Friday 25 April 2008

Here I am !!

Alhamdulillah, selepas pelbagai dugaan yang datang, akhirnya kami sudah berjaya menjejakkan kaki ke Bumi Syria ini. Semoga Misiku berjaya dicapai di sini. Nanti akan diupdate lagi blog ni from time to time Insyallah.

Sementara Transit di Doha

Dimasq, Syria


Sebelum 'Muqobalah' di Maahad Idrisi. Macam Arabic Placement Test kat UIA.


Nasi Mandi = Ni utk sorang makan


Berlatarbelakangkan Dataran Syria


Aku dan Kak Aishah

Ahli Rumah 'Darus Sa'adah'

Credit to Moja & Wah. Thanks


Di Rumah Kakak2 Malaysia

P/S: Kepada sesiapa yang mesej hp, minta maaf tak dapat reply.
Kredit tak mengizinkan. Nanti saya try dapatkan no sim sini.k

Monday 14 April 2008

Menghitung Hari Ke Syria

2 hari lagi saya akan berangkat ke Syria. Kepada sahabat-sahabat saya, doakan kami semua selamat pergi dan selamat pulang tanpa sebarang masalah Insyaallah. Insyaallah kami akan berada di sana dalam 2 bulan lebih.


Barang-barang tak kemas lagi. Terasa macam malas nak kemas. Malas nak packing. Walaupun barang-barang yang orang sana kirim dah siap sumenye dah. Semuanya gara-gara ******* . Takpelah Allah nak ujikan. Nampaknya semua orang kat rumah ni macam tak kisah je saya dah nak bla Khamis ni. Sedih ada juga.


Mungkin hari ini baru hari Isnin. Ada 2 hari lagi tinggal. Urusan ke Bank perlu disetelkan esok selepas ambil Kak Echa dan K Farha esok pagi. Tak tahu lagi nak ambil kat KLIA atau Putrajaya. Tengoklah revealation esok pagi cane. Pokoknya saya akan berjumpa mereka.


Banyak benda dalam list nak buat ni. Sempatnya. Tapi yang pasti, besok nak wat Apple Pie. Sempat lagi tu. Nasiblaa. Yelah tadi dok cari Epal Hijau satu pasar malam. Besok kene buat jugak. Kalau tak kempunan. Credit to Asma sebab bagi resepi yang senang sangat nak buat. Orang kata campak-campak gitu.

Sunday 13 April 2008

Aku Terima Nikahnya


Izzah SMS aku ketika aku sibuk memasak tempora untuk makan tengahari.

-Da dapat buku? Aku dah pos.
-Belum. Tunggu jelah. Harap sampai before aku p Syria. Nak bawak untuk kawan aku kat sana.
-Insyaallah dapatnye.


====================

Aku buka bungkusan pos laju.. Alhamdulillah laju juga pos laju Izzah pos semalam. Credit to you Izzah.

Aku membelek buku 'Aku Terima Nikahnya’ hasil tulisan tangan Ustaz Hasrizal. Aku mulakan bacaanku. Baru saja 2 3 bab pertama kubaca, aku tiba-tiba sebak. Nak nangis ada. Geram pun ada. Sampai buat aku terfikir betul ke aku ini. Kenapa aku sebak? Mungkin terfikirkan seorang sahabatku. Terus aku sms dengan Izzah.

- Aku bila baca ni tak sampai 2 3 bab lagi. Tapi aku sebak. Sebab aku teringatkan sahabat kita sorang tu.

– Tak pe, nanti kita bagi buku tu kat dia soh dia baca. Memang kena. Tapi kena cepatlaa..

–Aku nak p Syria kak oi. Ko bagi pinjamlah ko punya yer..huhuhu

-Yela2

===================

"Bila berbicara isu perkahwinan, janganlah kita terburu-buru dan jangan pula tergesa-gesa." Satu ayat yang kerapkali diulang oleh Ustaz Hasrizal dalam buku ini.

Jangan kata kamu nak kahwin sebab tak tahan nafsu. Sedangkan kamu nak berhubung dengannya pun beribu batu jauhnya. Nak saja saya tampar mukanya. Lainlah kalau kamu berdua itu satu tempat dan saling berjumpa. Dan tinggal to be atau tak aje.

Salah satu perenggan dalam buku ini. Memang aku geram. Bukan geram kepada diriku. Tetapi geram terfikirkan sahabatku tidak mahu mendengar kata-kata. Macam tuang air kat buntut kuali, mana boleh air nak bertakung pulak. [ Jadi Karam Singh Walia jap]

Memang sebijik apa yang aku dan kawan-kawanku nasihatkan kepada seorang temanku bila dia menimbulkan isu kahwin awal ini.

Disebabkan hal ini juga, kami sudah agak merenggangkan diri. Lantak kaulah. Aku sudah buat apa yang perlu. Kawan-kawanku yang lain juga begitu. Tak larat aku mahu berfikir untukmu lagi. Inikah balasan seorang sahabat? Kau kata kita sama. Sorry, seorang kawan adalah seorang yang berfikir untuk kawannya dan kawannya itu menghargai pengorbanannya. (Terkilan… tapi dah ok da. Cuma buku ni macam jadi pemangkin pulak. Nasiblaa..)

Aku berharap sangat buku ini dapat kau baca. Dan dapat mengubah persepsi kau kepada kami kawan-kawan kau. Kami sayangkan kau. Bukanlah kami memandang perkahwinan itu dari sudut negatif tapi dari sudut overall. Banyak benda kena fikir dan renungkan. Berkahwin bukan untuk sehari 2 saja. Peringatan untuk kita bersama.

Ingat jangan tergesa-gesa tapi jangan bertangguh-tangguh.

Oklah aku tak nak huraikan pasal buku ini dengan lebih lanjut. Kang kesian pulak kat orang sana tak baca lagi. [Orang sana faham-faham sendiri la ye...]

Yang pasti banyak pengajaran yang boleh kita dapat dengan baca buku ini. Bukanlah diri nak jiwang tetiba tapi…huhuhu. Kepada kawan-kawan, bacalah. Buku ini memang best. Tak rugi pun. Sebagai bekalan ok jugak. =)

Izzah, jangan lupa bagi buku tu kat dia.

Saturday 12 April 2008

Dulu IFC Sekarang IRGC Pulak...

Sekarang heboh pula isu cadangan penubuhan Majlis Silaturahim Antara Agama atau nama singkatannya IRGC. Macam-macam. Baca link ini.

Jika dulu cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama atau IFC memang ditentang hebat. Isu IFC timbul kerana wujudnya kes Lina Joy. Teringat dulu semasa di matrik, saya membantu rakan saya yang menjadi salah seorang komiti yang mengumpulkan tandatangan pelajar-pelajar Matrik UIA. Berusaha kami menerangkan apakah itu IFC dan kenapa mesti kita bantah penubuhannya. Kami tidak mahu mereka tandatangan kosong saja tanpa tahu apakah sebenarnya IFC.


Cadangan penubuhan kedua-duanya dilihat sama dari segi sudut ingin mewujudkan keharmonian di antara agama-agama yang ada di Malaysia. Tidak salah jika dilihat secara zahir. Dengan ini, tidak akan ada perdebatan ataupun perkelakian antara agama kononnya dengan penubuhan badan-badan tertentu pasti amanlah negara.


Tetapi, impaknya sangat besar terutamanya kepada agama kita, Islam. Cuba bayangkan ada 5 tokoh agama daripada berlainan agama, Kristian, Budha, Islam dan lain-lain. Jika ada satu isu yang berkaitan dengan Budha, tokoh-tokoh agama lain berhak memberikan pendapat dan pendapat ini akan menentukan hala tuju isu yang ditimbulkan. Sama ada perlu diteruskan ataupun tidak. Sama ada salah ataupun tidak.


Jadi, cuba bayangkan jika isu yang timbul berkaitan dengan agama Islam. Apakah wajar tokoh agama lain yang menentukan salah atau tidak isu tersebut sedangkan kita punya ulama yang ramai yang pasti boleh diguna pakai? Kalau macam itu, tidak terjejaskah Majlis Fatwa Kebangsaan ataupun Mufti-Mufti yang sedia ada?


Renung-renungkan.

Friday 11 April 2008

Pesta Buku 2008



Kelmarin pergi Pesta Buku. Aku pergi bersama adikku Rafeah dan Cikgunya. Aku hanya ada 2 jam. Sempatke nak pusing semua? Sempat. Pergi cari apa yang ada dalam listku dulu.


Aku memulakan explorace race di bahagian ruang legar berbekalkan peta yang diambil oleh adikku. Senang sikit nak attack kedai manakan?


Aku beli macam-macam. Aku belikan buku Koleksi Peperiksaan PMR untuk Luqman. Aku beli beberapa buah novel Faisal Tehrani dan buku novel Ramli Awang Mursyid. Sempat ambil tandatangan sekali. Aku pergi ke bahagian Buku-buku resepi. Rambang mataku nak pilih majalah mana. Yelah murah. Semua benda nak cuba balik ni. Misiku. Cewah.


Aku terlihat sebuah buku. Minda Muslim Super hasil tulisan Dr Daniel. Macam bestnya. Aku buka dan aku belek. Dan tergerak hatiku untuk membeli dan hadiahkan kepada seorang rakanku. Tapi di gerai itu hanya dapat 10 % diskaun. Mmm. Aku fikir lagi. Takpe, aku pergi je gerai PTS. Dapat diskaun lebih sikit.


Alhamdulillah. 35% diskaun aku dapat. Memang berbaloi. Sanggup ke seberang dewan pameran tu tak tahan.


Keseluruhannya aku puas hati. Sesak pun tak. Mungkin bukan hari minggu lagi. Harga pun memang berpatutan. Hanya tinggal nak baca je balik rumah ni. Sempat sebelum pergi Syria minggu depan.


Cuma satu yang aku tak dapat beli. Peta Travel Syria. Ada kot. Tapi tak sempat nak pusing habis sebab masa memang mencemburui aku.


P/S: Tak sabar nak tunggu Buku 'Aku Terima Nikahnya' oleh Ust Hasrizal sampai kat rumah sebelum Rabu ni. Minta tolong Izzah belikan semalam dan post kat rumah sebab Asma baru kirim malam semalam. Harapnya sempat sebab orang Jordan dah dok kirim tu. Kesian pulak dia kempunan nanti. InsyaAllah kan Izzah?

Monday 7 April 2008

12 Ciri Sahabat


Mari kita muhasabah diri kita semua. Adakah kita salah seorang daripadanya?
------------------------------------------------------------------

1) Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu

2) Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu

3) Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu

4) Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik

5) Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu

6) Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya

7) Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya

8) Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu

9) Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu utk menghilangkan kesusahan itu)

10) Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu

11) Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu

12) Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan
Petikan = "Bimbingan Mu'minin" Imam Ghazali

Saturday 5 April 2008

FITNA BELANDA


Apa nak jadi dengan Belanda. Kalau dulu dengan isu Kartun Nabi dilukis, sekarang filem FITNA yang mempersendakan Islam i.e Islam itu Terrorist.


Aku sempat menaip youtube dan menonton filem dokumentasi gelong ini. FITNA memang fitnah. Adalah tidak patut filem ini didokumentasikan. Bagi mereka yang tidak faham apa itu Islam, pasti mereka akan memahami filem itu dari konteks yang zahir sahaja." Ya, Islam itu terrorist". Oleh itu, bagi sesiapa yang save dan nak bagi orang lain menonton, pastikan ada individu yang dapat membimbing ketika menonton supaya kita tidak terkesan dengan movie yang disediakan. Ini adalah satu tanggungjawab. Jika anda tidak mampu, usahlah disave.


Dalam filem ini menyatakan umat Islam melancarkan jihad pada orang kafir dan wajib bagi orang muslim untuk bunuh orang kafir. Pada masa yang sama diselit ayat-ayat Quran yang berkaitan dan diselangkan dengan video-video keganasan yang melibatkan umat Islam seperti 9/11 dan peristiwa di London.Ada diselitkan juga selingan khutbah para imam yang menyeru umat islam untuk membunuh orang kafir sambil dijulang pedang yang panjang.


Benar, Islam suruh kita bunuh orang kafir. Tapi atas dasar apa? Islam sudah berikan panduan. Adalah haram untuk membunuh sesama kita inikan pula orang kafir seperti yang katakan melainkan ada sebab yang menghalalkannya.


Geram, geram, geram . Apa significant filem tersebut. Memang menimbulkan fitnah. Kenapa tidak letak ayat sebelum dan selepas ayat yang menyatakan Islam menyeru ummatnya untuk bunuh orang kafir??? Kenapa tidak diletakkan kenapa kita kena bunuh orang kafir?


Pelik tak nak pula diletakkan dalam video tu betapa Islam menjaga hak-hak orang kafir macam ahli zimmi dan musta'min.


[ Man aza zimmiyan khusmuhu wa kunta khusmuhu khusmatuhu yaumal qiyamah]

Barangsiapa yang menyakitkan ahli zimmi dia musuh aku dan siapa memusuhi ahli zimmi ,aku adalah musuhnya di hari akhirat.


[ Man qotala mu'aahid lam yarih raihah al-jannah]

Barangsiapa yang membunuh ahli mu'ahid, dia akan dijauhi daripada bau syurga.


Itulah Islam. Islam itu adil. Islam menjaga hak-hak orang kafir di dalam daulah islamiah. Tetapi, Islam membenarkan untuk kita membunuh mereka jika keadaan yang mengizinkan seperti perang di Palestin.


Semoga kita sebagai ummat Islam mengambil ikhtibar dengan apa yang berlaku sekeliling kita. Jangan sekadar membenci atau mengiakan sesuatu yang kita sendiri tidak pasti.