Monday 31 August 2009

Iftar Jama'ie Batch Generation 4

Alhamdulillah wa syukurillah majlis berlangsung dengan jayanya semalam.

Kehadiran hampir 30 orang (separuh daripada batch asal) menepati sasaran. Majlis diadakan di Rumah Abdul Salam, anak Mualimah Sofea (our English teacher). Tetapi kami tidak dapat berjumpa Muallimah memandang beliau dan suami berada di Indonesia.

Majlis bermula pada pukul 6 dengan ucapan daripada De Facto Commitee, Saudara AO diikuti Taklimat Ringkas oleh Tuan Rumah. Tazkirah ringkas mengenai Malam Lailatul Qadar pula disampaikan oleh Syeikh Umar Pishal sementara menanti waktu berbuka. Solat Jemaah Maghrib dan kemudiannya makan berjamaah sambil beramah mesra sesama rakan-rakan lain yang sudah lama tidak berjumpa.(Gosip-gosip tidak dibenarkan bak kata tuan rumah)

Akhirnya majlis tamat kira-kira pukul 9 dengan sesi tangkap gambar. Ramai juga yang datang dan yang pasti semuanya sudah lain dari masa kecil-kecil dulu. Semoga program begini dalam diadakan lagi di masa hadapan Insya Allah.

Ramadhan Kareem !!
13 years ago....

Kelas Darjah 3 [ 3 Al-Falah & 3 Al-Islah]

Present 2009

Cuba cari siapa yang datang?? ^_^

Saturday 22 August 2009

شهر رمضان

Ramadhan Mubarak. Semoga kita dapat menjadikan bulan ini sebagai pesta beribadah dan menjadikan Hamba yang lebih baik dari sebelumnya. Insya-Allah.

Semoga artikel ini menjadi satu peringatan kepada kita semua.

=============================

Surah Al-Baqarah (2:185)
Oleh: Raihan Mustafa Kamal
Tarikh: 16 Ogos 2009

شهر رمضان الذي أنزل فيه القرأن هدى للناس وبينات من الهدى والفرقان

Menurut Tafsir Al-Jalalain, ayat ini membawa maksud, pada hari-hari di dalam bulan Ramadhan telah diturunkan Al-Quran dari Luh Mahfuz ke langit bumi pada malam lailatul qadar dan yang terdiri daripada perkara-perkara atau petunjuk (yang melegakan daripada kesesatan) kepada manusia dan ayat-ayat yang jelas (bayyinat) dengan menunjukkan atau berpaksikan apa yang berhak daripada hukum-hukum (petunjuk) dan dengan apa yang membezakan antara haq dan batil (furqan).

Imam Ibn Kathir pula membincangkan bahawa Al-Quran adalah petunjuk kepada hati-hati yang percaya kepada Nya dan mengikut arahan Allah s.w.t dan juga bukti-bukti yang terkandung di dalamnya yang memberi petunjuk serta membezakan yang hak dan batil.

Imam Syed Qutub pula menyatakan ayat ini terdiri daripada wajib nasakh untuk rukhsah berbuka puasa dan fidyah di atas sebab-sebab yang dibenarkan.

فمن شهد منكم الشهر فاليصمه ومن كان مريضاً او على سفر فعدة من أيام أخر

Menurut pandangan Tafsir Al-Jalalain, bagi mereka yang prihatin dengan situasi ini (iaitu pabila Al-Quran diturunkan), mereka akan mengikut apa yang telah diminta oleh Allah s.w.t iaitu berpuasa dan tidak akan mengulangi kesilapan (sebelum kedatangan Islam). Dengan ini, Allah s.w.t juga telah membenarkan kamu membuka puasa ketika sakit dan musafir kerana ia (sakit dan musafir) menjadi ‘illah atau sebab untuk berbuka. Ini membuktikan Allah mengasihani kamu dengan meringankan kamu dengan tidak berpuasa pada bulan Ramadhan dan menggantikannya pada hari-hari lain.

Imam Syed Qutub pula membincangkan, hukum puasa adalah wajib bagi mereka yang tidak bermusafir dan tidak sakit. Ayat ini menjadi hukm asl (general principal) kepada hukum berpuasa. Ayat ini telah diistisna’kan hukumnya dengan ayat seterusnya di mana Allah s.w.t memberi kelonggaran untuk berbuka sekiranya seseorang itu sakit atau bermusafir.

Imam Ibn Kathir pula hanya membincangkan dari konteks hukum-hukum berpuasa dalam tafsir beliau, di mana wajib bagi seorang muslim itu berpuasa dan diberikan rukhsah untuk membukanya sekiranya ia sakit atau bermusafir.Dan wajib kepada mereka untuk menggantikan puasa mereka di hari-hari selain daripada bulan Ramadhan.

يريد الله بكم باليسر ولا يريدبكم العسر لتكملوا العدة
Imam Ibn Kathir menyatakan dengan kaedah يريد الله بكم باليسر ولا يريدبكم العسر membenarkankan orang islam itu berbuka dengan illah( musafir atau sakit) dan perlu menggantikan puasanya.

Imam Syed Qutub membincangkan dengan panjang lebar mengenai ayat ini. Puasa merupakan rukun Islam ke-3 dan Allah s.w.t memberikan rahmat kepada hamba Nya dalam pelaksanaan hukum-hukum taklif (perkara-perkara yang dituntut oleh syara’).

Kaedah يريد الله بكم باليسر ولا يريدبكم العسر merupakan satu significant di dalam perkara-perkara yang dituntut oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya ia meresap di dalam hati dengan kesenangan untuk melaksanakan ibadah. Ini menunjukkan kasih sayang Allah tersangatlah tidak terhingga dan betapa murahnya hati Allah s.w.t terhadap perkara-perkara fardu dan takalid dan dalam semua aktiviti dalam kehidupan.

Imam Syed Qutub mengumpamakan keadaan ini seperti air yang mengalir tenang, menyuburkan tanaman dengan ketenangan, thiqqah dan redha. Dengan ini, akan timbullah rasa selama-lamanya di dalam hati dengan rahmah dan iradah Allah s.w.t yang tidak menyusahkan dan memudahkan orang-orang mukmin untuk beribadat.

لتكملوا العدة orang-orang yang bermusafir dan sakit hendaklah menggantikan puasa mereka pada hari selain Ramadhan supaya mereka dapat menebus semula dan mendapat pahala.

ولتكبروا الله على ما هداكم ولعلكم تشكرون
Menurut Tafsir Al-Jalalain, ayat ini membawa makna ketika kamu melengkapkan apa yang telah dipandukan kepada kamu untuk kamu mengetahui agama Allah s.w.t, kepada Allahlah kamu bersyukur.

Imam Ibn Kathir pula menafsirkan ayat ini seumpama kamu akan mengingati Allah s.w.t dalam melaksanakan apa yang telah diminta oleh Allah s.w.t. Dan jika kita mengikut apa yang Allah s.w.t. telah tetapkan, meninggalkan larangan dan membuat seperti yang diarahkan, Insya Allah kita akan terdiri daripada golongan yang bersyukur.

Imam Syed Qutub dalam Tafsir Fil Zilalil Quran memberikan huraian yang panjang lebar dengan ayat ini. Puasa adalah nikmat yang membolehkan kita mengagongkan Allah s.w.t dan bersyukur kepadanya. Dan sememangnya ini adalah tujuan daripada tujuan-tujuan kewajiban yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t kepada kita sebagai hambaNya. Bagi mereka yang beriman dengan huda (Al-Qur’an) , mereka akan merasa Allah s.w.t telah memudahkan mereka dengan memberikan rukhsah ketika beribadat. Pada bulan Ramadhan jugalah, jangka masa untuk berpuasa paling lama berbanding dengan bulan-bulan lain.

Bagi mereka yang berpuasa, mereka mampu mencegah hati-hati mereka daripada berfikir perkara-perkara maksiat dan mencegah diri daripada melakukan kecederaan pada diri (iaitu dosa). Sesungguhnya golongan ini adalah mereka yang bergembira dengan huda malmusan mahmusan (petunjuk yang boleh dipegang dan dilihat) serta mengagongkan Allah s.w.t dengan hadiah yang diberikan oleh Nya dan bersyukur dengan nikmat yang diberikan , dengan ini hati mereka akan menjadi lebih taat.

Kadang-kadang kita melihat kesukaran atau kesusahan terhadap diri kita ketika beribadat. Tetapi tujuannya bukanlah untuk menyusahkan ummat tetapi sebagai satu bentuk tarbiyah kepada kita dan sebagai bekalan kepada kehidupan yang satu lagi yang kekal abadi. Kita juga akan dapat mengawal hati kita, ketaqwaan kepada Allah s.w.t dan menjadi rapat dengan Pencipta Yang Maha Kuasa.Insya-Allah.

Semoga kita dapat mengambil iktibar daripada ayat ini. Selamat Berpuasa.

Sumber Rujukan:
1) تفسير الجالالين بهامس القرأن
2) تفسير في ظلال القرأن, سيد قطب
3) Tafsir Ibn Kathir

Wednesday 5 August 2009

Ignorantia Juris Non Excusat

Penulisan saya kali ini tidak memihak mana-mana pihak. Sekadar menyatakan pendapat saya sebagai seorang pelajar undang-undang.

Izinkan saya mengajak rakan-rakan semua berfikir, siapakah yang tergolong dalam golongan ini?

Ignorantia Jurist Non Excusat bermaksud Ignorance of law is not an excuse to escape. [Klik sini]. Jadi siapa yang jahil undang-undang ini sebenarnya?

Mereka yang pergi berdemo Sabtu lepas tanpa permit yang sah.

Atau polis yang menahan dan memprovokasikan keadaan demo sehinga memusnahkan harta benda orang ramai?

Atau pihak-pihak tertentu yang risau kepentingannya terjejas?

Ingat mereka yang berdemo tidak tahu undang-undang? Sebab mereka tahulah mereka berdemo. Laungan demokrasi yang dimaksudkan. Mereka punya kebebasan bersuara dalam Perkara 10 Undang-Undang Perlembagaan Malaysia.

Tak salah jika permit dikeluarkan. Kan senang diberi sahaja permit diberikan supaya jalan dan sebarang kekacauan tidak akan terjadi. Kenapa tidak boleh diberikan permit sebagaimana diberikan semasa demo Palestin dulu di Kedutaan Amerika Syarikat?

Satu lagi, bukankah kita punya cara lain untuk memansuhkan Akta ini? Kita boleh mengubah undang-undang melalui Parlimen menurut Perkara 159 Undang-Undang Perlembagaan. Bukankah sekarang Parlimen tidak lagi dikuasai oleh pihak-pihak tertentu? Dan sudah pasti lebih mudah untuk kita mengubah sesuatu undang-undang?

Cadangan saya mudah, pindalah Perkara 149 dan Perkara 150 Undang-Undang Perlembagaan.
Sebab apa?Itu adalah kunci kepada ISA.

Jadi golongan manakah kita? Siapakah yang layak dipanggil jahil dengan undang-undang?