Wednesday, 3 October 2007

Pilihan Raya Kampus 07/08

Saja diri nak cari topik menarik untuk diperbincangkan pada kali ini. Mungkin kerana semalam sudah lepas waktu mengundi, mungkin releven saya utarakan beberapa isu yang saya pasti menarik untuk dikongsi.

Mempromote diri
Apakah wajar seseorang itu meminta-minta dirinya dipilih sebagai SRC? Bila ditanya atas tiket apa anda bertanding? Apakah perlu untuk menjawab 'saja-saja' atau 'kerana parti W' atau 'kerana kebajikan pelajar'? Jawapan yang bernas akan menarik pelajar untuk mengundi calon tersebut.

Kempen
Ada ketika semasa saya berjalan bersama rakan, ada sekumpulan pelajar yang datang dan mengajak kami untuk mengundi calon berkenaan. Ada yang memberikan flyers sebagai rujukan bagi memudahkan pelajar mengetahui siapakah calon. Ada juga yang memberikan cenderamata, kononnya sebagai tanda berterima kasih kerana sudi mendengar pujukan mereka.

Flyers + Media Cetak
Adakah perlu diterbitkan artikel-artikel yang kurang menyenangkan? Satu pihak membalah-balahkan satu pihak yang lain? Bukankah sekarang bulan Puasa? Ada juga artikel yang saya kira agak panas di Bumi AIKOL, sehingga orang yang difitnah mengeluarkan rebutable notice kepada pihak yang terlibat. Ada flyers ataupun handbills yang ditampal di meja-meja. Aish, macam takda tempat lain mahu tampal. Mengacau pandangan. Sampai rostrum pun nak letak juga.

Sewaktu Mengundi
Masih ada calon yang berdiri di depan pintu masuk. Kononnya untuk memancing undi. Pada perkiraan saya, kalau undi di luar sana pun, calon tak boleh berada di depan pintu masuk tempat mengundi kerana dikhuatiri mempengaruhi para pengundi. Saya kurang pasti undang-undang pilihan raya kampus ini. Ataupun mereka yang melanggar etika?

Menunaikan tanggungjawab
Alhamdullillah, saya juga antara orang yang bersemangat untuk mengundi. Al-maklumlah tak pernah merasa melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi. Tahun depan andai kata ada pilihan raya Malaysia, saya sudah boleh mengundi. Semasa saya sedang menanda pangkah pada calon pilihan, rector datang ke tempat mengundi kami bagi melihat kelancaran proses mengundi. Uish, memang terasa macam pilihanraya benar. (ada yang palsu ke..) Pelajar-pelajar beratur panjang untk menunaikan tanggungjawab mereka. Siap ada security guard lagi mengawal keadaan. Satu perkara yang agak menarik, ada juga yang sambil beratur berbincang soalan tutor Tort.

SMS
Ash, berapa banyak sms yang saya dapat meminta mengundi calon=calon tertentu. mm..dahsyat. Apakah mereka tidak tahu, lagi disuruh lagi tak mahu kita? Bukan saya saja yang dapat. Masalahnya hampir satu UIA. Sehingga kawan saya bertanyakan Presiden LAWSOC, siapakah dalang yang menghantar mesej-mesej ni. Kalau sekali dua takpa lah juga. Tapi kekerapannya lebih tak cukup jari tangan untuk mengira.

Pokok pangkalnya, Pilihan Raya Kampus menyaksikan pelbagai ragam manusia. Ada yang cepat melatah. Ada yang suka menabur fitnah. Diharapkan semua yang menerima mandat daripada kuliyyah masing-masing menunaikan tanggungjawab mereka tak kiralah daripada parti mana pun. Pastikan Bi'ah Solehah masih terus terpelihara di Taman Ilmu dan Budi ini.

Satu ucapan khas untuk mereka.
" Kalian sudah punya tanggungjawab yang besar. Cuma aku sebagai rakyat, akan sentiasa di sisi kalian selagi mana kalian menjalankan amanat yang telah Allah berikan."

No comments: