Saya tergerak untuk
menulis nota ringkas mengenai isu ini. Semoga kita dapat memuhasabah kembali
dengan apa yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini.
Pendahuluan
Masyarakat kita
sering menuduh Ulama’ ini berfikrahkan politik bila masa mereka memberikan
sesuatu fatwa atau hukum. Saya tidak menyatakan saya bersetuju mahupun tidak
dalam isu ini. Seorang Ulama’ dianggap “Pro –X” jika kenyataannya memihak
kepada kepentingan sesuatu pihak.
Siapalah kita
sebagai rakyat yang tidaklah tinggi ilmu agamanya. Siapalah kita jika ilmu
tidak mencapai tahap fuqaha’ untuk menuduh ulama’ berkenaan tidak betul dan
sebagainya. Siapalah kita ini? Tepuk dada tanyalah iman. Adakah anda layak
untuk menuduh ulama’- ulama’ berkenaan.
Peranan Ulama’
Dalam isu ini juga,
para ulama’ yang memberikan fatwa atau kenyataan perlu menjelaskan kepada
masyarakat kenapa mereka berpandangan dan mengeluarkan hukum demikian. Janganlah diberikan
sahaja ‘output’ kepada masyarakat tetapi mereka tidak faham ‘proses’ ke arah mencapai
keputusan berkenaan.
Analogi yang mudah.
Jika saya menyatakan senang sahaja nak buat sebiji Kek Coklat. Dan saya hanya
menjelaskan apakah bahan-bahannya. Jika saya tidak menerangkan bagaimana
prosesnya, adakah orang yang bertanya kepada saya akan tahu cara-caranya?
Kenapa perlu telur dipukul kembang baru dimasukkan bahan-bahan lain?
Sebagai contoh, hukum
mengerjakan haji ketika piliharaya umum. Janganlah hanya fatwa atau kenyataan
dikeluarkan mengenai pengharaman ataupun tidak. Tetapi jelaskan kepada
masyarakat apakah maqsad atau tujuan hukum itu dikeluarkan. Ya saya tahu.
Bercakap memang mudah. Tetapi, tidak salahkan jika saya mencadangkan perkara
ini. Kita berusaha untuk terangkan kepada masyarakat dengan bahasa yang mudah
dan difahami oleh masyarakat.
Jelaskan kepada
masyarakat Hukum Menunaikan Haji yang ada khilafnya samaada ia perlu dijalankan
terus “fawrun” atau dilewatkan “tarakhi” apabila seseorang itu sudah
berkemampuan. Hatta para ulama’ sendiri bercanggah pandangan kepada 5 pandangan
dalam perkara ini.
Kaitkan juga tentang
kepentingan dan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Apakah Maslahah
(Kebaikan) yang dicapai dengan pengeluaran hukum berkenaan. Apakah Mafsadah
(keburukan) yang telah kita ketepikan dengan hukum yang dikeluarkan. Dengan
ini, masyarakat kita sendiri akan faham dan mengerti mengapa keputusan hukum
ini dikeluarkan. Lainlah halnya jika memang akal masyarakat kita pada hari ini
sangat rendah. Na’uzubillah.
Tugas Ilmuan
Begitu juga golongan
ilmuwan dalam menyampaikan ceramah mereka mahupun sebagai panel forum. Saya
amat menghormati pendirian mereka. Walaubagaimanapun, saya kira, ia akan lebih
cantik sekiranya mereka tidak terlalu taksub dengan ‘output’ mereka. Tetapi,
jelaskan kepada masyarakat kenapa mereka berpandangan demikian. Agar tidak ada
tersalah sangka di dalam masyarakat dalam memahami sesuatu.
Sebagai contoh,
seorang panel menyatakan seorang isteri hendaklah taat kepada suaminya. Perlu
dijelaskan kepada masyarakat kenapakah hukumnya begini. Apakah hikmah disebalik
hukum ini. Jika si suami menghalang si isteri dari menziarahi ahli keluarganya,
apakah si isteri perlu mendengar kata suami? Sesungguhnya”Tiada Ketaatan Dalam
Maksiat”-Hadith.
Masyarakat yang
kurang jelas akan hikmah sebuah perkahwinan akan tersasar jauh dari pangkal
jalan. Perkahwinan yang memutuskan silaturahim menafikan maqsad sebuah
perkahwinan.
Kesan Ketidak-jelasan
Hukum
Apabila ia tidak dijelaskan
kepada masyarakat, maka di sinilah pintu fitnah, tuduh menuduh akan mudah
dibuka. Masyarakat menuduh para ulama’ dan ilmuan tidak berkelayakan. Menuduh
mereka berpaksikan politik atau kepentingan individu. Tidak salah untuk
menjelaskan kepada masyarakat kenapa keputusan berkenaan di ambil bukan?
Terangkan sahaja kepada masyarakat. Kenapa perlu takut? Apakah maqsad di sebalik
hukum yang dikeluarkan.
Kenapa para ulama
mesti takut? Apabila para ulama’menjelaskan dari segi waqi’(keadaan) tempat dan
masyarakat, kita akan dapat lihat adakah ia selari dengan hukum syarak yang
digarskan oleh Allah s.w.t.
Penutup
Janganlah kita
memperlekehkan golongan ulama’ dan ilmuan jika anda sedar diri anda itu siapa.
Para ulama’ juga
tidak perlu takut untuk menjelaskan kepada masyarakat apakah proses yang telah
mereka lalui ke arah mencapai keputusan seesutu hukum dikeluarkan.
Dan yang paling
penting, biarlah orang yang layak sahaja yang mengeluarkan hukum berkenaan.
Sememangnya berbeza
pendapat itu tiada salahnya selagi mana ia tidak bercanggah dengan Qur’an &
Sunnah. Hatta dalam syariah sendiri, para ulama’ berselisih faham dalam sesuatu
hukum jika ayat atau tafsiran ayat bukanlah bersifat qat’i. Janganlah kita
terlalu menolak pandangan yang berbeza dengan kita tetapi tidaklah sehingga
menafikan kebenaran.
Justeru itu, saya
menyeru kepada semua. Jika sesuatu hukum ingin dikeluarkan, tidak salah jika
diterangkan kenapa dan bagaimana hukum berkenaan diambil. Bukankah semua
perkara itu ada sebabnya.
Wallahu a’lam
2 comments:
RAHASIA WANITA
VAKUM PAYUDARA
BREAST ELERGEMENT
BREAST UP
BREAST EMILAY
BREAST CREAM
CHIEN CHIN
SELAPUT DARA BUATAN
TONGKAT AJIMAT MADURA
CRYSTAL X
OBAT PERANGSANG
BLUE WIZARD
PERMEN KARET
POTENZOL CAIR GERMANY
SEX DROP
VIAGRA CAIR
PERANGSANG SERBUK
PERANGSANG JELY
Post a Comment