Sunday, 13 December 2009

4th International Conference on Harmonization of Civil Laws and Syariah in Attorney General Chambers Putrajaya

Alhamdulillah, I had the opportunity to assist my lecturers in the 4th International Conference on Harmonization of Civil Laws and Syariah in Attorney General Chambers Putrajaya on 8th and 9th December 2009.

The event itself, gathered all the experts of laws around the world, including Malaysia, Jordan, Kuwait and Kashmir.

We, 8 of us were devided to 5 venues to assist the pararell session for the paper presentation.

Helping the presentation session sometimes got me bored because the papers are not interesting (sometimes especially on the last session of the second day..hehe). But I do enjoy my experiences here, meeting all the professionals and learn many things about law.

There are some points that I wish to share from this conference......

1) The Chief Justice in Maldives once was not a law graduate. He is the muslim scholar. They even do not have the certified lawyers before this. The first certified lawyer ever in their country was in 1985 and it was just 20 years back from now. The country just developing in their own legal field. Maldives is a Muslim country and they have a mono system of court not like us Malaysia which have the dual system of court.

2) I met with Dr Mohd Naim Moktar, the only 1 Phd holder Judge in Syariah Court in Malaysia (as he was 1 of the moderater in my session which I need to deal with). And he is IIUM Alumni.

3) I also met with Sister Sharifah, she was my senior in AIKOL and she is OKU but now she is attaching to Jabatan Kemajuan Wanita dan Masyarakat. Amazing right?

4) There are many options and alternatives for us to harmonise the civil and shariah law in Malaysia and this world. And we cannot contend that Shariah is not complied with the current situation and back dated law. So, do enforce and applied it please. Dare to take the challenge?

Thursday, 3 December 2009

Teater Natrah Memang Mantap!!


Semalam, saya dan adik saya,Rafeah telah menonton Teater Natrah yang diarahkan oleh Erma Fatima. Pelakon-pelakon yang terlibat ialah Maya Karin (sebagai Natrah remaja), Sofea Jane (Natrah tua), Remy Ishak (Mandur Adabi) & Umie Aida (Che Aminah).

Pertama kali melangkah ke Istana Budaya, mengagumkan diriku dan adikku Rafeah dengan senibentuknya dan keindahannya.

Komen saya,

Teater ini sememangnya menarik dan tiada olahan sejarah yang dibuat. Setiap plot sejarah dinyatakan melalui lakonan termasuklah kejadian rusuhan yang berlaku di Malaya selepas Natrah dibawa ke Belanda.

Jika penonton menonton dan mendengar dengan betul, undang-undang yang digunapakai adalah sama seperti yang digunakan pada tahun kisah Natrah hangat di muka Malaya ini. Tiada kesalahan fakta. Undang-undang diterangkan satu persatu dan kita boleh nampak bagaimana para hakim ketika itu yang menafsir undang-undang di negara ini. Isu Lex Domicile, freedom of religion, custody and guardianship.

Melihat kepada watak Ahmad Ibrahim, peguam ketika itu yang mewakili Che Aminah, teruja rasanya saya melihat pengorbanan Allahyarham Tan Sri Ahmad Ibrahim yang juga merupakan pengasas Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim di UIA. Jasanya dalam memperjuangkan Islam dalam undang-undang penjajah, jasanya dalam berusaha mengharmonikan undang-undang sivil dan syariah, semuanya.

Dalam teater ini, setiap plot cerita dibentangkan kepada penonton dengan menarik. Diselangi dengan nyanyian-nyanyian dan tarian yang mengasyikkan. Dan ada ketika, saya merasakan tarian-tarian tidak masuk akal. Tapi, mungkin untuk memberi kelainan bagi persembahan dan tidak membuatkan penonton terlalu bosan dengan fakta yang terlalu padat.

Ada satu babak di mana, keadaan di dalam gereja ditunjukkan dengan Jesus Christ disalib pasti mengejutkan para hadirin yang berpendapat ini adalah teater Islam. Dengan ayat-ayat dari Injil yang dibacakan, menggemakan dewan.

Walauapapun, laungan takbir dan semangat serta diselangi dengan ayat-ayat Quran, menjadikan teater ini seimbang. Cuma yang saya pelik, selalunya orang akan menjerit Takbir! Baru disusuli dengan Allahu Akbar!! Tapi di teater ini, seorang pemuda itu menjerit Allahu Akbar! di selangi Allahu Akbar!

Pernah saya membaca di keratan akhbar, yang teater ini dikecam kerana berat sebelah kepada Belanda. Namun hakikatnya, itulah yang terjadi. Kita dijajah dek mereka. Bukannya kita yang menjajah anak Belanda iaitu Maria seperti yang dituntut oleh Pn Adelaine, ibu Maria seperti yang ditunjukkan dalam pementasan ini. Tetapi, walau kita kalah pada Belanda, kita telah berjaya menyatukan seluruh rakyat Malaya dan yang penting bersatu dalam menegakkan kebenaran.

Tabik dan hormat saya pada Kak Erma yang telah mengarah dan mengolah kepingan sejarah menjadi sebuah lakonan tanpa mengubah fakta. Kewibawaannya menjadikan sejarah ini dalam bentuk menarik dalam penyampaian diharapkan dapat membawa masyarakat memahami apa sebenarnya yang berlaku sebelum kita merdeka.

Oleh itu, saya ingin mengesyorkan, tontonlah teater ini dan fahami dan dalami apa maksud tersirat yang berlaku. Kita tidak mahu sejarah berulang kembali. Nasihat saya, bacalah sedikit sebanyak mengenai Natrah sebelum datang menonton atau paling kurang pun bacalah bahan-bahan yang dipamerkan di lobi dewan sebelum memasuki dewan teater. Kita bukan sekadar mahu pergi untuk melihat watak-watak yang berlakon. Dan kita bukan pergi untuk melihat pelakon kesayangan kita berlakon. Tetapi, kita mahu menyelami sejarah yang kita tidak mahu ia berulang kembali.
Sebelum teater bermula


Para pelakon dan pengarah pementasan Teater Natrah

Sempat lagi bergambar dengan Puan Fatini dengan buku tulisannya 'Natrah'

Lepas habis pementasan. Masih teruja ^_^

Rafeah, my date-mate