Tuesday 24 May 2011

Graduan Lex Legum Baccalaureus

Di kala semua kawan-kawanku sibuk untuk memulakan latihan dalam kamar “chambering”, mencari pekerjaan, sibuk menghadiri temuduga di Firma-firma guaman, saya masih lagi di sini, di Kuliyyah Ahmad Ibrahim UIAM.

Bukan saya tidak mahu memulakan latihan dalam kamar dan menghadiri temuduga di Firma-Firma Guaman seperti rakan-rakan lain tetapi saya merasakan saya masih belum cukup bersedia lagi untuk melangkah masuk ke alam praktikal. Saya juga telah menolak tawaran temuduga di Jabatan Peguam Negara. Alasannya mudah, saya ingin teruskan pengajian dalam Ijazah Sarjana Mudah Undang-Undang Shariah. Saya masih ada lagi setahun sebelum saya melangkah ke dunia undang-undang yang sebenar. Dalam masa setahun inilah, saya akan mempersiapkan diri saya dan memperlengkapkan ilmu di dada. Itu planning saya.

Sebab itulah, saya lebih selesa untuk bekerja sambilan sebagai pengawai penyelidik di AIKOL membantu Dr Roslina untuk Projek: Establishing Family Court In Malaysia (Subjek Undang-Undang Keluarga sudah menjadi my passion ) sementara menunggu bulan September ini. Di sini saya dapat memperbaiki kemahiran saya terutamanya di dalam penyelidikan dan penulisan di samping meng’explore’ bidang yang saya minati.

Perasaan

Saya: Peah, Kaklong ni graduan ke lepasan undang-undang? Kalau Graduan, masalahnya kaklong tak konvo lagi.

Rafeah: Kaklong nak kena ke? Ada sangkut ke? Tidak ada kan?

Saya: Tersenyum ^_^

Ya, saya tahu, saya sudah pun bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Hons) dari UIA. Perjalanan untuk mendapatkan segulung ijazah ini tersangatlah panjang jika dikira dengan jari. Ya. 6 tahun. 2 tahun di Matrikulasi dan 4 tahun di Universiti. Lamanya seperti anda mengambil jurusan perubatan. Satu jurusan yang ada class macam perubatan. [Ayat yang saya tekankan semasa berjumpa Adik-Adik lepasan SPM di ERAT 2011].

Tapi, pejam celik, Alhamdulillah, saya telah berjaya mengharungi satu fasa kehidupan. Sepanjang belajar, memang banyak turun naiknya. Pernah gagal dalam ujian Criminal Law I, ujian Evidence Law 1 & 2, Company Law 1 dan jatuh sakit satu semester pada Sem 1 2010/2011. Semuanya diharungi dengan kesabaran , keperitan dan yang penting dengan sokongan rakan-rakan perjuangan terutamanya Azwaa, Shida, Kak Su, Maryam Khalid, Izzah, Siti, & Salwa. Mereka yang banyak memberi sokongan. Dan tidak lupa Mak dan Baba dan seluruh keluarga saya. Tidak lupa juga kepada adik-beradik Usrah saya , Siti Aminah Mazlan terutamanya.


Imbasan

Tanam Azam

Teringat semasa saya Tingkatan 3, selepas keputusan PMR diumumkan, Mak dan Baba telah bertanya pada saya apa yang saya lakukan dan apa cita-cita saya. Dan saya dengan yakin “ Kaklong nak belajar undang-undang di UIA dan nak ambil double degree”. Dan kini, bila Mak dan Baba tanya saya apa yang saya inginkan, saya dengan yakin berkata, "Kaklong nak praktis undang-undang sivil dan syariah dan Kaklong nak jadi Law Figure”.


Diperlekehkan Cikgu

Saya menyambung Menengah Atas saya di SAM Bestari JAIS Subang di mana hanya aliran Sains Tulin Agama dan Sains Kejuruteraan Agama yang ditawarkan. Walaupun saya berada dalam kelas Sains Tulin Agama, saya masih tetap dengan cita-cita saya untuk menjadi seorang peguam tatkala ramai rakan-rakan yang bercita-cita untuk menjadi doktor dan jurutera.

Jika saya melawat semula ke sekolah, ada seorang Cikgu yang akan cakap pada saya, “Rugila kamu belajar Sains Tulin dulu..” dan saya dengan yakin kata, “ Tiada yang rugi Teacher, saya masih praktis Arab saya sampai sekarang berbanding yang lain. Dalam law pun saya masih juga belajar term2 sains.”

Kenapa Undang-Undang?

“Saya nak pertahankan Keadilan”. Alasan yang macam biasa diberikan bagi mereka yang memilih undang-undang.

Bagi saya sendiri, saya ada sebab kenapa saya memilih jurusan ini. Masyarakat selalu berpandangan jurusan ini memerlukan anda memahami Sejarah , menghafal berakta-akta dan meng’kelentong’ orang. Anda silap. Undang-Undang bukan hanya teori. Tapi anda kena faham dari sudut aplikasi dan praktikal.

Saya berpegang kepada kata-kata Master saya semasa saya praktikal pada Tahun 3, iaitu Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar,, beliau berpesan pada saya

"Jadi lawyer adalah Fardu Kifayah
Ya, saya setuju. Bukan calang-calang orang Allah s.w.t pilih untuk belajar dan berada dalam bidang ini. Kita kena hargai peluang dan gunakan. Sekaligus berbakti kepada masyarakat semula. Bukankah dakwah itu luas?

Saya tahu dunia perundangan tidaklah indah khabar dari rupa. Memang hati kena tegar. Hati kena kuat. Dan kena ingat, walau di mana kita berada tarbiyah perlu ada. Termasuklah di dunia pekerjaan.

Akhir kata, semoga kawan-kawan seperjuangan semua terus sukses dalam kerjaya dan kehidupan. Insya-Allah. Ilmu bukan di buku tapi di dada, untuk diamalkan. Doakan saya terus istiqamah dengan apa yang saya pilih. Semoga dipermudahkan segalanya. Ameen.

Friday 20 May 2011

Penangan Nur Kasih The Movie


Entri pertama selepas bergelar seorang Graduan AIKOL.

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk menonton Filem Nur Kasih The Movie petang tadi bersama my good buddies Maryam & Kak Su selepas pulang dari kerja di UIA.

My humble komen:-

1) Filem arahan Kabir Bhatia tak pernah mengecewakan peminat. Jalan cerita yang menarik walaupun pada permulaan pertama agak perlahan..Banyak adegan flashback..

2) OST dan musik latar yang sedap dan sesuai mengikut plot cerita.

3) Suasana ketika Adam mengajar pada anak-anak belia mengenai Islam sepatutnya boleh dimenarikkan lagi. Islam itu indah. Bukan skema sahaja. Banyak cara boleh kita boleh berdakwah. Dan saya sangat suka scene Adam berkata pada Ustaz yang dijemput mengajar anak-anak tersebut " Kita kene dekati mereka dengan cara berhikmah...". Dialog dah kena, tapi presembahan masih boleh diperkemaskan lagi.

4) Dialog antara Nur dan Jehan Miskin boleh diperkemaskan lagi. Saya sangat suka idea scene tersebut. Dan the best part, Orang yang tahu bezakan halal haram bukannya berfikiran sempit tapi orang yang berfikiran sempit adalah mereka yang hatinya ditutup Allah. Terbaeklah ayat ni. Tapi, rasanya ayat boleh di'laser'kan lagi, bak kata kawan saya, Maryam.

5) Banyak perumpamaan yang boleh diambil dalam cerita ini yang boleh diaplikasikan dengan menggunakan teknik Motivasi Melalui Perumpaman dalam program Hidup Zero Alasan. Tak sabar nak kongsi dengan adik-adik peserta nanti.

6) Kenapa keluarga Nur Amina tidak ada dalam Filem ini? --> Persoalan dari Kak Su.

Itu sahaja komen saya untuk filem ini. Satu perkara yang ingin saya puji lagi, timing filem ini ditayangkan sangat menjaga waktu solat. Adakah ini satu kebetulan atau sudah disetkan? Sebagai contoh waktu tayangan 5.35, 7.45. bukannya seperti kebanyakkan filem lain yang bermula pada pukul 6.00 contohnya yang menyebabkan penonton tak menjaga waktu solat.

Akhir kata, saya tak boleh ceritakan kesemua ceritanya. Tapi apa yang boleh saya katakan, ending dia sangat unexpected. Betul, sangat2 unexpected dan tidak mengecewakan. Memang kena tonton. Filem ini boleh diperbaiki lagi supaya boleh setanding dengan Indonesia seperti cerita ketika Cinta Bertasbih. Jadikan ini sebagai satu permulaan. Chaiyok Malaysia!!!