Wednesday, 5 August 2009

Ignorantia Juris Non Excusat

Penulisan saya kali ini tidak memihak mana-mana pihak. Sekadar menyatakan pendapat saya sebagai seorang pelajar undang-undang.

Izinkan saya mengajak rakan-rakan semua berfikir, siapakah yang tergolong dalam golongan ini?

Ignorantia Jurist Non Excusat bermaksud Ignorance of law is not an excuse to escape. [Klik sini]. Jadi siapa yang jahil undang-undang ini sebenarnya?

Mereka yang pergi berdemo Sabtu lepas tanpa permit yang sah.

Atau polis yang menahan dan memprovokasikan keadaan demo sehinga memusnahkan harta benda orang ramai?

Atau pihak-pihak tertentu yang risau kepentingannya terjejas?

Ingat mereka yang berdemo tidak tahu undang-undang? Sebab mereka tahulah mereka berdemo. Laungan demokrasi yang dimaksudkan. Mereka punya kebebasan bersuara dalam Perkara 10 Undang-Undang Perlembagaan Malaysia.

Tak salah jika permit dikeluarkan. Kan senang diberi sahaja permit diberikan supaya jalan dan sebarang kekacauan tidak akan terjadi. Kenapa tidak boleh diberikan permit sebagaimana diberikan semasa demo Palestin dulu di Kedutaan Amerika Syarikat?

Satu lagi, bukankah kita punya cara lain untuk memansuhkan Akta ini? Kita boleh mengubah undang-undang melalui Parlimen menurut Perkara 159 Undang-Undang Perlembagaan. Bukankah sekarang Parlimen tidak lagi dikuasai oleh pihak-pihak tertentu? Dan sudah pasti lebih mudah untuk kita mengubah sesuatu undang-undang?

Cadangan saya mudah, pindalah Perkara 149 dan Perkara 150 Undang-Undang Perlembagaan.
Sebab apa?Itu adalah kunci kepada ISA.

Jadi golongan manakah kita? Siapakah yang layak dipanggil jahil dengan undang-undang?