Saturday, 15 March 2008

Penghujung Bulan Mac

Assalamualaikum,


Dah lama tidak ku 'update' blog ini. Terlalu banyak yang ingin dikongsi bersama-sama rakan-rakan seperjuangan dan pelawat blog saya ini. Maaf kerana kekangan masa yang terlalu mencemburui diri dan tanggungjawab lain yang perlu diselesaikan.


Pertama,
Tahniah kepada pucuk pimpinan baru yang terpilih selepas piliharanraya. Mengenai isu pemilihan ketua menteri di beberapa negeri, sekarang secara terus terangnya dapat saya katakan, kita sebagai rakyat dapat melihat rupa-rupanya Sultan punya kuasa untuk memilih ketua negeri. Tidak lagi dikatakan seperti seorang boneka. Saya juga dapat melihat institusi diraja sudah mula menunjukkan bahawa mereka punya kuasa. Jika selama ini, memang ada atau mungkin ada undang-undang mengenai kuasa dan hak mereka, tetapi tidak undang-undang tersebut tidak diketahui oleh rakyat. Sekarang tidak lagi.


Seperti di Negeri Selangor, Sultan Selangor sendiri telah mengeluarkan kenyataan Timbalan MB dan Menteri Besar mestilah beragama Islam bagi membantu Raja atau Sultan sebagai Ketua Bagi Agama Islam di dalam sesebuah negeri walaupun ada penyataan yang menyatakan Timbalan Menteri akan dilantik dari yang bukan Beragama Islam.


Kedua,
Terlalu cepat rasanya Sem 2 di UIA. Sedar-sedar nak Final pula. Kepada semua rakan-rakan di UIA, Good Luck untuk Final Exam yang akan bermula Sabtu depan. Semoga kita semua dapat buat yang terbaik. Berdoalah agar kita semua dipermudahkan urusan.


"Ya Allah, Tenangkanlah hati-hati kami. Permudahkanlah urusan hamba-hamba Mu ini. Mudahkanlah kami untuk belajar. Mudahkanlah kami untuk mengingat. Dan Kau tunjukkanlah kami bila kami lupa. Kau mudahkanlah kami untuk menjawab. Dan berjayakanlah kami dalam peperiksaan. Ameen"


Ketiga,
Kepada Teman-Teman Rapatku,

Maafkan diriku tak sempurna. Terima kasih untuk sokongan yang kalian berikan. Maaf jika diri ini menyusahkan kalian. Maaf jika ada terguris hati. Maaf, maaf, maaf.


Terima kasih, tocheh, arigatore, syukran. Kita semua mampu lakukan. Kita semua hampir ke situ.


Sekian, Wassalam.


Yang Benar,
Rehan
Depan TV di Ruang Tamu
15 Mac 2008

No comments: