Alhamdulillah.
Untuk bulan kedua Latihan Dalam Kamar atau Chambering saya adalah lebih baik daripada bulan sebelum ini. Lebih banyak perkara baru dan pengalaman yang saya dapat.
Saya diajar bagaimana menghasilkan hujahan balas bertulis yang terbaik.
Saya pertama kali berhadapan dengan klien-klien kes jenayah.
Saya pertama kali dapat mengikut Master saya ke sebuah syarikat untuk sesi "Legal Consultation".
Untuk bulan ke-2 ini juga, saya boleh rumuskan bulan ini sebagai Bulan Pelatihan kepada diri saya.

Pelatihan yang lebih kepada 'soft-skill' dalam melengkapkan diri sebagai seorang Peguam Sivil dan Peguam Syarie. Satu lonjatan supaya diri terus lebih bersemangat untuk meneruskan lagi baki 7 bulan Chambering.
Seminar Guaman Syarie
Bersama Datuk Zainul Rijal & Peguam-Peguam Muda ZRTA |
Alhamdulillah, diberi peluang oleh Master saya merangkap Presiden PPMM untuk menghadiri dan menyertai Program Seminar Guaman Syarie (Summer Pre Chambering) selama 3 hari yang dianjurkan oleh Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia.
Walaupun program ini adalah untuk pelajar-pelajar Jordan & Mesir yang mengambil jurusan Shariah yang sedang bercuti di Malaysia, peluang untuk belajar dan mendapatkan pengalaman dan perkongsian daripada peguam-peguam senior adalah satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan.
Slot yang paling terkesan pada diri saya adalah Slot yang disampaikan oleh Tuan Azril, "Peguam & NGO" dan banyak slot rata-rata seperti 'refreshing' apa yang pernah dipelajari di UIA dahulu.
Di sini juga, saya berpeluang mendengar corat-coret kisah-kisah pengalaman pelajar-pelajar semasa mereka ber'attachment'.
Dan yang paling penting, dapat menjejakkan kaki ke dalam Parlimen Malaysia dan berjumpa dengan YDP Speaker Dewan Negara YB Tan Sri Abu Zahar bin Dato' Nika Ujang secara bersemuka.
Banyak input yang saya dapat daripada program ini terutamanya dari segi mind-set dan peranan sebagai peguam muda. Tugas kita bukan hanya sebagai peguam tapi kita adalah agen berpaksikan Islam itu sendiri. Jangan menyebabkan profesion ini menjadi fitnah kepada Islam.
Apabila menjadi satu-satunya peserta wanita yang berstatus Pelatih Dalam Kamar, sahabat-sahabat ini banyak bertanyakan pengalaman menjadi Pelatih. Kemanisan ukhuwah juga dapat dirasai, mana tidaknya ke mana-mana kami ber-14 sahaja wanita. Dan saya juga sudah pasang cita-cita untuk menziarahi bumi Jordan selepas tamat Latihan Dalam Kamar nanti. (Kena simpan duit sekurang-kurangnya RM3000 dari sekarang dan sementara mereka ada di sana ^_^)
Slot yang paling terkesan pada diri saya adalah Slot yang disampaikan oleh Tuan Azril, "Peguam & NGO" dan banyak slot rata-rata seperti 'refreshing' apa yang pernah dipelajari di UIA dahulu.
Presiden PPMM & YDP Speaker Dewan Negara |
Dan yang paling penting, dapat menjejakkan kaki ke dalam Parlimen Malaysia dan berjumpa dengan YDP Speaker Dewan Negara YB Tan Sri Abu Zahar bin Dato' Nika Ujang secara bersemuka.
Banyak input yang saya dapat daripada program ini terutamanya dari segi mind-set dan peranan sebagai peguam muda. Tugas kita bukan hanya sebagai peguam tapi kita adalah agen berpaksikan Islam itu sendiri. Jangan menyebabkan profesion ini menjadi fitnah kepada Islam.
Dan kenangan yang tidak paling tidak boleh dilupakan, di sini lah juga saya baru dapat berjumpa saudara jauh saya dari Tapah. Beliau adalah Iz'aan dan merupakan Presiden Kelab Peguam Muda Jordan.
Saya dapat katakan di sini, program ini seperti satu cas yang memberikan saya kekuatan dan semangat untuk membantu kerja-kerja Shariah di Firma memandangkan bulan pertama saya lebih tertumpu kepada kerja-kerja di Jabatan Litigasi.
Turun Naik Mahkamah
Jika anda sedang menjalani Latihan Dalam Kamar, tetapi tidak turun naik Mahkamah macam tidak lengkap.
Turun naik bukan hanya turun naik. Tetapi maksud saya, mendengar perbicaraan, penghujahan dan sebagainya.
Alhamdulillah, bulan ini baru berpeluang dapat mengikut En Akmal ke mahkamah untuk beberapa kes sivil. Ada di Mahkamah Rayuan Putrajaya, Mahkamah Majistrate Shah Alam dan Mahkamah Tinggi Shah Alam, berbanding bulan pertama saya yang banyak ke Mahkamah Tinggi di Jalan Duta untuk urusan pemfailan borang-borang chambering.
Di sini, saya dapat melihat pelbagai cara para peguam dalam menyampaikan hujahan mereka di hadapan Yang Arif. Dan kebetulan pula, semasa saya di Putrajaya tempoh hari, saya berpeluang untuk mendengar berkaitan Kes Bunuh Sosilawati.
Saya juga buat pertama kalinya diminta 'appear' di depan Puan Majisrate Dalam Kamar di Mahkamah Majistrate Shah Alam untuk kes menarik-semula saman dengan kebebasan dengan ditemani En Akmal, yang kebetulan pada masa sama mengendalikan kes yang berlainan dari Firma kami.
En Akmal sempat juga menunjukkan saya di mana tempat untuk "Dock-Brief" di bawah keseliaan Selangor BAR di Kompleks Mahkamah Shah Alam ini.
Saya juga buat pertama kalinya diminta 'appear' di depan Puan Majisrate Dalam Kamar di Mahkamah Majistrate Shah Alam untuk kes menarik-semula saman dengan kebebasan dengan ditemani En Akmal, yang kebetulan pada masa sama mengendalikan kes yang berlainan dari Firma kami.
Selanjutnya, buat pertama kali juga saya menjejakkan kaki ke bangunan baru Mahkamah Syariah Kuala Lumpur kerana mengikut Puan Liza & Kak Zu menghadiri Jamuan Raya PGSM dan ke bangunan baru Mahkamah Syariah Shah Alam untuk urusan pemfailan Jawapan Hujahan Balas bagi urusan Mahkamah Rayuan.
Lexis Nexis Training
Siapa yang tidak kenal dengan Lexis Nexis? Ia merupakan engin pencarian bagi membantu para peguam mencari otoriti-otoriti yang terdiri daripada kes-kes, artikel-artikel dan juga undang-undang.
Bulan ini, sebuah latihan khusus bagi semua warga ZRTA termasuklah pelatih-pelatih yang diadakan di Bilik Conference ZRTA daripada wakil Lexis Nexis sendiri.
Saya sendiri terlibat dalam menguruskan training ini terutama dari segi pengurusan, PR dan Sijil. Event-Management Skills yang sedia ada dalam diri digunakan sepenuhnya ketika ini.
Kesimpulan
1. " Menjadi Peguam Adalah Fardu Kifayah "
2. Ada 7 bulan lagi untuk explore. Go Go Go!!
4 comments:
RAHASIA WANITA
VAKUM PAYUDARA
BREAST ELERGEMENT
BREAST UP
BREAST EMILAY
BREAST CREAM
CHIEN CHIN
SELAPUT DARA BUATAN
TONGKAT AJIMAT MADURA
CRYSTAL X
OBAT PERANGSANG
BLUE WIZARD
PERMEN KARET
POTENZOL CAIR GERMANY
SEX DROP
VIAGRA CAIR
PERANGSANG SERBUK
PERANGSANG JELY
"menjadi peguam adalah fardhu kifayah."
saya suka ayat tu. selamat menjadi peguam berjaya.
Aslmkm..
Sy Syakirah Ali pelajar lepasan perundangn syariah.. sy sedang mencari peluang utk Chambering. Sy ingin bertanye mengenai kekosongan utk chamber. mohon jase baik awk utk bg feedback ttg peluang chambering nie..kalo ade harap awk bole email ke email nie:
syakirahali_007@yahoo.com
Terima kasih....
Post a Comment