Wednesday, 25 June 2008

Tarbiyah Hijab

Tergerak hati untuk berbicara hal ini walaupun siapalah diriku untuk berbicara lebih mengenainya.

Pengalaman aku di Syria dan Malaysia melihatkan aku 2 fenomena berbeza.
====================
Di Syria
Anak-anak kecil dibiarkan bergaya. Mereka dihias bak sang ratu. Tiada yang dipaksa untuk memakai hijab atau perkara yang sewaktu dengannya.

Bila remaja, mereka didik untuk menutup aurat mereka. Adatnya, mereka akan memakai mantuh. Sejenis jubah kot yang menutupi badan mereka. Di dalamnya mereka masih memakai pakaian berhias kalau tak pakai jubah memang seksilah jawabnya.

Tidak kira Muslim atau tidak, tenang mata memandang. Semuanya memakai mantuh. Adat mereka di sana. Jika tidak bertudung pun, pakaian masih lagi sedap mata memandang. Tiada yang menjolok mata. Ada pon boleh dikira dan sangat jarang dan sangat pelik.


Di Malaysia

Anak-anak kecil dipaksa bertudung memakai tudung ala-ala nabila. Sehingga tidak tahu apakah itu aurat. Hanya tahu tudung itu adalah satu pakaian dan fesyen.

Bila remaja, tudung bertutup. Tapi pakaiannya bawahnya... Bila berjalan di tengah jalan terasa panasnya. Sengsaranya mataku melihat semuanya. Tapi nak buat macamana dah adat. Tapi bagi mereka yang punya kesedaran, alhamdulillah. Moga mereka kekal begitu menjaga auratnya.

Masyarakat mula mahu bergaya. Tidak kisah asalkan auratnya terjaga. Ini jarang sana sini. Macamlah orang lain tak punya.

Sekadar satu kekesalan- Mengapa Bi'ah Solehah tidak boleh ada di Malaysia? Adakah Kerajaan Malaysia perlu buat macam Kerajaan Kelantan tidak boleh pakai gincu dan kasut tinggi? Baik undang-undang pakaian yang jolok mata itu diangkat. Takkan kasut tinggi tak boleh pakai kot.

Bagaimana agaknya cara terbaik untuk mentarbiyahkan semua golongan wanita dari kecil lagi tentang penjagaan aurat? Kadang-kadang sedih bila ada yang dari kecil sudah punya didikan agama bila besar tudungnya diletak tepi. Apakah cara yang terbaik?

1 comment:

HambaAllah Yang Memakmurkan said...

sbb tu Rasulullah didik para sahabat & sahabiyyah berkenaan aqidah dulu. Supaya bila Allah kata "takleh buat ini..takleh buat itu"..takde byk question akan kuar sebab keyakinan dan ikatan pada Allah tu lebih tinggi dari segalanya.

Ade perkara kadang2 kita takleh nak question banyak2 nape kene buat. Kaedahnye begitu. Dalam ibadah kita tak perlu pun gali byk2 rahsianya. TApi dalam adat, kita kne tahu rahsianya.

Cthnye la kan, kalau Allah haramkan khinzir. Boleh la nanti buktikan dengan scientific kenapa Allah haramkan, sebab ade cacing la..ade kuman jenis itu ini. Tapi katakanla 1 hari nanti teknologi sains kita hebat giler..dapat biakkan khinzir yg takde kuman2 merbahaya tuh..maka adekah waktu itu kita berani mengatakan khinzir tak haram lagi?

Begitulah nak reflect ngan perkara lain. Dalam aurat pn boleh kita reflect gak. Ade yg kadang2 bagi reason itu ini kebaikkan dan kelebihan menutup aurat. Memang bagus dan betul. Tapi sampai 1 tahap, manusia akan kata "dah tu..ni pakai baju baby-t ni pn tutup badan gak. mana ade dedah2 bahu nampak se*ksi".."yg pakai tudung labuh pn ade yg kene rogol".

Wallahu'alam..