Tuesday 20 May 2008

Kisah 2 Adik Pengemis

Sedang kami lepak di Taman sementara menanti Jam 12 kelas bermula, datang 2 adik kecil (12 dan 9 tahun kepada kami). 2 Budak itu duduk di sebelah Kak Farha yang sedang mentadriibkan bacaannya.

" Hal Anta Ta'rafa Kaifa Qiraati Qur'an?" tanya Kak Echa.

"Ehh (Ya) " Jawab kedua adik itu.

"Taal, Iqra' ma'i"

Kak Echa menyuakan Quran yag dibacanya. Budak tu pun memulakan bacaan Al-Fatihah.

"Bi Hudu' Mumkin?...Batiiah?"

Tegur Kak Echa kerana budak itu baca dengan sangat lajunya.

"Rehan, ada pape nak bagi tak kat budak-budak ni? Diorg ni mintak sedekah ni senanye."

"Ha, biskut Kak Farha tadi. Bagi je Biskut Alaska tu"

Kami berikan satu biskut setiap seorang dan budak-budak itu terus berlari dan mengucapkan terima kasih.

2 budak itu dipanggil pula oleh Fiqah dan Asma di bawah pokok sana. Kami suruh mereka bedua suruh budak berdua itu baca qur'an baru bagi duit. Memang rezeki mereka.

---------------------

Alangkah indahnya keadaan begini. Kalaulah suasana begini boleh ada d Malaysia, sudah pasti semua dengan rasa rela hati akan menyedekahkan apa yang dia ada pabila anak-anak pengemis datang meminta sedekah.

Bila teringatkan Malaysia, anak-anak kecil meminta sedekah. Menarik-narik baju jika tidak diberikan sedekahnya.mmmm

Tuesday 13 May 2008

Infi'alaat fi Surya

Talaqi Al-Qur'an

Minggu Pertama...

"Bi Tadriib Insy Raihana.." kata Anisah Ummu Mahir kepadaku. Saya rasa macam nak menangis saja. Susahnya mulutku nak mengeluarkan mahraj-makhraj. Saya jealous dengan Izyan dengan kefasihan lidahnya menuturkan Ayat-Ayat Suci Al-Qur'an.

"Takpe. Rehan Boleh buat. Bi tadriib"

Kini..

Sekarang dah nak masuk Juz 6. Harapnya sempat untuk saya dan Izyan menghabiskan Talaqi Qur'an sebelum balik Malaysia.


Belajar di Maahad Abu Nour

Selasa lepas pergi Muqobalah di Maahad Abu Nour. Alhamdullilah kami ber7 dapat Mustawa 5. Level 5 daripada level 6. Anisah-anisah memang best. Classmate pula datang daripada negara-negara pelbagai.


Kuliyyah Wahbah Zuhaili


Imam Wahbah Zuhaili- Di Masjid Umawi

Bersemangat rasanya bila dengar nak pergi Kuliyyah Fiqh Wahbah Zuhaili. Kalau kita asyik baca buku Al-Fiqh Wal Adillatuhu untuk subjek Transaction in Islamic Law Shariah dulu, sekarang saya sendiri berpeluang berjumpa dengan penulis buku ni. Semangat. Walaupun dari jauh. Dapat tengok dan melihat pun jadilaa.


Jalan-Jalan


Setakat ni sempat ziarah...

* Pulau Tortus
* Homs
* Makam Khalid Al-Walid
* Makam Imam Nawawi
* Makam Nabi Ayob
* Tapak Rumah Nabi Ayob
* Telaga Nabi Ayob
* Busra

Akan datang...
* ..........(dalam planning)
* Tempat nak shopping..huhuuhu



Holms


Qol'ah Al- Khison



Ais Krim Pulau...


Makam Imam Nawawi



Di Bawah Pokok Tin


P/s: Tak larat nak download semua. Download mana yang boleh je.

Saturday 10 May 2008

Al-Aan

Alhamdulillah. Akhirnya boleh online dari rumah. Dan kebarangkalian untuk online adalah lebih banyak selepas ini. Tapi kena bergilir-gilirlah dengan ahli-ahli Darus Saadah ni.

P/S: Tak dapat nak upload gambar dan update cerita lagi. Insyaallah lain kali. K