Monday 7 September 2009

Nisfu Ramadhan

Alhamdulillah, aku masih diberi kekuatan untuk meneruskan Bulan Ramadhan yang berbaki separuh bulan ini. Minggu ini, begitu banyak aktiviti dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebagai seorang pelajar dan sebagai seorang pemimpin kolej di samping menambahkan amal-amal fardi bersempena bulan yang penuh manfa'ah wal barakah wa rahmah.

Hari ini, satu hari dipenuhi dengan training sebagai persediaan untuk ke Indonesia pada bulan November ini. Banyak input yang diberi oleh Abang Ryzal sendiri selaku pembimbing kami ke sana. Sesi petang pula diisi dengan training bagaimana untuk menulis sebuah travelog. Teknik-teknik menulis dan pengalaman-pengalaman dikongsikan bersama untuk menghasilkan sebuah travelog. Sememangnya slot ini yang paling aku nanti-nantikan untuk aku kembali semangat untuk menulis semula.

Sangat hebat pembentangnya, Bro Firdaus dibantu oleh Bro Shafarudin. Perjuangan mereka dan kecekalan mereka dalam menulis buku dan berkarya membangkitkan semangat aku untuk menulis semula. Al-maklumlah selama ini, aku masih tidak dapat menyelesaikan buku yang dirancang, walaupun perancangannya sudah ada. Tergendala orang kata. Masa terlalu mencemburui aku. Tetapi aku tahu, semuanya memerlukan konsistensi dan istiqamah daripada diriku sendiri. Itu yang aku perlu.

Hari ini diakhiri dengan majlis berbuka puasa yang diadakan di peringkat mahallah dengan dihadiri oleh penduduk Mahallah Safiyyah dan penyampaian hadiah bagi blok terbaik bagi sambutan kemerdekaan yang ke 52.

* Penulis Muda *

Selepas ini, berehat dulu dari segala program dan fokus untuk test law of land Rabu ini. Semoga aku diberikan kekuatan dan kemudahan untuk mengingat dan kemudahan untuk menjawab soalan disamping meningkatkan amalan fardiku supaya menjadi lebih baik dari hari sebelumnya. Aku berharap agar aku dapat mengkhatamkan Quranku Ramadhan ini. InsyaAllah.

Ameen

Tuesday 1 September 2009

Happy Birthday Mak


Happy 44th Birthday Mak
We Love You