Thursday 25 October 2007

STUDY + FINAL MODE

Kepada semua rakan-rakan termasuk diri saya,
All d best for the Exam.
Ma'a Taufik wan Najah.
(Penulisan blog akan aktif semula selepas tamat waktu darurat)

Sunday 14 October 2007

Diari Rayaku...

The Big Family of Mine.

Hari ini sudah masuk 2 hari , hari raya. Saya tahun ini tak pulang ke kampung seperti kebiasaannya. Perasaan terasa seperti beraya di luar negara pula (macam dulu time mak kat US). Walaupun tak balik kampung, banyak juga aktiviti yang dilakukan ni. Tadi saya membuat panggilan ke kampung di Tapah. Kami adik beradik bergilir mengucapkan Selamat Hari Raya. Harap Atuk gembira dengan suara kami. Kali terakhir jumpa Atuk time pergi UTP bulan 4 tak silap. Rindunye Atuk.

My Adiks. Shahidah buat hal pulak. Takda dalam gambar.

Teringat pula time malam raya, Mak pesan daun kunyit. Alang-alang, kami adik beradik keluar cari, pergilah cari sekali dengan bunga api. Maka satu Serdanglah kami pusing sehinggalah ke kedai runcit yang paling hampir dengan rumah kami. Haha. "Paling dekat pun ada je jual, kaklong, " komen adikku Amin. Satu jam jugaklah kami cari daun kunyit. Lalu saya suruh adik saya Luqman beli RM 2. Walaupun banyak, buat spare part. Senang sikit bila nak guna nanti.


Heroes of The Family & Anak-Anak Acheh

Pagi raya saya telah ditugaskan baba untuk mengambil anak-anak Acheh kat Bangi. Mereka ini akan dirai di rumah saya selepas Solat Sunat Raya. Nak jadikan cerita dalam 4 orang naik dengan kereta yang dipandu saya ditemani co-pilot Amin d Kenot. Di radio berkumandang bunyi takbir. Saya tak pasti time tu tiba-tiba saya dengar seperti ada antara mereka yang menangis. Saya tak sempat menoleh ke belakang. Niat di hati mahu melihat dengan cermin, tapi tak nampak. Cuma saya perlahankan sikit radio untuk menstabilkan emosi mereka, fikir saya lah. Mungkin mereka teringatkan kampung halaman mereka dan kedua ibubapa mereka. Saya bersyukur kerana masih cukup ahli keluarga saya walaupun tak balik kampung tahun ni.

Semalam kami pulang sekejap ke Karak, kampung mak. Tapi kami singgah dulu ke kubur arwah Atuk di Bentong. Walaupun saya tak pernah bersua, terasa sedih pula bila ziarah kubur. Mungkin teringatkan kubur arwah Opah di Tapah. Lantas buat saya terfikir, agaknya kalau saya meninggal nanti, ada tak orang yang akan melawat kuburku nanti? Apakah saya sudah bersedia menghadap Ilahi?

Sibuk-sibuk memasak di dapur , diriku berkata, Rehan bila mahu studi ni??... Test 4 papers in 2 days next week. Malaysian Legal System, Quran Hadith Ayat Ahkam, Islamic Legal System & Transaction In Islamic Law. Insyaallah dipermudahkan segalanya. Khamis ini ada kelas sejam. Jumaat pun. Sabtu ada exam 30 minit je pukul 9 pagi. Adeh, pelik-pelik UIA ni. Terima sajalah. Aku sudah pun menjadi ahli keluarganya.

Apa-apapun, Eid Fitri kali ini memberi makna berbeza kepada diriku. Buat diri yang bergelar seorang anak, kakak, pelajar & muslimah.

Thursday 11 October 2007

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Di kesempatan ini, saya Raihan Mustafa Kamal ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin. Kepada semua pelawat blog saya. Terima kasih di atas sokongan kalian.

Wednesday 3 October 2007

Gambar Semasa Mengundi..

Antara flyers & goodie yang saya dan rakan-rakan dapat.


Di pintu masuk Tempat Mengundi..
Ada calon-calon yang berdiri di hadapan menagih undi.


Izzah: Nak pilih yang mana ni?
Shida: Ko pilih yang ......


Rakan-rakan yang bersemangat nak mengundi.

Bersama teman karibku- Menunggu sambil membuat soalan tutor Tort

Pilihan Raya Kampus 07/08

Saja diri nak cari topik menarik untuk diperbincangkan pada kali ini. Mungkin kerana semalam sudah lepas waktu mengundi, mungkin releven saya utarakan beberapa isu yang saya pasti menarik untuk dikongsi.

Mempromote diri
Apakah wajar seseorang itu meminta-minta dirinya dipilih sebagai SRC? Bila ditanya atas tiket apa anda bertanding? Apakah perlu untuk menjawab 'saja-saja' atau 'kerana parti W' atau 'kerana kebajikan pelajar'? Jawapan yang bernas akan menarik pelajar untuk mengundi calon tersebut.

Kempen
Ada ketika semasa saya berjalan bersama rakan, ada sekumpulan pelajar yang datang dan mengajak kami untuk mengundi calon berkenaan. Ada yang memberikan flyers sebagai rujukan bagi memudahkan pelajar mengetahui siapakah calon. Ada juga yang memberikan cenderamata, kononnya sebagai tanda berterima kasih kerana sudi mendengar pujukan mereka.

Flyers + Media Cetak
Adakah perlu diterbitkan artikel-artikel yang kurang menyenangkan? Satu pihak membalah-balahkan satu pihak yang lain? Bukankah sekarang bulan Puasa? Ada juga artikel yang saya kira agak panas di Bumi AIKOL, sehingga orang yang difitnah mengeluarkan rebutable notice kepada pihak yang terlibat. Ada flyers ataupun handbills yang ditampal di meja-meja. Aish, macam takda tempat lain mahu tampal. Mengacau pandangan. Sampai rostrum pun nak letak juga.

Sewaktu Mengundi
Masih ada calon yang berdiri di depan pintu masuk. Kononnya untuk memancing undi. Pada perkiraan saya, kalau undi di luar sana pun, calon tak boleh berada di depan pintu masuk tempat mengundi kerana dikhuatiri mempengaruhi para pengundi. Saya kurang pasti undang-undang pilihan raya kampus ini. Ataupun mereka yang melanggar etika?

Menunaikan tanggungjawab
Alhamdullillah, saya juga antara orang yang bersemangat untuk mengundi. Al-maklumlah tak pernah merasa melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi. Tahun depan andai kata ada pilihan raya Malaysia, saya sudah boleh mengundi. Semasa saya sedang menanda pangkah pada calon pilihan, rector datang ke tempat mengundi kami bagi melihat kelancaran proses mengundi. Uish, memang terasa macam pilihanraya benar. (ada yang palsu ke..) Pelajar-pelajar beratur panjang untk menunaikan tanggungjawab mereka. Siap ada security guard lagi mengawal keadaan. Satu perkara yang agak menarik, ada juga yang sambil beratur berbincang soalan tutor Tort.

SMS
Ash, berapa banyak sms yang saya dapat meminta mengundi calon=calon tertentu. mm..dahsyat. Apakah mereka tidak tahu, lagi disuruh lagi tak mahu kita? Bukan saya saja yang dapat. Masalahnya hampir satu UIA. Sehingga kawan saya bertanyakan Presiden LAWSOC, siapakah dalang yang menghantar mesej-mesej ni. Kalau sekali dua takpa lah juga. Tapi kekerapannya lebih tak cukup jari tangan untuk mengira.

Pokok pangkalnya, Pilihan Raya Kampus menyaksikan pelbagai ragam manusia. Ada yang cepat melatah. Ada yang suka menabur fitnah. Diharapkan semua yang menerima mandat daripada kuliyyah masing-masing menunaikan tanggungjawab mereka tak kiralah daripada parti mana pun. Pastikan Bi'ah Solehah masih terus terpelihara di Taman Ilmu dan Budi ini.

Satu ucapan khas untuk mereka.
" Kalian sudah punya tanggungjawab yang besar. Cuma aku sebagai rakyat, akan sentiasa di sisi kalian selagi mana kalian menjalankan amanat yang telah Allah berikan."