Thursday 29 November 2007

Kisah Di Mydin


"Aargh..."
"Tepi, tepi, tepi..."


Suasana di Mydin Jalan TAR kelam kabut seketika. Kedengaran ada segelintir pengunjung yang menjerit-jerit di ruang tangga bergerak. Aku yang sedang membelek-belek barang yang mahu dibeli berhampiran dengan tempat kejadian kehairanan.


Aku sangkakan jeritan itu adalah kesinambungan daripada peristiwa perhimpunan HINDRAF pada hari sebelumnya. Sangkaanku salah. Aku biarkan saja jeritan itu. Malas mahu ambil tahu. Aku melihat saja dari tempat ku berdiri kira-kira 2 meter dari tangga bergerak. Nampaknya, ada juga pengunjung yang sedang menuruni tangga bergerak bertolak sesama sendiri. Ada juga yang melompat ke tepi.

" Ini tak boleh jadi. Kenapa ni?" Di pemikiranku tetiba terlintas, Ada budak tersepit di hujung tangga bergerak ke? Waa..seramnya...


Tangga bergerak dihentikan oleh pekerja-pekerja Mydin. Suasana di pusat membeli belah menjadi riuh seketika. Semua pengunjung berkumpul di tengah-tengah mahu melihat apa yang berlaku sebenarnya.


Darah bertempiaran di atas lantai. Ya Allah, Macamana boleh jadi macamni?

Pekerja-pekerja Mydin sibuk menyelamatkan mangsa yang tersepit. Rupa-rupanya, mangsa tersepit ketika terjatuh daripada tingkat 2. Macam-macam. Selepas itu, pekerja Mydin terus membawa keluar mangsa. Ketika pekerja Mydin sedang membawa mangsa, ada juga pengunjung-pengunjung wanita yang menjerit ketika mangsa dibawa lalu di tepi mereka.

Nak tahu siapa mangsa tu?


Mangsa ialah Si Tikus.

Persoalan: Apakah Pusat Membeli belah sekarang mempunyai tahap kebersihan yang memuaskan?

Thursday 22 November 2007

Modal Insan Konon...

" Makcik nak tengok cerita ni pukul 9 malam"

" Kaklong, Peah nak tengok Spa Q"

Aku ikutkan saja permintaan insan-insan di rumah untuk melihat tv. Maklum sajalah cerita-cerita yang wajib ditontonku sudah dapat ku tonton sepanjang cutiku di rumah. Aku sudah puas jika dapat menonton berita dan rancangan Wanita Hari Ini. Kerna selebihnya waktuku, aku habiskan dengan berinternet, membaca dan memasak di dapur.


" Ish, cerita macam ni memang merosakkan masyarakat betul" Lancar saja mulutku berkata kepada adikku Peah & Pembantu Rumahku, Makcik semasa menonton Cerita Jelatang.

Adakah budaya ini di dalam Masyarakat kita sekarang? Yang muda mahukan yang tua? Bermain dengan hukum Tuhan dalam soal perkahwinan? Macam-macam. Tapi aku tabik juga cerita ini, kerana di akhir tayangan cerita ini ada diletakkan peringatan kepada semua penonton. Supaya cerita ini diambil iktibar. Tapi isunya, kalau penonton yang tidak menonton sampai ke akhir rancangan bagaimana? Terjaminkah mereka untuk tidak terpengaruh dengan ideologi yang telah diutarakan dalam cerita ini? Itu satu.

Keduanya, cerita Spa Q.. Adeh... Terus terang kukatakan.. " Macam apa punya cerita ". Isu lelaki tua yg ada mistress di luar. Adakah ini memang budaya masyarakat Melayu sekarang? Tolonglah. Sampai meluat rasanya nak melihat. Tiada pula tanda peringatan seperti dalam cerita Jelatang. Memang menyesatkan kepada sesiapa yang tidak dapat memproses moral value daripada cerita ini.


Usahlah mahu diikutkan cerita barat. Tidak boleh ke dibuat rancangan yang berunsur Islamik sedikit. Namanya pun Islam Hadari di Malaysia ni. Sepatutnya, rancangan-rancangan yang ditayangkan di tv juga perlulah menyahut seruan kerajaan tu. Berbekalkan Modal Insan. Di mana modal insan nya di dalam media? Sedangkan kita tahu, memang pengaruh media yang membentuk minda masyarakat kerana, media tidak boleh tidak memang akan digunakan oleh manusia sejagat.

Bukanlah saya inginkan program-program agama 24 jam semata untuk ditayangkan. Al-Kuliyyah dari pagi ke malam. Tetapi cerita-cerita yang ditayangkan perlulah kena dengan budaya masyarakat kita. Perlulah ada rancangan-rancangan yang dapat mendidik minda masyarakat dengan budaya kita. Kita perlulah berbangga dengan bangsa kita sendiri. Tak perlulah kita ingin mengagongkan budaya barat untuk menjadi sebuah masyarakat yang maju. Menghalalkan apa yang Allah kata tidak dalam hidup ini.

Wednesday 21 November 2007

Pokok Kari

"Orang Utara suka makan Kari. Sebab tu tak heran kalau diorang tanam Pokok Kari kat rumah diorang" terang Izzah dengan bersemangat.

Shida & Siti pergi ke balkoni menyidai pakaian.

Lalu Maklong menegur, "Sampai ke nak ambil hanger tu?"

Mungkin disebabkan fizikal mereka yang agak kurang tinggi daripada aku.

" Boleh Maklong ", jawab Siti.

" Tahu tak pokok apa tu? " , tanya Paklong.

" Tahu Tahu Tahu" Bersemangat Shida dan Siti menjawab gaya Upin & Ipin.

" Pokok Apa?"

" Pokok Kari Paklong."

" Pokok Apa?"

" Pokok Kari Paklong"

" Betul Pokok Kari?" , tanya Paklong lagi.

" Betul Paklong. Pokok Kari."

" Korang orang mana? " , tanya Paklong.
" Kuala Lumpur, Paklong."

Sudah pasti Shida & Siti berasa bangga kerana mereka dapat meneka nama pokok itu dengan tepat.

" Yes Yes Yes" , jerit hati Shida.

" Jawapannya salah. Itu Pokok aazebaijane namaste tum priakahuhe a.k.a Pokok Mambo " , jawab Paklong slumber selepas melihat mereka terbangga seketika.

" Adeh... " rengih Siti


" Macamana leh salah pulak ni...." kata Shida.





" Memang betul aku nampak macam Pokok Kari ", jelas Shida yang tak puas hati bila bercerita dengan saya, Izzah dan Salwa.


Saya pun rasa tu Pokok Kari. Seandainya saya ada di tempat kejadian sudah pasti saya pun akan cakap benda yang sama. Hahaha. Agaknya, Pokok Kari di Utara bentuknya lain berbanding di Kuala Lumpur?

Tuesday 20 November 2007

Mr M


"Rehan tahu tak kenapa rumah ni banyak jaring ?" tanya Paklong ketika ku di Langkawi.

Melihatkan keadaan rumah itu, memang hampir setiap tempat/sudut yang ada tingkap dibubuh jaring.

" Sebab area-area ni byk Mr M. Kadang-kadang dia datang rumah. Amik makanan. Pernah satu hari, Mr M tu datang curi telur kat dapur. Yang lawaknya, Mr M tu amik sebiji je, walaupun ada sepapan telur masa tu. Lapar sangatlah tu. Dalam mencerobohi tempat kita pun, masih boleh bersopan santun" cerita Paklong lagi.

Lihat sajalah pada pembangunan hari ni. Memang tidak mustahil, makhluk penghuni hutan sebelum ini hilang tempat tinggal tatkala kemajuan pembangunan menguasai diri manusia.

Tadi saya tertarik dengan tajuk petikan di dalam www.utusan.com.my Anda boleh rujuk ke http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_04.htm

Ada Ahli Parlimen mencadangkan diwujudkan desa monyet bagi mengawal populasi ini.
Yang lucu, ada juga ahli Parlimen yang mencadangkan agar diletakkan saja keturunan M ni di dalam Zoo. Tapi takut tiada populasi lain pula di dalam Zoo.

Macam-macam. Pada hemat saya, adalah molek, jika kerajaan mengadakan satu hutan simpan khusus bg keturunan ini. Agar tidaklah mereka terbiar dan mengganggu orang ramai. Sudahlah manusia yang mengambil tempat mereka. Mana lagi mereka mahu pergi. Jika tidak ke kawasan manusia juga.

Sehingga mana pembangunan manusia harus diteruskan sehingga habitat semulajadi alam dinodai hingga hilang tempat tinggal haiwan-haiwan di dalamnya?

Marilah kita bersama-sama menjadi pencinta Alam.

Apakah peranan kita?

Sunday 18 November 2007

Hakim Syariah Wanita Pertama


Semasa saya di Langkawi, sempat saya membaca keratan Akhbar mengenai “Perlis Lantik Hakim Shariah Pertama”.

Isu membenarkan perlantikan hakim wanita pertama di dalam institusi penghakiman syariah memang hangat menjadi perbualan dan perdebatan.

Isu ini ada dibincangkan di dalam kelas saya dalam subjek Islamic Legal System di UIA. Pokoknya, terdapat 3 pendapat ulama’ mengenai isu ini iaitu,

Pendapat Jumhur Ulama’(Shafi’e, Maliki & Hanbali)
Hukumnya haram wanita dilantik menjadi hakim.

Pendapat Hanafiah
Harus hukumnya melantik wanita menjadi hakim kecuali di dalam kes-kes hudud & qisas.

Pendapat Syaz Ibnu Jarir Attabari & Ibnu Hizam
Harus wanita menjadi hakim di dalam semua perkara termasuk hudud & qisas.

Prof Dr Zaleha, Dekan Fakulti Undang-Undang Ahmad Ibrahim pun ada menyatakan pendapatnya dalam Majalah Al-Islam dalam keluaran lepas (Oktober 2007 jika tak silap).

Antara point yang saya fikirkan releven untuk dikongsi ialah:-

1) Jika seorang wanita (lecturer) boleh mendidik seorang hakim syar'i takkan dia tak boleh menjadi seorang hakim?

2) Status Hakim sekarang dengan hakim dulu (semasa zaman Rasullulah) adalah berbeza. Ini kerana mengikut Administration of Islamic Law (Federal territories) Act 1993 s46(2)(a) dan (b) menyatakan ruang lingkup kuasa di bawah Mahkamah Syariah hanyalah perkara-perkara yang melibatkan undang-undang keluarga, harta dan sewaktu dengannya. Mahkamah juga tidak boleh mengenakan hukuman lebih daripada, penjara 3 tahun, denda RM 5000 atau 6 kali rotan.Dan ini jelas menunjukkan bahawa undang-undang Islam di Malaysia tidak menggunakan hukum Hudud.

Maka, menurut Prof, kita bolehlah mengikut pendapat Hanafiah di dalam membenarkan wanita menjadi hakim kecuali di dalam hukum hudud dan qisas. Dengan keadaan sekarang, adalah tidak mustahil wanita boleh ataupun sudah layak untuk menjadi hakim. Wanita sudah mampu untuk berdiri sama tinggi dan sama rendah dengan keadaan akademik yang sama rata.

Cuma, saya kurang bersetuju dengan tindakan Negeri Perlis ingin melantik Hakim Syariah Wanita yang masih muda umurnya. Menurut sumber, bakal hakim berkenaan adalah berusia dalam lingkungan 20-an.

Lantas membuat diri saya terfikir, adakah ini sudah cukup kredibilitinya untuk menjadi Hakim wanita pertama? Lainlah jika dia sudah berada di dalam dunia penghakiman untuk jangka masa yang lama. Rasanya, jika Malaysia mahu mengikut Pendapat Hanafiah dalam isu ini, perlulah diletakkan satu garis lurus yang ketat dalam melantik Hakim Shariah Wanita dalam memastikan undang-undang tak dipermain-mainkan dan diperkotak-katikkan serta tidak melanggar Hukum Tuhan.

Saturday 17 November 2007

KEMBARA 5 SEKAWAN

Alhamdulillah, akhirnya perancangan yang cuba dibuat berkali-kali sebelum ini akhirnya berjaya. Kami berlima. Saya, Izzah, Shida, Salwa & Siti telah bersepakat untuk menghabiskan masa 4 hari 3 malam di Langkawi.

Kedatangan kami disambut oleh sepupu Izzah, Abang Jed. Kami di bawa ke Kediaman mereka, di Kampung Kastam yang terletak kira-kira 5 minit perjalanan dari Jeti Kuah. Banyak sungguh destinasi yang kami pergi ke Langkawi selama 3 hari berada di sana.
Berikut adalah antara gambar-gambar menarik yang boleh dikongsi bersama.

Saya semasa baru sampai di Jeti Kuah

Bersama Tok Izzah di rumah Maklong & Paklong

Pergi Melawat Keluarga Angkat ketika Baktisiswa 2006.

Bersama Sepupu Angkat. Anak Mak Su. Besar dah depa. Dulu p kecik-kecik lagi.

Masih ada lagi. Bekas Hasil Kerja Baktisiswa 06 dulu.

Kami berlima, dari kiri, Siti,Shida,Izzah,Saya & Salwa, merenung masa depan di beranda salah satu bilik paling mahal di Hotel Four Seasons.

Banyak lagi gambar ni. Tapi takpelah cukuplah sekadar ini buat tatapan rakan-rakan.

Begitu banyak yang saya dapat daripada Trip kami ini, terutamanya erti persahabatan. Semoga Trip ini telah membuka lebaran baru kepada diri kami untuk menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini.

Sunday 11 November 2007

B.E.R.S.I.H

Semalam negara dikecohkan dengan satu demostrasi yang diadakan oleh pihak yang mendakwa diri mereka “Pembersih”. Menurut sumber yang dipercayai, tujuan demostrasi ini adalah untuk menyampaikan memorandum ketidakpuasan hati terhadap sistem piliharanya kepada Yang Di Pertuan Agong.

Semua pintu masuk utama ke Kuala Lumpur dikawal oleh pegawai polis. Padanlah ketika saya semalam dalam perjalanan pulang dari UIA ke rumah, habis sesak jalan dengan polis berada hampir di setiap bahu jalan.

Sahabat saya, Shida dan Siti turut berada di Masjid Jamek kebetulan pada pukul 3 dan tatkala itu segerompolan manusia berarak dan mencetuskan gusar di hati yang melihatnya.

Saya sendiri semasa berada di KL Sentral terkejut semasa ingin menukar tren LRT ke Komuter. Saya sendiri pelik kenapa begitu ramai golongan pakcik-pakcik alim, dan ada segeng memakai baju kuning dan ada juga yang lagak seperti seorang pendekar, mengikat kain di kepala. Mungkin orang ramai balik Deepavali kot.Fikiran saya.

Saya susuri tangga bergerak ke ruangan menunggu. Masyaallah. Ramainya orang. Dan rata-rata mereka memakai baju t-shirt berwarna kuning.Cuak juga saya ketika itu, dengan ada yang terjerit-jerit seperti mau gaduh pun ada. Dengan lambakan orang yang menyambut Deepavali, macam-macam boleh berlaku. Janganlah ada rusuhan 13 Mei lagi.

Ketika itu ada seorang kakak yang kebetulan menunggu tren ke Seremban menegur saya.
“Ramai betul. Dah lah memang dah sesak. Tambah lagi orang yang berbaju kuning ni lagi menyusahkan keadaan.” Mungkin kakak ni merujuk kepada keadaan yang sedang berlaku. Memang, ketika ini, ada juga beberapa orang anggota polis yang diletakkan di ruangan menunggu tren. Kononnya nak mengawal keadaan.

3 tren saya lepaskan sebab memang terlalu ramai orang. Dengan perasaan saya ingin tahu apa yang tertera di belakang baju kuning, saya mengfocuskan mata saya, macam zoom in laa. Tapi ditambah mata yang memang ada 4, tak dapat pula. Dapat pun satu dua patah perkataan. Maka saya beranikan diri juga pergi ke sekumpulan pakcik-pakcik (duduk berhampiran dengan mereka) dan terus membaca apa yang tertera dan menaipkan di dalam hp saya. Ingat nak tulis di buku catatan saya, tapi ku padamkan saja karang ketara sangat pula.

Tuntutan BERSIH
1)Penggunaan Dakwat Kekal
2) Pembersihan Daftar Pemilih
3) Pemansuhan Undi Pos
4) Akses kepada Media


“Pembersihan Piliharanraya kembalikan Hak Rakyat”

Ada bernas juga apa yang mereka tuntutkan. Tapi adakah ini cara yang terbaik? Dengan mengadakan demostrasi dan akhirnya mencetuskan kekacauan? Dengan tuntutan bersihkan segala, baik mereka pergi bersihkan segala kekacauan yang mereka lakukan.

Mungkin di sinilah kita akan katakan, kita punya Hak untuk Berhimpun & Hak Bersuara sebagaimana yang dinyatakan dalam Federal Constitution Article 10, Freedom of Speech ,Assemble & Association.(akan kita bincangkan dalam entri yang akan datang). Mungkin bagi golongan ini, cara ini sajalah yang dapat membuka minda pihak-pihak yang bertanggungjawab terhadap isu-isu yang mereka telah bangkitkan.

Bila difikir kembali mengenai, memorandum mereka kepada YDPA. Pada hemat saya, YDPA pun tidak dapat berbuat apa-apa kerana kuasanya sudah dihadkan dengan Perlembagaan Persekutuan.(akan dibincangkan dalam entri akan datang)

Saturday 10 November 2007

R.E.L.I.E.F

Alhamdulillah, I just finished my last paper i.e Law of Contract I today. It seem the time goes very fast. Blink3, Im done with my first sem in IIUM. Now I felt, waa lepas. But this just a beginning. 4 1/2 years more Raihan. Chaiyok2!!

Thanks to all my friends yg bg support walau di mana anda berada semasa diri di lautan peperiksaan. Kalian memang best.

So now, Im having my break for 2 weeks. Byk planning ni. But for sure, tomorrow, Im going to Langkawi. With my best friends, Izzah, Salwa, Shida & Siti. Planning to visit my Mak Angkat dekat Kg Sg Itau. Lama sih tak pi after Program Baktisiswa 2006.

Cuti ni nak buat ape?

Dlm kepala...

1) Tulis satu cerpen
2) Pi Bentong
3) Kursus Rumah Tangga
4) Membaca n menulis

Tuesday 6 November 2007

Stress = Lemah ?

Ada satu ketika
kita akan rasa seperti mahu menangis tetiba

Ada satu ketika
kita akan rasa seperti ingin disayangi seseorang

Ada satu ketika
kita akan rasa seperti diri ini tak punya sesiapa

Ada satu ketika
kita akan rasa bila belajar macam tak faham apa-apa

Ada satu ketika
kita akan rasa siapa kawan kita di kala kita berduka

Ada satu ketika
kita akan rasa seperti seorang yang tiada hala tuju

Ada satu ketika
kita akan rasa “Siapalah aku ini?”
Ketika inilah kita akan puas
Puas menghabiskan air mata
Seperti anak kecil kehilangan ibunya

Puas memerahkan otak yang sedia ada
Dengan ilmu & segala idea

Puas merenung masa depan
Apa yang perlu kita lakukan
Apa tindakan susulan
“Takkan seperti hangat-hangat tahi ayam?

Ketika inilah kita akan sedar

Apakah itu Tuhan
Apakah itu Cinta
Apakah erti seorang Hamba
Apakah erti seorang Teman
Apakah nilai sebuah Persahabatan
Sesungguhnya Allah takkan uji seseorang
melainkan Dia sudah tahu kita mampu hadapinya
Sesungguhnya Allah sayangkan kita
& sentiasa mahu kita ingat pada Nya Yang Esa.