Sunday, 30 September 2012

Chambering : Bulan Pelatihan

Alhamdulillah.

Untuk bulan kedua Latihan Dalam Kamar atau Chambering saya adalah lebih baik daripada bulan sebelum ini. Lebih banyak perkara baru dan pengalaman yang saya dapat.

Saya diajar bagaimana menghasilkan hujahan balas bertulis yang terbaik.

Saya pertama kali berhadapan dengan klien-klien kes jenayah.

Saya pertama kali dapat mengikut Master saya ke sebuah syarikat untuk sesi  "Legal Consultation".

Untuk bulan ke-2 ini juga, saya boleh rumuskan bulan ini sebagai Bulan Pelatihan kepada diri saya.

Pelatihan yang lebih kepada 'soft-skill' dalam melengkapkan diri sebagai seorang Peguam Sivil dan Peguam Syarie. Satu lonjatan supaya diri terus lebih bersemangat untuk meneruskan lagi baki 7 bulan Chambering

Seminar Guaman Syarie 

Bersama Datuk Zainul Rijal &
Peguam-Peguam Muda ZRTA 

Alhamdulillah, diberi peluang oleh Master saya merangkap Presiden PPMM  untuk menghadiri dan menyertai Program Seminar Guaman Syarie (Summer Pre Chambering) selama 3 hari yang dianjurkan oleh Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia.

Walaupun program ini adalah untuk pelajar-pelajar Jordan & Mesir yang mengambil jurusan Shariah yang sedang bercuti di Malaysia, peluang untuk belajar dan mendapatkan pengalaman dan perkongsian daripada peguam-peguam senior adalah satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan.

Slot yang paling terkesan pada diri saya adalah Slot yang disampaikan oleh Tuan Azril, "Peguam & NGO" dan banyak slot rata-rata seperti 'refreshing' apa yang pernah dipelajari di UIA dahulu.

Presiden PPMM & YDP Speaker Dewan Negara
Di sini juga, saya berpeluang mendengar corat-coret kisah-kisah pengalaman pelajar-pelajar semasa mereka ber'attachment'.

Dan yang paling penting, dapat menjejakkan kaki ke dalam Parlimen Malaysia dan berjumpa dengan YDP Speaker Dewan Negara YB Tan Sri Abu Zahar bin Dato' Nika Ujang secara bersemuka.

Banyak input yang saya dapat daripada program ini terutamanya dari segi mind-set dan peranan sebagai peguam muda. Tugas kita bukan hanya sebagai peguam tapi kita adalah agen berpaksikan Islam itu sendiri. Jangan menyebabkan profesion ini menjadi fitnah kepada Islam.



Apabila menjadi satu-satunya peserta wanita yang berstatus Pelatih Dalam Kamar, sahabat-sahabat ini banyak bertanyakan pengalaman menjadi Pelatih. Kemanisan ukhuwah juga dapat dirasai, mana tidaknya ke mana-mana kami ber-14 sahaja wanita. Dan saya juga sudah pasang cita-cita untuk menziarahi bumi Jordan selepas tamat Latihan Dalam Kamar nanti. (Kena simpan duit sekurang-kurangnya RM3000 dari sekarang  dan sementara mereka ada di sana ^_^)

Dan kenangan yang tidak paling tidak boleh dilupakan, di sini lah juga saya baru dapat berjumpa saudara jauh saya dari Tapah. Beliau adalah Iz'aan dan merupakan Presiden Kelab Peguam Muda Jordan.

Saya dapat katakan di sini, program ini seperti satu cas yang memberikan saya kekuatan dan semangat untuk membantu kerja-kerja Shariah di Firma memandangkan bulan pertama saya lebih tertumpu kepada kerja-kerja di Jabatan Litigasi.

Turun Naik Mahkamah


Jika anda sedang menjalani Latihan Dalam Kamar, tetapi tidak turun naik Mahkamah macam tidak lengkap.

Turun naik bukan hanya turun naik. Tetapi maksud saya, mendengar perbicaraan, penghujahan dan sebagainya.

Alhamdulillah, bulan ini baru berpeluang dapat mengikut En Akmal ke mahkamah untuk beberapa kes sivil. Ada di Mahkamah Rayuan Putrajaya, Mahkamah Majistrate Shah Alam dan Mahkamah Tinggi Shah Alam, berbanding bulan pertama saya yang banyak ke Mahkamah Tinggi di Jalan Duta untuk urusan pemfailan borang-borang chambering. 

Di sini, saya dapat melihat pelbagai cara para peguam dalam menyampaikan hujahan mereka di hadapan Yang Arif. Dan kebetulan pula, semasa saya di Putrajaya tempoh hari, saya berpeluang untuk mendengar berkaitan Kes Bunuh Sosilawati.

Saya juga buat pertama kalinya diminta 'appear' di depan Puan Majisrate Dalam Kamar di Mahkamah Majistrate Shah Alam untuk kes menarik-semula saman dengan kebebasan dengan ditemani En Akmal, yang kebetulan pada masa sama mengendalikan kes yang berlainan dari Firma kami.

En Akmal sempat juga menunjukkan saya di mana tempat untuk "Dock-Brief" di bawah keseliaan Selangor BAR di Kompleks Mahkamah Shah Alam ini.

Selanjutnya, buat pertama kali juga saya menjejakkan kaki ke bangunan baru Mahkamah Syariah Kuala Lumpur kerana mengikut Puan Liza & Kak Zu menghadiri Jamuan Raya PGSM dan ke bangunan baru Mahkamah Syariah Shah Alam untuk urusan pemfailan Jawapan Hujahan Balas bagi urusan Mahkamah Rayuan. 

Lexis Nexis Training


Siapa yang tidak kenal dengan Lexis Nexis? Ia merupakan engin pencarian bagi membantu para peguam mencari otoriti-otoriti yang terdiri daripada kes-kes, artikel-artikel dan juga undang-undang.

Bulan ini, sebuah latihan khusus bagi semua warga ZRTA termasuklah pelatih-pelatih yang diadakan di Bilik Conference ZRTA daripada wakil Lexis Nexis sendiri.

Saya sendiri terlibat dalam menguruskan training ini terutama dari segi pengurusan, PR dan Sijil. Event-Management Skills yang sedia ada dalam diri digunakan sepenuhnya ketika ini.

Kesimpulan

1.  " Menjadi Peguam Adalah Fardu Kifayah "

2.  Ada 7 bulan lagi untuk explore. Go Go Go!!





Friday, 31 August 2012

P.I.E.S dalam “Chambering”

MUQADDIMAH

*Gambar sekadar hiasan.
Sahabat saya Nujum, Aizat & Maryam
ketika "Long-Call" mereka.

Alhamdulillah, sudah sebulan saya menjalani Latihan Dalam Kamar atau dalam Bahasa Inggerisnya “Pupillage” atau nama dikenal “Chambering”.

Sebulan yang saya kira tidaklah sepenuhnya 30 hari memandangkan cuti raya sudah seminggu ditambah pula cuti-cuti umum dan am yang lain.

Bagi rakan-rakan yang belum memulakan Latihan Dalam Kamar, mereka menjadi rakan luahan terutamanya. Mereka tertanya-tanya dengan penuh semangat apa yang saya tempuhi sepanjang tempoh ini. Cemburukan kita kerana kita sudah mulakan
Chambering.  Saya pun seperti mereka dulu ketika diri masih bercuti. Kataku, gunakan masa yang ada sekarang sebaiknya.

Bagi rakan-rakan yang juga menjalani Latihan Dalam Kamar bersama dengan saya, mereka menjadi tempat bertanya dan berkongsi maklumat terutamanya mengenai prosedur-prosedur yang banyak berubah pada ‘batch’ kami. Saling mengingatkan walaupun berada di firma guaman yang berbeza-beza lokasi dan koordinatnya. Lebih-lebih lagi, saya sekarang menjalani Latihan Dalam Kamar seorang diri.

Bagi rakan-rakan yang sudah 
“Long-Call” dan sudah diterima masuk sebagai Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya, mereka dengan semangat memberi kata-kata semangat, tempoh ini pasti dapat ditempuhi dengan jayanya. Inilah asam garam untuk bergelar seorang peguam. Dunia Pelajar & Dunia Pekerjaan yang sangat berbeza.

MEMILIH TEMPAT CHAMBERING

Mengimbas kembali bagaimana diri ini mencari tempat untuk chambering.

Dalam bulan-bulan terakhir sebelum Peperiksaan Akhir Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Shariah, rakan-rakan sekelas sudah mula berbincang di mana tempat yang terbaik untuk menjalani Latihan Dalam Kamar. Kemanisan ukhuwah 47 orang sekelas amat dirasai ketika ini. Berbincang isu-isu terkini. Berkongsi maklumat jika ada apa-apa peluang pekerjaan dan sebagainya. Nasihat-nasihat juga diambil daripada rakan-rakan kami  (Rakan-rakan semasa di Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Sivil) yang sedang menjalani Latihan Dalam Kamar ketika itu antaranya rakan baik merangkap rakan bijaksana saya, Maryam Khalid. Ada juga Program “Chambering Checklist” yang dianjurkan oleh Muslim Youth Legal Interest Group atau lebih dikenali sebagai “MYLIG” di bawah IKRAM Gombak. Para peguam dipanggil berkongsi cerita mengenai Dunia Latihan Dalam Kamar ini.

Berbanding rakan-rakan lain yang sibuk mengisi borang SPA, menghantar resume', menghadiri temuduga, mengambil ujian dan sebagainya, saya dan rakan baik saya (Azwaa & Kak Su) serta beberapa rakan yang lain mengambil langkah untuk fokus menghabiskan dunia pelajar dengan sebaiknya. Diri saya sendiri dengan aim untuk menaikkan pointer dan bergraduasi dengan Second Class Upper. Alhamdulillah, Allah makbulkan akhirnya.

FAKTOR-FAKTOR TEMPAT CHAMBERING

Walaupun tiada tindakan progresif diambil (seperti rakan-rakan sekelas saya yang lain), tidak bermakna saya tidak langsung memikirkan mengenainya. Ada juga saya membuat skeleton apa yang saya inginkan dalam hidup ini. Apa yang ingin saya pelajari. Di mana tempat yang boleh saya dapat semua yang saya inginkan. Ada juga terfikir memikir mengambil langkah mudah dengan meminta tempat di tempat Praktikal terdahulu. Ada juga terfikir untuk memilih tempat di Firma-Firma Ikhwah IKRAM.

Pokoknya, persoalan yang amat penting yang perlu dijawab oleh anda sebelum memilih, apakah yang kita inginkan semasa menjadi Pelatih Dalam Kamar? 

Ilmu? Pengalaman? Lesen semata? Wang? Nama Firma? Dekat dengan rumah?

Bagi saya, dalam memilih tempat chambering, saya memilih dengan menggunakan teori P.I.E.S.

APAKAH ITU P.I.E.S?

P.I.E.S merupakan akronim kepada Physical, Intelectual, Emotional & Spiritual.

P = Fizikal (Material)
I= Intelek (Ilmu, Pengalaman)
E= Emosi
S = Kerohanian

4 Elemen penting dalam kehidupan. P yang akan membawa kita ke S. I yang akan membawa kita ke S. Begitu juga E yang akan membawa kita ke S.

Dalam kehidupan kita, elemen S adalah penghubung untuk kesemua elemen-elemen yang lain. Semuanya berkait antara satu sama lain.

Apalah gunanya jika S kita terlalu tinggi, tetapi P,I & E rendah. Dan apalah gunanya P,I atau E tinggi tapi S nya rendah.

Rata-rata ramai sahabat-sahabat saya memilih firma guaman yang tinggi elemen P nya. Bila tinggi P nya, ada antara mereka yang E nya terganggu tatkala banyak kerja sehingga menyebabkan stress dan lebih memburukkan lagi S, hubungan dengan Allah itu terjejas. S perlu diseimbangkan kembali.

Ada yang memilih I  & E tinggi, tetapi P iaitu gaji tidaklah seberapa asalkan E emosinya gembira dan tenang kerana berada bersama keluarga dan yang penting S nya terjaga. Tetapi takut juga, jika P nya sangat rendah, mampu menjejaskan E nya kerana kos sara hidup yang tinggi sekarang.

Bagi saya sendiri, selepas membuat analisa S.W.O.T dan P.I.E.S, saya telah memilih untuk mencuba nasib untuk menjadi Chambee di Tempat Pratikal saya dahulu. Risau juga pada mulanya kerana langkah diambil selepas sebulan bercuti di rumah dan tamat belajar di UIA. Tapi, saya yakin dan percaya, saya boleh belajar dan dapat apa yang saya inginkan di sini. Dan jika ada rezeki, Insya-Allah Allah akan beri.

Menelefon, bertanya kekosongan (maklumlah antara established-firm), mengikut prosedur selayaknya, menghantar resume'  dan sebagainya. Selepas 2 minggu, Alhamdulillah, rezeki saya di ZRTA sekali lagi.

Master saya adalah Dato' Zainul Rijal dan beliau adalah antara idola saya sejak saya bercita-cita untuk mengambil jurusan undang-undang.

PERANCANGAN SEPANJANG TEMPOH LATIHAN DALAM KAMAR

Tempoh Latihan Dalam Kamar sememangnya 9 bulan seperti mana yang diperuntukkan dalam Akta Profession Undang-Undang. Pelbagai course  yang perlu diikuti, legal-aid, ethics course  dan sebagainya. Jika di Selangor, legal talk perlu dihadiri sekurang-kurangnya 3 kali. Jadi, usah risau apa yang akan anda tempohi sepanjang tempoh ini.

Namun, apa yang saya ingin tekankan di sini, kita juga perlu ada aim apa yang kita nak pelajari dalam tempoh ini. Bagi yang bertuah, ada sesetengah Master (lebih kurang supervisor kita) akan mencadangkan kita untuk berada di jabatan undang-undang yang mana sekiranya firma berkenaan ada banyak jabatan. (Contoh: Conveyancing, Litigation, Corporate, Shariah).

Seperti saya sendiri, saya diletakkan di bawah Department Litigation di samping membantu Department Shariah.

Mengikut kata sahabat-sahabat saya dan senior, dalam tempoh inilah kita cuba mempelajari sebanyak yang boleh. Bertanya bila tidak tahu. Berikan peluang kepada diri untuk mempelajari benda baru. Berikan diri peluang memperbaiki diri. Jangan limitkan potensi diri. Tapi pada masa sama fokus. Itu penting. Jangan menjadi seperti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

9 bulan tempoh yang agak panjang. (pejam-celik sekejap sahaja sebenarnya). Letakkan target apa yang ingin dicapai dalam tempoh-tempoh tertentu, contohnya sebulan, 3 bulan, 6 bulan dan 9 bulan. Buat analisa setiap bulan apa yang telah anda pelajari. Semuanya terserah kepada kita. Jika punya kesempatan berbincanglah dengan Master anda atau supervisor anda apa perancangan anda dan apa yang anda ingin pelajari dan apa yang anda dapat.

PENUTUP

“ It’s Not How GOOD YOU ARE,
It’s How GOOD YOU WANT TO BE”
– Paul Arden
. 
 
Alhamdulillah, saya hanya perlu menunggu masa sebulan untuk tarikh “Short-call” (seperti satu lesen untuk membenarkan saya mengendalikan kes-kes tertentu atau hadir ke Mahkamah mewakili Master dan Firma) pada 7 September 2012. Senior-senior kata cepat juga sebab selalunya proses dalam 2 bulan paling kurang. Rakan-rakan saya (Mun, Salwa, Zaki, Dila) yang memulakan chambering pada bulan Julai juga mendapat tarikh “Short-call” pada awal September. Rezeki bulan Ramadhan agaknya.

Akhir kata pesanan untuk diri sendiri terutamanya dan rakan-rakan yang akan dan sedang menjalani Latihan Dalam Kamar,

1) Ingat bukan berapa banyak kerja kita semasa menjalani Latihan Dalam Kamar, tetapi berapa banyak yang kita dapat belajar semasa kita menjalani Latihan Dalam Kamar.

2) Jangan cepat merungut jika kerja yang diberi sedikit atau banyak, senang atau leceh tapi fikirkan dan lihat dari sudut apa dan berapa banyak yang kita dapat belajar semasa kita membuat pekerjaan berkenaan.

3) Jangan biarkan diri dimanipulasi, kita juga perlu ada had limit dan berpegang kepada prinsip kita sendiri.

4) Jika kurang apa yang kita pelajari, kita perlu cari jalan supaya kita boleh belajar lebih banyak lagi.

5) Jangan complaint. Tapi tak bermakna, anda diamkan hak anda. Fight for your rights.

6)  Perbaiki diri terutama legal-skills, personal-skills, communication skills dan PR-Skills.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
Selamat Hari Merdeka!!

===== 
Raihan Mustafa Kamal
31 Ogos 2012
1.16 tengahari

Tuesday, 26 June 2012

Pesanan Buat Para Ulama' & Mereka Yang Memperlekehkan Mereka


Saya tergerak untuk menulis nota ringkas mengenai isu ini. Semoga kita dapat memuhasabah kembali dengan apa yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini.

Pendahuluan

Masyarakat kita sering menuduh Ulama’ ini berfikrahkan politik bila masa mereka memberikan sesuatu fatwa atau hukum. Saya tidak menyatakan saya bersetuju mahupun tidak dalam isu ini. Seorang Ulama’ dianggap “Pro –X” jika kenyataannya memihak kepada kepentingan sesuatu pihak.

Siapalah kita sebagai rakyat yang tidaklah tinggi ilmu agamanya. Siapalah kita jika ilmu tidak mencapai tahap fuqaha’ untuk menuduh ulama’ berkenaan tidak betul dan sebagainya. Siapalah kita ini? Tepuk dada tanyalah iman. Adakah anda layak untuk menuduh ulama’- ulama’ berkenaan.

Peranan Ulama’

Dalam isu ini juga, para ulama’ yang memberikan fatwa atau kenyataan perlu menjelaskan kepada masyarakat kenapa mereka berpandangan dan mengeluarkan hukum demikian. Janganlah diberikan sahaja ‘output’ kepada masyarakat tetapi mereka tidak faham ‘proses’ ke arah mencapai keputusan berkenaan.

Analogi yang mudah. Jika saya menyatakan senang sahaja nak buat sebiji Kek Coklat. Dan saya hanya menjelaskan apakah bahan-bahannya. Jika saya tidak menerangkan bagaimana prosesnya, adakah orang yang bertanya kepada saya akan tahu cara-caranya? Kenapa perlu telur dipukul kembang baru dimasukkan bahan-bahan lain?

Sebagai contoh, hukum mengerjakan haji ketika piliharaya umum. Janganlah hanya fatwa atau kenyataan dikeluarkan mengenai pengharaman ataupun tidak. Tetapi jelaskan kepada masyarakat apakah maqsad atau tujuan hukum itu dikeluarkan. Ya saya tahu. Bercakap memang mudah. Tetapi, tidak salahkan jika saya mencadangkan perkara ini. Kita berusaha untuk terangkan kepada masyarakat dengan bahasa yang mudah dan difahami oleh masyarakat.

Jelaskan kepada masyarakat Hukum Menunaikan Haji yang ada khilafnya samaada ia perlu dijalankan terus “fawrun” atau dilewatkan “tarakhi” apabila seseorang itu sudah berkemampuan. Hatta para ulama’ sendiri bercanggah pandangan kepada 5 pandangan dalam perkara ini.

Kaitkan juga tentang kepentingan dan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Apakah Maslahah (Kebaikan) yang dicapai dengan pengeluaran hukum berkenaan. Apakah Mafsadah (keburukan) yang telah kita ketepikan dengan hukum yang dikeluarkan. Dengan ini, masyarakat kita sendiri akan faham dan mengerti mengapa keputusan hukum ini dikeluarkan. Lainlah halnya jika memang akal masyarakat kita pada hari ini sangat rendah. Na’uzubillah.

Tugas Ilmuan

Begitu juga golongan ilmuwan dalam menyampaikan ceramah mereka mahupun sebagai panel forum. Saya amat menghormati pendirian mereka. Walaubagaimanapun, saya kira, ia akan lebih cantik sekiranya mereka tidak terlalu taksub dengan ‘output’ mereka. Tetapi, jelaskan kepada masyarakat kenapa mereka berpandangan demikian. Agar tidak ada tersalah sangka di dalam masyarakat dalam memahami sesuatu.

Sebagai contoh, seorang panel menyatakan seorang isteri hendaklah taat kepada suaminya. Perlu dijelaskan kepada masyarakat kenapakah hukumnya begini. Apakah hikmah disebalik hukum ini. Jika si suami menghalang si isteri dari menziarahi ahli keluarganya, apakah si isteri perlu mendengar kata suami? Sesungguhnya”Tiada Ketaatan Dalam Maksiat”-Hadith.

Masyarakat yang kurang jelas akan hikmah sebuah perkahwinan akan tersasar jauh dari pangkal jalan. Perkahwinan yang memutuskan silaturahim menafikan maqsad sebuah perkahwinan.

Kesan Ketidak-jelasan Hukum

Apabila ia tidak dijelaskan kepada masyarakat, maka di sinilah pintu fitnah, tuduh menuduh akan mudah dibuka. Masyarakat menuduh para ulama’ dan ilmuan tidak berkelayakan. Menuduh mereka berpaksikan politik atau kepentingan individu. Tidak salah untuk menjelaskan kepada masyarakat kenapa keputusan berkenaan di ambil bukan? Terangkan sahaja kepada masyarakat. Kenapa perlu takut? Apakah maqsad di sebalik hukum yang dikeluarkan.

Kenapa para ulama mesti takut? Apabila para ulama’menjelaskan dari segi waqi’(keadaan) tempat dan masyarakat, kita akan dapat lihat adakah ia selari dengan hukum syarak yang digarskan oleh Allah s.w.t.

Penutup

Janganlah kita memperlekehkan golongan ulama’ dan ilmuan jika anda sedar diri anda itu siapa.

Para ulama’ juga tidak perlu takut untuk menjelaskan kepada masyarakat apakah proses yang telah mereka lalui ke arah mencapai keputusan seesutu hukum dikeluarkan.

Dan yang paling penting, biarlah orang yang layak sahaja yang mengeluarkan hukum berkenaan.

Sememangnya berbeza pendapat itu tiada salahnya selagi mana ia tidak bercanggah dengan Qur’an & Sunnah. Hatta dalam syariah sendiri, para ulama’ berselisih faham dalam sesuatu hukum jika ayat atau tafsiran ayat bukanlah bersifat qat’i. Janganlah kita terlalu menolak pandangan yang berbeza dengan kita tetapi tidaklah sehingga menafikan kebenaran.

Justeru itu, saya menyeru kepada semua. Jika sesuatu hukum ingin dikeluarkan, tidak salah jika diterangkan kenapa dan bagaimana hukum berkenaan diambil. Bukankah semua perkara itu ada sebabnya.

Wallahu a’lam

Thursday, 19 April 2012

Diari 3K

Salam & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, diriku masih diberi nikmat bernafas, nikmat Iman dan nikmat Islam.

Setelah sekian lama tidak mengendalikan program sekolah, akhirnya saya bersama Geng Zero Alasan dapat turun ke SMK Tg Kudin untuk kali ke-dua untuk Program Kursus Kepimpinan Kokurikulum 2012. [3K] Tetapi, apakah kelainanya program kali ini berbanding program-program yang biasa dikendalikan oleh kami?

Bagi diri saya, program ini memberikan satu dimensi baru untuk diri saya dan Geng Zero Alasan secara khusus. Jika kebiasaannya, adik-adik peserta yangg dikendalikan terdiri daripada pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaaan atau pelajar-pelajar harapan sekolah, tetapi kali ini fokus peserta lebih tertumpu kepada Pengerusi, Setiausaha, AJK dan pimpinan setiap persatuan, kelab dan badan beruniform. Sebanyak 31 persatuan menghantar wakil dan mereka semua berjumlah 120 orang.

Seramai 10 orang fasi dijemput khas bagi membantu Geng Zero Alasan. Dari UIA- Kak Salwa, Kak Izyan & Kak Izzah. Dari KUIS- Abg Looq, Abg Bad, Abg Helmi & Abg Muaz dan Dari UITM (Senior-senior SMK TK)- Abg Pali, Abg Taufiq & Abg Wanzul. Modul-modul sedia ada diubah dan dirancang selari dengan objektif sekolah dalam menjadikan adik-adik ini pemimpin organisasi masing-masing.

Antara Slot yang ada "Am I A Leader?" dan juga "Pemimpin Zero Alasan". SWOT Analisis juga diajar kepada adik-adik untuk mengenalpasti kelebihan dan kekurangan persatuan masing-masing. Banyak juga LDK yang diadakan dengan setiap LDK diberikan rasionalnya setiap selesai aktiviti dijalankan.

Kursus kali ini juga memberikan saya pengalaman baru terutamanya di dalam mengendalikan Slot Kuliah Moral. Alhamdulillah, walaupun ada satu ketika sepatutnya Kuliah yang akan diberikan olehku digabungkan untuk Non-Muslim dan Muslim, tetapi sesungguhnya Allah s.w.t adalah sebaik-baik perancang. Saya berpeluang bersama adik-adik non-Muslim seramai 12 orang dan mengenali lebih rapat dengan mereka. Junaidi, Aryandi, Logesh, Siva, Chang, Jalia, Nurul, Rasidah, Jurana, Dhiyiana , Nini & Nora. Mereka terdiri daripada Orang Asli, Cina dan India. Sempat juga saya mempelajari bahasa mereka serba sedikit.

Dan yang saya perasan, adik-adik orang Asli atau nama lain "Anak-anak Wawasan" , sangat suka bila kita mempelajari bahasa mereka. Yang saya ingat " Ber" maksudnya Baik. ^_^ Dan sangat-sangat suka menari.

Sepanjang program ini, 2 Slot Moral yang saya telah berikan dan kongsikan. Tujuan Hidupku dan Erti Sabar.

Dalam Slot Tujuan Hidupku, saya berkongsi dalam sebuah kehidupan kita perlu ada tujuan. Peneranganku sangat ringkas selari dengan bahasa dan kefahaman mereka. 4 Tujuan hidup yang perlu dicapai ditekankan kepada adik-adik, iaitu untuk diri sendiri, untuk keluarga, untuk masyarakat dan untuk agama/tuhan.

Saya kecilkan skop perbincangan kepada keluarga dan diri. Saya tayangkan video seorang ayah yang bisu dengan anaknya. Adik-adik begitu bersemangat menonton sehingga duduk di lantai menghadap Kak Salwa yang memegang laptop. Saya jelaskan peranan kita sebagai anak selagi mana kedua ibu bapa kita masih ada. Saya kongsikan kisah seorang wanita yang ditangkap seluruh ahli keluarganya yang terdiri daripada ayah, suami dan abang dan wanita berkenaan diminta untuk memilih seorang untuk diselamatkan daripada dibunuh oleh pemerintah zalim.

Alhamdulillah, bila saya bertanya lagi, "Apakah harapan dan tujuan hidup adik-adik?"

Aryandi berkata "Saya ingin menjadi seorang arkitek yang mengharumkan kedua ibu bapa saya dan masyarakat Asli khususnya"

Chang pula berkata " Saya ingin menjadi Pakar Forensik di Malaysia"

Saya tegaskan kepada adik-adik, bahawa, minoriti tidak bermakna lemah. Cuba bayangkan diri adik-adik seperti seekor nyamuk di dalam bilik gelap. Seekor nyamuk mampu membuatkan kita tidak tidur lena apatah lagi diri kita.

Banyak juga perkara yang berlaku pada hari akhir program. Yang benar-benar membuatkan saya terharu dan tersentuh adalah, adik-adik Orang Asli ini telah memberikan satu nota kepada saya. Tidak silap saya, Rasidah yang memberikannya kepada saya.

"Akak, cuba akak tengok betul-betul. Ini kamus untuk akak"

Terima kasih Dik. Akak sangat hargai. ^_^

Nurul pula datang kepada saya dan dengan tiba-tiba berkata "Akak, saya nak jadi macam akak. Akak doakan." Saya pun bertanya dengan nada bergurau, "Kenapa nak jadi macam akak?" "Saya nak jadi peguam macam akak" Jawab Nurul dengan tegas.

Subhanallah. Allahu Akbar.

"Moga impianmu tercapai. Akak doakan Nurul dapat jadi Peguam Orang Asli yang berjaya." Itu yang saya dapat ungkapkan kepada dia ketika itu.

Sesungguhnya pengalaman Program Kursus Kepimpinan Kokurikulum 2012 atau 3K merupakan satu pengalaman baru bagi diriku dang Geng Zero Alasan. Cikgu Man bila ditanya feedback dari beliau sendiri, beliau berpuas hati dan program mencapai expectation pihak sekolah. Alhamdulillah. Terdapat juga beberapa pelajar yang sememangnya pasif di sekolah, bertukar menjadi lebih aktif sepanjang program dijalankan. Alhamdulillah.

Program ini juga membuka minda saya bahawa ramai lagi memerlukan kita di sana terutamanya di luar bandar. Dan kita juga perlu tingkatkan kemahiran kita terutamanya dalam mengendalikan Slot Moral, mana tahu mungkin ini salah satu cabang dakwah untuk non-muslim.

Akhir kata, terima kasih kepada pihak sekolah yang memberikan kepercayaan kepada Geng Zero Alasan terutamanya Cikgu Man, GPK Cikgu Rasimi dan GPK Cikgu Khuzaimah. Tidak lupa juga buat rakan-rakan Geng Zero Alasan, Kak Sal, Kak Izzah, Kak Izyan, Abg Bad, Abg Helmi, Abg Muaz, Abg Looq, Abg Taufiq, Abg Pali & Abg Wanzul. Jzkk Jaza'. Moga Allah membalasi jasa kalian.

Buat Adik-Adik Akak,

Semoga program 3 hari ini hanya satu proses untuk menjadikan adik-adik pemimpin yang lebih baik selepas ini. Moga diriku, kakak-kakak dan abang-abang dapat menjadi sumber insiprasi kepada adik-adik SMK Tg Kudin Raub Pahang.


"Tenek Hok Engkek"
Akak Sayang Korang

"Tenek Riang Engkek"
Akak Rindu Korang

Sekian, Wassalam. Terima Kasih.





P/S: Gambar-gambar lain ada di Page Facebook: Geng Zero Alasan

Monday, 26 March 2012

"Best Quotes" Konvensyen Bidadari Dunia 2012 - Hari Pertama


Alhamdulillah, Allah telah berikan diriku peluang untuk hadir ke Konvensyen ini. Dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru dan tidak lupa juga mendengar pengisisan daripada tokoh-tokoh wanita di Malaysia. Alhamdulillah.

Di sini, saya kongsikan 'quotes' daripada panel-panel untuk Hari Pertama yang telah disampaikan dalam pengisian mereka untuk perkongsian bersama.

========

Slot: Bidadari Impian oleh Pn Fatimah Syarha


"Belajarlah daripada Asiah bte Muhazim:
1) Seorang yang tidak dapat mengawal keadaan sekeliling tetapi dapat mengawal responnya kepada keadaan sekeliling.
2) Kuat hubungannya dengan Allah
3) Tidak terpengaruh dengan suami "

"Belajarlah daripada Mayam Bte Imran:
1) Cinta kepada Allah
2) Cinta kepada Rasul
3) Semangat cintakan Ilmu
4) Kuat beribadat
5) Sangat menjaga kehormatan dirinya"

"Belajarlah melalui Fatimah Az-Zahra: 1) Seorang anak yang taat dan isteri solehah 2) Terlibat dalam politik kemasyarakatan 3) Bijak mengurus cinta sebelum dan selepas berkahwin"

"Jadilah seperti Saidatina Khadijah r.a yang matang dalam membat pilihan hidup dengan memilih lelaki dengan cara paling terhormat-meraikan psikologi seorang lelaki"

" Menjadi 'High Class" di sisi suami beerti : Memahami dirinya, banyak tersenyum kepadanya dan berleter kepada suami dengan niat membantu suami untuk menyelesaikan masalahnya"

"Jangan merendahkan wanita yang berkepimpjnan kerana wanita juga boleh menjadi pemimpin sebuah organisasi tetapi kepimpinan lelaki di dalam keluarga tidak boleh diambil ganti"

" Jangan bandingkan diri kita dengan tokoh-tokoh tetapi bandingkan apa yang mereka lakukan"

" Letakkan Allah sebagai No 1. Figure out how to be close to Allah".


Slot: Cahaya Kemanisan Iman oleh Hjh Zawiyah Bt Hasan

" Benda di dalam diri dinilai apabila ia dizahirkan"


Slot: Wanita & Kerjaya oleh Dr Nikki Syuhada Shukor

" Happiness is not about taking but giving"

" Carilah pekerjaan yang kita suka dan jika orang bayar berapa kita pun tidak kisah. Bila kita suka kerja kita, kita akan all-out dan bila kita all-out Insya-ALlah, kita akan mendapat rezeki yang lebih daripada Allah"

"Bila buat kerja, buatlah yang terbaik. Jika gaji anda RM1000 buatlah seperti gaji anda RM2000."

" Bila bekerja, simpanlah beberapa bahagian daripada gaji kita untuk kegunaan masa akan datang"

"We don't work for money but because we want to work"


Slot: 15 Tips Wanita Penyejuk Jiwa oleh Ustazah Siti Bahyah

1. Nur Keimanan Terpancar di Wajah

2. Akhlak Terpuji

3. Ilmu Pengetahuan untuk menjadi wanita bijaksana

4. Isteri Idaman Suami

5.Senyuman Manis Buat SUami Tercinta

6. Berhias dan Berdandan Untuk Suami Tersayang

7. Meluang masa untuk Merawat Diri

8. Hati yang dipenuhi Sifat-SIfat Mahmudah

9.Penampilan Mengikut Syariat

10. Segera meminta maaf sekiranya bersalah dan bersedia untuk memaafkan.

11. Bersabar menempuh dugaan hidup

12. Sentiasa menderma dan berinfaq ke jalan kebajikan

13. Bersifat penyayang kepada anak0anak dan mendidik mereka menjadi anak yang soleh solehah.

14. Mempunyai perasaan takut kepada Allah.

15. Mendapat keredhaan ibu bapa.


Slot : Charismatic Women oleh Datin Zaleha Omar

" Karisma memang sudah ada di dalam individu tetapi Karisma juga boleh dicari dan dibina"

" Untuk mengetahui kita berkarisma atau tidak, :-

1- Bila kita bercakap, mereka mendengar kepada kita
2- Bila kita bercakap, orang sedar apa yang kita katakan
3- Orang meminta pandangan dan respon kita
4- Bila kita meminta bantuan atau bercakap sesuatu, mereka memberi respon kepada kita"

" If you think you are too small to have an impact, try going to bed with a mosquito in the room"


Slot: Forum Fesyen, Yes or No?

Catriona NurHayati

" Kalau kita rasa tidak mampu untuk membaca tafsir, pergilah usrah sebab usrah adalah satu support system. Pergilah usrah untuk membersihkan hati kita"

Puan Suriyati

" Kita kena ada jati diri. Jangan rendahkan diri. Jadikan inspirasi bila tengok orang lain lagi hebat"

Datin Zaleha Omar

" If we feel complete, we dont have to show off"

Friday, 16 March 2012

160312

" Bebas, Bebas!! " " Bebas, Bebas!! "

" Bebas Syria!!! " " Bebas Syria!!! "

Begitulah laungan sepanjang Perhimpunan Aman Syria yang berlangsung dari Tabung Haji ke Pejabat Kedutaan Syria di Jalan U-Thant.

Alhamdulillah, diri diberi kesempatan dan peluang untuk bersama-sama Akhwat UIA dan Akhwat-Akhwat dari seluruh Lembah Klang untuk menyertai Perhimpunan Aman ini. Walaupun kumpulan kami datang lambat (15 minit) "Peserta Masbuk", kami berjaya juga bersatu dengan kumpulan yang sudah mula bergerak ke Pejabat Kedutaan Syria.


Perjalanan yang dianggarkan kira-kira 2 kilometer tidak terasa jauhnya. Laluan dikawal oleh AJK Keselamatan dan Marshall bertugas. Rakyat Syria dan Arab turut sama menyertai Perhimpunan ini.


Saya sendiri berjalan dengan pantas bersama Afiqah untuk masuk ke celahan kumpulan yang sedang berarak dari tengah. Semangat. Semangat. Semangat. Lihat sahaja ada keluarga yang datang dengan ibu ayah. Ada yang datang dengan bayi yang masih kecil. Semua turut sama menyertai Perhimpunan ini. Semuanya kerana satu perkara. Hentikan kekejaman di Syria.


Sesampai di Pejabat Kedutaan, 4 orang wakil daripada Badan-Badan terlibat antaranya IKRAM, ABIM menyerahkan memorendum terhadap Pegawai di Kedutaan. Selepas itu, semua peserta perhimpunan diarah bersurai secara aman. Alhamdulillah. Dalam perjalanan pulang berjumpa pula dengan Baba yang turut sama dalam Perhimpunan ini.


Satu pengalaman yang berharga yang sukar dicari ganti. Membentuk diri dan memperbaiki diri menjadi hamba yang lebih peduli. Jika kita penat berjalan sejauh 2 kilometer, apakah saudara-saudara kita tidak penat mempertahankan tanah air Syria di sana daripada terus diselumbungi kezaliman? Kaki kita melecet berjalan, sakit lagi kecederaan yang dialami penduduk Syria di sana.

Ayuh kita ambil peduli!!




Saturday, 25 February 2012

Syria: Sila Ambil Peduli!!


Aku rindukan tanah Syam itu,
Tanah suci penuh misteri,
dipenuhi barakah dan kisah nabi.

Tapi siapa sangka,
di sebalik ketenangan itu,
ada suatu yang tersembunyi,
Kekejaman Basyar Assad yang amat tidak berbudi pekerti.

Selepas tercetusnya resolusi,
Tunia, Mesir , Libya, kini Syria pula mengikuti,
Rakyatnya tidak tahan lagi,
Kekejaman ala-ala diktator perlu dihenti.

Membunuh sesama agama kerana berbeza fahaman,
Satu perkara yang tidak boleh dimaafkan.
Mengapa mesti sampai begitu?
Adakah dia ingin setanding Yahudi?
Mencabut nyawa rakyat Palestin sesuka hati !!
Membunuh, merogol, menyiksa dan apa lagi !!?

Ayuh, kita rakyat Malaysia,
Sila ambil peduli!!!
Tidak kita, siapa lagi ??