Kak Sam, MPP UKM, Nadia wakil Matrikulasi Malaysia dan Kak Uma dari St John.

Slot seterusnya diteruskan pada pukul 2.30 ptg. Kesemua peserta dikehendaki duduk di dalam kumpulan yang sama dan diberikan tugasan untuk membuat satu resolusi ataupun cadangan yang bolelh diusulkan ke Kementerian Belia dan Sukan berdasarkan perbentangan kertas kerja yg dibentangkan sebelum ini. Dan kami dikehendaki untuk menghantar seorang wakil untuk membentang dalam sesi seterusnya.

Perbincangan pada mulanya bergerak perlahan , mungkin semuanya asyik untuk menyusun dan memikirkan kata-kata dan idea di dalam kepada. Setelah diberi guideline oleh moderator kami, perbincangan kami semakin rancak. Pelbagai idea dikeluarkan dan dilontarkan.

Hasil perbincangan kumpulan kami, dapat dirumuskan isu pertama yang disoalkan ialah pendidikan.. Kak Uma berpendapat sistem pendidikan di sekolah rendah perlulah diberi lebih penegasan. atau dalam erti kata lagi strict.

Puan Norma pula berpendapat Penerapan nilai murni dan civic di Tadika sangat penting.

En Zawi ( Pegawai KBS) berpendapat Pembangunan Insan yang seimbang dari segi fizikal, rohani dan jasmani sangatlah perlu dalam menangani perkara seperti ini.

Kita selalu mendengar di mana ada bunga, disitulah kumbang. Di mana ada kumbang disitulah bunga.

Makanya, perbincangan ini melihat, lelaki juga memainkan peranan yang sangat penting. Mereka ingin mengusulkan supaya diadakan Kementerian Lelaki. Saya dan peserta wanita yang lain agak tidak bersetuju. Pada pandangan kami, tidak perlulah diwujudkan kementerian tersebut, tetapi mungkin dalam kementerian yang sedia ada Kementerian Wanita dan Pembangunan Masyarakat perlulah diletakkan satu bahagian khas khusus untuk lelaki.

Akhirnya, kami bersepakat memilih Saudara Guna untuk membentangkan hasil perbincangan kami kepada semua peserta.

P/S: Bersambung lagi...

Tuesday 15 May 2007

Konvensyen Belia Kebangsaan 2007

Hari ini dan semalam aku berpeluang menghadiri Konvensyen Belia Kebangsaan 2007 di De Palma Hotel Ampang. Program ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Majlis Belia Malaysia bersempena sambutan hari & minggu Belia negra 2007.

Tema pada tahun ini ialah " Belia Peneraju Kemerdekaan Gemilang ".

Aku pergi ke sana atas tiket wakil UIA PJ walaupun aku hanya diberitahu oleh Mdm Saudah pada hari Jumaat yang lepas. Dan yang menariknya, aku hanya tahu tentatif program dan aku perlu menginap kat sana pada pagi semalam selepas menghubungi Kak Ida pada jam 7.30 pg.

Aku pergi ke sana dihantar oleh ayahku. Pada mulanya, aku sangat gabra kerana ini merupakan program yang tidak pernah aku hadiri. Dengan penglibatan ramai orang-orang besar aku agak malu pada mulanya.

P/S; Sambung esok..x sempat bah..penat

Sunday 6 May 2007

Wajarkah...lihat sendiri..

Pada Rabu yang lepas, aku diberi kesempatan untuk melihat sendiri fenomena ini dengan mataku sendiri. Kejadian ini disaksikan oleh ibuku, dan ketiga-tiga orang adikku selepas kami pulang dari Pesta Buku dan singgah untuk mendirikan solat Zuhur.

Adakah wajar perkara ini berlaku?


Cuba lihat gambar ini.




Ini adalah sebuah tempat pengumpulan sampah terletak di belakang stesen minyak bersebelahan Lebuhraya Utara Selatan sebelum Tol Sg Besi (Dari arah KL)


Cuba pula lihat gambar ini..


Ini pula adalah sebuah surau.


Jika diteliti, kedua-dua tempat ini terletak berhampiran. Tidak sampai 2 meter pun.


Keadaan suraunya amat dhoif. Di bahagian wanita, pintunya tiada dan tiada langsir yang menutup jendela. Orang di luar dan dalam boleh nampak sesama mereka seperti tiada halangan.


Di bahagian lelaki aku kurang pasti. Tetapi, menurut adikku, keadaanya lebih kurang sama sahaja.


Tatkala angin bertiup, bau-bau sampah menyelinap masuk melalui ruang-ruang surau. Bau-bau ini akan mengganggu para jemaah yang mendirikan rukun Islam ke-2 iaitu Solat.


Oleh itu, saya ingin bertanya..wajarkah perkara ini berlaku?


Pada pendapat saya...


1) Perkara ini perlu diselenggara dan diperbetulkan...


2) Tak molek dilihat orang ( lagi-lagi sekarangkan Tahun Melawat Malaysia)


3) Dan yang penting... wajarkah perkara ini berlaku di dalam sebuah negara yang mengagongkan Artikel 3 = Islam sebagai Agama Rasmi Negara?


Fikir-fikirkan....


1)Apakah tanggungjawab kita?


2)Apa yang perlu kita lakukan?


Tepuk dada & tanya Iman.



Laporan disediakan oleh: Rehan

Jurukamera: Rafeah

Saturday 5 May 2007

Adakah Malaysia Selamat?

http://malaysiasucks.blogspot.com/2006/12/civil-war-in-malaysia.html

Entah kenapa hari ini aku tergerak untuk membuka website yg telah dimsgkan oleh seorg sahabatku di UTp. Selalunya aku bukanlah jenis seorg yg melayan forward2 org ni.

Hatiku tersentak apabila membaca apa yang ditulis di dalam blog itu. Aku rasa ini mampu mengugat keselamatan negara. Aku tidak mahu peristiwa 13 MEi berulang lagi.

Teringat pula pada assignment General of Principle Law 2"Freedom of Speeach,Assembly and Association". Eventhough we have freedom in that, but there is still limitation in it. For example, in Freedom of Speeach, Assembly & Association, we cannot touch about, religion=Islam, Malay&Bumiputera quotas and Malay as National language.

Dan di kepalaku, aku rase blog itu boleh diklasifikasikan begitu.

Bila difikir-fikirkan semula adalah tidak mustahil negara kita bakal dijajah semula. Golongan non-bumiputera kini asyik mengutarakan untuk menuntut hak-hak mereka.

Nasib baiklah, aku pelajar jurusan undang-undang. Sedikit sebanyak ilmu yang aku tahu akan aku beritahu kepada kalian.

To the best of my knowledge...

Kalau mengikut Constitution MAlaysia, non-bumiputera tidak berhak menuntut dan mencabar apa yang ada di dalam FC. Sudah jelas, dalam FC pon ada dijelaskan hak-hak istimewa org Melayu.

Undang-undang memang sukar dibolosi. Lebih-lebih lagi FC. Untuk mengubah sesuatu undang-undang, suara 2/3 dewan perlulah diperoleh.

Mungkin sebab itulah juga, kita golongan Melayu ni sering terleka dan mungkin ini dikira sebagai perisai sementara kita.

Menurut kata pensyarahku (subjek Introduction to LAw), Mdm Mizan, "To change the law, we must be in the dewan because macamna2 pon kita usulkan undang-undang tu and even the law is good, it still must have suara majority dalam dewan..

Jadi, fikir-fikirkanlah sahabatku sekalian.

Adakah terjamin hak Melayu dan Islam khususnya di Malaysia?
Adakah perlu kita menjadi org politik?
Adakah perlu kita menjadi pejuang hak-hak Melayu?
Adakah perlu kita biarkan sahaja..yelah FC kan ada...

Tepuk dada dan tanyalah Iman.

Friday 4 May 2007

Mandatori

"Satu hukuman sahaja untuk dirimu, iaitu hukuman mati mandatori'', itu adalah antara bait-bait wajib sebelum Carlos membunuh mangsanya.

Alhamdulillah, setelah membeli novel 'Mandatori' pada hari RAbu yang lepas, akhirnya barulah harini aku dapat menghabiskannya. Walaupun agak pening membaca buku ini, akhirnya baruku faham apa yang cuba disampaikan oleh penulis. Watak utama mengalami gangguan jiwa dan memainkan banyak watak sepanjang hidupnya... Amran, Carlos, Norman, Bogot dan Bilal Piut. Kesemuanya mempunyai karakter mereka yang tersendiri.

Selesema dan batuk aku semakin pulih. Harini tidak apa sangat yang dilakukan oleh diriku. Hampir seharian,badanku penat dan mengantuk mungkin kesan daripada ubat yang aku makan hari ini.

"Wei ko tidor ke..", tanya Izzah, sahabat baikku yang sudah lama x ketemu sejak bulan 3 yang lalu. Mungkin nadanya sedikit marah sebab aku memang tidak membuka dan membalas sms yang aku terima tengahari tadi.

"Aku tak sehatlah..tak betol sangat ni..."jawabku malas.

Rupa-rupanya, dia ingin mengajak aku ke PWTC esok hari, memandangkan kami sudah lama tidak ke temu. Salwa ada juga katanya. Shida sahaja tidak ada kerana ada urusan keluarga.

"Tengok dulu macamana. Pape aku bagi tahu.." jawabku memberikan jawapan untuk jemputan esok hari.

Thursday 3 May 2007

Flu Time..

I guess my flu getting worst. Today I went to IIUM. Snaping picture around the campus. Malu pon ade gak r.. Menangkap hampir setiap sudut di UIA umpama seorang pelancong. teringat pula ketika di Sabah ketika program Baktisiswa 2 bulan lepas. Kami seperti model yang asyik dengan lensa-lensa kamera dan menangkap gambar di setiap perhentian kami.

Kedatangan aku di UIA tadi dalam jam 10 pagi dengan menaiki bas dr terminal putra setelah didropkan oleh baba sebab dia ada miting di kompleks JIM. Aku berhenti di hentian bas pertama dalam kampus.

Terus aku menangkap beberapa sudut yang aku kira agak menarik. Bermula dari Pejabat Administration , bangunan pertama yang aku kira jika sesiapa yg melangkah masuk ke Pintu MASuk Utama UIA akan dapat melihatnya. Sebenarnya aku tidak mahir juga selok-belok di UIA ni.

Kampusnya yang berpaksikan masjid memudahkan para pelajar yang berkuliyyah sekitarnya pergi solat pabila tibanya waktu solat. Dan jika tidak silap aku, beginilah senibina islam yang dahulu dimana, masjid dijadikan pusat segalanya.

"Tumpang tanya... Library kat mana..?', soal seorg pelawat kepada diriku. AKu tersenyum dan aku terus berterang.. AKu juga tidak tahu bagaimana ke sana secara specifiknya. Tetapi yg pasti, aku katakan kepada dirinya agar pergi ke masjid dan library ada di sekitar itu.

Aku meneruskan perjalanan lagi sementara menanti janji temu dengan Ulfah MAnsurah, sahabat yang aku agak rapat bermulanya dari Program TArruf 06. TAmbahan pula, dia se'kos' dgnku, memberikan kami peluang untuk untuk berbincang mengenai kos perundangan.

Jam di tgn pukul 12 dan aku tergerak untuk menamatkan sesi photogaphy di library. Sebenarnya aku takut untuk menangkap gambar di library, almaklumlah tempatnya sunyi dan ada juga pelajar yang asyik menelaah pelajaraan mereka.

Diriku disambut oleh Khairun di depan library dan diajak makan di cafe econs. Aku sempat berjumpa Fara, NAdirah, Izzay dan Aziz dan tidak lupa Head Security time Tarruf Program, Fahmi. Makan tengahari aku tidaklah seberapa, hanyalah ikan patin dan nasi n air suam. Mulutku seakan x luak dgn makan.Seleraku mungkin kurang sebab hidungku semakin menjadi-jadi. Bersin dan selesema. Sehingga habis tisu yang aku bawa dari rumahku pagi tadi.

Selepas lunch, aku dan Ulfah pulang ke MAhallah Nusaibah, mahligai Ulfah dan Khairun. Dan seperti biasa dalam perjalanan, aku menangkap gambar UIA. Dari tangga, ke pokok, ke pondok, ke jalan raya, ke gazebo, sumanya aku tangkap. Lagak seperti jurukamera profesional.

'Ko snap shot cantiklaa..." puji Ulfah..

'Apa ko buat senanye ni...?' , soal rakanku Farah. Aku tersenyum dan katakan aku tengah membantu ayah aku dalam proses menyiapkan 'brocure'nya.

Aku kira, sekurang-kurangnya dapat juga aku tolong baba sementara ni. Bukannya selalu. Dan kata-kata mak aku masih lagi terngiang-ngiang di mindaku..." You save us a lot".Itulah azimat kata mak ku ketika aku berkata aku hanya ada 2 bulan lagi cuti untuk dihabiskan.

Mungkin mak aku berkata demikian sebab aku banyak membantu mereka dalam hal-hal kerja mereka, walaupuin sedikit tetapi pada perkiraanku, kalau diminta orang laen, kene bayar gaji yang lebih. Aku x minta gaji dari mak aku. Cuma, makan minum jelaa..huhuuhu

Bahagianya hari ini... Tapi hidungku masih ter.... belum tersumbat je lagi...Kiranya aku kena tunggu mak aku untuk ke klinik malam ni juga.. Shafinillah...

Nikmat cutini akanku manfaatkan bersama keluarga...

Wednesday 2 May 2007

3B

Sementara menantikan mak yang sedang mencari buku untuk penyelidikannya, aku sempat ronda-ronda mencari – cari buku Laws kononnya untuk “browsing’ buku-buku yang bakal aku gunakan di Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Law (AIKOL) nanti. Sejam berlalu, kini kami semua bergerak ke kawasan ruang pameran untuk Karangkraf Sdn Bhd. Bahagian yang sememangnya dinanti-nantikan oleh diriku.

Ruang legar ini terletak di satu dewan yang khas, Dewan Tun Dr. Ismail. Memudahkan para pengunjung untuk melihat segala macam bahan bacaan hasil keluaran syarikat ini…Seperti motto mereka, We Lead, You Read.

Alhamdulillah, hari ini aku berpeluang bersama-sama mak dan ke tiga-tiga orang adik aku ke Pesta Buku yang berlangsung di PWTC. Kesempatan yang ada, dihabiskan bersama-sama keluarga, maklumlah amat jarang kami adik-beradik nak keluar bersama.
Langkah kami disambut dengan bunyi lantang daripada radio dan terkenang aku semasa orentasi dahulu, semasa konsert Hijjaz bunyinya dup dap seakan-akan menghentam jantungku. Kami mempercepatkan langkah meninggalkan meja DJ yang asyik mengalu-alukan kedatangan tetamu-tetamu yg berkunjung.

“3B, 3B Puan-puan, 3B Tuan-Tuan ”

“Kaklong 3B tu apa?” adikku Ameen bertanya. Aku hanya menggelengkan kepalaku.

Dari satu rak ke satu rak kami bergerak melihat buku—buku yang dijual. Kami bergerak bersama-sama bagi mengelakkan salah seorang daripada kami berpisah. Kelihatan sebahagian pengunjung duduk di tepi bahagian dinding mungkin merehatkan diri mereka sambil membaca buku-buku yang ingin dibeli oleh mereka. Petugas-petugas pula asyik melayan kerenah pembeli-pembeli yang inginkan produk mereka. Di satu sudut yang lain, kelihatan pengunjung yang berbaris panjang untuk membayar di kaunter pembayaran.

Seberapa ketika kemudian, mataku asyik membelek-belek buku hasilan tulisan tangan Ramlee Awang Mursyid. Emak aku mengiayakan-iakan apa yang dijelaskan oleh diriku seolah-olah aku amat arif dengan novel-novel Melayu. Terpancar muka penat di ketiga-tiga adikku dan seperti orang malas mereka melepakkan diri mereka bersama-sama dgn pengunjung laen.

Nasiblah mereka pula menerima nasib yang sama sebagai mana kakak mereka terima tadi. Menunggu mereka mencari buku-buku kegemaran mereka. Berminit-minit lamanya..

Mataku rambang melihat novel-novel hasil tulisan Ramlee Awang Mursyid di depan mata. Aku jadi jakun dan tamak, seakan ada satu sifat lain yang menjelma di dalam diriku. Kalau ikutkan hati, mahu saja aku beli kesemua buku yang ada di depan mata. Murah pulak tu..bukannya selalu..

“Astagfirullah… Kat rumah kan dah ada…. “ Seakan-akan diriku versi kedua berkata-kata dan mengingatkan kepada diriku.

Di satu sudut di dewan kelihatan DJ yg mengawal radio dan tidak putus-putus mengalu-alukan kedatangan para tetamu sambil diiringi lagu-lagu muzik semasa. Tetiba telingaku tertarik dengan butir kata DJ yg bertugas ketika itu…

“Ya Tuan-Tuan & Puan-Puan, anda hari ini sangat beruntung kerana di sini anda akan dikenalkan dgn 3 B. Ya 3B iaitu, Baca, Beli & Bayar, Bukannya Baca, & Boleh Bla..” Aku tersenyum mendengar celoteh DJ itu.. Betul juga katanya Baca, Beli & Bayar…

Setelah hampir 3 jam berada di PWTC, aku mengambil keputusan untuk membelanja ahli keluargaku.

“ K.. sekarang nak 3B tak?”..soalku ketika aku mereversekan kereta untuk keluar pulang. “ Mana ada kaklong…” jawab adikku yang ke-tiga, Luqman…

Sambil tersenyum aku menjawab… “Adalah…. Berhenti, Berehat & Bla… “ kataku sambil menekan pedal minyak meneruskan perjalanan ke McDonald Sg Besi.

Learning Process

On ur mark, get set..go...