Friday 21 September 2007

Res Ipsa Loquitur

Bila saya mendengar Berita Utama pukul 8 malam tadi, menyebabkan hati saya sebak dan sedih. Kisah Adik Nurin Jazlin yang saya ikuti semenjak beberapa hari yang lepas akhirnya terjawab. Memang sah mayat dalam beg biru itu, dia.

Pagi tadi semasa saya dan rakan-rakan ada menganalisis gambar yang disediakan dalam akhbar, kami sangat yakin bahawa mayat dan Nurin adalah orang yang berbeza. Tapi Allah lebih mengetahui. Ternyata analisis kami tidak tepat. - Al-Fatihah -

Perkara pertama yang saya fikirkan, selepas ini, pasti pihak polis akan cuba sedaya upaya mencari siapakah si dajal yang bersifat binatang itu. Sehingga kini, bukti-bukti masih lagi samar. Yang hanya adalah gambar seorang wanita yang dilihat kali terakhir bersama beg biru itu yang kurang jelas. Bagaimana agaknya pihak polis ingin mencarinya? Polis punya kuasa dan kebolehan. Saya doakan dipermudahkan segala urusan.

Kami juga berbincang seketika pagi tadi di perpustakaan, mungkin selepas ini, akan ada penguatkuasaan undang-undang yang lebih kuat di dalam soal kebebasan anak-anak lebih-lebih lagi yang tergolong dalam kategori bawah umur untuk keluar rumah tanpa jagaan ibubapa.

Tadi, saya tertarik dengan kata-kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan,

" Kita sudah punya Akta Kanak-Kanak yang berkaitan dengan tanggungjawab ibubapa dalam menjaga anak mereka, tetapi tidak dilaksanakan sepenuhnya. Rasanya selepas ini, mungkin kita patut menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada"

Undang-undang yang dimaksudkan ialah Seksyen 33 Akta 611 (Akta Kanak-Kanak 2001) dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM5,000.00 atau di penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Undang-undang ini memperuntukkan bahawa ibu bapa atau penjaga kanak-kanak yang meninggalkan kanak-kanak itu tanpa mengadakan persediaan bagi pengawasan atau pemeliharaan yang berpatutan untuk satu tempoh yang lama, atau meninggalkan kanak-kanak berkenaan di dalam keadaan yang tidak berpatutan.

Sekiranya benar, kes ini akan menjadi landmark case di dalam memberi pengajaran kepada semua ibubapa dalam soal menjaga anak mereka. Tidak akan ada lagi Kes Yin dan Kes Nurul Huda dan Kes Nurin. Tetapi, adakah berbaloi apa yang akan dialami oleh keluarga Nurin? Selepas anak mereka meninggal, adakah wajar mereka dipenjara dan binding di bawah Akta Kanak-Kanak yang selama ini tidak digunapakai? Dan dengan pelaksanaan undang-undang yang sedia ada, adakah terjamin tidak akan ada lagi kes seksual kanak-kanak?

Bila menyebut kes seksual, saya juga ada terfikir, apakah ada undang-undang untuk si Dia yang melakukan gangguan seksual kepada golongan wanita? Selalunya, untuk kita menyaman seseorang itu, kita kena punya maklumat lebih-lebih lagi identiti penganggu. Selalunya, mangsa gangguan seksual ini, tidak mampu berkata apa-apa. Mungkin kerana takut dan terkejut, mangsa tidak dapat buat apa-apa.

Ada satu kes di mana seorang teman saya diganggu.Teman saya menampar si Dia , lalu pulang. Lelaki berkenaan terlepas begitu saja. Jadi apakah wujud undang-undang untuk membela nasib golongan wanita yang diganggu? Apakah ruang untuk teman saya untuk menyalurkan ketidakpuasan hatinya?

Res Ipsa Loquitur mungkin jawapannya. Term ini saya belajar dalam minggu ini. Cuma saya kurang pasti jika ia boleh digunakan dalam kes-kes yang kita bincangkan di sini. Cuma yang pasti mungkin prinsipnya boleh diambil kira. Res Ipsa Loquitur bermaksud, "when the thing speaks itself". Dengan erti kata lain, kita kadang-kadang tidak perlukan apa-apa bukti untuk menyatakan seseorang itu memang salah kerana sememangnya orang itu bersalah tanpa perlu pengakuan dari dirinya sendiri.

Maka benarlah "qulil haqq walau kana murran" yang bermaksud "katakanlah yang benar walaupun ia pahit". Jadi, sekiranya seseorang itu ingin menutup keaibannya, janganlah bermimpi nescaya Allah akan membalasnya. Keaiban yang dirahsiakan pasti akan terbongkar dengan kuasa Tuhan, Allah 'azza wa jalla.

Jadi sampai bila perkara ini akan terus terjadi? Kes rogol dan kes bunuh yang kejam seumpama binatang yang tiada budi. Apakah manusia tiada lagi akal, tidak mampu membuat pertimbangan antara yang hak dan yang batil? Apakah ini tanda akhir zaman?


P/S: Untuk mengetahui lebih lanjut Akta Kanak--Kanak Malaysia, http://www.commonlii.org/my/journals/JMCL/2005/6.html#fnB63

5 comments:

AHMAD AMIRUL said...

Assalamualaikum Adik Raihan,
Menjawab soalan bagaimana blog boleh buat duit adalah dengan banyak cara seperti Adsense,Adbrite,affiliate,reseller,Advertlet dan referrer.Cuma Adsense yang memerlukan blog berbahasa Inggeris,yang lain tu tidak.iklan yang terpasang akan di beri nilai klik atau Impression.Kalau Impression tu ,tak payah klik pun duit akan bertambah slowly.Jika ada klik dari pelawat,maka lebih banyak duit.Umur adik masih muda ,masih banyak masa untuk memulakan usaha ini,mana tahu boleh di pakai bila memerlukannya nanti.Sebab tu lah adik akan namnpak macam-nacam iklan di pasang di blog lain.Sambil blogging sambil buat duit.

AHMAD AMIRUL said...

tidak terkata soal Adik Nurin ni...mana-mana ibu bapa pun merasa bimbang sekarang.Saya punya seorang anak perempuan ,terasa pedih di hati mengenang keselamatannya di masa depan.Take care.Berhati-hati.

Shazwani Adnan said...

assalamualaikum wbt

cakap pasal adik nurin (arwah), sayu hati aku ngan kawan2 kat sini. Rase takut pon ade gak sebab kita perempuan. kalau orang sanggup lakukan sedemikian rupa kepada kanak-kanak, xmustahil kaum wanita juga ada kemungkinan (aku xdoakan.. mintak dijauhkan..). Hak asasi wanita dan kanak-kanak perlu dijaga. sapa lagi yang perlu pertahankan hak mereka? kita laa...

Raihan Mustafa KamaL said...

Wani,

Memang mudah kita nak katakan.

Cuma sedikit sukar untuk merealisasikan.

Kena mengambil masa dan mengikut keadaan.

Tapi yang pasti, semangat kena ada.

Dalam nak menegakkan apa2 yg tidak tetegak lagi sekarang. =)

Husaini said...

satu komentar yang cukup menarik dari seorang pelajar undang-undang. kata-kata Ketua Polis negara itu menggambarkan kepada kita semua, meskipun Malaysia punyai undang-undang, namun belum semua dikuatkuasakan.