Saturday, 17 October 2009

Diari Syawal

Bismillah..
Assalamualaikum,

Pertamanya, Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin. Walaupun kita di akhir Syawal, saya tetap masih mahu mengucapkannya.

Terlalu banyak yang berlaku sepanjang bulan ini sehingga diri tidak termampu untuk meng'update' walaupun muka selalu sahaja menghadap laptop kesayangan.

Minggu pertama raya dihabiskan bersendirian di rumah. Entah mengapa tahun ini, diri ini memang sengaja ingin menghabiskan masanya di rumah. Maaf kepada rakan-rakan yang ada buat gathering Sambest hari tu, tapi tidak dapat ikut serta kerana beberapa perkara yang tak dapat dielakkan.

Tahun ini juga tidak beraya sakan ke rumah rakan-rakan kecuali pada satu hari itu di mana Faim dan gang datang rumah lalu saya ikut serta. Itu sajalah masa yang telah saya habiskan untuk beraya ke rumah rakan-rakan. Dalam 5 buah rumah dari Serdang-Putrajaya-Sepang - Bangi-Seri Kembangan.

Tahun ini juga saya tidak memberikan sms raya kepada rakan-rakan kebiasaanye melainkan kepada mereka yang sms dahulu kepada saya.Maaf.

Tahun ini catat sejarah tidak buat kuih raya. Padahal seminggu cuti masa bulan puasa dan seminggu cuti masa bulan Syawal.

Buka cuti sem, test dan assignment beratur tersusun untuk dihantar. dan kini lagi 2 minggu untuk menuju ke Final Exam. Saya telah diamanahkan untuk menjadi PM Jamuan Raya di peringkat Mahallah Safiyyah dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun ada sedikit kekangan di mana makanan tidak mencukupi. (Isu ini lagi teruk pada tahun lepas. Tahun ini ada peningkatan perubahan walaupun masih lagi tidak cukup makanan).

Bulan ini juga, Convocation Fiesta telah dijalankan dan saya telah diamanahkan untuk menjadi Assistant Special Task for Seminar & Forum For Women Issues. Saya telah menghadiri Islamic Mega Performance and Mock Trial 2009.

Overall, bulan Syawal ini saya raikan kerana kemenangan kita berpuasa di bulan Ramadhan. Maaf kepada rakan-rakan sekiranya saya tidak memenuhi jemputan ke rumah anda dan maaf tahun ini tidak buat Open House macam biasa.

Doakan saya mendapat kekuatan untuk test Method of Dakwah, Isnin ini dan untuk menghabiskan assignment yang beratur untuk dihantar dalam 2 weeks time before final exam datang menjelma.

1) Assignment Anton Piller & Specific Performance

2) Land Issue

3) Differences of Waqaf Enactment in Selangor, Melaka & Negeri Sembilan.

4) Mosque Management Report

Sekian, wassalam.

Rehan
-Selepas menaip jawapan Tutor Company Law-

No comments: