Thursday, 18 February 2010

Apakah Erti 'Usrah" Menurut Perspektif Anda?


Bila sebut usrah, mestilah membawa maksud keluarga.

Apa yang uniknya usrah ni, sehingga saya begitu menyayangi usrah?

Usrah merupakan 1 keluarga di mana, di situ kita duduk bersama adik-beradik yang lain membincangkan isu-isu duniawi, ukhrawi di samping bertukar-tukar fikiran. Di situlah juga medan kita meluahkan perasaan dan pada saya seperti satu medan untuk mengecas bateri diri selepas sibuk belajar dan berprogram.

Pernah masa usrah, Mun, adik beradik seusrah saya menegur, "Kenapa tadi Rean time meeting serius je, compare time usrah sekarang?". Pada saya, usrah adalah medan untuk menjadikan saya lebih ceria dari keadaan sebelumnya. Tempat melepaskan lelah. Tempat meluahkan segalanya.

Mereka yang rigid akan menganggap usrah ini adalah medan diskusi ilmiah sahaja. Walhal sebenarnya, usrah tidaklah tertakluk kepada perkara-perkara ini, tetapi ia termasuklah aktiviti riadah dan sebagainya. Usrah boleh dibuat di Taman Layang-Layang, di sungai, di tepi river side CAC dan sebagainya untuk mencari kelainan.

Perlu diingat, rukun usrah itu sendiri, iaitu, taaruf, tafahum dan takaful. Berkenalan, Saling memahami antara satu sama lain dan saling kasih mengasihi macam insurans ^_^. Bila ketiga-tiga rukun ini ada dalam sesebuah usrah, Insya Allah, kita akan berada senang dan sayang dengan usrah kita.

Baba pernah berpesan pada diri, walau sesibuk-sibuk manapun kaklong, usrah jangan lupa. Sebab usrah tempat kita bertukar-tukar fikiran dan pendapat di samping kita memdapat ilmu. Mungkin sebab tu, baba nak bakal menantu dia terdiri dari golongan yang berusrah ^_^.

Dalam menjayakan sesebuah usrah, peranan naqibah atau ketua kelaurga sangatlah penting. Adik-beradik yang pelbagai ragam perlulah dihargai. Semua juga perlu memainkan peranan masing-masing. Jika naqibah kita bosan atau tidak pandai menarik perhatian, kita sebagai adik-beradik perlulah bijak menangani keadaan ini.

Mengikut pengalaman diri ini, walaupun sudah 4 kali berukar naqibah di UIA ini, tapi ikatan dengan naqibah-naqibah sebelum ini masih utuh dan kuat. Kerana apa? Kerana tujuan dan objektif usrah adalah sama walaupun kita bertukar naqibah dan bertambah ahli baru.

Sekadar berkongsi pandangan ringkas mengenai apa erti usrah menurut perspektif diri ini.

Moga menjadi perkongsian yang menarik dengan sahabat pembaca sekalian. Wallahu a'lam.
P/S: Maaf kepada pemberi soalan ini di atas keterlewatan membalas. Harapnya post ini membantu ^_^

3 comments:

Afra' Azam said...

se usrah..mmg menarik!

pelbagaikan konsep.

pelbagaikan gaya.

pelbagaikan rasa.

:) pelangi~

UmmU-Nisaa' said...

salam
wah,teringat sedapnya kek tu.
moga orang yang bertanya tu berpuas hati dengan post rehan mngenai usrah ni. ;-)

Inilah sunnah Rasul s.a.w yg kita perlu sambung.
Beginilah caranya Rasul s.a.w berda'wah pada mula2nya ketika masyarakat jahiliyah ketika itu masih lagi mendominasi...

Rasul s.a.w berjaya membina peribadi2 Muslim yang solid seperti Abu Bakar,'Umar, Bilal b. Rabah dll....

Pentingnya kita untuk berada dalam satu saff dan merasa kebersamaan di dalam kelompok umat Islam yang sefikrah. Kita tak kan mampu untuk berdiri dengan sendirinya dalam mmperjuangkan agama Allah ini.

Individu2 muslim ini dibentuk melalui halaqah ataupun usrah. Usrah yang muntijah akan dapat dilihat kesannya pada ahli usrah yang peribadinya semakin baik, dan semakin jelas fikrahnya tentang Islam. Islam is not only for 'ibadah, but Islam is syumul. It does not mean anything if we juz baik for ourself but we are not berusaha memperbaiki orang lain.

From usrah/halaqah lah dibina peribadi2 kita dan di sini jugalah timbulnya kesedaran untuk mengislahkan orang lain juga..
;-)

Wallahua'lam...

helinar said...

salam..
saya pernah ikuti usrah masa kat sekolah menengah..tp agak boring sbb kena ikut silibus
tpi bila dtng kat ipg kampus p.pinang, saya rasa usrah yg saya ikuti sangat sngat berbeza...
apa yg saya perhati naqibat kena friendly dengan ank usrah...
seperkara lagi..jangan paksa2..kalau tak bley dtng usrah, just bgtau knape..jangan paksa anak buah suruh datang