Friday 27 June 2008

Jalan-Jalan Cari Makam

Bila ko nak datang ni. Kitorg dah habis pusing makam-makam kat kawasan Masjid Umawi ni” sms Fizi, yang membantu sodiqati dari Jordan sementara aku ke Talaqi Qur'an.

Aku melihat jam. Pukul 11 pagi. Aku baru saja habis bertalaqi tiga juzuk dengan Anisahku sejak 6.30 pagi tadi. Memang mahu khatam sebelum ku pulang minggu ini. Aku mempercepatkan langkah untuk ke Masjid Umawi. Bertemu rakan-rakanku dan cadangannya mengikut mereka ke Museum Negara dan ke Makam-makan berdekatan dengan Bab Musolla berdekatan dengan rumahku sebelum ke Makam Arbain petangnya.

“Aku bawak diorg la. Ko rehat-rehat dulu. Petang ni kita jumpa untuk pergi Makam Arbain. Pas pi makam tu, diorg lepak rumah aku kejap lah sebelum pergi Makam Arbain” cadangku pada Fizi.

"Aku pernah pergi sekali je. Fizi bawak. Aku tahu kat mana. Tapi, takut gak sesat kubur mana-mana. Takpe, kita redah je. Kawasan kubur ni jugak."- Warning ku. Itulah nak aku jadi pemandu pelancong, Duduk Syria pun tak sampai setahun, Nasiblahkan.

"Halal je. Kami pun pelancong. Kita redah sama-sama." Nad dan Asma memberi sokongan kepadaku. Cewah.
================

* Aku, Dr Deloq, Dr Nad dan Kak Syam Dari Souq Hamidi- Kubu-kubu tepi tu antara benteng pertahanan semasa Pemerintahan Sultan Salahuddin Al-Ayubi


Makam Pertama- Antara Imam yang menghafal 1000 lebih hadith. Significantnya, kubur ini terletak di tengah-tengah jalan raya kerana kerajaan Syria tidak dapat mengubah kedudukan makam ini dan ini nak menunjukkan betapa Muqaddasahnya beliau.(macam berdaulatlah kira)

"K Jom korg... Kita p situ.." di kawasan perkuburan. Sebelum ke makam-makam utama kena lalu kuburan yang lain. "Assalamualaikum Ya Ahli Kubur"

Sedih tapi benar. Makam Muawiyah. Ayah kepada Yazid bin Muawiyah. Makamnya digari dan hanya orang tertentu yang boleh masuk ke dalam. Kami hanya mampu melihat dari celah-celah lubang saja. Betapa bencinya mereka kepada Yazid sehingga Makam ayahnya jadi begini. Ramai je Pak Arab yang kencing di kawasan tu menunjukkan rasa benci mereka. Gelong betul ( Kisah berkaitan dengan Karbala dan Syiah akan diceritakan dalam entri lain)

Di celahan kuburan manusia. Kena celah je ni...Jangan langkah. Batu nisan macam board surfing laut je..huhuhu

Kalau ikut signboard, ini makam cucu Nabi Muhammad, Ruqayyah. Tapi kat Syria ni, banyak sangat makamnya dan tak semua makam-makam ada jenazah. Jadi aku pun kurang arif.

Makam Bilal Bin Robah. Memang jenazahnya di sini. Ada makam pengikut-pengikut beliau juga kat tepi makan beliau.

Makam Isteri Nabi: Ummu Habibah
Makam Isteri Nabi: Ummu Salamah


Pintu masuk ke Makam Sepupu Rasulullah, kalau tidak silap. Anak Jaa'far.

Makam 12 Kepala. Makam ini terletaknya kepala-kepala pengikut Husain yang dipancung sekali ketika Peristiwa Karbala.

Aku & Asma di tepi Daur (Roundabout) Bab Musolla lepas habis melawat kawasan makam dan nak cari 'asir(jus buah-buahan) dan Nasi Mandi sebelum naik Servis(Van Sapu) "Muhajirin-Sina'ah" ke rumahku di Mantiqah Sinaiyyah.
===============
Sesungguhnya perjalanan dan masa yang diambil tidak sampai 2 jam untuk menziarahi makam-makam yang cukup memberi kesan dalam sejarah Islam dan kepada diri Insyallah.
Marilah kita menginsafi diri dan merenung kembali, bagaimana para sahabat yang terdahulu mempertahankan Islam dan menyebarkan ajaran Islam. Kita dapat melihat juga bagaimana konflik yang berlaku di Era Islam selepas Pemerintahan Saidina Ali.
Insyaallah saya kongsikan Kisah Karbala & Shiah yang saya peroleh berdasarkan pengalaman di Syria dalam entri akan datang. Tapi tunggu gambar dululah baru syok nak bercerita.

Wednesday 25 June 2008

Tarbiyah Hijab

Tergerak hati untuk berbicara hal ini walaupun siapalah diriku untuk berbicara lebih mengenainya.

Pengalaman aku di Syria dan Malaysia melihatkan aku 2 fenomena berbeza.
====================
Di Syria
Anak-anak kecil dibiarkan bergaya. Mereka dihias bak sang ratu. Tiada yang dipaksa untuk memakai hijab atau perkara yang sewaktu dengannya.

Bila remaja, mereka didik untuk menutup aurat mereka. Adatnya, mereka akan memakai mantuh. Sejenis jubah kot yang menutupi badan mereka. Di dalamnya mereka masih memakai pakaian berhias kalau tak pakai jubah memang seksilah jawabnya.

Tidak kira Muslim atau tidak, tenang mata memandang. Semuanya memakai mantuh. Adat mereka di sana. Jika tidak bertudung pun, pakaian masih lagi sedap mata memandang. Tiada yang menjolok mata. Ada pon boleh dikira dan sangat jarang dan sangat pelik.


Di Malaysia

Anak-anak kecil dipaksa bertudung memakai tudung ala-ala nabila. Sehingga tidak tahu apakah itu aurat. Hanya tahu tudung itu adalah satu pakaian dan fesyen.

Bila remaja, tudung bertutup. Tapi pakaiannya bawahnya... Bila berjalan di tengah jalan terasa panasnya. Sengsaranya mataku melihat semuanya. Tapi nak buat macamana dah adat. Tapi bagi mereka yang punya kesedaran, alhamdulillah. Moga mereka kekal begitu menjaga auratnya.

Masyarakat mula mahu bergaya. Tidak kisah asalkan auratnya terjaga. Ini jarang sana sini. Macamlah orang lain tak punya.

Sekadar satu kekesalan- Mengapa Bi'ah Solehah tidak boleh ada di Malaysia? Adakah Kerajaan Malaysia perlu buat macam Kerajaan Kelantan tidak boleh pakai gincu dan kasut tinggi? Baik undang-undang pakaian yang jolok mata itu diangkat. Takkan kasut tinggi tak boleh pakai kot.

Bagaimana agaknya cara terbaik untuk mentarbiyahkan semua golongan wanita dari kecil lagi tentang penjagaan aurat? Kadang-kadang sedih bila ada yang dari kecil sudah punya didikan agama bila besar tudungnya diletak tepi. Apakah cara yang terbaik?

Tuesday 17 June 2008

Ahlen Malaysia

"A hazihi awwalu ziarah ila Malaysia?" tegurku kepada sebuah keluarga ketika berada di dalam aerotrain. Terkejut wanita tersebut kerana ku bertutur dalam bahasa arab dan dia menggangguk. "Ahlan.Welcome to Malaysia."

Subhanallah. Sudah lama aku tidak melihat warna hijau.
Subhanallah hujan menyambut kedatanganku di Malaysia. Hujan yang dapat dikira dengan jari di Syria di Malaysia tak terhitung kekerapannya.

Begitu banyak coretan dan kisah mahu dikongsikan bersama. Tetapi, kesihatan tidak mengizinkan. Diserang demam 'rindu Syria' mungkin.huhuhu. Tapi sekarang dah okay dah insyaallah. Blog akan diupdate insyaallah.