Friday, 27 June 2008

Jalan-Jalan Cari Makam

Bila ko nak datang ni. Kitorg dah habis pusing makam-makam kat kawasan Masjid Umawi ni” sms Fizi, yang membantu sodiqati dari Jordan sementara aku ke Talaqi Qur'an.

Aku melihat jam. Pukul 11 pagi. Aku baru saja habis bertalaqi tiga juzuk dengan Anisahku sejak 6.30 pagi tadi. Memang mahu khatam sebelum ku pulang minggu ini. Aku mempercepatkan langkah untuk ke Masjid Umawi. Bertemu rakan-rakanku dan cadangannya mengikut mereka ke Museum Negara dan ke Makam-makan berdekatan dengan Bab Musolla berdekatan dengan rumahku sebelum ke Makam Arbain petangnya.

“Aku bawak diorg la. Ko rehat-rehat dulu. Petang ni kita jumpa untuk pergi Makam Arbain. Pas pi makam tu, diorg lepak rumah aku kejap lah sebelum pergi Makam Arbain” cadangku pada Fizi.

"Aku pernah pergi sekali je. Fizi bawak. Aku tahu kat mana. Tapi, takut gak sesat kubur mana-mana. Takpe, kita redah je. Kawasan kubur ni jugak."- Warning ku. Itulah nak aku jadi pemandu pelancong, Duduk Syria pun tak sampai setahun, Nasiblahkan.

"Halal je. Kami pun pelancong. Kita redah sama-sama." Nad dan Asma memberi sokongan kepadaku. Cewah.
================

* Aku, Dr Deloq, Dr Nad dan Kak Syam Dari Souq Hamidi- Kubu-kubu tepi tu antara benteng pertahanan semasa Pemerintahan Sultan Salahuddin Al-Ayubi


Makam Pertama- Antara Imam yang menghafal 1000 lebih hadith. Significantnya, kubur ini terletak di tengah-tengah jalan raya kerana kerajaan Syria tidak dapat mengubah kedudukan makam ini dan ini nak menunjukkan betapa Muqaddasahnya beliau.(macam berdaulatlah kira)

"K Jom korg... Kita p situ.." di kawasan perkuburan. Sebelum ke makam-makam utama kena lalu kuburan yang lain. "Assalamualaikum Ya Ahli Kubur"

Sedih tapi benar. Makam Muawiyah. Ayah kepada Yazid bin Muawiyah. Makamnya digari dan hanya orang tertentu yang boleh masuk ke dalam. Kami hanya mampu melihat dari celah-celah lubang saja. Betapa bencinya mereka kepada Yazid sehingga Makam ayahnya jadi begini. Ramai je Pak Arab yang kencing di kawasan tu menunjukkan rasa benci mereka. Gelong betul ( Kisah berkaitan dengan Karbala dan Syiah akan diceritakan dalam entri lain)

Di celahan kuburan manusia. Kena celah je ni...Jangan langkah. Batu nisan macam board surfing laut je..huhuhu

Kalau ikut signboard, ini makam cucu Nabi Muhammad, Ruqayyah. Tapi kat Syria ni, banyak sangat makamnya dan tak semua makam-makam ada jenazah. Jadi aku pun kurang arif.

Makam Bilal Bin Robah. Memang jenazahnya di sini. Ada makam pengikut-pengikut beliau juga kat tepi makan beliau.

Makam Isteri Nabi: Ummu Habibah
Makam Isteri Nabi: Ummu Salamah


Pintu masuk ke Makam Sepupu Rasulullah, kalau tidak silap. Anak Jaa'far.

Makam 12 Kepala. Makam ini terletaknya kepala-kepala pengikut Husain yang dipancung sekali ketika Peristiwa Karbala.

Aku & Asma di tepi Daur (Roundabout) Bab Musolla lepas habis melawat kawasan makam dan nak cari 'asir(jus buah-buahan) dan Nasi Mandi sebelum naik Servis(Van Sapu) "Muhajirin-Sina'ah" ke rumahku di Mantiqah Sinaiyyah.
===============
Sesungguhnya perjalanan dan masa yang diambil tidak sampai 2 jam untuk menziarahi makam-makam yang cukup memberi kesan dalam sejarah Islam dan kepada diri Insyallah.
Marilah kita menginsafi diri dan merenung kembali, bagaimana para sahabat yang terdahulu mempertahankan Islam dan menyebarkan ajaran Islam. Kita dapat melihat juga bagaimana konflik yang berlaku di Era Islam selepas Pemerintahan Saidina Ali.
Insyaallah saya kongsikan Kisah Karbala & Shiah yang saya peroleh berdasarkan pengalaman di Syria dalam entri akan datang. Tapi tunggu gambar dululah baru syok nak bercerita.

2 comments:

shaqyl said...

waaa best la dgr cite dari sane...

tak sabr nak tau kisah karbala & shiah tu

HambaAllah Yang Memakmurkan said...

mantap! keep it up!