Friday, 9 April 2010

Segalanya....

Bismillah,

Setelah sekian lama mendiam diri dalam blog ini, ku cuit juga akhirnya.

Alhamdulillah,

Tak terkata nikmat kurniaan yang diberi. Nikmat kelapangan. Nikmat belajar. Nikmat rezeki. Nikmat bersahabat. Nikmat berprogram. Nikmat networking. Nikmat kesihatan.

Terima kasih,

Kepada rakan-rakan yang memberi sokongan ketika musim peperiksaan. Belajar bersama-sama, walaupun aku hanya mampu untuk join untuk Public International Law 2 sahaja, tapi kita masih berhubung bertukar-tukar soalan dan pandangan.

Sememangnya..

Diri ini ingin kembali aktif di medan maya. Menulis sedaya mampu.

Diri perlu bersedia untuk menempuhi Law Attachment Programme iaitu praktikal selama 3 bulan dan bermula Isnin ini di Tetuan Zainul Rijal, Talha & Amir.

Sememangnya semua ingin kulakukan. Tapi, perlahan-lahan, terancang dan berterusan. Istiqamah dalam apa juga keadaan.

Moga diri diberi kekuatan untuk terus berjuang di jalan Allah ini. Berbakti kepada bangsaku sendiri. Dan lebih banyak pengalaman masa praktikal untuk dikongsi nanti.

Selamat bercuti kawan-kawan. Selamat menempuhi alam praktikal yang berbulan2.

Sekian.

P/S: Macamana la boleh meng'update' blog pada waktu ini? Ni gara-gara stay-up tiap hari sampai hari ni macam malam pertama kat rumah..susah nak tidur..hehe