
Wednesday, 1 October 2008
Salam Lebaran

Sunday, 28 September 2008
Min Suwar (Tagging Case)
a) Answer the questions below, do a Google Image Search with your answer, take a picture from the 1st page of results, do it with minimal words of explanation

Nak Pi Makkah- Buat umrah

Masjid Umawi, Syria..Rindu nak lepak2 dgr kuliah min aimmah
Stanford University-
The place where I wish to complete my Master and PhD
3. Your favorite place:

Kampung

Library
4. Your favorite food:
Batoto
Roti
5. Your favorite pet:
Tetonggeng pulak dia...
Comelnye..
6. Favorite color combination:

Purple Pink
7. Favorite piece of clothing:
Senang dipakai dan disediakan..huhuhu
8. Your all time favorite song:
9. Favorite TV show:
CSI
The Practice
Rindu nak tgk tv show ni..
10. First name of your significant other/crush:

11. Which town do you live in:
Serdang, UPM
12. Your screen name/nickname:

I typed 'Rehan', .........
13. Your first job:
Student
14. Your dream job:
Arbitrator
15. One bad habit that you have:
' Kasl' Tetiba
16. Worst fear:
Mati
17: Things you'd like to do before you die:
Menyempurnakan tugas-tugasku sebagai hamba Allah
18. The 1st thing you'll buy if you get $1,000,000:
Bagi kepada yang memerlukan
19. Your husband/wife:

1) Tim
2) Busyra
3) Asma Hasanuddin
4) Izzah
5) Fizi Syria
Thursday, 11 September 2008
Di"TAG'??
Sedar tak sedar sudah hampir 1/3 Ramadhan kita berpuasa. Terlalu sibuk dengan kelas dan kerja-kerja assignment di samping cuba mencari yang lebih sempena bulan Ramadhan ini.
Untuk tak kecewakan Achik a.k.a Sophie, saya tulis entry ini. Sekurang-kurangnya, ter'update' blog saya ini.
TAG
Question 1: What were you doing 5 years ago?
Answer: 11 September 2003. Tengah mengahafal subjek-subjek untuk Peperiksaan SMA (Tafsir,Hadith,Nahu,Sorof,Bahasa Arab, Fiqh,Tauhid). Tak ingat ambil bila. Tapi nak dekat-dekat budak PMR exam.
Question 2: What are the 5 things on your to-do list today?
Answer:
1. Laundry
2. Packing barang untuk tidur di Sekincan untuk Assignment Leadership besok.
3. Buat checklist program dan draft surat sekolah.
4. Mensyuarat Program Mawaddah Day Aikol
5. Nak habiskan bacaan Qur'an yang patut untuk hari ini.
Question 3: What are the 5 snacks that you enjoy?
Answer:
1. Roti
2. Cheese
3. Batoto(Kentang)
4. Chocolate Zip
5. Asam Jambu
Question 4: What are the 5 things that you would do if you were a billionaire?
Answer:
1. Guna untuk belajar sampai Phd. Tak payah guna duit Mak dan Baba lagi.
2. Pergi Umrah dan Haji.
3. Nak pergi Syria tiap-tiap tahun. Kalau boleh nak rasa musim-musim lain. =)
4. Nak buat satu company Airline yang berteraskan Islam di Malaysia.
5. Nak beli barang-barang (macam brooch, kain tudung) supaya boleh bagi je pada mereka yang tak lengkap tutup aurat kat luar sana.
Question 5: What are the 5 jobs you've had?
Answer:
1. Jadi pemandu pelancong, pusing KL (bawak Auntie Rahaf from US and Wulan Adik Acheh jalan-jalan kat KLCC)
2. Tolong maklong edit buku research fakulti mak.
3. Jadi Fasilitator, Penulis dan Motivator.
4. Jadi 'think tanker' dan 'runner' program
5. Tolong Baba untuk distribute pamplete dekat PWTC.
OK...finally the 5 lucky people that hopefully will continue this tag:
1. Izzah
2. Asma' Haslan
3. Husaini
4. Kak Farha
5. Busyra
Monday, 1 September 2008
Mansuh, Pinda atau Kekalkan AUKU?
Saya menyokong baik program yang telah dianjurkan: Dialogue on Amendmend of AUKU.Saya kira program yang dibuat susulan tindakan gerakan mahasiswa yang berani menghantar memorandum dan draft amendment AUKU ke parlimen.
Apa yang dapat disimpulkan dari program malam Sabtu lepas, rata-rata semuanya mahukan AUKU dimansuhkan. AUKU perlu dimusnahkan kerana ‘intention’ yang dibuat oleh penggubal adalah tidak bertepatan dengan situasi sekarang. Amendment yang telah dibuat pada 1971.1975,1984 semuanya berteraskan niat untuk mengawal mahasiswa. Kesannya, kita sudah kekurangan ‘leaders’ pada hari ini.
Persoalannya, di mana mahasiswa yang mampu bersuara menyuarakan pendapat seperti zaman pemimpin-pemimpin kini di peringkat mahasiswa. Contohnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tengku Razali dan Dr Mahathir. Tiada. Kurang. Kerana apa? AUKU telah membantutkan pemikiran aktivisme di dalam minda mahasiswa. Mahasiswa seolah-olah sudah terikat untuk beraktiviti. Sebagai contoh jika ada yang aktif berpolitik di luar, menyuarakan itu ini diluar kampus, sudah pasti akan dipanggil untuk dikenakan tindakan. Lihat saja dalam UIA ini di mana sudah beberapa kali seorang ‘hamba Allah’ itu dipanggil ke Office Deputy Dean of Affairs di sebuah kuliyyah kerana keaktifannya dalam menyuarakan kepincangan AUKU dan yang berkaitan undang-undang.
Apakah kita perlu memansuhkan AUKU?
AUKU ialah Akta Universiti Kolej Universiti.
Pada hemat saya, kita perlu melihat semula apakah ‘intention’ penggubal ketika itu. Tun Hussin Onn berkata, pada dasarnya undang-undang ini adalah untuk mentadbir pelajar dan universiti. Tetapi itu hanya hitam putih. The interpretation of it become wider. I guess it was translated in the extrinsic way. Mengikut factor external. Dan tidak hairanlah, peristiwa Baling yang mengganggu gugat kredibiliti kerajaan pada waktu itu, menjadi salah satu faktor pindaan provision-provision tertentu.
Jika dulu, ahli politik pasti takut untuk jejakkan kaki ke kampus jika mereka tidak mampu mematikan hujah mahasiswa. Mahasiswa bebas untuk bertanya, bebas untuk menegur tatkala kerajaan salah. Tetapi sekarang keadaan berubah kerana AUKU. Dengan AUKU, jika ada pelajar yang berani sebegitu, jika adapun, sudah pasti pelajar itu akan kena. Diambil tindakan, dan kadang-kadang hukuman yang dikenakan adalah tidak setimpal.
Seorang pakar dalam Constitutional Law ada menyatakan, “ We don’t have to change the law. The law already there. No action should be taken. But the more essential thing is to practice it. Apa yang dapat saya faham dengan apa yang dimaksudkan dengan pensyarah ini, undang-undang itu baik dasarnya. Tetapi secara praktikal telah disalah guna. Tidak perlu diubah undang-undang sedia ada tetapi ubah cara kita dalam meng’intreprate’ provision-provision tersebut.
Law stands that undang-undang substantive yang digubal jika tidak selari dengan perlembangan dikira unconstitutional. Undang-undang itu void. AUKU is unconstitutional sebab tak selari dengan provision dalam Federal Constitution article 10, freedom of speech, assembly and association. Mungkin ada benarnya. Tetapi saya kira tidak semua provision yang ada unconstitutional.
Berbalik semula kepada AUKU. Menurut seorang pemimpin yang dulunya terlibat dalam Amendmend of AUKU, kini beliau insaf. Beliau menyesal. Kerana dengan AUKU, mahasiswa tidak lagi maju. Tidak lagi berani. Thus, kuranglah pemimpin di masa sekarang. Krisis kemorosotan pemimpin mahasiswa mungkin akan jadi lebih teruk jika isu ini tidak diambil secara berat.
Secara positifnya, saya melihat ini sebagai satu titik tolak kepada mahasiswa untuk bergerak aktif dalam menyampaikan idealisme mereka. Seandainya berjaya, kita tidak akan rugi. Dengan darah-darah muda inilah yang sedang membara semangatnya diperlukan dalam menjana gerakan pemimpin di masa hadapan tanpa melihat warna apa.
Tetapi, jika AUKU dimansuhkan, apakah mahasiswa-mahasiswa kini sudah bersedia. Bersedia menyahut cabaran sebagai pemimpin? Menyahut cabaran sebagai aktivitist? Tepuk dada tanyalah iman. Anda sendiri punya jawapan. Jika anda tahu anda tidak layak lagi bergelar pemimpin,jika anda tahu anda belum bersedia lagi, lakukan sesuatu supaya kita mampu jadi seorang pemimpin. Jika anda tidak melakukan sesuatu, memang kita bodoh kerana sejahil-jahil orang itu adalah orang yang tahu dia tak tahu tapi tidak buat apa-apa.
Tetapi kenapa sekarang mahu diubah? Apakah ada agenda politik disebalik cadangan amendmend ini? Maaf jika saya katakan “Tidak akan berlaku sesuatu itu tanpa sebab”. Pasti ada. Tidak akan bersalah orang itu, jika tiada evidence. Tidak akan menang kes itu kalau tiada ratio decidenci yang menyokongnya.
Dengan cadangan untuk meng’amend’ salah satu provison itu untuk membenarkan mahasiswa untuk bergiat aktif dalam politik tidak kiralah pembangkang mahupun kerajaan. Kedua-dua parti perlulah diberikan hak sama rata kepada mahasiswa. Mahasiswa perlu diberi peluang untuk memilih cara dan ideology mereka sendiri. Tetapi bukanlah disempitkan pilihan meraka kepada satu benda sahaja.
Apabila MP Umno menyatakan beliau ingin melihat anak muda berjaya, anak muda menjadi pemimpin. Adakah dia sudah nampak kerajaan sekarang sudah diambang kejatuhan? Mengaapa saya berkata demikian. Dengan fenomena-fenomena politik kini, nampak seperti akan berlaku beberapa pertukaran dalam 2 3 piliharanaya yang akan datang. Perkara ini tidak mustahil.
Ada juga berpendapat, program ini diadakan in conjunction with Pilihan Raya Kampus yang akan datang. Pihak penganjur cuba memancing undi dengan memperkenalkan beberapa individu pelajar ketika program berlangsung.
Bukanlah kita mesti menjadi seorang yang berburuk sangka. As saying goes: Don’t believe in politician but believe in u as a student. MP PKR said so. Now I guess the word applied.
Selepas mengira pelbagai situasi, pada hemat saya, AUKU tidak perlu dimansuhkan. AUKU tidak perlu dikekalkan. Tetapi AUKU perlu dipinda. Provision-provision yang menyekat para pelajar untuk berpersatuan, menyuarakan pendapat perlu dipinda. Mungkin ramai yang berpendapat dimansuhkan sahaja AUKU kerana tidak relevan dengan keadaan sekarang. Mahasiswa perlu diberi peluang. Tetapi pada hemat saya, AUKU tidak perlu dimansuhkan tetapi ia perlu dipinda atas dasar dengan AUKU, mahasiswa akan tahu apakah hak mereka. Mahasiswa akan punya hitam putih apakah hak dan tanggungjawab mereka. AUKU tidak boleh diguna sebagai satu ‘restriction’ tetapi sebagai ‘guideline’ untuk mahasiswa lebih aktif dan cenderung dalam idelisme.
Saturday, 16 August 2008
APA NAK JADI?
Sunday, 13 July 2008
Suwar Suriyah
========================
Bandar Palmyra: Salah satu pusat dagangan dunia pada masa pemerintahan Rom. Gambar ditangkap dari Istana pemerintah di atas bukit.
Tiang-tiang bangunan yang masih kukuh walau dimakan beberapa tamadun yang lalu.Rom dan Byzytine(tak pasti ejaan)
Mandula: Tempat Nabi Isa a.s. dilahirkan dan tempat tapak awal agama Kristian. Masih lagi menggunakan bahasa masihi(bahasa arab ketika zaman Nabi Isa a.s.) iaitu Bahasa Aramaik(tak pasti ejaannya).
Subhanallah....
Thursday, 3 July 2008
Politik Malaysia

Ish, kes sana sini. Gaduh sana sini. Press Conference sana sini. Kerajaan Negeri mahu dipersalahkan dan dihentam. Kerajaan Persekutuan ke'tension'an.
Saya kadang-kadang tersenyum bila saya mendengar berita utama di malam hari. Kelakar kadang-kadang mendengar mengapa mereka bergaduh. Saya kadang-kadang geram dengan "press release" yang dibuat oleh semua pihak. Mengapa perlu ada komentar bagi kes yang masih lagi dibicarakan? Apakah mereka tidak tahu, orang ramai tidak boleh membuat komentar sesuka hati yang boleh mengganggu keputusan hakim atau dalam erti lain 'no comment from laymen for the hearing cases'.
Ada juga yang nak politikkan kes-kes. Aiyoo, ini zaman apa ni. Kadang-kadang tak faham. Sebagai contoh Kes Cerai di Kelantan, yang si suami meninggalkan si isteri tanpa apa-apa nafkah. Nak juga di'highlight'kan lelaki itu adalah orang PAS. Parti Politik tu. Banyak lagi kes lain. Rasanya tidak perlulah diceritakan semuanya di sini. Macam-macam.
Satu lagi kejadian yang agak menarik saya kira, ADUN Puchong, Gobin (jika tidak silap namanya) yang diarah keluar dari Parlimen selama 3 hari. Saya yang menonton sedutan Parlimen yang ditayangkan di TV3 terkejut. Dan boleh saya katakan beliau memang seorang yang berani.
Saya melihat juga, dengan Tuan Speaker Dewan yang baru ini, sudah ramai wakil rakyat yang sudah bijak menggunakan undang-undang walaupun bukanlah berlatarbelakangkan undang-undang. Ahli Dewan yang datang ada yang memegang buku perlembagaan ataupun Peraturan-Peraturan Parlimen ketika berdebat. Saya kira Tuan Speaker yang baru ini, jika mahu melakukan apa-apa beliau akan menyatakan peraturan atau akta yang berkaitan. Bagus juga caranya, supaya celik ahli dewan Rakyat atau Parlimen dengan undang-undang. Dan kita sebagai rakyat biasa akan faham mengapa.
Sungguh menarik isu-isu yang ada sekarang. Saya pasti, isu-isu ini akan dibincangkan dalam Constitutional Law yang akan saya ambil sem depan.
Sem baru akan bermula Isnin ini. Semoga saya dan rakan-rakan bisa menegakkan undang-undang dan mengembalikan hak-hak kepada mereka yang hak. InsyaAllah.