Thursday 28 April 2011

Coretan 2 minggu




Alhamdulillah, saya masih diberikan kudrat untuk menulis, nikmat bernafas & meneruskan perjuangan dakwah semasa cuti ini.

2 minggu sudah berlalu dari 14 April, saya menjawab kertas peperiksaan Evidence & Procedure in Shariah Courts yang terakhir bagi Semester Terakhir saya sebagai seorang pelajar jurusan Undang-Undang. Sejujurnya, saya tidak tahu apakah perasaan saya ketika itu. Apa saya sedih untuk meninggalkan kawan-kawan yang akan berchamber, adik-beradik usrahku, anak-anak usrahku & meninggalkan UIA tercinta.

Mungkin diriku tak berasa sedih sangat kerana di mindaku sudah ter'set' bahawa saya akan mengambil Syariah. Tidak ada rasa sedih yang teramat meninggal dunia UIA kerana sementara menunggu Degree LLBS untuk bermula pada September, saya akan membantu Mdm Roslina & Mdm Norliah dalam Projek Family Court mereka. Ditambah pula, rezeki berprogram yang diberikan Allah s.w.t bagi memperkenalkan Geng Zero Alasan di mata masyarakat, rasa sedih itu tidak terasa sangat, kerana banyak perkara baru yang perlu diteruskan.

Alhamdulillah, tidak putus-putus jemputan diterima. Setakat 2 minggu cuti ini, sudah 3 jemputan untuk Geng Zero Alasan. Bulan 5 & 6 pula ada juga jemputan untuk memberikan ceramah. Berkongsi Cara-cara Motivasi Melalui Perumpamaan.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Sesungguhnya, saya yakin dan percaya sekurang-kurangnya ini yang dapat kita bantu adik-adik dalam menghadapi kehidupan ini. Apa yang kita boleh berikan semasa kita berada di rumah bercuti.

Ingin saya kongsikan satu tazkirah yang sangat menarik yang saya perolehi semasa saya mengendalikan Program Kem Jati Diri bersama Pelajar Tahun 5 di Hotel Seri Malaysia Sepang.

Tazkirah ini sebenarnya diberikan oleh Ustaz kepada para peserta iaitu para pekerja di jabatan kerajaan. Kebetulan, adik-adik peserta turut bersama Jemaah untuk Solat Subuh di situ.

Kata Ustaz X,

"Allah s.w.t tak suka bagi orang yang tidak bekerja tapi sihat tubuh badannya. Tak berbuat apa-apa amalan di dunia & juga di akhirat ".

Sejujurnya,ketika saya mendengar ayat Ustaz ini, membuatkan saya terfikir. Alhamdulillah, saya masih diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk bekerja. Ya, sangat rugi bagi mereka yang tidak membuat apa-apa cuti ini, merehatkan badan mereka selepas 4 tahun belajar. Sesungguhnya, tenaga kita masih ada 'umph'. Kita masih ada 'power' orang kata. Kita sebagai anak muda, harus bukannya kalau boleh, tapi mesti boleh untuk fikirkan apa yang kita boleh lakukan untuk berbakti kepada diri sendiri, keluarga & masyarakat.

Mungkin ada yang berpandangan, kita perlu rehat dulu sebelum bekerja. Ya, benar. Tapi, jangan kita rehat selama-lamanya. Sebab badan kita sudah biasa dengan keadaan sebegitu. Takut, bila kita ubah settingnya, lain pula kesannya nanti.

Sekian dahulu perkongsian kali ini. Saya akan memulakan kerja sebagai Research Assistant bagi Project For Family Courts in Malaysia minggu hadapan. Semoga kita terus thabat di jalan ini. Tak sabar untuk memulakan usrah di kawasan saya sendiri Serdang & berjumpa anak-anak usrah bulan 5 ni. Insya-Allah, biiznillah.

Kepada sahabat-sahabat yang sedang mencari kerja, ditemuramah untuk chambering, sambung LLBS dan bekerja, semoga berjaya dalam kehidupan anda. Jangan lupa rakan-rakan. Networking itu penting orang kata. ^_^

Akhir kata, Semoga keputusan peperiksaan yang akan diumumkan minggu hadapan baik-baik saja.

Hanya padamu Ya Allah aku mohon pertolongan. Permudahkanlah urusan kami, sebagaimana kami mempermudahkan urusan Agama ini Ya Allah. Kau bantulah kami sebagaimana kami membantu Ajaran ini Ya Allah. Allahumma najihhna fil imtihan, fid deen fid dunia wal akhirah.

Rabbana atina fidunniya hasanah wa fil akhirati hasanah wa qina 'azabannar.

Ingat rule of the thumb: Dakwah itu pelbagai cabang. Tak semestinya satu cara saja. Kita punya macam-macam cara. Sebab itu Allah menjadikan kita pelbagai. We have to celebrate the diversity. Walaupun kita berbeza, tapi kita berkongsi satu misi: lillahi ta'ala. Insya-Allah.


Bersama-sama rakan perjuangan.
Dari Kiri (Atas): Nora, Maryam Yummy, Siti Masleha Siti , Aidillah Os
Dari Kiri (Bawah): Izyan YB, Salwa Sal, Rashidah Bibi, Azwaa Jwa


At the evening after my EPS paper.
Farewell Trip With My Best Friends @ KLCC
Picnic di Tasik KLCC & Naik Menara KLCC
Me & Peah @ Level 85 of KLCC


Mereka yang Grad Semester ini & Dah Grad, Insya-Allah.
Sahabat perjuangan dalam medan Dakwah Kampus.
Dari Kiri: Mun, Tim, Sofiy, & Maya


Usrah terakhir bersama anak-anak usrah saya di Tasik Sri Gombak.
Dari Kiri: Dalila, Fatimah, Aisyah, & Aini.
(Azwaa si penangkap gambar ^_^)


Geng Zero Alasan
bersama
Adik-Adik Tahun 5 Sek Ren Islam Al-Amin Keramat di Hotel Seri Malaysia Sepang