Sunday, 4 January 2009

Tazkirah Teksi

Sudah sekian lama tidak menulis di blog sendiri. Di sini ana kongsikan kisah yang ada lalui semasa dalam perjalanan ke Pejabat Kompleks JIM (PKJ) di Taman Melawati pagi tadi. Tapi mengapa mesti teksi?

==============

Jam menunjukkan pukul 7.55 pagi. Ana harus mempercepatkan langkah ke PKJ sebab Kak Mashi nak bagi kunci. Ana terpaksa berpatah balik dari main gate Mahallah Safiyyah ke Café untuk mengambil external Hardisk Hasbi di sebelah mahallah ana.

Jam menunjukkan pukul 8.10 pagi. Mesej Kak Mashi- dia kena tunggu sampai bila. Ana dah serba salah. Alhamdulillah ada sebuah teksi di bus stop dan ana bersama Shidah pun naiklah teksi berkenaan.

Niat di hati ingin sahaja minta tolong pakcik teksi untuk lajukan kelajuan. Tapi entah kenapa, rasa ada sesuatu yang menarik yang akan berlaku sepanjang perjalanan ini.

R: Assalamulaikum. Taman Melawati Pakcik.

P: Belah mana ye?

Adeh. Cane nak cakap. Selalunya tahu pergi je, nama tempat yang specific tak tahu pulak.

R: Dekat-dekat area Bank Muamalat Pakcik. Saya tak tahu tempat. Tapi saya tahu di mana. Takpe Pakcik, nanti saya tunjuk jalan.

Dalam perjalanan

P: Adik berdua tahun berapa. Ambil jurusan apa?

R: Kami berdua amik law. Tahun 2 dah.

P: Syariah?

R: Aa

P: Bukan Syariah sekali ngan civil ke?

Ana tersenyum.

R: Aa pakcik. Lupa nak cakap sekali

Jarang sebenarnye orang tanya soalan macamni. Takde orang peduli pun selama ni kalau pelajar tu amik Syariah sahaja atau tidak. Sebab memang bagi kami, siapa ambil Syariah dia ambil double degree.

P: Kalau kamu ambil Syariah, nanti grad nak jadi apa? Macamana kamu nak gunakan hukum Allah? Sedangkan yang ada sekarang pun takde hudud dan sebagainya.

R: Tak juga pakcik, kat Malaysia ni kita gunakan Undang-undang Islam dalam undang-undang keluarga terutamanya. Memanglah tak menyeluruh kita gunakan undang-undang Islam tapi ada kita gunakan.

P: Pakcik rasa takde Negara Islam yang claim guna hokum hudud sepenuhnya. Ye tak?

R: Rasanya ada pakcik. Pakistan tak silap. Tapi rasanya tak menyeluruh juga.

Ana teringatkan video yang ana tonton semasa di Matric semasa membincangkan hukuman hudud ketika itu iaitu rejam sampai bagi bagi yang berzina.

P: Itulah Malaysia ini, harap je Islam. Tapi di mana undang-undang Islam itu? Ni cuba tengok, kalau mencuri, kena denda , penjaralah mana ada potong-potong tangan ni sebagaimana yang Quran cakap.

R: Tak jugak tu pakcik. Denda dengan penjara tu termasuk dalam hukuman ta’zir dan ta’zir itu memang hukuman dari pemimpin Negara. So, memang Islam itu adalah. Takdalah hukuman hudud dan qisas sahaja. Ta’zir pun sebahagian daripada hukuman jenayah Islam.

P: Kita dok nak potong-potong tangan, mestilah ada sebabkan. Nak bagi pencuri takut. Nak jaga keselamatan umum.

R: Potong-potong tangan pun ada hadnya pakcik. Ikut kes. Sebab, kalau tak silap saya memang ada garis ukur untuk hudud tu. Takdelah kalau curi seposen, kena potong satu tangan.Tak adil tu.

R: Satu lagi pakcik, kalau kita nak mengenakan hukuman hudud dan qisas pada masyarakat, kita kena fahamkan masyarakat itu dulu. Memang perlu macam tu.

P: Kalau nak harapkan semua faham, sampai bila-bila hukuman hudud ni tak dapat dilaksanakan. Tengok zaman rasulullah, ada je yang tak faham, tapi jalan je hudud tu.

P: Tapi sekarang ni, even orang Islam sendiri pun tak faham hudud tu. Kata dok menyusahkan orang. Islam itu kejamlah dengan hudud. Itulah ingat Islam sesuka hati nak kenakan hukuman hudud?

Ana dan Shida menganguk.

Monolog dalaman:

Betul kata pakcik, tapi kita kena tengok juga sejarah kawasan Islam ketika itu. Teringat pada subjek تشريع جنائي الإسلامي bab تطبيق الشريعة للمكان و الأشخاص و الزمان

P: Cuba tengok sekarang, kan kena pakai tali pinggang keledar. Kalau takde polis, mahunya nak pakai.Tapi bila ada polis memang tergesa-gesalah. Takut. Tapi dalam hokum Allah, orang tak takut. Buat dek je. Memanglah orang itu akan diseksa di Akhirat. Tapi cuba ingat doa.

ربنا اتينا في الدنيا حسنة و في الأخرة الحسنة و قنا عذاب النار

Islam itu menyeliputi dunia dan akhirat.

R: Betul tu pakcik. Manusia ni kena tengok dan lihat baru akan rasa takut dengan hokum undang-undang itu sendiri.

Dah sampai PKJ. Kejap nye rasa nak borak lagi.

P: K nak. Belajar rajin-rajin. Jadilah penggamal undang-undang yang mampu mempertabatkan semula undang-undang Islam sendiri.

Kami berdua- Semangat. Baik~.

Lepas bayar, Kami berdua berlari-lari mendapatkan Amirul yang sedang memegang kunci PKJ.

Sekadar renungan bersama. Apakah undang-undang Islam bisa terlaksana?

Adakah KARISMA bisa menjadi sebahagian daripada NGO yang mempertahankan kedaulatan Syariah Islami itu sendiri? Mampukah kami pelajar undang-undang Syariah mempertahankan dan memperkasakan undang-undang ini di Malaysia?

3 comments:

mohdhaslanr said...

salam cikpuan
boleh minta tolong bagi kan sedikit info pasal summer class di syria (arabic language course for foreigner) yg cik puan ikuti tahun lepas tu tak? saya bercadang untuk ke syria jalan jalan sambil belajar pada musim panas 2009 ini.
wasalam

Raihan Mustafa KamaL said...

Wassalam,

Boleh.

Mungkin boleh berikan emel supaya lebih mudah ana terangkan.

Atau just add ana di raihandmovie@yahoo.com.

Sekian

mohdhaslanr said...

salam
boleh hantar kan information tersebut kepada saya di mohdhaslanr@yahoo.com

wasalam