Friday, 25 January 2008
SELAMAT PENGANTIN BARU!!!
Saturday, 19 January 2008
Satu Pengalaman
Rakaman di Dewan KISAS, Klang
Rakaman di Masjid Shah Alam
* Kredit kepada Suhairil, Taufik, Aiman & Shah sebab tolong Mak aku dalam menyiapkan Projek ini. Tanpa kalian, tak 'success' projek ini. Banyak juga aku belajar dari kalian = Terutamanya ilmu-ilmu rakaman ni seperti metronome dan doubing suara di samping membaiki kemahiran aku menjadi orang tengah.
* Thank You Mak for the opportunity.
Saturday, 5 January 2008
B.U.S.I.N.E.S.S.

Cerita teman saya, Izzah mengenai kedatangan sepupunya dengan rakannya bercerita tentang bisnes mengetuk pintu hati saya untuk membuat entri kali ini. Bukanlah saya seorang yang 'Business minded'. Tapi semenjak 2 menjak ni sudah wujud kesedaran dalam diri untuk menjana ekonomi mungkin desakan MISI 6K yang perlu saya capai dalam 3 bulan ini, Insyaallah.
Pernah saya berborak dengan seorang rakan(lelaki), katanya, "Senang jadi perempuan. Tinggal duduk dan tunggu duit dari lelaki" Rasanya penyataan ini ada benar. Tapi itu kalau perempuan itu sudah berumahtangga. Tetapi bagi yang masih bujang bagaimana? Jadi saya rasakan, kesedaran mencari duit perlulah ada di dalam minda wanita, lebih-lebih lagi di IPT. Dididik dari sekarang. Bukanlah duit itu sebagai platform untuk memuaskan nafsu (i.e shopping semata) tapi mungkin untuk masa hadapan. Kita tak tahu apa yang akan jadi di masa depan.
Jika anda membaca Majalah Dara bulan ini, kawan baik saya semasa di sekolah rendah dulu, Ummul Khairiyah keluar dalam salah satu artikel majalah tersebut. Beliau merupakan salah seorang daripada rakan kongsi syarikat yang boleh dikatakan sudah berjaya bersama 3 orang rakannya walaupun mereka ber3 masih lagi menuntut di institusi pengajian. Bisnes yang mereka lakukan lebih kepada marketing company. Teringat saya ketika saya diajak join company nya 2 tahun yang lalu. Dan pada masa itu, tidak ada kesedaran di dalam diri untuk itu. Rasa menyesal ada juga sekarang. Mungkin belum dapat hidayah lagi pada pada masa itu.

Saya sedari bahawa konsep-konsep orang berniaga juga dapat diaplikasikan di dalam pembelajaran kita. Sebagai contoh, kemahiran marketing. Bila di dalam kelas, bila kita tidak faham, mungkin kita boleh gunakan teknik ini. Dengan membuat link ataupun menganalisis saluran yang dapat kita jadikan rujukan. Contoh yang ke-dua, kemahiran berkomunikasi. Dalam bisnes, mungkin kita perlu meyakinkan pihak pembeli. Dalam pembelajaran pula jika diaplikasikan, kita akan dapat mempelajari cara komunikasi yang amat berkesan untuk menyampaikan presentation dalam kelas contohnya.
Semoga kita semua bijak menjanakan ekonomi dunia dan tidak lupa juga ekonomi akhirat.
Tuesday, 1 January 2008
Happy New Year 2008!
Alhamdulillah, finally a new year begins. I hope all of us will try to be a better person in our life sahsiah and our academic.
----smss----
"Salah sorg drpd murid kami termasuk top ten peperiksaan SRU seluruh Sabah, ini adalah kesan dari motivasi yg diberikan oleh siswa siswi UIAM, terima kasih bebanyak, salam untuk yg lain"-Datin Hajah Siti - Pengetua Sekolah Ugama Islam Sabah Sembulan
"Happy New Year 2u2 and May God Bless"- En Effendi, SU Politik Ketua Menteri Sabah
"Happy New Year. Semoga ada hijrah yang kita buat. Mesti"- Izzah
"If u cant fly, run. If u cant run, walk. If u cant walk, crawl. But by all means never stop moving n u will not regret. Sesungguhnya sifat seorang muslim itu adalah terus berusaha."- Shida
"Dalam perjuangan menuntut 'pengorbanan'. Jangan takut berkorban kerana apa yang kita miliki itu milikNya." - Salwa
"Selamat Tahun Baru 2008. Semoga lembaran baru membawa erti yang lebih bermakna dalam mencapai apa yang diinginkan. Insyaallah."- Me
-----------
E.X.P.E.C.T. L.E.A.S.T. F.R.O.M. T.H.E. P.E.O.P.L.E. E.X.P.E.C.T. M.O.S.T. F.R.O.M. A.L.L.A.H