Saturday, 29 December 2007

Habeas Corpus


Being a law student a.k.a 'law' friend will made you as a reference if there is any legal questions coming into our 'layman' friends’ minds. They keep asking you as you know everything.

As saying goes, Lawyers like to pretend as they know everything even they do not know everything but they know how and where to find it.

That is the secret actually. I guess so.

1 of my friend (engine student) asked me, what is habeas corpus?

The term of Habeas Corpus famously/ frequently used in the newspaper in this 2 weeks time especially after the incident of Hindraft Assembly.

Newspapers also put it as a part of headline in their news. I keep wonder how the normal person a.k.a layman will understand when the title is Habeas Corpus Writ . Supposedly the journalist should put the definition of it since the word is rarely used in normal days. Me myself, keep wondering what is the meaning of this writ since I haven’t met this term before.

I search the internet and even open my lovely Oxford Law Dictionary in understanding the meaning of Habeas Corpus.

Finally, I got the simplest way how to explain to my friend who asked me.

“ Habeas Corpus is a writ used to challenge the validity of a person’s detention either in official custody or in private hands.”

In other words it means that is is a writ sent by the counsel in order to challenge the validity of the person’s detention.

As the time goes, Im sure it totally related to the Hindraf issues. Please refer to my earlier post about : Ethnic Cleansing.

Anyway, It is good to know everything. But as a human being, we cannot afford to do so. So the best way is we must know where to fine the source about any matters at a right place. I am sure all the people who are in the law field will agree with this method even my lecturer as we are all human beings.. Memorising all the cases around the world is ridiculous since we have a billion of cases.

Monday, 24 December 2007

Teman SAMBEST

Cepatnya masa berlalu. Cuti hampir seminggu ni rasa macam sekejap sangat. Aku selalu teringat cuti sampai rabu. Rupa-rupanya sampai besok je. Tapi dapat berborak dengan kawan lama, kira oklah tu. Kalau dah kat UIA tu, nak cari masa ber’online’ susahlah jawabnya.

Thanks to Asma’. Lama sih dah tak berborak dengan ko. Macam-macam cerita ko. Yang pasti aku nak stoking comel satu.

Kepada Esma, sahabat segeng ku ketika di SAMBEST, selamat ber’fly’. Belajar elok-elok kat UK tu. Bangga aku jadi kawan ko. Bilalah aku berpeluang berjumpa dengan ko lagi pas ni.

Kepada Afrah a.k.a, thanks for hearing my story. Doakanlah Along mendapat revealation dalam menghadapi cabaran hidup ni.

Nak letak gambar kekawan time sekolah menengah takdelah pulak simpanannya. Biasalah saya mana tahu pegang kamera masa dulu. Hahaha

Takpe, walaupun xda, muka korang masih lagi dalam ingatan hamba dan nama kalian ada terpahat dalam hati ini.

Wanie, Miza, Olie, Nazurah, Dija Lilah, Nad F, Nad A, Faim, Ayman and especially Yati..… Waa apsal tetiba aku teringat sama kekawan aku ni….Itulah orang kata, A friend in deed, is A friend in need. Yeke?Aku rasa ubah sikit. A friend in need is a friend in Deen. Insyallah.


"Girlz of Birunian 04"

p/S: Tadi dok cari-cari mana tau ada gambar sekolah menengah dulu. Ni je jumpa. Nanti aku cari lagi. Tak jumpa pulak.

Saturday, 22 December 2007

Reunion FV

" Besarnya ko…” reaksi spontanku melihat seorang teman sekolahku ketika di reunion batch aku di SAMBESTARI ahad lalu. Bukanlah aku berniat hendak mengejek atau apa, tetapi memang dah membesar. Bahagia mungkin bakal pilot kita ini. Hahaha.

Anyway, memang perjumpaan itu boleh dikatakan Berjaya. Ramai rakan-rakanku kutemui setelah sekian lama tidak berjumpa untuk hampir 2 tahun lamanya. Mmm sekarang semua boleh dikatakan berjaya. Semua rakan-rakan kami yang sebatch boleh dikatakan semuanya berada di dalam institusi pendidikan. Tiada yang tersangkut. Bak kata Gg, MC kami pada hari tersebut.

Pertemuan tersebut membawa pelbagai kisah baru. Semua sibuk meng'update' cerita-cerita baru daripada rakan-rakan masing-masing. Ada yang dah bertunang. Ada yang menulis dan menerbitkan buku syair arab. Ada yang menulis buku motivasi. Semuanya dah lain. Berbeza dengan keadaan kami ketika di sekolah menengah dulu. Semua dah meningkat dewasa.

Cuma satu perkara yang tidak boleh diubah. Bila kita berkumpul bersama-sama rakan sebatch, aku rasa macam kembali semula ke zaman dulu-dulu. Zaman suka huha sana sini. Bising. Kecoh. Hahaha. Memang best r dapat jumpa kawan-kawan especially Piyah and Adi. My best member kat SAMBEST dulu. Tapi adakah aku perasan aku sudah berubah bila aku keluar dari SAMBEST? Tidak bising dan sebagainya. Usahlah Rehan. Ko hanya bermimpi. Mungkin itu yang akan orang lain cakapkan kat dirimu. Dirimu sudah dikenali dengan fi’il macam tu. Hahaha

Thanks to Fahimah Hambari a.k.a Faim for the effort to make the event succeed. I think without you, this event cannot make it. Agak susah mahu dikumpulkan batch kita ini. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancer seperti yang dirancang. Lepas ni bilalah pula gathering yang seterusnya. 2 tahun lagi mungkin? Agaknya di kala itu ada yang dah kahwin. Ada yang dah bekerja. Ada yang dah habis belajar. Macam-macam. Begitu cepat masa berlalu. Sampai tak sangka kita semua sudah meningkat dewasa. Semoga member-memberku berjaya di dunia mahupun di akhirat juga.


The Boyz...

The Girlz..

Piyah, Me and Adi..

Sempat-sempat lagi...

P/S: Aku teringin sangat nak tengok video dari Asma dan Ayman.

Saturday, 1 December 2007

Etnic Cleansing in Malaysia?

I am shocked when I watched the news just now. Our Prime Minister, Pak Lah looked so angry as he always known as the patient one. If I were in his shoe, I will be the same as his. The accusations from the HINDRAF memorandum are nonsense. There are 3 issues mention in the News but the most I want to highlight is the first issue : APPEAL FOR U.K TO MOVE EMERGENCY U.N RESOLUTION CONDEMNING "ETHNIC CLEANSING" IN MALAYSIA.

Ridiculously, this accusation is totally wrong. I don't know from which earth this issue comes out. Malaysia is a “Muhibbah Country”. If not, I am sure right now, Malays, Chinese and Indians cannot seat together in this country. Even, the whole world is respecting us for that. We respect for others religion and cultures. We even celebrate others festival together. We even have the Government Minister which consists of all races in Malaysia. Since the Prime Minister is a Malay, it does not means the other races cannot have their freedom in this country.

, we have the laws which protected the fundamental liberties including the freedom to learn, freedom of religion, freedom of speech and many more.


Malays always tolerate with other racist. During the pre-independent process, 1 of the condition for Federation of Malaya to have their own independent state from the British was to allow Chinese and Indian to be a part from the Malaya citizens during that time. The government accepted the condition and now we are. We have proven to the British that we can still move forward as a developing country without their assent and together with all the races, Malays, Chinese and Indians. This is one of the evidence whereby Malaysia is not swap out the other races.


We are not having Ethnic Cleansing in Malaysia. As for the war in Kosovo during 90’s, the Serbians killed all the Albanians. Is there any racial murder as the Račak Incident in Malaysia? These can be said as Ethnic Cleansing. Are we having this in Malaysia? Tell us one if there’s any. Do not say anything without prove and evidence.


Its for us to think about this country Malaysia. Do we want the 13 May event happened again after we are achieving our 50th Independent Day this year?


P/S: Letter HINDRAF to the UK Prime Minister. Click this link.

Thursday, 29 November 2007

Kisah Di Mydin


"Aargh..."
"Tepi, tepi, tepi..."


Suasana di Mydin Jalan TAR kelam kabut seketika. Kedengaran ada segelintir pengunjung yang menjerit-jerit di ruang tangga bergerak. Aku yang sedang membelek-belek barang yang mahu dibeli berhampiran dengan tempat kejadian kehairanan.


Aku sangkakan jeritan itu adalah kesinambungan daripada peristiwa perhimpunan HINDRAF pada hari sebelumnya. Sangkaanku salah. Aku biarkan saja jeritan itu. Malas mahu ambil tahu. Aku melihat saja dari tempat ku berdiri kira-kira 2 meter dari tangga bergerak. Nampaknya, ada juga pengunjung yang sedang menuruni tangga bergerak bertolak sesama sendiri. Ada juga yang melompat ke tepi.

" Ini tak boleh jadi. Kenapa ni?" Di pemikiranku tetiba terlintas, Ada budak tersepit di hujung tangga bergerak ke? Waa..seramnya...


Tangga bergerak dihentikan oleh pekerja-pekerja Mydin. Suasana di pusat membeli belah menjadi riuh seketika. Semua pengunjung berkumpul di tengah-tengah mahu melihat apa yang berlaku sebenarnya.


Darah bertempiaran di atas lantai. Ya Allah, Macamana boleh jadi macamni?

Pekerja-pekerja Mydin sibuk menyelamatkan mangsa yang tersepit. Rupa-rupanya, mangsa tersepit ketika terjatuh daripada tingkat 2. Macam-macam. Selepas itu, pekerja Mydin terus membawa keluar mangsa. Ketika pekerja Mydin sedang membawa mangsa, ada juga pengunjung-pengunjung wanita yang menjerit ketika mangsa dibawa lalu di tepi mereka.

Nak tahu siapa mangsa tu?


Mangsa ialah Si Tikus.

Persoalan: Apakah Pusat Membeli belah sekarang mempunyai tahap kebersihan yang memuaskan?

Thursday, 22 November 2007

Modal Insan Konon...

" Makcik nak tengok cerita ni pukul 9 malam"

" Kaklong, Peah nak tengok Spa Q"

Aku ikutkan saja permintaan insan-insan di rumah untuk melihat tv. Maklum sajalah cerita-cerita yang wajib ditontonku sudah dapat ku tonton sepanjang cutiku di rumah. Aku sudah puas jika dapat menonton berita dan rancangan Wanita Hari Ini. Kerna selebihnya waktuku, aku habiskan dengan berinternet, membaca dan memasak di dapur.


" Ish, cerita macam ni memang merosakkan masyarakat betul" Lancar saja mulutku berkata kepada adikku Peah & Pembantu Rumahku, Makcik semasa menonton Cerita Jelatang.

Adakah budaya ini di dalam Masyarakat kita sekarang? Yang muda mahukan yang tua? Bermain dengan hukum Tuhan dalam soal perkahwinan? Macam-macam. Tapi aku tabik juga cerita ini, kerana di akhir tayangan cerita ini ada diletakkan peringatan kepada semua penonton. Supaya cerita ini diambil iktibar. Tapi isunya, kalau penonton yang tidak menonton sampai ke akhir rancangan bagaimana? Terjaminkah mereka untuk tidak terpengaruh dengan ideologi yang telah diutarakan dalam cerita ini? Itu satu.

Keduanya, cerita Spa Q.. Adeh... Terus terang kukatakan.. " Macam apa punya cerita ". Isu lelaki tua yg ada mistress di luar. Adakah ini memang budaya masyarakat Melayu sekarang? Tolonglah. Sampai meluat rasanya nak melihat. Tiada pula tanda peringatan seperti dalam cerita Jelatang. Memang menyesatkan kepada sesiapa yang tidak dapat memproses moral value daripada cerita ini.


Usahlah mahu diikutkan cerita barat. Tidak boleh ke dibuat rancangan yang berunsur Islamik sedikit. Namanya pun Islam Hadari di Malaysia ni. Sepatutnya, rancangan-rancangan yang ditayangkan di tv juga perlulah menyahut seruan kerajaan tu. Berbekalkan Modal Insan. Di mana modal insan nya di dalam media? Sedangkan kita tahu, memang pengaruh media yang membentuk minda masyarakat kerana, media tidak boleh tidak memang akan digunakan oleh manusia sejagat.

Bukanlah saya inginkan program-program agama 24 jam semata untuk ditayangkan. Al-Kuliyyah dari pagi ke malam. Tetapi cerita-cerita yang ditayangkan perlulah kena dengan budaya masyarakat kita. Perlulah ada rancangan-rancangan yang dapat mendidik minda masyarakat dengan budaya kita. Kita perlulah berbangga dengan bangsa kita sendiri. Tak perlulah kita ingin mengagongkan budaya barat untuk menjadi sebuah masyarakat yang maju. Menghalalkan apa yang Allah kata tidak dalam hidup ini.

Wednesday, 21 November 2007

Pokok Kari

"Orang Utara suka makan Kari. Sebab tu tak heran kalau diorang tanam Pokok Kari kat rumah diorang" terang Izzah dengan bersemangat.

Shida & Siti pergi ke balkoni menyidai pakaian.

Lalu Maklong menegur, "Sampai ke nak ambil hanger tu?"

Mungkin disebabkan fizikal mereka yang agak kurang tinggi daripada aku.

" Boleh Maklong ", jawab Siti.

" Tahu tak pokok apa tu? " , tanya Paklong.

" Tahu Tahu Tahu" Bersemangat Shida dan Siti menjawab gaya Upin & Ipin.

" Pokok Apa?"

" Pokok Kari Paklong."

" Pokok Apa?"

" Pokok Kari Paklong"

" Betul Pokok Kari?" , tanya Paklong lagi.

" Betul Paklong. Pokok Kari."

" Korang orang mana? " , tanya Paklong.
" Kuala Lumpur, Paklong."

Sudah pasti Shida & Siti berasa bangga kerana mereka dapat meneka nama pokok itu dengan tepat.

" Yes Yes Yes" , jerit hati Shida.

" Jawapannya salah. Itu Pokok aazebaijane namaste tum priakahuhe a.k.a Pokok Mambo " , jawab Paklong slumber selepas melihat mereka terbangga seketika.

" Adeh... " rengih Siti


" Macamana leh salah pulak ni...." kata Shida.





" Memang betul aku nampak macam Pokok Kari ", jelas Shida yang tak puas hati bila bercerita dengan saya, Izzah dan Salwa.


Saya pun rasa tu Pokok Kari. Seandainya saya ada di tempat kejadian sudah pasti saya pun akan cakap benda yang sama. Hahaha. Agaknya, Pokok Kari di Utara bentuknya lain berbanding di Kuala Lumpur?

Tuesday, 20 November 2007

Mr M


"Rehan tahu tak kenapa rumah ni banyak jaring ?" tanya Paklong ketika ku di Langkawi.

Melihatkan keadaan rumah itu, memang hampir setiap tempat/sudut yang ada tingkap dibubuh jaring.

" Sebab area-area ni byk Mr M. Kadang-kadang dia datang rumah. Amik makanan. Pernah satu hari, Mr M tu datang curi telur kat dapur. Yang lawaknya, Mr M tu amik sebiji je, walaupun ada sepapan telur masa tu. Lapar sangatlah tu. Dalam mencerobohi tempat kita pun, masih boleh bersopan santun" cerita Paklong lagi.

Lihat sajalah pada pembangunan hari ni. Memang tidak mustahil, makhluk penghuni hutan sebelum ini hilang tempat tinggal tatkala kemajuan pembangunan menguasai diri manusia.

Tadi saya tertarik dengan tajuk petikan di dalam www.utusan.com.my Anda boleh rujuk ke http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_04.htm

Ada Ahli Parlimen mencadangkan diwujudkan desa monyet bagi mengawal populasi ini.
Yang lucu, ada juga ahli Parlimen yang mencadangkan agar diletakkan saja keturunan M ni di dalam Zoo. Tapi takut tiada populasi lain pula di dalam Zoo.

Macam-macam. Pada hemat saya, adalah molek, jika kerajaan mengadakan satu hutan simpan khusus bg keturunan ini. Agar tidaklah mereka terbiar dan mengganggu orang ramai. Sudahlah manusia yang mengambil tempat mereka. Mana lagi mereka mahu pergi. Jika tidak ke kawasan manusia juga.

Sehingga mana pembangunan manusia harus diteruskan sehingga habitat semulajadi alam dinodai hingga hilang tempat tinggal haiwan-haiwan di dalamnya?

Marilah kita bersama-sama menjadi pencinta Alam.

Apakah peranan kita?

Sunday, 18 November 2007

Hakim Syariah Wanita Pertama


Semasa saya di Langkawi, sempat saya membaca keratan Akhbar mengenai “Perlis Lantik Hakim Shariah Pertama”.

Isu membenarkan perlantikan hakim wanita pertama di dalam institusi penghakiman syariah memang hangat menjadi perbualan dan perdebatan.

Isu ini ada dibincangkan di dalam kelas saya dalam subjek Islamic Legal System di UIA. Pokoknya, terdapat 3 pendapat ulama’ mengenai isu ini iaitu,

Pendapat Jumhur Ulama’(Shafi’e, Maliki & Hanbali)
Hukumnya haram wanita dilantik menjadi hakim.

Pendapat Hanafiah
Harus hukumnya melantik wanita menjadi hakim kecuali di dalam kes-kes hudud & qisas.

Pendapat Syaz Ibnu Jarir Attabari & Ibnu Hizam
Harus wanita menjadi hakim di dalam semua perkara termasuk hudud & qisas.

Prof Dr Zaleha, Dekan Fakulti Undang-Undang Ahmad Ibrahim pun ada menyatakan pendapatnya dalam Majalah Al-Islam dalam keluaran lepas (Oktober 2007 jika tak silap).

Antara point yang saya fikirkan releven untuk dikongsi ialah:-

1) Jika seorang wanita (lecturer) boleh mendidik seorang hakim syar'i takkan dia tak boleh menjadi seorang hakim?

2) Status Hakim sekarang dengan hakim dulu (semasa zaman Rasullulah) adalah berbeza. Ini kerana mengikut Administration of Islamic Law (Federal territories) Act 1993 s46(2)(a) dan (b) menyatakan ruang lingkup kuasa di bawah Mahkamah Syariah hanyalah perkara-perkara yang melibatkan undang-undang keluarga, harta dan sewaktu dengannya. Mahkamah juga tidak boleh mengenakan hukuman lebih daripada, penjara 3 tahun, denda RM 5000 atau 6 kali rotan.Dan ini jelas menunjukkan bahawa undang-undang Islam di Malaysia tidak menggunakan hukum Hudud.

Maka, menurut Prof, kita bolehlah mengikut pendapat Hanafiah di dalam membenarkan wanita menjadi hakim kecuali di dalam hukum hudud dan qisas. Dengan keadaan sekarang, adalah tidak mustahil wanita boleh ataupun sudah layak untuk menjadi hakim. Wanita sudah mampu untuk berdiri sama tinggi dan sama rendah dengan keadaan akademik yang sama rata.

Cuma, saya kurang bersetuju dengan tindakan Negeri Perlis ingin melantik Hakim Syariah Wanita yang masih muda umurnya. Menurut sumber, bakal hakim berkenaan adalah berusia dalam lingkungan 20-an.

Lantas membuat diri saya terfikir, adakah ini sudah cukup kredibilitinya untuk menjadi Hakim wanita pertama? Lainlah jika dia sudah berada di dalam dunia penghakiman untuk jangka masa yang lama. Rasanya, jika Malaysia mahu mengikut Pendapat Hanafiah dalam isu ini, perlulah diletakkan satu garis lurus yang ketat dalam melantik Hakim Shariah Wanita dalam memastikan undang-undang tak dipermain-mainkan dan diperkotak-katikkan serta tidak melanggar Hukum Tuhan.

Saturday, 17 November 2007

KEMBARA 5 SEKAWAN

Alhamdulillah, akhirnya perancangan yang cuba dibuat berkali-kali sebelum ini akhirnya berjaya. Kami berlima. Saya, Izzah, Shida, Salwa & Siti telah bersepakat untuk menghabiskan masa 4 hari 3 malam di Langkawi.

Kedatangan kami disambut oleh sepupu Izzah, Abang Jed. Kami di bawa ke Kediaman mereka, di Kampung Kastam yang terletak kira-kira 5 minit perjalanan dari Jeti Kuah. Banyak sungguh destinasi yang kami pergi ke Langkawi selama 3 hari berada di sana.
Berikut adalah antara gambar-gambar menarik yang boleh dikongsi bersama.

Saya semasa baru sampai di Jeti Kuah

Bersama Tok Izzah di rumah Maklong & Paklong

Pergi Melawat Keluarga Angkat ketika Baktisiswa 2006.

Bersama Sepupu Angkat. Anak Mak Su. Besar dah depa. Dulu p kecik-kecik lagi.

Masih ada lagi. Bekas Hasil Kerja Baktisiswa 06 dulu.

Kami berlima, dari kiri, Siti,Shida,Izzah,Saya & Salwa, merenung masa depan di beranda salah satu bilik paling mahal di Hotel Four Seasons.

Banyak lagi gambar ni. Tapi takpelah cukuplah sekadar ini buat tatapan rakan-rakan.

Begitu banyak yang saya dapat daripada Trip kami ini, terutamanya erti persahabatan. Semoga Trip ini telah membuka lebaran baru kepada diri kami untuk menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini.

Sunday, 11 November 2007

B.E.R.S.I.H

Semalam negara dikecohkan dengan satu demostrasi yang diadakan oleh pihak yang mendakwa diri mereka “Pembersih”. Menurut sumber yang dipercayai, tujuan demostrasi ini adalah untuk menyampaikan memorandum ketidakpuasan hati terhadap sistem piliharanya kepada Yang Di Pertuan Agong.

Semua pintu masuk utama ke Kuala Lumpur dikawal oleh pegawai polis. Padanlah ketika saya semalam dalam perjalanan pulang dari UIA ke rumah, habis sesak jalan dengan polis berada hampir di setiap bahu jalan.

Sahabat saya, Shida dan Siti turut berada di Masjid Jamek kebetulan pada pukul 3 dan tatkala itu segerompolan manusia berarak dan mencetuskan gusar di hati yang melihatnya.

Saya sendiri semasa berada di KL Sentral terkejut semasa ingin menukar tren LRT ke Komuter. Saya sendiri pelik kenapa begitu ramai golongan pakcik-pakcik alim, dan ada segeng memakai baju kuning dan ada juga yang lagak seperti seorang pendekar, mengikat kain di kepala. Mungkin orang ramai balik Deepavali kot.Fikiran saya.

Saya susuri tangga bergerak ke ruangan menunggu. Masyaallah. Ramainya orang. Dan rata-rata mereka memakai baju t-shirt berwarna kuning.Cuak juga saya ketika itu, dengan ada yang terjerit-jerit seperti mau gaduh pun ada. Dengan lambakan orang yang menyambut Deepavali, macam-macam boleh berlaku. Janganlah ada rusuhan 13 Mei lagi.

Ketika itu ada seorang kakak yang kebetulan menunggu tren ke Seremban menegur saya.
“Ramai betul. Dah lah memang dah sesak. Tambah lagi orang yang berbaju kuning ni lagi menyusahkan keadaan.” Mungkin kakak ni merujuk kepada keadaan yang sedang berlaku. Memang, ketika ini, ada juga beberapa orang anggota polis yang diletakkan di ruangan menunggu tren. Kononnya nak mengawal keadaan.

3 tren saya lepaskan sebab memang terlalu ramai orang. Dengan perasaan saya ingin tahu apa yang tertera di belakang baju kuning, saya mengfocuskan mata saya, macam zoom in laa. Tapi ditambah mata yang memang ada 4, tak dapat pula. Dapat pun satu dua patah perkataan. Maka saya beranikan diri juga pergi ke sekumpulan pakcik-pakcik (duduk berhampiran dengan mereka) dan terus membaca apa yang tertera dan menaipkan di dalam hp saya. Ingat nak tulis di buku catatan saya, tapi ku padamkan saja karang ketara sangat pula.

Tuntutan BERSIH
1)Penggunaan Dakwat Kekal
2) Pembersihan Daftar Pemilih
3) Pemansuhan Undi Pos
4) Akses kepada Media


“Pembersihan Piliharanraya kembalikan Hak Rakyat”

Ada bernas juga apa yang mereka tuntutkan. Tapi adakah ini cara yang terbaik? Dengan mengadakan demostrasi dan akhirnya mencetuskan kekacauan? Dengan tuntutan bersihkan segala, baik mereka pergi bersihkan segala kekacauan yang mereka lakukan.

Mungkin di sinilah kita akan katakan, kita punya Hak untuk Berhimpun & Hak Bersuara sebagaimana yang dinyatakan dalam Federal Constitution Article 10, Freedom of Speech ,Assemble & Association.(akan kita bincangkan dalam entri yang akan datang). Mungkin bagi golongan ini, cara ini sajalah yang dapat membuka minda pihak-pihak yang bertanggungjawab terhadap isu-isu yang mereka telah bangkitkan.

Bila difikir kembali mengenai, memorandum mereka kepada YDPA. Pada hemat saya, YDPA pun tidak dapat berbuat apa-apa kerana kuasanya sudah dihadkan dengan Perlembagaan Persekutuan.(akan dibincangkan dalam entri akan datang)

Saturday, 10 November 2007

R.E.L.I.E.F

Alhamdulillah, I just finished my last paper i.e Law of Contract I today. It seem the time goes very fast. Blink3, Im done with my first sem in IIUM. Now I felt, waa lepas. But this just a beginning. 4 1/2 years more Raihan. Chaiyok2!!

Thanks to all my friends yg bg support walau di mana anda berada semasa diri di lautan peperiksaan. Kalian memang best.

So now, Im having my break for 2 weeks. Byk planning ni. But for sure, tomorrow, Im going to Langkawi. With my best friends, Izzah, Salwa, Shida & Siti. Planning to visit my Mak Angkat dekat Kg Sg Itau. Lama sih tak pi after Program Baktisiswa 2006.

Cuti ni nak buat ape?

Dlm kepala...

1) Tulis satu cerpen
2) Pi Bentong
3) Kursus Rumah Tangga
4) Membaca n menulis

Tuesday, 6 November 2007

Stress = Lemah ?

Ada satu ketika
kita akan rasa seperti mahu menangis tetiba

Ada satu ketika
kita akan rasa seperti ingin disayangi seseorang

Ada satu ketika
kita akan rasa seperti diri ini tak punya sesiapa

Ada satu ketika
kita akan rasa bila belajar macam tak faham apa-apa

Ada satu ketika
kita akan rasa siapa kawan kita di kala kita berduka

Ada satu ketika
kita akan rasa seperti seorang yang tiada hala tuju

Ada satu ketika
kita akan rasa “Siapalah aku ini?”
Ketika inilah kita akan puas
Puas menghabiskan air mata
Seperti anak kecil kehilangan ibunya

Puas memerahkan otak yang sedia ada
Dengan ilmu & segala idea

Puas merenung masa depan
Apa yang perlu kita lakukan
Apa tindakan susulan
“Takkan seperti hangat-hangat tahi ayam?

Ketika inilah kita akan sedar

Apakah itu Tuhan
Apakah itu Cinta
Apakah erti seorang Hamba
Apakah erti seorang Teman
Apakah nilai sebuah Persahabatan
Sesungguhnya Allah takkan uji seseorang
melainkan Dia sudah tahu kita mampu hadapinya
Sesungguhnya Allah sayangkan kita
& sentiasa mahu kita ingat pada Nya Yang Esa.

Thursday, 25 October 2007

STUDY + FINAL MODE

Kepada semua rakan-rakan termasuk diri saya,
All d best for the Exam.
Ma'a Taufik wan Najah.
(Penulisan blog akan aktif semula selepas tamat waktu darurat)

Sunday, 14 October 2007

Diari Rayaku...

The Big Family of Mine.

Hari ini sudah masuk 2 hari , hari raya. Saya tahun ini tak pulang ke kampung seperti kebiasaannya. Perasaan terasa seperti beraya di luar negara pula (macam dulu time mak kat US). Walaupun tak balik kampung, banyak juga aktiviti yang dilakukan ni. Tadi saya membuat panggilan ke kampung di Tapah. Kami adik beradik bergilir mengucapkan Selamat Hari Raya. Harap Atuk gembira dengan suara kami. Kali terakhir jumpa Atuk time pergi UTP bulan 4 tak silap. Rindunye Atuk.

My Adiks. Shahidah buat hal pulak. Takda dalam gambar.

Teringat pula time malam raya, Mak pesan daun kunyit. Alang-alang, kami adik beradik keluar cari, pergilah cari sekali dengan bunga api. Maka satu Serdanglah kami pusing sehinggalah ke kedai runcit yang paling hampir dengan rumah kami. Haha. "Paling dekat pun ada je jual, kaklong, " komen adikku Amin. Satu jam jugaklah kami cari daun kunyit. Lalu saya suruh adik saya Luqman beli RM 2. Walaupun banyak, buat spare part. Senang sikit bila nak guna nanti.


Heroes of The Family & Anak-Anak Acheh

Pagi raya saya telah ditugaskan baba untuk mengambil anak-anak Acheh kat Bangi. Mereka ini akan dirai di rumah saya selepas Solat Sunat Raya. Nak jadikan cerita dalam 4 orang naik dengan kereta yang dipandu saya ditemani co-pilot Amin d Kenot. Di radio berkumandang bunyi takbir. Saya tak pasti time tu tiba-tiba saya dengar seperti ada antara mereka yang menangis. Saya tak sempat menoleh ke belakang. Niat di hati mahu melihat dengan cermin, tapi tak nampak. Cuma saya perlahankan sikit radio untuk menstabilkan emosi mereka, fikir saya lah. Mungkin mereka teringatkan kampung halaman mereka dan kedua ibubapa mereka. Saya bersyukur kerana masih cukup ahli keluarga saya walaupun tak balik kampung tahun ni.

Semalam kami pulang sekejap ke Karak, kampung mak. Tapi kami singgah dulu ke kubur arwah Atuk di Bentong. Walaupun saya tak pernah bersua, terasa sedih pula bila ziarah kubur. Mungkin teringatkan kubur arwah Opah di Tapah. Lantas buat saya terfikir, agaknya kalau saya meninggal nanti, ada tak orang yang akan melawat kuburku nanti? Apakah saya sudah bersedia menghadap Ilahi?

Sibuk-sibuk memasak di dapur , diriku berkata, Rehan bila mahu studi ni??... Test 4 papers in 2 days next week. Malaysian Legal System, Quran Hadith Ayat Ahkam, Islamic Legal System & Transaction In Islamic Law. Insyaallah dipermudahkan segalanya. Khamis ini ada kelas sejam. Jumaat pun. Sabtu ada exam 30 minit je pukul 9 pagi. Adeh, pelik-pelik UIA ni. Terima sajalah. Aku sudah pun menjadi ahli keluarganya.

Apa-apapun, Eid Fitri kali ini memberi makna berbeza kepada diriku. Buat diri yang bergelar seorang anak, kakak, pelajar & muslimah.

Thursday, 11 October 2007

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Di kesempatan ini, saya Raihan Mustafa Kamal ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin. Kepada semua pelawat blog saya. Terima kasih di atas sokongan kalian.

Wednesday, 3 October 2007

Gambar Semasa Mengundi..

Antara flyers & goodie yang saya dan rakan-rakan dapat.


Di pintu masuk Tempat Mengundi..
Ada calon-calon yang berdiri di hadapan menagih undi.


Izzah: Nak pilih yang mana ni?
Shida: Ko pilih yang ......


Rakan-rakan yang bersemangat nak mengundi.

Bersama teman karibku- Menunggu sambil membuat soalan tutor Tort

Pilihan Raya Kampus 07/08

Saja diri nak cari topik menarik untuk diperbincangkan pada kali ini. Mungkin kerana semalam sudah lepas waktu mengundi, mungkin releven saya utarakan beberapa isu yang saya pasti menarik untuk dikongsi.

Mempromote diri
Apakah wajar seseorang itu meminta-minta dirinya dipilih sebagai SRC? Bila ditanya atas tiket apa anda bertanding? Apakah perlu untuk menjawab 'saja-saja' atau 'kerana parti W' atau 'kerana kebajikan pelajar'? Jawapan yang bernas akan menarik pelajar untuk mengundi calon tersebut.

Kempen
Ada ketika semasa saya berjalan bersama rakan, ada sekumpulan pelajar yang datang dan mengajak kami untuk mengundi calon berkenaan. Ada yang memberikan flyers sebagai rujukan bagi memudahkan pelajar mengetahui siapakah calon. Ada juga yang memberikan cenderamata, kononnya sebagai tanda berterima kasih kerana sudi mendengar pujukan mereka.

Flyers + Media Cetak
Adakah perlu diterbitkan artikel-artikel yang kurang menyenangkan? Satu pihak membalah-balahkan satu pihak yang lain? Bukankah sekarang bulan Puasa? Ada juga artikel yang saya kira agak panas di Bumi AIKOL, sehingga orang yang difitnah mengeluarkan rebutable notice kepada pihak yang terlibat. Ada flyers ataupun handbills yang ditampal di meja-meja. Aish, macam takda tempat lain mahu tampal. Mengacau pandangan. Sampai rostrum pun nak letak juga.

Sewaktu Mengundi
Masih ada calon yang berdiri di depan pintu masuk. Kononnya untuk memancing undi. Pada perkiraan saya, kalau undi di luar sana pun, calon tak boleh berada di depan pintu masuk tempat mengundi kerana dikhuatiri mempengaruhi para pengundi. Saya kurang pasti undang-undang pilihan raya kampus ini. Ataupun mereka yang melanggar etika?

Menunaikan tanggungjawab
Alhamdullillah, saya juga antara orang yang bersemangat untuk mengundi. Al-maklumlah tak pernah merasa melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi. Tahun depan andai kata ada pilihan raya Malaysia, saya sudah boleh mengundi. Semasa saya sedang menanda pangkah pada calon pilihan, rector datang ke tempat mengundi kami bagi melihat kelancaran proses mengundi. Uish, memang terasa macam pilihanraya benar. (ada yang palsu ke..) Pelajar-pelajar beratur panjang untk menunaikan tanggungjawab mereka. Siap ada security guard lagi mengawal keadaan. Satu perkara yang agak menarik, ada juga yang sambil beratur berbincang soalan tutor Tort.

SMS
Ash, berapa banyak sms yang saya dapat meminta mengundi calon=calon tertentu. mm..dahsyat. Apakah mereka tidak tahu, lagi disuruh lagi tak mahu kita? Bukan saya saja yang dapat. Masalahnya hampir satu UIA. Sehingga kawan saya bertanyakan Presiden LAWSOC, siapakah dalang yang menghantar mesej-mesej ni. Kalau sekali dua takpa lah juga. Tapi kekerapannya lebih tak cukup jari tangan untuk mengira.

Pokok pangkalnya, Pilihan Raya Kampus menyaksikan pelbagai ragam manusia. Ada yang cepat melatah. Ada yang suka menabur fitnah. Diharapkan semua yang menerima mandat daripada kuliyyah masing-masing menunaikan tanggungjawab mereka tak kiralah daripada parti mana pun. Pastikan Bi'ah Solehah masih terus terpelihara di Taman Ilmu dan Budi ini.

Satu ucapan khas untuk mereka.
" Kalian sudah punya tanggungjawab yang besar. Cuma aku sebagai rakyat, akan sentiasa di sisi kalian selagi mana kalian menjalankan amanat yang telah Allah berikan."

Sunday, 30 September 2007

Langit Tak Selalu Cerah

Entah kenapa aku rasakan hari ini, aku diuji dengan pelbagai perkara. Diriku yang selalu saja bahagia didatangi ujian-ujian yang mendatang secara tetiba.

Lantas membuat aku terfikir. Aku seorang hamba yang lemah lagi hina di sisi Nya.

Ya Allah, Berikanlah aku kekuatan. Kenapalah aku seperti tak berupaya.
Aku tahu Kau takkan uji aku jika Kau tahu aku mampu menerimanya.
Tapi kenapa kurasakan umpama diriku ini tak tertanggung.

Astagfirullah.

Ya Allah, Berikan aku kekuatan.Permudahkanlah segala urusanku Ya Allah.
Ameen

Friday, 21 September 2007

Res Ipsa Loquitur

Bila saya mendengar Berita Utama pukul 8 malam tadi, menyebabkan hati saya sebak dan sedih. Kisah Adik Nurin Jazlin yang saya ikuti semenjak beberapa hari yang lepas akhirnya terjawab. Memang sah mayat dalam beg biru itu, dia.

Pagi tadi semasa saya dan rakan-rakan ada menganalisis gambar yang disediakan dalam akhbar, kami sangat yakin bahawa mayat dan Nurin adalah orang yang berbeza. Tapi Allah lebih mengetahui. Ternyata analisis kami tidak tepat. - Al-Fatihah -

Perkara pertama yang saya fikirkan, selepas ini, pasti pihak polis akan cuba sedaya upaya mencari siapakah si dajal yang bersifat binatang itu. Sehingga kini, bukti-bukti masih lagi samar. Yang hanya adalah gambar seorang wanita yang dilihat kali terakhir bersama beg biru itu yang kurang jelas. Bagaimana agaknya pihak polis ingin mencarinya? Polis punya kuasa dan kebolehan. Saya doakan dipermudahkan segala urusan.

Kami juga berbincang seketika pagi tadi di perpustakaan, mungkin selepas ini, akan ada penguatkuasaan undang-undang yang lebih kuat di dalam soal kebebasan anak-anak lebih-lebih lagi yang tergolong dalam kategori bawah umur untuk keluar rumah tanpa jagaan ibubapa.

Tadi, saya tertarik dengan kata-kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan,

" Kita sudah punya Akta Kanak-Kanak yang berkaitan dengan tanggungjawab ibubapa dalam menjaga anak mereka, tetapi tidak dilaksanakan sepenuhnya. Rasanya selepas ini, mungkin kita patut menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada"

Undang-undang yang dimaksudkan ialah Seksyen 33 Akta 611 (Akta Kanak-Kanak 2001) dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM5,000.00 atau di penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Undang-undang ini memperuntukkan bahawa ibu bapa atau penjaga kanak-kanak yang meninggalkan kanak-kanak itu tanpa mengadakan persediaan bagi pengawasan atau pemeliharaan yang berpatutan untuk satu tempoh yang lama, atau meninggalkan kanak-kanak berkenaan di dalam keadaan yang tidak berpatutan.

Sekiranya benar, kes ini akan menjadi landmark case di dalam memberi pengajaran kepada semua ibubapa dalam soal menjaga anak mereka. Tidak akan ada lagi Kes Yin dan Kes Nurul Huda dan Kes Nurin. Tetapi, adakah berbaloi apa yang akan dialami oleh keluarga Nurin? Selepas anak mereka meninggal, adakah wajar mereka dipenjara dan binding di bawah Akta Kanak-Kanak yang selama ini tidak digunapakai? Dan dengan pelaksanaan undang-undang yang sedia ada, adakah terjamin tidak akan ada lagi kes seksual kanak-kanak?

Bila menyebut kes seksual, saya juga ada terfikir, apakah ada undang-undang untuk si Dia yang melakukan gangguan seksual kepada golongan wanita? Selalunya, untuk kita menyaman seseorang itu, kita kena punya maklumat lebih-lebih lagi identiti penganggu. Selalunya, mangsa gangguan seksual ini, tidak mampu berkata apa-apa. Mungkin kerana takut dan terkejut, mangsa tidak dapat buat apa-apa.

Ada satu kes di mana seorang teman saya diganggu.Teman saya menampar si Dia , lalu pulang. Lelaki berkenaan terlepas begitu saja. Jadi apakah wujud undang-undang untuk membela nasib golongan wanita yang diganggu? Apakah ruang untuk teman saya untuk menyalurkan ketidakpuasan hatinya?

Res Ipsa Loquitur mungkin jawapannya. Term ini saya belajar dalam minggu ini. Cuma saya kurang pasti jika ia boleh digunakan dalam kes-kes yang kita bincangkan di sini. Cuma yang pasti mungkin prinsipnya boleh diambil kira. Res Ipsa Loquitur bermaksud, "when the thing speaks itself". Dengan erti kata lain, kita kadang-kadang tidak perlukan apa-apa bukti untuk menyatakan seseorang itu memang salah kerana sememangnya orang itu bersalah tanpa perlu pengakuan dari dirinya sendiri.

Maka benarlah "qulil haqq walau kana murran" yang bermaksud "katakanlah yang benar walaupun ia pahit". Jadi, sekiranya seseorang itu ingin menutup keaibannya, janganlah bermimpi nescaya Allah akan membalasnya. Keaiban yang dirahsiakan pasti akan terbongkar dengan kuasa Tuhan, Allah 'azza wa jalla.

Jadi sampai bila perkara ini akan terus terjadi? Kes rogol dan kes bunuh yang kejam seumpama binatang yang tiada budi. Apakah manusia tiada lagi akal, tidak mampu membuat pertimbangan antara yang hak dan yang batil? Apakah ini tanda akhir zaman?


P/S: Untuk mengetahui lebih lanjut Akta Kanak--Kanak Malaysia, http://www.commonlii.org/my/journals/JMCL/2005/6.html#fnB63

Sunday, 16 September 2007

Dakwah Tiada Mata

Ramai yang memahami Islam. Tetapi tidak ramai yang pandai untuk menerangkan Islam kepada orang bukan Islam. Ramai yang berpendapat kita perlu bergelar Ustaz barulah boleh menerangkan, Apa itu Islam? kepada golongan tersebut.
Kisah di bawah saya sisipkan supaya menjadi pengajaran kepada kita. Bagaimana kita boleh menjadi Muslim yang boleh menerangkan kepada bukan Muslim, walau di mana tempat dan berapa usia kita.

Kejadian ini berlaku, ketika saya dalam perjalanan pulang ke rumah semalam dari UIA.
=========================
Why Koran has 2 type? The Original Koran and The Tafsir Koran?
Oh, there is only one Qur’an. The Tafsir is a translation of al-Qur’an

So it is like the Old Testament and New Testament in Christian?
No.The Qur’an never changed. Even we have Tafsir, it does not mean we have 2 books. The Tafsir is just a translation of the Qur’an which used in Arabic language. Even, when we perform prayer, we are reciting the Quranic verses from the Qur’an but not Tafsir. Because it is just translation.

Can I say that Islam is just like Christian, you believed in prophet and you also have Orthodox Islam and New Islam similar to Orthodox Christian and New Christian?

Yes, we believed in our prophet Muhammad.We believed he is the messenger of Allah which has been sent to the entire world. But, we also believed in your prophet since it is also a part of our faith to Allah.

There is no such orthodox or new in Islam. Islam is flexible. What we uphold to today i.e the Qur’an is still the same till this day from the time it what revealed to the Prophet. But the practices is different since we do not live is same period. The development of new Islam is not based on the new development the Qur’an since Allah has said it will be protected and not be changed till the last day of the world, but it based on the common practices and common problems which occurred within the new period which need some changes in determined the new hokum.

Do you believe we supposed to have Islam in Malaysia?
Yes. Even there is Islam, it does not mean the other religions cannot be practice in Malaysia. Islam is the ‘syumul’ religion. I mean , Islam involves many aspect in our lifes, including living and moral values.

But I cannot see the significant of Islam in Malaysia. Even there’s Malays, I cannot see what you have explained to me earlier.
Sir, you know that by preach in Islam, it does not mean you must be a Malay. Islam is wider. It has the concept of ‘musawah’ which mean there is no discrimination to any people who want to preach into Islam. Even the prophet, Muhammad was sent in Arabs, he was sent to the entire world actually.
================================
Sebaik saja bas berhenti di Stesen Putra, perbualan tamat begitu saja. Ingin juga aku melihat siapakah gerangan hamba Allah yang bijak berkata-kata itu. La, kawanku yang kukenali semasa berprogram di Pusat Asasi Matrik rupanya. Dia menyapa saya. Lalu saya katakan padanya,
“ Hamzah, hebat jugak ko terangkan kat orang tadi tu. Macamana tetiba orang tu tanye soalan tu? Baguslah, ko terangkan macam tu tadi

“Ala Raihan, aku pun tak tau nape tetibe lelaki tu tanya aku. Berbelit-belit lidah aku tadi nak terang dlm BI. Alhamdulillah, nasib baik ok”

“At least ko da jalankan satu tanggungjawab ko. Bukan semua orang boleh buat macamni. Tahniah”

Aku tersenyum. Alhamdulillah, dia sudah menjalankan salah satu tanggungjwabnya sebagai seorang Khalifah di muka Bumi ini. Semoga kita dan rakan-rakan yang lain boleh jadikan kisah ini sebagai teladan. Apakah kita sudah menjalankan dakwah kita kepada Non-Muslim? Renung-renungkan.

Wednesday, 12 September 2007

.:: Raihan & Man Bai -Harapan Ramadhan ::.

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Saturday, 1 September 2007

Happy Birthday Mak!!


1-9-2007
Special dedication to you Emak

Thank You for growing us up to be a good person on this land

We learnt a lot from you

Love
Patient
Sacrifice
& Many more..

Card- Rafeah's Land
Cake - Raihan's Bakery

Thursday, 30 August 2007

Kecil-Kecil Cili Padi

Aku & Kak Ummu = Bersama Berdua

Walaupun singkat,
tetapi terasa sudah lama.

Mungkin dek mulutku yang ramah,
Ditambah mulutnya yang tak lekang berkongsi pelbagai cerita.

Pertemuan di KL Sentral,
Pertemuan di Minggu Penulis Malaysia di Dewan Bahasa & Pustaka.

Berniaga di Convest Hill, UIA
& Menjadi promoter loncatan tiba-tiba.

Novel Ladang Hati Mustika
Majalah Anis

( Imbasan kembali bagaimana aku mengenali dirinya )

Beliau, Ummu Hani Abu Hassan a.k.a Kak Ummu. Penulis Novel Ladang Hati Mustika dan Majalah Anis.

Ya Allah, Betapa beruntungnya aku mengenali insan ini.

Tubuh kecil tak bermakna lut dengan cabaran.
Kecil-kecil Cili Padi orang kata.

Walau singkat tempoh bersama, aku tetap belajar sesuatu daripadanya.

Ilmu Sabar
Ilmu Tegar
Ilmu Berniaga
Ilmu Berkarya

Terima Kasih Kak Ummu.
Bertemu lagi hendaknya, Insya-Allah.

Monday, 27 August 2007

Akhirnya kalam terbicara juga...

Alhamdulillah, dapat juga diri ini menyinggah sebentar di cc setelah agak lama tidak menghadap internet.

Hari ini, aku punya Exam Tort. Memang mencabar soalannya. Rabu ini ada exam Islamic World View. Lepas cuti 4 subjek menyusul panggil. Tak kisahlah. Janji aku punya waktu lagi. Sekarang pulak musim konvokesyen. Alamatnya ramai orang membanjiri dewan CAC untuk mengambil scroll mereka.

Bilalah agaknya time aku.. Sabar Rehan. Baru satu sem kau kat sini. 4 tahun lagi bah..

Aku hari ini seperti biasa aku melintas jalan dari kolej aku ke kuliyyah. Tapi hari ini lain sikit. Almaklumlah sekarangkan musim konvokesyen ni. Nak jadikan cerita , ada sepasang couple ni, lagak seperti suami isteri. Yang kakak tu memakai jubah grad dan lelakinya memegang sejambak bunga. Sewaktu aku berjalan di tepi mereka, abang itu berkata, "Belajar rajin-rajin." Aku rasa memang abang itu tujukan kepada aku sebab aku saja yang berada dekat dengan mereka ketika itu. Ke aku yang perasan lebih? Tapi moral ceritanya, aku nak katakan, kata-kata abang itu seperti memberikan aku sesuatu kekuatan kepada diri aku. Sort of motivation.

Besok 15 Sya'ban. Sedar tak sedar 15 hari lagi kita akan melangkah ke bulan Ramadhan. Sungguh cepat rasanya masa berlalu. Sempatkah aku menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini? Insyaallah. Moga kita semua sudah bersedia dan mempersiapkan diri sebelum tibanya bulan Ramadhan yang akan datang.

4 Hari lagi kita juga akan sambut Merdeka. Cepat sungguh 50 tahun berlalu. Begitu banyak pembangunan yang telah dialami oleh negara kita Malaysia. Kita sepatutnya berbangga dengan Malaysia. Tapi seiring dengan kemajuan dunia, kemajuan akal juga jangan kita tinggalkan. Jika kita merdeka daripada penjajahan barat, kita perlu lihat, adakah kita bebas merdeka daripada penjajahan minda barat itu sendiri. Itu adalah penting.

Akhirnya, Selamat Membanyakkan Amalan dalam bulan Sya'ban dan mempersiapkan diri kita untuk bulan Ramadhan ini. Moga kita diberikan kesempatan oleh Allah s.w.t. untuk menjalankan ibadah puasa nanti. Insyaallah. Kepada rerakan yang akan exam, Teruskan Perjuangan!!Insyallah.

Saturday, 18 August 2007

Azam # 1 = Aku Mahu Jadi penulis Yang Berjaya!

Hari ini aku telah pergi ke Dewan Bahasa Dan Pustaka menghadiri Program Diskusi Karya Penulis Malaysia anjuran MPR.

Banyak benda baru yang aku belajar pada hari ini. Pokoknya, aku seperti disuntik ubat "semangat menulis". (Hahaha...Rehan Boleh!!)

Nak dijadikan cerita, lepas balik semua nak ditulis.

Soalan tutor Contract,

Nak completekan Resume,

Nak tulis sajak..

Semualah...

K dah penat..sambung besok lagi...

Gambar ini : Aku, Yana dan Kak Hani.. mereka berdua merupakan mantan MPR.. Hebatkan?..Mampukah aku mampu jadi seperti mereka?

Sunday, 12 August 2007

Pertemuan di KL Sentral


Ikutkan kata hati, mahu menghirup udara di luar UIA, aku ikut menemani Izzah ke perjumpaan bersama penulis-penulis Minggu Penulis remaja di KL Sentral.

Sesungguhnya perjumpaan selama 3 jam itu tidak sia-sia. Aku berpeluang berkenalan dan bersemuka dengan mereka yang terlibat di dalam dunia penulisan terutama dalam puisi dan cerpen serta novel.

Kak Ummu, Kak Hani, Nisa', Wanie, Abang Fadh, Fairus, ODE dan Azree.

Hebat sungguh mereka. Mampukah aku jadi seperti mereka?

Dapat aku membuat satu kesimpulan, dunia penulisan tidak mengenal samaada anda berada di golongan yang mana. Anda seorang wartawan. Anda seorang pelajar perubatan. Anda seorang pelajar undang-undang. Jika anda punya minat, teruskan saja.

Terima kasih kepada Izzah kerana sudi memberi peluang kepada diriku ini. Aku juga sempat mempromosikan buku Hidup 'Zero' Alasan secara tidak langsung.

P/S: Nampaknya Sabtu ini aku akan jadi peserta program yang akan dianjurkan oleh MPR di Dewan Bahasa dan Pustaka.


Friday, 10 August 2007

Ujian..

Alhamdulillah, pada hari rabu yang lepas, saya dan beberapa orang rakan, Shida, Siti , Azwa dan Salwa berkesempatan menziarahi mak Izzah di Hospital Klang akibat kena penyakit Denggi.
Berbekalkan kereta sewa yang ada, kami redahi lebuhraya Kesas yang saya rasa merupakan lebuhraya yang paling mahal di Malaysia. Kerana mahukan sampai dengan lebih cepat dan tidak mahu terperangkap dengan kesesakan lalulintas, kami ikut saja kehendak driver kami, Siti.
Sebetulnya, petang Rabu itu, kami semua mempunyai kelas tutorial. Puas kami berfikir bilakah boleh kami menziarahi emak Izzah kerana maknya masuk dari hari Isnin lagi. Alhamdulillah, mungkin kerana niat kami yang ikhlas, Allah permudahkan urusan kami. Semua kelas tutorial dibatalkan petang itu kerana ada program untuk semua pensyarah di kuliyyah kami.
P/S:
1) Bila kita melawat orang sakit, mintaklah mereka doakan kebaikan ke atas diri kita. Sesungguhnya doa orang yang sakit itu dimakbulkan Tuhan. Insya-allah.
2) Bila niat kita ikhlas, Insya-allah Allah akan permudahkan segala urusan kita.

Wednesday, 1 August 2007

Course Chaos!


Alhamdulillah, finally i reached the internet today.

Yesterday, a dispute happened within my collegues. All of them are arguing about whether they should proceed with LLB_S or not. The issue arised when, 1 of the lecturer said that to become a syar'i lawyer, you do not have to take LLB_S Hons. instead of taking LLB Hons. and Diploma in Syariah a year after that. But still, the duration is same.(4+1)

Here, I would like to remind myself and my friends, before you choose your path, make sure what is your mission in your life. Is it worth for you when you take LLB_S? You need to ask yourself.

One of the way that I can suggest to you is that,you can make a SWOT Analysis. S = Strengh, W= Weakness, O= Opportuniy and T = Treats

After you fill in all the necessary points, analysis from that. You need to question yourself.

"How you want to strengthen your weakness by using your opportunities ?"

and

"How to avoid the treats by using your strengh?"

Here, you will be more clear what you want to be and what you want to do in your life.Insya-Allah.

Saturday, 21 July 2007

Poligami... Suka atau tidak?


Sejak kebelakangan ini, saya asyik saja bertemu dengan entri mengenai poligami. Kebaikan berpoligami , Mari Berpoligami dan juga perkara-perkara yang sewaktu dengannya.Poligami? Bermimpi untuk berkahwin lebih dari satu?

Hakikatnya, lelaki begitu suka memperkatakan isu ini.

Saya bujang lagi. Bujang 3. Saya bujang time program.

Bukanlah saya terdiri daripada golongan yang mengharamkan atau menidakkan apa yang hak di dalam Qur’an. Cuma saya nak sahabat-sahabat berfikir benarkah diri kita ingin berpoligami? Sudah yakinkah kemampuan anda untuk membahagikan keadilan anda e.g kasih sayang anda kepada isteri-isteri anda sedangkan anda masih belum lagi merasai mencurahkan kasih sayang kepada seorang isteri (tidak berkahwin lagi maksud saya)?

Bagi kaum wanita pula, sudah pasti mereka mahu hak mereka dijaga dan dipelihara selepas berumah tangga. Maka tak hairanlah kalau mereka merasa takut dipinggirkan, suami tak sayang lagi.. ketika berbicara mengenai poligami. Mungkin inilah juga menyebabkan wujudnya sesetengah golongan yang berfahaman "1 Suami 1 Isteri".

Ini bukanlah persoalannya. Perlu diingatkan, wanita semua haruslah bersedia untuk berada dalam keadaan ini. Kita tidakkan tahu apakah bakal suami kita 10 tahun akan datang ingin berpasang lagi satu, 2 ataupun 3. Semuanya ketentuan Tuhan..Jadi janganlah kita sebagai wanita tidak langsung mempercayakan lelaki ataupun perkahwinan terus.

Oleh sebab itu, dalam kehidupan berkeluarga ini, perlulah ada Give and Take daripada kedua-dua pihak. Barulah consideration dapat memenuhi kedua-dua pihak. Suami dapat berkahwin lagi misalnya..dan isteri pertama mendapat hak-hak tertentu contohnya.Satu lagi persolan yang ingin ditimbulkan.

Apakah perlu perasaan anak-anak dipertimbangkan dalam soal berpoligami ini?Perlukah si Ayah menyatakan:

Ayah nak kahwin lagi..Boleh?

p/s: Sambungan- Bagaimana poligami di sudut anak-anak?

Thursday, 12 July 2007

IIUM- Matric Oriented atau Islamic Oriented?

Selama seminggu di IIUM buat membuka mindaku, Islam itu luas. Jika di matric kita hanya bersama orang-orang yang sebangsa dengan kita. Di UIA lain pula kisahnya. Pelbagai bangsa duduk sama di bawah satu payung IIUM. Sehinggakan saya kekadang merasa terasa macam berada negara asing bila saya melalui satu kafe sebelum ke AIKOL.

Tapi itu bukan persoalanku. Semasa sesi taaruf week, buat saya terfikir. Dan ada saya bincangkan bersama rakan-rakan yang lain.Mengapa komiti-komitinya tidak begitu bersikap tegas dalam isu-isu yang berkaitan dengan aurat terutamanya. Tudung jarang..stokin ...pergaulan lelaki dan perempuan ketika senam robik..dan yang mana-mana yang berkaitan seperti di CFS tatkala kita berorentasi dahulu. Adakah merasa semua berfikiran, di matrik laen dengan UIA. You can do want ever you want. Sedangkan hampir separuh daripada 2000 student yang baru berdaftar adalah lepasan CFS. Takkan mahu membiarkan didikan yang diajar di matrik, ditinggalkan begitu saja. Bai'ah solehah maksud saya..

Saya boleh terima jika mereka semua yang berkeadaan demikian adalah mereka yang direct intake ataupun national student. Tapi bagi x CFS?

Pada minggu kejadian, ramai juga yang bertanyakan saya tentang keadaan ini. dan saya ada usulkan kepada kakak komiti yang juga merupakan senior saya time MSCC dulu.

Akhirnya membuatkan saya terfikir, adakah kita ni masih mahukan hidup seperti di matrik?. Atau pun sepatutnya budaya Islam..Bai'ah Solehah yang dididik dan diamalkan di matrik perlu dibawa ke UIA. Kan UIA = Taman Ilmu dan Budi. Kita yang telah berada di CFS = Gerbang Taman Ilmu dan Budi. Kan sayang jika ilmu tanpa amal dalam hidup kita seperti pokok yang tak boleh berbuah.

Jadi apakah peranan kita lepasan CFs? Tak ke sayang budaya yang sihat yang diamalkan di CFS tak dipraktikkan di UIA ni? Ini saya merujuk di Gombak. Tak tahulah pula kes di Kuantan. Tapi saya rasa..sama sahaja..

Sunday, 8 July 2007

TAARUF WEEK

Assalamualaikum..

Alhamdulilah, I'm now officially IIUM Student. The taaruf week for a week was very tiring but still I got many infos about the university clearly and make new friends.

Anyway, sorry to all for not updating my blog. It seems that my blog will be updating in slower mood after this after I start my class this Monday. Sorry to Wanie for lambat reply the answer. I'll try to updating my blog from time to time. Insyaallah.
To all my friend in Kuantan, bukan diri ini tak nak buat entri for Gombaks, but then masa betul-betul tak mengizinkan. Sebagai ganti, I put some of the pictures taken in Taaruf week and special creadit to my AIKOLians.....



LLB Honours & LLB_S Honours Students

To my friends in Gombak, remember, study hard and study smart. Use the talent that we have to be a better leader. Develope ourselves to be the better man in the universe. Try to be the better person and the best Ummah. Insyaallah.

Here I quoted some of the best sayings during the Taaruf Programme.

"Do not talk about your right, if you did not do your obligation toward kuliyyah" - Dr Iqbal, Deputy Dean AIKOL

"Be like the Chinese Taipei, who have the spirit of their own land in China. Do not be like Chinese China, who have the sprit of communist" - Tan Sri Sanusi Junid, President IIUM

"From the privillages come rights. And from rights come your obligation" - Prof Syed Idid Arabi, Rector of IIUM

Saturday, 30 June 2007

Islam anda yang mana? I besar atau i kecil?

Anda seorang muslim.

Agama yang dianuti anda ialah Islam.

Apakah beza Islam atau islam?

Mana satukah Islam anda?

Dengan Huruf I besar atau huruf i kecil?

Renung-renungkan dan fikir-fikirkan.

p/S: Boleh letak ur opinion in the comment. I'll share the answer in other post.:)

Friday, 29 June 2007

Peguam?Apa buruknya?

Hari ini aku membaca entri Izzah
www.lailatulmawardah.blogspot.com , Peguam?Apa buruknya?.

Aku tertarik dgn apa yg dinyatakan oleh Izzah dlm blognya itu. Memang aku juga selalu ditanya begitu. Sememangnya tidak dinafikan, memang begitu juga situasi yg pernah aku alami. Pernah sekali tatkala aku bersama seorg ibu temanku yg mengambil jurusan sains. Ibu itu bertanyakan aku apakah pasti aku mahu mengambil undang2. Dengan yakin aku katakan, Ya.

Teringat pula, antara beberapa point yg selalu di kata2kan oleh sesiapa yg agak prejudis dgn dunia undang2 ini.

1) Kenapa Malaysia tidak gunakan hudud sedangkan Malaysia merupakan sebuah negara islam mengikut perlembagaannya.

2) Apakah tidak bermoral bagi seorang peguam yg mewakili orang yang mmg bersalah tatkala perbicaraan

3) Jika benar undang2 islam dilaksanakna, masih lagi tidak berpandukan hukum Allah, cthnya zina/ berkhalwat, kene bayar denda.

Itu adalah antara persoalan yang selalu ditimbulkan. dan sememangnya, perkara ini juga yang diterangkan oleh lecturer2 kami di dalam kelas semasa aku di matrik dahulu.

Aku teringat Mdm Mizan, mengajar aku Introduction to Law, mengapa undang2 hudud x dilaksanakan di Malaysia. Utk melaksanakan hukum hudud, salah satu syaratnya ialah hukum itu perlulah difahami oleh society yg berada di bawah lingkungan hukum hudud itu. Maksudnya, kalau kaw A nak laksanakan hukum hudud, penduduk2 kawasan A perlulah faham akan hukum hudud itu. Jika tidak, hukum itu x boleh dilaksanakan. Di sini, peranan pendidikan dan kesedaran perlulah diberikan.

Dan mengapa undang2 di Malysia kadang2 tidak berunsur islamik(sesetengahnya, x semua). Perlu diingatkan, setiap undang2 yg dilaksanakan di Malaysia perlulah melepasi tahap2 di Dewan rakyat dan Dewan Negara sebelum dilaksanakn. Bill itu perlulah mendapat 2/3 undian majoriti dewan. Dan perlu diingatkan tidak semua ahli dewan merupakan org islam. Dan jika ada, x sume memahami erti islam sebenarnya. makanya dapat disimpulkan oleh lecturer kami, "To change the law, we must be in it" So, maybe dengan menjadi ahli dewan salah satu cara mewujudkan hukum hudud di negara ini.

Dari segi membela org yg salah. Masyarakat akan berfikir apalah gunanya peguam ni yg membela org yg bersalah,tidakkah itu dituduh bersubahat. Perlu diingatkan dlm law, "no one is guilty untill he is proven guilty" dan kedua-dua pihak berhak bersuara. Dan lagi satu, tugas peguam bela akan melakukan check n balance. Dialah yg akan memastikan secara tidak langsung dakwaan itu benar atau pun boleh menimbulkan keraguan terhadap tuduhan yg dikenakan.

Honestly, aku juga agak takut pada mulanya utk memasuki dunia law ini. Tetapi, Allah tidak akan letakkan kita di sesuatu tempat jika Dia x tahu apa kemampuan kita. Perlu diingatkan bidang ini bukanlah hanya medan utk berkata2 semata, tetapi kebijaksaan akal dlm menafsirkan apakah itu law sebenarnya.

One more thing yg menarik psal law, laws can be changed. Again..LAWS CAN BE CHANGED. Jadi x mustahil jika 10 tahun atau 20 tahun akan dtg...undang2 islam di malaysia berubah menjadi lebih baik daripada hari ini. Seandainya wujud golongan2 yg berani membuat perubahan walaupun sedikit mulai detik ini.. Sedikit2 lame2 jadi bukit...

P/S: Semoga semua kawan2 ku yg sejurusan denganku mampu menjadi antara golongan yang mampu melakukan sesuatu kepada undang2 di Malaysia khasnya dan dunia amnya..Amin..

Selamat bermula Semester 1 07/08, Aikol.

How Much Longer Can We Wait?



Semoga video ini menjadi ikhtibar kepada kita semua....

Thursday, 21 June 2007

Warkah Buat Teman-Teman Ke Kuantan..

Bilikku,

Serdang 43300 Selangor D.E


Assalamualaikum...

Semoga kalian dalam keadaan baik dan sehat walafiat.

Kepada semua teman-temanku yang akan ke Kuantan,
Aku doakan All d Best. Jangan sia-siakan apa yang telah korang pelajari dr CFS IIUM terutama ur leadership skills n management skill. Gunakan kemahiran korg ngan sebaiknya bila kat Kuantan..tempat hujung dunia tu...Im sure org STAD would be proud of you guys...

Sahabat~,
Bila lah lagi dapat ketemu kalian...semoga suksess bakal-bakal doktor, pharmacist n sewaktu dgnnya...Dan yang penting jangan lupa utk share ilmu yang ada...

Aku memohon kemaafan jika aku ada terkasar bahasa dgn kalian. Korg memanglah kawan terbaik yang pernah aku ada. Teman di kala senang, Teman di kala kerja..Teman di kala susah...

Buat teman-teman yang akan ke Gombak...Get ready..kite jumpa minggu depan...

Buat semua,
Selamat Berjuang sehingga ke akhirnya. Berusahalah untuk menjadi insan yang cemerlang akademik dan sahsiahnya..

k..till now..wassalam

Sekian,

Yang ikhlas,
Rehan


P/S: Antara teman-teman yang akan ke Kuantan...Sorilaa kepada sesiapa yg x dpt letak...xde gambar..tp jgn risau masih di ingatan...

Wednesday, 20 June 2007

Analisis Kes Bunuh pelajar Mesir Melalui Islamic Law

Hari ini aku telah ditanya oleh sahabatku, As, apakah bentuk hukuman yang akan dikenakan kepada suspek, kalau betul dia terbukti bersalah..walaupun dia mental problem.



Jika mengikut Undang-undang Islam, Suspek boleh dituduh bawah qisas- injury to other person which caused death.



Dlm hal ini, kita kena tgk dulu apakah jenis pembunuhan yang telah dilakukan. Terdapat 4 jenis pembunuhan.



1) Murder with intention
2) Manslaughter
3) By Mistake Murder
4) Misfortune



Murder with intention semua sudah maklum. Manslaughter bukanlah cara pembunuhan itu seperti penyembelihan tetapi ini merupakan pembunuhan tanpa niat. Dengan erti kata laen, pesalah membunuh mangsa tetapi tiada niat khusus.





By mistake murder pula pembunuhan x sengaja seperti pesalah ingat dia sedang memanah kuda rupa-rupanya itu adalah orang. Misfortune pula - lebih kurang by mistake.



Dalam kes Pelajar Mesir ini, kita boleh membuat istishab = presumption. Kes ini antara murder with intention or just a manslaughter. Berdasarkan fakta-fakta dari akhbar dan sumber dari kawan di Mesir.



Perlu diingatkan sekali lagi, hukuman bg seseorang yang disabitkan dengan antara 2 kesalahan itu adalah berbeza.



Kes ini jadi menarik pabila si suspek mengatakan dirinya gila. Jadi, kes ini berkemungkinan besar dibaca bawah tuduhan manslaughter. Pihak pendakwa akan cuba menghighlightkan yang si suspek tidak gila. Dan tindakannya sememangnya di luar kenormalan manusia biasa. Pihak pembelaan pula akan cuba mempertahankan dirinya tidak bersalah. Saya juga diberitahu ada saksi yang melihat kejadian. Jadi agak sukar si suspek dilepaskan. Melaenkan dia berjaya membuktikan dirinya unsondmind ketika itu.



Jika difikir logic akal, berdasarkan gambar ini, jika orang yang melakukannya tidak mengalami sakit mental, saya pasti, dia akan dikenakan hukuman mandotari. Darah terlalu banyak di seluruh rumah. Pihak pendakwaan akan menggunakan itu sebagai satu lagi senjata untuk menghentam OKT.


Satu lagi fakta yang ingin saya kongsikan, Dalam Qisas terdapat 4 jenis hukuman. Hukumannya berbeza dgn hukum hudud since hukum hudud semuanya telah dinyatakan di dalam Qur’an n Sunnah.



1) Al-‘Arsy = Compensation
2) Diyaat = Blood money
3) Pardon
4) Execution = an eye for an eye



Execution menggunakan prinsip 'an eye for an eye'. Maksudnya di sini, jika saya memotong tangan si A, undang-undang akan membenarkan si A boleh memotong tangan saya semula. Dalam kes ini, mangsa ditikam sebegitu rupa , takkanlah dia akan ditikam semula oleh ahli keluarga mangsa? Boleh jadi mangsa juga akan dihukum mandatory.



Pardon tu sume fahamlaa kot. Dalam kes ini, mak arwah tidak meredhokan sesiapa yang melakukan perbuatan keji itu terhadap anaknya. Jika keluarga mangsa sudah memaafkan, undang-undang mungkin mengenakan hukuman lebih ringan atau melepaskan pesalah.



Diyat dan Al-‘Arsy lebih kurang sma kerana keduanya melibatkan duit. Tetapi Diyaat lebih speacifik dan duit itu adalah seperti harga nyawa mangsa.



Jadi jika pesalah disabitkan dgn kesalahan qisas, makanya dia akan dihukum salah satu cara diatas tidak boleh kesemuanya.



Reference: Class Notes Introduction to Islamic Law, Sem 1 2006/2007, Centre for Foundation Studies IIUM.

LAw Revision...

Here are some terms to be remembered in Laws's Subject...

1) Nemo judex in res sua - no man should be a jugde in his own cause

2) Audi alteram partem - both side have right to be heard

3) actus non facit reum nisi mens sit rea
- an act does not make a person guilty unless his mind is also legally blameworthy

4) actus reus - guilty act

5) mens rea - guilty mind

6) obiter dicta

7) consensus ad idem

Walimah Cikgu Raop!!

Di sini, saya letakkan gambar walimah Cikgu Raop. Cikgu Sejarah Kesayangan (Form 5).. Walaupun x dapat datang..Selamat Pengantin Baru Cikgu!!




(Cikgu masih dengan cermin mata hitamnya..hahahha..sejak dulu lagi...)


Sumber: Daripada Junior Sambest kepada Fahimah di Aussie, lalu Fahimah memberikan kepada diriku....

Tuesday, 19 June 2007

Kes Bunuh Di Mesir

Adakah berbaloi belajar di luar negara tetapi akhirnya membunuh rakan sendiri?


Pada Khamis 14 Jun 2007, seluruh Malaysia telah dikejutkan dengan kes pembunuhan kejam pelajar Malaysia di Mesir. Mangsa dikatakan berada di tempat yang salah pada waktu yang salah. Dengan erti kata laen, sebenarnye, mangsa bukanlah org yang ingin dibunuh oleh suspek. (berdasarkan berita n maklumat dr rakan di Mesir)


Sebenarnya, arwah merupakan kawan kepada sahabat baikku, As. Tatkala mendengar berita itu, aku dapat rasakan bagaimana perasaaan As walaupun kami hanya berhubung secara maya. As x sanggup bercerita. Dia hanya memberikan link2 yang aku boleh jadikan sebagai rujukan dan menambah malumat aku. Hampir setiap hari aku menonton berita n membaca akhbar semata-mata ingin mengetahui perkembangan kes tersebut.


Dan harini, aku berpeluang bertanyakan kawanku, Hafiz yang berada di Mesir walaupun tidak seuniversiti, sekurang-kurangnya dia berada dalam negara yang sama pembunuhan berlaku.


Dia memberikan aku link ini. http://akhisalman.blogspot.com/

Aku x sanggup. Aku x sanggup melihat gambar seterusnya. Berlimpahan darah di atas lantai. MAnusia jenis apakah ini. Walaupun aku tahu, kita x boleh menyatakan OKT (Orang Kena Tuduh) adalah bersalah berlandaskan prisip.."everyone is not guilty untill it is proven"...sesiapa yang melihat tempat kejadian mesti akan berfikir, tindakan ini memang sangat tidak siuman. Orang yang melakukannya mesti dihukum.


Adakah suspek boleh lepas hanya dengan menyatakan dia x siuman? Antara yang dapat aku petik dari Dalam Penal Code Malaysia, S84,


"Nothing is an offence which is done by a person who, at that time of doing it, by reason of unsoundness of mind....."


Teringat aku kepada, Miss Nadz, Pensyarah General of Priciple Laws 2 di Pusat MAtrikulasi UIA, beliau ada menyatakan, jika seseorang itu x siuman, dia akan dilepaskan oleh undang-undang. Orang itu tidak akan diapa-apakan oleh undang-undang.


Adakah itu adil kepada keluarga si mati sekiranya suspek benar telah membunuhnya dan pada ketika kejadian suspek, unsoundmind?


Sesungguhnya Allah lebih Maha Mengetahui. Jika undang-undang dunia tidak dapat membuat apa-apa, pasti di Sana akan mendapat balasannya.





Tuesday, 12 June 2007

Teknologi atau Malas?

Semalam aku sempat pergi ke MARDI..
Ayah aku ingin mencari benih jagung untuk di tanam belakang rumah... Aku menyusuri UPM dan seolah x percaya.. aku seperti di alam yang berbeza...nyaman...indah..hijau..tenang..(First time aku masuk kawasan ni walaupun sudah hampir satu dekad aku tinggal di Serdang)

Aku masuk ke kawasan penjualan semaian benih. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan. Sebut saja...ciku, manggis, durian... semuanya ada...Semuanya tersusun rapi. Berbaris di dalam satu tempat yang dilingkari dan ditutupi pagar.

Di kala itu juga, aku ternampak pokok2 disirami penyiram automatik yang telah disetkan waktunya...

Ini buat aku terfikir...

Manusia sudah malas atau kita hanya mahu menggunakan teknologi yang ada??
(Ketika itu ada sekumpulan pekerja yang duduk lepak tanpa menghiraukan kedatangan kami...)

Monday, 11 June 2007

Convert Your 'P' License

Let me share something...

To all my friends, please checked when is your P license will be expired. Here is some info about converting ur's P

1) If u want to convert ur P license before the date of expired, your new compitent license will be only valid for only 1 year. Not more than that.

2) If u convert ur's after the date of expired, u can have ur new license for 1, 2 or 3 years. Up to you.

3) To convert ur P license (for the first time), only can be made at any driving license school or JPJ.

4) Then if ur compitent license expired already. U can renew it at nearest post office and any driving lisence.

5) Just for the info, if you want to renew ur compitent license at Pos Office, make sure not more than 3 years because there will be a risk for the JPJ for not keep ur information in their system. And this might cause trouble in future when u want to renew it again.


P/S : Dont play with laws on the rules.....

Thursday, 7 June 2007

Car Accident

Once you have been into the car accident, dont panic. Even that is your fault. Dont panic. Because who knows the person u hit into is also commit fault.

First, if you are in this situation...

1) Please take the number plate, the series of the car, venue of accident, time, and witness (including the ic number) otherwise the witness is not liable by law and if you have the photo of accident it could be better.



2) Do not panic. Try to contact your nearest family member.

3) Lodge to the nearest police station or Balai polis cawangan trafik according to the place where the accident occured.
4) If the accident only involve damages (not life) do make it in 24 hours. or less u need to pay rm5 per day for the late report.

5) If the victim wants you to settle it outside the station, please take a look to your capasity whether u can pay it or not.

6) or not, let the law settle it. If u totally commit the traffic offence, you just need to pay rm300 (saman) and the victim can claim from the inssurans from the report.

7)or less..if the person do not have the insurans, nasib dialaa...
P/S: Everyone can make the report even he is the one who commit it, or being the victim from the accident. No need to pay anything.

The mentality of the people today is

1) if the person who logde the report, he needs to pay rm300 and only the one who being hit can make the report.
Correction : Everybody can lodge a police report whether he is the victim or the one who caused the accident. Normally if the person needs to pay rm300, he is actually paying for the saman. (maybe during the accident he also contribute to the accident e.g parking in the wrong site)
2) "Let us settle outside the station, no need to go to police station"
Correction : Sometimes, it is better to settle it by law because you will no need to pay as much money or composite as the outside to the victim. You will save a lot by lodge a police report.