Sunday, 18 January 2009

We Will Not Go Down (Song For Gaza)

WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Sunday, 4 January 2009

Tazkirah Teksi

Sudah sekian lama tidak menulis di blog sendiri. Di sini ana kongsikan kisah yang ada lalui semasa dalam perjalanan ke Pejabat Kompleks JIM (PKJ) di Taman Melawati pagi tadi. Tapi mengapa mesti teksi?

==============

Jam menunjukkan pukul 7.55 pagi. Ana harus mempercepatkan langkah ke PKJ sebab Kak Mashi nak bagi kunci. Ana terpaksa berpatah balik dari main gate Mahallah Safiyyah ke Café untuk mengambil external Hardisk Hasbi di sebelah mahallah ana.

Jam menunjukkan pukul 8.10 pagi. Mesej Kak Mashi- dia kena tunggu sampai bila. Ana dah serba salah. Alhamdulillah ada sebuah teksi di bus stop dan ana bersama Shidah pun naiklah teksi berkenaan.

Niat di hati ingin sahaja minta tolong pakcik teksi untuk lajukan kelajuan. Tapi entah kenapa, rasa ada sesuatu yang menarik yang akan berlaku sepanjang perjalanan ini.

R: Assalamulaikum. Taman Melawati Pakcik.

P: Belah mana ye?

Adeh. Cane nak cakap. Selalunya tahu pergi je, nama tempat yang specific tak tahu pulak.

R: Dekat-dekat area Bank Muamalat Pakcik. Saya tak tahu tempat. Tapi saya tahu di mana. Takpe Pakcik, nanti saya tunjuk jalan.

Dalam perjalanan

P: Adik berdua tahun berapa. Ambil jurusan apa?

R: Kami berdua amik law. Tahun 2 dah.

P: Syariah?

R: Aa

P: Bukan Syariah sekali ngan civil ke?

Ana tersenyum.

R: Aa pakcik. Lupa nak cakap sekali

Jarang sebenarnye orang tanya soalan macamni. Takde orang peduli pun selama ni kalau pelajar tu amik Syariah sahaja atau tidak. Sebab memang bagi kami, siapa ambil Syariah dia ambil double degree.

P: Kalau kamu ambil Syariah, nanti grad nak jadi apa? Macamana kamu nak gunakan hukum Allah? Sedangkan yang ada sekarang pun takde hudud dan sebagainya.

R: Tak juga pakcik, kat Malaysia ni kita gunakan Undang-undang Islam dalam undang-undang keluarga terutamanya. Memanglah tak menyeluruh kita gunakan undang-undang Islam tapi ada kita gunakan.

P: Pakcik rasa takde Negara Islam yang claim guna hokum hudud sepenuhnya. Ye tak?

R: Rasanya ada pakcik. Pakistan tak silap. Tapi rasanya tak menyeluruh juga.

Ana teringatkan video yang ana tonton semasa di Matric semasa membincangkan hukuman hudud ketika itu iaitu rejam sampai bagi bagi yang berzina.

P: Itulah Malaysia ini, harap je Islam. Tapi di mana undang-undang Islam itu? Ni cuba tengok, kalau mencuri, kena denda , penjaralah mana ada potong-potong tangan ni sebagaimana yang Quran cakap.

R: Tak jugak tu pakcik. Denda dengan penjara tu termasuk dalam hukuman ta’zir dan ta’zir itu memang hukuman dari pemimpin Negara. So, memang Islam itu adalah. Takdalah hukuman hudud dan qisas sahaja. Ta’zir pun sebahagian daripada hukuman jenayah Islam.

P: Kita dok nak potong-potong tangan, mestilah ada sebabkan. Nak bagi pencuri takut. Nak jaga keselamatan umum.

R: Potong-potong tangan pun ada hadnya pakcik. Ikut kes. Sebab, kalau tak silap saya memang ada garis ukur untuk hudud tu. Takdelah kalau curi seposen, kena potong satu tangan.Tak adil tu.

R: Satu lagi pakcik, kalau kita nak mengenakan hukuman hudud dan qisas pada masyarakat, kita kena fahamkan masyarakat itu dulu. Memang perlu macam tu.

P: Kalau nak harapkan semua faham, sampai bila-bila hukuman hudud ni tak dapat dilaksanakan. Tengok zaman rasulullah, ada je yang tak faham, tapi jalan je hudud tu.

P: Tapi sekarang ni, even orang Islam sendiri pun tak faham hudud tu. Kata dok menyusahkan orang. Islam itu kejamlah dengan hudud. Itulah ingat Islam sesuka hati nak kenakan hukuman hudud?

Ana dan Shida menganguk.

Monolog dalaman:

Betul kata pakcik, tapi kita kena tengok juga sejarah kawasan Islam ketika itu. Teringat pada subjek تشريع جنائي الإسلامي bab تطبيق الشريعة للمكان و الأشخاص و الزمان

P: Cuba tengok sekarang, kan kena pakai tali pinggang keledar. Kalau takde polis, mahunya nak pakai.Tapi bila ada polis memang tergesa-gesalah. Takut. Tapi dalam hokum Allah, orang tak takut. Buat dek je. Memanglah orang itu akan diseksa di Akhirat. Tapi cuba ingat doa.

ربنا اتينا في الدنيا حسنة و في الأخرة الحسنة و قنا عذاب النار

Islam itu menyeliputi dunia dan akhirat.

R: Betul tu pakcik. Manusia ni kena tengok dan lihat baru akan rasa takut dengan hokum undang-undang itu sendiri.

Dah sampai PKJ. Kejap nye rasa nak borak lagi.

P: K nak. Belajar rajin-rajin. Jadilah penggamal undang-undang yang mampu mempertabatkan semula undang-undang Islam sendiri.

Kami berdua- Semangat. Baik~.

Lepas bayar, Kami berdua berlari-lari mendapatkan Amirul yang sedang memegang kunci PKJ.

Sekadar renungan bersama. Apakah undang-undang Islam bisa terlaksana?

Adakah KARISMA bisa menjadi sebahagian daripada NGO yang mempertahankan kedaulatan Syariah Islami itu sendiri? Mampukah kami pelajar undang-undang Syariah mempertahankan dan memperkasakan undang-undang ini di Malaysia?

Tuesday, 30 December 2008

Habis 1 yang besar

Forum: Apresisasi Budaya Berpaksikan Agama


Majlis Penutup: JK Pelaksana KKBK & YB Rodziah Ismail

4 Orang Kuat KKBK " Senyuman tanda lega"


My protegee: Hajar JK Protokol


Kami ber4


Bersama PM & Banting KKBK


Keratan Akhbar Sinar Harian 30 Disember 2008



* Kredit kepada semua komiti yang telah berjaya menjayakan karnival ini. Jumpa lagi di karnival akan datang tahun depan.

* Gambar upload sikit ajer..

Tuesday, 16 December 2008

Iklan : Karnival Kebudayaan: Belia & Komuniti

Next Week! 27 & 28 Disember 2008. Jom Ramai2!!

Sunday, 14 December 2008

14th Asean University Game

Lets the pictures talk..


Bersama MRC Safiyyah - Tengah tunggu turn utk masuk Stadium Bukit Jalil


Isi2. Ramaikan dak UIA? Semua yang hijau2 tu...


Kontigen Malaysia.. Malaysia Boleh!!!


Semua Atlet yang akan bertanding - macam semut laa pulak


Upacara Perasmian- Coordination yang hebat dari para sukarelawan


Bunga Api yang indah




Warna-Warni- Kemeriahan dirasai - Mawi-Zahid- Syafinaz pun ada



Me & Yam - Aim For the Hight!!

Mencari2 Bas- Me, Ikin & My

========
Sampai UIA pukul 12.30 malam

Saturday, 6 December 2008

Bukit Antarabangsa - Tort - Highland Tower


Kejadian Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa hari ini..


15 tahun lepas- Kejadian Tanah Runtuh di Highland Tower.


Bila dengar berita, terus terbayang Pakcik Johari and Family yang tinggal di Bukit Antarabangsa. Fortunately, they live far from the tempat kejadian. Menurut kata Nihlah tadi.


Bila dengar berita, terus terbayang kes Tort. Steven Phoa Loon v Highland Properties. Kes yang melibatkan penduduk Highland Towers dan pemaju perumahan, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Kerajaan Negeri, dan banyak lagi defendent termasuklah arkiteknya dan jurutera yang memberi statement untuk CF.


Tanah runtuh dijadikan alasan untuk menuntut hak.


Kecuaian arkitek yang mengukur tempat kejadian.


Negligent on the part of authory for ignoring and late respond to the complaint from the resident for the some of the small land slide before the collapse of Highland Tower.


Human Right's issues


Immunity of the local authority for the negligence they have done by virtue of S95(2) of the Street, Drainage and Buiding Act 1974. The sections provides that the State Authority, local authority and public officer or officer or employeee of the local authorit shall not be subject to any action, claim liabilities or demand what soever arising out of any building or other works carried out in accordance with the provision in this act.

Wednesday, 3 December 2008

Karnival Kebudayaan: Belia & Masyarakat

JOM ke Karnival Kebudayaan Belia & Komuniti! Sama-sama berhibur sambil berlibur di hujung minggu bersama-sama dengan mak, ayah, isteri, anak-anak, abang, kakak, adik, sanak saudara dan sahabat handai menghadiri karnival yang lengkap dengan pelbagai aktiviti yang menarik.

Mari Ramai-Ramai. Ke Arah Membudayakan Budaya Islami Dalam Masyarakat Selangor.

1) Budaya Permainan Warisan

2) Budaya Membaca Buku-Buku Ilmiah

3) Budaya Penulisan Rabbani

4) Budaya Bercerita Kisah-Kisah Islami Di Kalangan Kanak-Kanak

5) Budaya Hiburan Mendidik Jiwa