Thursday, 7 February 2008

Alhamdulillah


Bila kita ditimpa bermacam tugasan pada suatu masa, Jangan Gelabah. Lakukan dengan tenang dan berdoalah pada Nya agar dipermudahkan urusan. Sentiasa berbaik sangkalah dengan Allah. Insyallah Allah akan membantu kita balik. Setiap benda yang berlaku ada hikmahnya.


Itulah yang saya pelajari pada hari ini. Hari ini, segala macam perkara berlaku yang memerlukan diriku untuk menyelesaikannya dalam hari ini juga. Semuanya adalah penting. Sama-sama penting.


Pertamanya, saya perlu pergi ke Bank Muamalat untuk menyelesaikan sedikit urusan pada waktu tengahari.


"Minta maaf dik. Ayat ini tidak jelas. Adik kena betulkan dan jumpa saya balik pukul 3 " jelas Encik Azlan.


Pukul 3? Saya punya kelas tutor Transaction in Islamic Law dan Pukul 5 saya punya Test Tort.


"Okay, takpe. Rehan cakap dengan Ustaz Hafiz. Dia bagi kot." kataku kepada Kak Aishah.


Tiba-tiba, Handphone ku berdering

" An, kat mane? Shida, Azwa & Kak Su pergi kelas tutor ustaz pukul 1." Tanya Salwa mencariku.


"Ada ek pukul satu? Aku memang nak join. Kat mana"


Saya mempercepatkan langkahku dari bank ke AIKOL yang jaraknya hampir 1 km. Tercungap-cungap diri tatkala berjalan dengan semaksima kelajuan untuk ke sana. Bila tiba di AIKOL, saya memilih untuk naik lif ke tingkat 3.


" Hahaha...Kitorang tak jumpa ustaz. Puas kitorang pusing. Dah pukul berapa ni. Takdelah kot. Nak makan kat kafe." jelas Shida tatkala pintu lif terbuka.


"oo Aku dah makan. Takpelah. Aku nak p lib"


Saya mempercepatkan langkah ke library dan memilih lokasi strategik untuk saya memulakan 'preview note session'. Saya melihat jam tangan pemberian Izzah, hadiah harijadiku, pukul 1.30. Takpe saya masih ada 1 jam setengah. Sempat ni. Tenang-tenang aja. Bisik hatiku. Saya menulis semula apa yang telah saya hafal dan ingat supaya saya tidak lupa terutamanya di dalam bab-bab ejaan.


" Ok, urusan awak dah setel. Sahlah akaun awak ini" jelas Encik Azlan.


Alhamdulillah. Alamak pukul 4 dah. Test akan bermula pukul 5. Tapi Shida kata 4.45 dah kena ada. Takpe. Relaks. Kak Aishah menghantarku dengan motornya ke AIKOL dari bank. Tidaklah saya tercungap-cungap seperti saya ke kelas tengahari tadi.


"Okay, you can begin answering your paper" Prof Altaf memberi kebenaran untuk memulakan perjuangan.


Alhamdullillah, soalan yang diberikan tidaklah begitu sukar. Straight forward. Tetapi untuk soalan 'Problematic Question', berpusing-pusing juga kepala untuk menentukan apakah pampasan yang boleh mangsa dapat. Tetapi, Terima Kasih Ya Allah, saya bisa memahaminya dan menjawab dengan tenang. Sesungguhnya Kau telah ingatkan apa yang telah aku baca dan Kau telah tunjukkan apa yang aku tidak tahu. Insyaallah biarlah cantik resultnya juga. Amin.


Saya pulang ke bilik dan mengemas barang-barang untuk dibawa pulang untuk cuti ini dan mengemas bilikku yang sedikit berselerak sebelum pulang esok hari dan pergi ke tandas membasuh baju-baju dan khidmat kendiri.


Selepas siap segala urusan di tandas, saya melihat handphoneku. Ada meseg masuk.


"Insy Mak amik malam ni. Pukul 10 boleh?"


Boleh. Tersorak ngirang hatiku. Allah permudahkan lagi urusanku hari ini. Terima kasih Ya Rabbi. Tidaklah saya perlu menunggu sampai besok hari nak balik rumah.
~ Allahumma Yassir Wala Tu'assir
Ya Allah Permudahkanlah Urusan kami dan Janganlah Engkau Menyusahkannya.~

No comments: