Semalam negara dikecohkan dengan satu demostrasi yang diadakan oleh pihak yang mendakwa diri mereka “Pembersih”. Menurut sumber yang dipercayai, tujuan demostrasi ini adalah untuk menyampaikan memorandum ketidakpuasan hati terhadap sistem piliharanya kepada Yang Di Pertuan Agong.
Semua pintu masuk utama ke Kuala Lumpur dikawal oleh pegawai polis. Padanlah ketika saya semalam dalam perjalanan pulang dari UIA ke rumah, habis sesak jalan dengan polis berada hampir di setiap bahu jalan.
Sahabat saya, Shida dan Siti turut berada di Masjid Jamek kebetulan pada pukul 3 dan tatkala itu segerompolan manusia berarak dan mencetuskan gusar di hati yang melihatnya.
Saya sendiri semasa berada di KL Sentral terkejut semasa ingin menukar tren LRT ke Komuter. Saya sendiri pelik kenapa begitu ramai golongan pakcik-pakcik alim, dan ada segeng memakai baju kuning dan ada juga yang lagak seperti seorang pendekar, mengikat kain di kepala. Mungkin orang ramai balik Deepavali kot.Fikiran saya.
Saya susuri tangga bergerak ke ruangan menunggu. Masyaallah. Ramainya orang. Dan rata-rata mereka memakai baju t-shirt berwarna kuning.Cuak juga saya ketika itu, dengan ada yang terjerit-jerit seperti mau gaduh pun ada. Dengan lambakan orang yang menyambut Deepavali, macam-macam boleh berlaku. Janganlah ada rusuhan 13 Mei lagi.
Ketika itu ada seorang kakak yang kebetulan menunggu tren ke Seremban menegur saya.
“Ramai betul. Dah lah memang dah sesak. Tambah lagi orang yang berbaju kuning ni lagi menyusahkan keadaan.” Mungkin kakak ni merujuk kepada keadaan yang sedang berlaku. Memang, ketika ini, ada juga beberapa orang anggota polis yang diletakkan di ruangan menunggu tren. Kononnya nak mengawal keadaan.
3 tren saya lepaskan sebab memang terlalu ramai orang. Dengan perasaan saya ingin tahu apa yang tertera di belakang baju kuning, saya mengfocuskan mata saya, macam zoom in laa. Tapi ditambah mata yang memang ada 4, tak dapat pula. Dapat pun satu dua patah perkataan. Maka saya beranikan diri juga pergi ke sekumpulan pakcik-pakcik (duduk berhampiran dengan mereka) dan terus membaca apa yang tertera dan menaipkan di dalam hp saya. Ingat nak tulis di buku catatan saya, tapi ku padamkan saja karang ketara sangat pula.
Tuntutan BERSIH
1)Penggunaan Dakwat Kekal
2) Pembersihan Daftar Pemilih
3) Pemansuhan Undi Pos
4) Akses kepada Media
“Pembersihan Piliharanraya kembalikan Hak Rakyat”
Ada bernas juga apa yang mereka tuntutkan. Tapi adakah ini cara yang terbaik? Dengan mengadakan demostrasi dan akhirnya mencetuskan kekacauan? Dengan tuntutan bersihkan segala, baik mereka pergi bersihkan segala kekacauan yang mereka lakukan.
Mungkin di sinilah kita akan katakan, kita punya Hak untuk Berhimpun & Hak Bersuara sebagaimana yang dinyatakan dalam Federal Constitution Article 10, Freedom of Speech ,Assemble & Association.(akan kita bincangkan dalam entri yang akan datang). Mungkin bagi golongan ini, cara ini sajalah yang dapat membuka minda pihak-pihak yang bertanggungjawab terhadap isu-isu yang mereka telah bangkitkan.
Bila difikir kembali mengenai, memorandum mereka kepada YDPA. Pada hemat saya, YDPA pun tidak dapat berbuat apa-apa kerana kuasanya sudah dihadkan dengan Perlembagaan Persekutuan.(akan dibincangkan dalam entri akan datang)