Bila sebut usrah, mestilah membawa maksud keluarga.
Apa yang uniknya usrah ni, sehingga saya begitu menyayangi usrah?
Usrah merupakan 1 keluarga di mana, di situ kita duduk bersama adik-beradik yang lain membincangkan isu-isu duniawi, ukhrawi di samping bertukar-tukar fikiran. Di situlah juga medan kita meluahkan perasaan dan pada saya seperti satu medan untuk mengecas bateri diri selepas sibuk belajar dan berprogram.
Pernah masa usrah, Mun, adik beradik seusrah saya menegur, "Kenapa tadi Rean time meeting serius je, compare time usrah sekarang?". Pada saya, usrah adalah medan untuk menjadikan saya lebih ceria dari keadaan sebelumnya. Tempat melepaskan lelah. Tempat meluahkan segalanya.
Mereka yang rigid akan menganggap usrah ini adalah medan diskusi ilmiah sahaja. Walhal sebenarnya, usrah tidaklah tertakluk kepada perkara-perkara ini, tetapi ia termasuklah aktiviti riadah dan sebagainya. Usrah boleh dibuat di Taman Layang-Layang, di sungai, di tepi river side CAC dan sebagainya untuk mencari kelainan.
Perlu diingat, rukun usrah itu sendiri, iaitu, taaruf, tafahum dan takaful. Berkenalan, Saling memahami antara satu sama lain dan saling kasih mengasihi macam insurans ^_^. Bila ketiga-tiga rukun ini ada dalam sesebuah usrah, Insya Allah, kita akan berada senang dan sayang dengan usrah kita.
Baba pernah berpesan pada diri, walau sesibuk-sibuk manapun kaklong, usrah jangan lupa. Sebab usrah tempat kita bertukar-tukar fikiran dan pendapat di samping kita memdapat ilmu. Mungkin sebab tu, baba nak bakal menantu dia terdiri dari golongan yang berusrah ^_^.
Dalam menjayakan sesebuah usrah, peranan naqibah atau ketua kelaurga sangatlah penting. Adik-beradik yang pelbagai ragam perlulah dihargai. Semua juga perlu memainkan peranan masing-masing. Jika naqibah kita bosan atau tidak pandai menarik perhatian, kita sebagai adik-beradik perlulah bijak menangani keadaan ini.
Mengikut pengalaman diri ini, walaupun sudah 4 kali berukar naqibah di UIA ini, tapi ikatan dengan naqibah-naqibah sebelum ini masih utuh dan kuat. Kerana apa? Kerana tujuan dan objektif usrah adalah sama walaupun kita bertukar naqibah dan bertambah ahli baru.
Sekadar berkongsi pandangan ringkas mengenai apa erti usrah menurut perspektif diri ini.
Moga menjadi perkongsian yang menarik dengan sahabat pembaca sekalian. Wallahu a'lam.
P/S: Maaf kepada pemberi soalan ini di atas keterlewatan membalas. Harapnya post ini membantu ^_^