Begitu unik menjadi seorang wanita.Senang masuk syurga. Senang masuk neraka.
Wanita hiasan dunia, seindah-indah hiasan adalah wanita solehah.
Adakah benar kita bergelar wanita? Sanggupkah kita memikul tanggungjawab yang seluas depa tangan? Banyak yang perlu kita pikul. Jangan ingat lelaki sahaja yang punya tanggungjawab. Kita wanita ada peranan kita.
Saya baru saha menonton File Perempuan Berkalung Serban. Walaupun agak terlambat, tapi ia tak mematahkan semangat saya untuk menontonnya. Filem yang hebat. Filem yang mengkritik pemikiran kolot Islami terhadap wanita. Penekanan terhadap "Wanita perlukan kebebasan". Ya kebebasan. Tapi bukanlah kebebasan yang tiada had limitnya yang pasti.
Teringat tatkala berbicara dengan Kak Sharifah Sumayyah dalam kereta dalam perjalan ke Batu 12, Gombak, kami ada berbincang mengenai maruah. Perbincangan kami tertumpu kepada maruah dan wanita. Apa kaitan maruah dan wanita?
Untuk menjawab persoalan ini, kita kena lihat dari pelbagai sudut. Adakah wanita yang pergi belajar tidak menjaga maruah? Adakah wanita yang tidak menutup auratnya dikira tidak bermaruah?
Maruah adalah satu perkara yang sangat berharga bagi seorang wanita. Seorang wanita itu dikira masih menjaga maruahnya selagi mana dia mengikut Hukum Syarak. Pemikiran kolot di aman seorang wanita tidak boleh belajar tinggi dan akhirnya akan ke dapur bukanlah satu pemikiran yang akan diterima pada zaman ini. Zaman sudah berubah. Apa wanita tak bisa memimpin? Apa wanita tidak boleh jadi ketua?
Jika kita ungkai kembali sejarah perang-perang Islam, apa tidak ada sahabiyah yang turun? Jika dahulu Saidatina Aisyah r.a menjadi sumber rujukan kepara para sahabat lelaki untuk hadis-hadis, adakah dia dikira tidak bermaruah? Tepuk dada, tanyalah iman.
Dalam konteks sekarang, apakah kita wanita mampu menegakkan jalan-jalan kebenaran? Mampu menjadi sehebat Saidatina Aisyah? Mampu menjadi sehikmah Saidatina Khadijah? Adakah kita mampu menjadi Sumayyah yang mempertahankan Islamnya sehingga mati syahid? Apa kita wanita layak untuk menyebut hak kebebasan? Jangan mimpi memperkatakan kebebasan jika kita tidak mampu menghargainya.
Apa bila kita punya kebebasan, adakah gunung-ganang sanggup dicantas semuanya? Tidak. Kita masih punya iman. Kita masih punya hati. Ingat. Kita punya Kitab Alllah, Al-Quran. ukjiza Rasullulah s.a.w yang ditinggalkan Baginda untuk kita. Ingat kata-kata Allah s.w.t, (2: 30)
" Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, " Aku hendaklah menjadikan khalifah di bumi"
Kita dilantik sebagai Khalifah di muka bumi ini. Tak kira lelaki mahupun perempuan. Kita wanita jangan merasa rendah diri. Semua daripada kita ada keistimewaanya. Peliharalah dan gilaplah agar kita mampu menjadi seperti Sumayyah. Tangan yang disangka lembut menghayun buaian juga bisa menggoncangkan dunia mencipta sejarah.
InsyaAllah, buat teman-teman, marilah kita bersama-sama membina generasi Wanita Pro-hah. Wanita Professional tetapi Solehah. Seorang wanita yang bisa membincangkan mengenai ilmu-ilmu agama walaupun dia seorang yang profesional dalam kerjayanya. Kita sudah ada banyak contoh terdekat dengan kita. Sebut sahaja Ummi Rose, Dr Harlina, Dr Normi dan ramai lagi.
Jika mereka sudah menjadi "seseorang", kita bila lagi?
Ayuh bersama-sama kita teruskan perjuangan ini. Persiapkan langkah untuk menjadi wanita sejati. Ke arah agama dan lillahi ta'ala. Tak kita, siapa? Tak di sini, di mana? Tak sekarang, bila?
Sebagai penutup, ingin saya kongsikan kata-kata menarik dari Filem Perempuan Berkalung Serban ;
" Jangan sebut aku perempuan sejati jika hanya hidup berkalang lelaki tapi bukan bererti aku tidak butuh lelaki untuk aku cintai"
Sekadar nukilan,
Rehan 9.08 p.m.
26 Disember 2010
Di kamarku Mahallah Safiyyah
No comments:
Post a Comment