Saturday, 5 January 2008

B.U.S.I.N.E.S.S.


Cerita teman saya, Izzah mengenai kedatangan sepupunya dengan rakannya bercerita tentang bisnes mengetuk pintu hati saya untuk membuat entri kali ini. Bukanlah saya seorang yang 'Business minded'. Tapi semenjak 2 menjak ni sudah wujud kesedaran dalam diri untuk menjana ekonomi mungkin desakan MISI 6K yang perlu saya capai dalam 3 bulan ini, Insyaallah.


Pernah saya berborak dengan seorang rakan(lelaki), katanya, "Senang jadi perempuan. Tinggal duduk dan tunggu duit dari lelaki" Rasanya penyataan ini ada benar. Tapi itu kalau perempuan itu sudah berumahtangga. Tetapi bagi yang masih bujang bagaimana? Jadi saya rasakan, kesedaran mencari duit perlulah ada di dalam minda wanita, lebih-lebih lagi di IPT. Dididik dari sekarang. Bukanlah duit itu sebagai platform untuk memuaskan nafsu (i.e shopping semata) tapi mungkin untuk masa hadapan. Kita tak tahu apa yang akan jadi di masa depan.


Berbicara mengenai bisnes apa yang boleh kita ceburi, saya rasa kita sebagai pelajar ini perlulah bijak menggunakan peluang yang ada dan bijak mencari peluang dengan menggunakan kemahiran kita yang ada. Jadi bila kita ber'bisnes', tidaklah kita akan rasa terseksa sangat kerana apa yang kita bisneskan adalah kemahiran yang kita sudah ada. Sebagai contoh, mungkin diri kita mempunyai kemahiran dalam bidang multimedia, dan tak salah sekiranya kita mahu berbisnes dengan kemahiran itu. Dengan itu, tidaklah kita mengganggu sangat pembelajaran kita.


Jika anda membaca Majalah Dara bulan ini, kawan baik saya semasa di sekolah rendah dulu, Ummul Khairiyah keluar dalam salah satu artikel majalah tersebut. Beliau merupakan salah seorang daripada rakan kongsi syarikat yang boleh dikatakan sudah berjaya bersama 3 orang rakannya walaupun mereka ber3 masih lagi menuntut di institusi pengajian. Bisnes yang mereka lakukan lebih kepada marketing company. Teringat saya ketika saya diajak join company nya 2 tahun yang lalu. Dan pada masa itu, tidak ada kesedaran di dalam diri untuk itu. Rasa menyesal ada juga sekarang. Mungkin belum dapat hidayah lagi pada pada masa itu.



Saya membelek semula buku pemberian sahabat saya di UTP, Rahsia Bisnes Orang Cina hasil Ann Wan Seng. Bila dibaca semula, sebenarnya, kebanyakkan rahsia-rahsia yang golongan ini berjaya kerana mereka banyak mengamal pantang larang mereka. Dan pantang larang mereka juga adalah sebenarnya konsep perniagaan dalam Islam oleh Nabi Muhammad sebenarnya.

Saya sedari bahawa konsep-konsep orang berniaga juga dapat diaplikasikan di dalam pembelajaran kita. Sebagai contoh, kemahiran marketing. Bila di dalam kelas, bila kita tidak faham, mungkin kita boleh gunakan teknik ini. Dengan membuat link ataupun menganalisis saluran yang dapat kita jadikan rujukan. Contoh yang ke-dua, kemahiran berkomunikasi. Dalam bisnes, mungkin kita perlu meyakinkan pihak pembeli. Dalam pembelajaran pula jika diaplikasikan, kita akan dapat mempelajari cara komunikasi yang amat berkesan untuk menyampaikan presentation dalam kelas contohnya.

Semoga kita semua bijak menjanakan ekonomi dunia dan tidak lupa juga ekonomi akhirat.

3 comments:

HambaAllah Yang Memakmurkan said...

oo ye ke UK buat business? tak dengar citer dia lama la plak..

Raihan Mustafa KamaL said...

Benar. Die memang bisness sekarang. Usahawan berjaya tu...

Husaini said...

Jika anda perlukan bantuan, saya sedia membantu.
Jika anda perlukan semangat, saya sedia memberi.

Berbisneslah dan jadi seorang perempuan yang 'independent'!