Thursday 18 February 2010

Apakah Erti 'Usrah" Menurut Perspektif Anda?


Bila sebut usrah, mestilah membawa maksud keluarga.

Apa yang uniknya usrah ni, sehingga saya begitu menyayangi usrah?

Usrah merupakan 1 keluarga di mana, di situ kita duduk bersama adik-beradik yang lain membincangkan isu-isu duniawi, ukhrawi di samping bertukar-tukar fikiran. Di situlah juga medan kita meluahkan perasaan dan pada saya seperti satu medan untuk mengecas bateri diri selepas sibuk belajar dan berprogram.

Pernah masa usrah, Mun, adik beradik seusrah saya menegur, "Kenapa tadi Rean time meeting serius je, compare time usrah sekarang?". Pada saya, usrah adalah medan untuk menjadikan saya lebih ceria dari keadaan sebelumnya. Tempat melepaskan lelah. Tempat meluahkan segalanya.

Mereka yang rigid akan menganggap usrah ini adalah medan diskusi ilmiah sahaja. Walhal sebenarnya, usrah tidaklah tertakluk kepada perkara-perkara ini, tetapi ia termasuklah aktiviti riadah dan sebagainya. Usrah boleh dibuat di Taman Layang-Layang, di sungai, di tepi river side CAC dan sebagainya untuk mencari kelainan.

Perlu diingat, rukun usrah itu sendiri, iaitu, taaruf, tafahum dan takaful. Berkenalan, Saling memahami antara satu sama lain dan saling kasih mengasihi macam insurans ^_^. Bila ketiga-tiga rukun ini ada dalam sesebuah usrah, Insya Allah, kita akan berada senang dan sayang dengan usrah kita.

Baba pernah berpesan pada diri, walau sesibuk-sibuk manapun kaklong, usrah jangan lupa. Sebab usrah tempat kita bertukar-tukar fikiran dan pendapat di samping kita memdapat ilmu. Mungkin sebab tu, baba nak bakal menantu dia terdiri dari golongan yang berusrah ^_^.

Dalam menjayakan sesebuah usrah, peranan naqibah atau ketua kelaurga sangatlah penting. Adik-beradik yang pelbagai ragam perlulah dihargai. Semua juga perlu memainkan peranan masing-masing. Jika naqibah kita bosan atau tidak pandai menarik perhatian, kita sebagai adik-beradik perlulah bijak menangani keadaan ini.

Mengikut pengalaman diri ini, walaupun sudah 4 kali berukar naqibah di UIA ini, tapi ikatan dengan naqibah-naqibah sebelum ini masih utuh dan kuat. Kerana apa? Kerana tujuan dan objektif usrah adalah sama walaupun kita bertukar naqibah dan bertambah ahli baru.

Sekadar berkongsi pandangan ringkas mengenai apa erti usrah menurut perspektif diri ini.

Moga menjadi perkongsian yang menarik dengan sahabat pembaca sekalian. Wallahu a'lam.
P/S: Maaf kepada pemberi soalan ini di atas keterlewatan membalas. Harapnya post ini membantu ^_^

Sunday 7 February 2010

Sekolah Kehidupanku

=========
Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillah, aku masih diberikan nikmat Iman dan Islam untuk terus meneruskan kehidupan aku di muka bumi ini. Terlalu banyak yang berlaku sehingga diri tidak tertekan kekunci ini untuk merakamkan segalanya. Namun, itu tidak patut dijadikan alasan untuk aku untuk terus tidak istiqamah dalam meng'update' blog ini.

As for the update,

1) Cuti seminggu untuk Mid Break lepas, memberikan aku peluang untuk berbakti dengan Atok. Atok telah jatuh sakit dan telah dipindahkan dari Hospital Tapah ke Hospital Serdang. Alhamdulillah, cucu-cucu atok punya peluang bersama atok. Dan atok kini beransur sehat, Insya-Allah.

2) Alhamdulillah, perbincangan meja-ke-meja bersama penulis-penulis telah dibuat untuk Projek Penulisan yang bertemakan "Motivasi Anak Poligami". Insya Allah, jika tiada aral melintang, kami akan cuba menyiapkannya tahun ini juga.

3) Alhamdulilah, diri ini sempat menghadiri "Training CASIC for Trainers & Educators" di Hotel Puri Pujangga UKM. Konsep CASIC boleh diibaratkan seperti 'Panadol' kepada formula-formula yang dipelajari daripada Pemikiran Sistemik. Konsep CASIC berlandaskan kepada Surah Al-Fatihah, yang menekankan konsep [Connect-Acknowledge- Serve-Inquire-Choice] . Kini, diriku lebih menghargai the gems inside myself and try to to make use of it.

4) Semalam sempat bersama adik-adik Usrah 01. Ada program Rihlah di Kompleks Sukan Perempuan UIA. Alangkah manisnya ukhuwah ni, bila kita dapat mengenali antara satu sama lain. Moga kita terus thabat di atas jalan ini.

Dan kini...

Minggu depan merupakan Pesta Test bagiku. 3 paper yang berderet dari Rabu sehinggalah Jumaat. EAP-Company Law II dan Land Law II. Lepas tu, cuti Tahun Baru Cina sehingga hari Selasa.

{ Demi Masa, Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan pada kebenaran dan juga berpesan pada kesabaran}

Jauhkanlah kami dari kalangan orang yang rugi.

I will always remember my Kakak Naqibah, Kak Nazihah said, " I belived you can balance between your duniawi and ukhrawi. Manage your time wisely between study-dakwah-responsibilities". I will hold it tight.

Semoga berjaya kawan-kawan dan diriku juga ^_^. All the best.

==========