Saturday, 19 January 2008

Satu Pengalaman

Mungkin kerana terlalu sibuk dengan tugasan pelajaran dan misi kembara untuk bulan 4 ini, tidaklah saya dapat mengemaskinikan blog saya sekerap sebelum ini. Minta maaf dan terima kasih kepada teman yang sanggup singgah ke blog saya ini.

Tetapi itu bukan isunya. Kali ini, ingin saya kongsikan pengalaman yang saya dapat sepanjang saya membantu ibu saya bulan lepas dalam menyiapkan projek mereka " Projek Memperkenalkan Kesenian Islam di Malaysia di Mata Dunia".

Pada saya, pengalaman membantu emak saya sendiri merupakan suatu pengalaman yang berharga. Mungkin kerana terlalu aktif di matrik dulu, saya rasakan kali ini, saya mesti menggunakan waktu saya sebaiknya dengan keluarga. Tidak bermakna saya tidak mahu berbakti dengan masyarakat atau terlibat dengan persatuan (seperti seaktif di matrik dulu). Tetapi adalah lebih baik keluarga diutamakan terlebih dahulu, disusuli pelajaran dan program-program lain. Tidak salah jika bakat dan kemahiran yang saya ada disumbangkan kepada kepada keluarga kita sendiri. Sementara masa masih mampu. Kalau kita sudah berkahwin, susah pula mahu diluangkan masanya dengan keluarga kita.


Dengan projek ini, saya telah belajar erti...


Family must come first,
Dari tidak tahu jadi tahu,
Dari tidak mahir jadi mahir,
Dari tak suka jaga adik jadi 'babysitter'---> (kena jaga adik sebab mereka jadi pelakon videoklip)
Dari nak tolong dibayar pula gajinya.---> ( Terima kasih Su)


Rakaman di Dewan KISAS, Klang




Rakaman di Masjid Shah Alam



* Kredit kepada Suhairil, Taufik, Aiman & Shah sebab tolong Mak aku dalam menyiapkan Projek ini. Tanpa kalian, tak 'success' projek ini. Banyak juga aku belajar dari kalian = Terutamanya ilmu-ilmu rakaman ni seperti metronome dan doubing suara di samping membaiki kemahiran aku menjadi orang tengah.

* Thank You Mak for the opportunity.

5 comments:

Dafrosty said...

dubbing,bukan doubing.hehe

shazwani adnan said...

Salam rehan

finally u have updated ur side. Puas aku tunggu. tanye,bz sangat ke rehan ni sampai dah lama tak update blog ni. Ni je la caranya aku nk keep in touch dengan korang.

Yes. u r correct rehan. Family always comes first. Tak boleh ditolak. Kalau kita tolak family, by the time kita ditolak org, dah tak dak sapa nak support kita.

Apa pon. tak sangka ko jadi babysitter. hehe

Abu Afham said...

salam.

bukan shazwani sahaja menunggu, hamba pun turut menunggu. maklumle, rehan ni antara penulis blog yang moderate, ilmiah tapi bersahaja dan sempoi. kredit la utk blog ini.

bondamu buat team nasyid ke? Utk pasaran malaysia atau luar negara?

Raihan Mustafa KamaL said...

To dafrosty,
Baek..but the sound still same right..hahhaa

To Wani,
Thanks Wani. Terharu aku org Rusia menantikan entri aku.Bz jugak hidup aku sekarang. Rasa macam tak cukup 24 jam sehari. Semua benda nak dibuat dalam masa tertentu.

To Abu Afham,
Saya biasa je orangnye.Just put my humble opinion in my entry and artikel.

Mak bukan buat team nasyid untuk dipasarkan ke luar negara. Tetapi memperkenalkan lagu-lagu Islamic di Malaysia ke luar negara. Kalau nak tahu, penyanyi-penyanyi ini semuanya adalah ibu-ibu tunggal dan golongan yang lebih tua daripada kita. Tetapi suara mereka memang sedap.Tak percaya itu mereka kalau dengar.

Noor said...

Hehe.. Team marhaban yang ada cikgu Sejarah aku dulu masa kat KISAS... Best2..