Aku melihat jam. Pukul 11 pagi. Aku baru saja habis bertalaqi tiga juzuk dengan Anisahku sejak 6.30 pagi tadi. Memang mahu khatam sebelum ku pulang minggu ini. Aku mempercepatkan langkah untuk ke Masjid Umawi. Bertemu rakan-rakanku dan cadangannya mengikut mereka ke Museum Negara dan ke Makam-makan berdekatan dengan Bab Musolla berdekatan dengan rumahku sebelum ke Makam Arbain petangnya.
“Aku bawak diorg la. Ko rehat-rehat dulu. Petang ni kita jumpa untuk pergi Makam Arbain. Pas pi makam tu, diorg lepak rumah aku kejap lah sebelum pergi Makam Arbain” cadangku pada Fizi.
"Aku pernah pergi sekali je. Fizi bawak. Aku tahu kat mana. Tapi, takut gak sesat kubur mana-mana. Takpe, kita redah je. Kawasan kubur ni jugak."- Warning ku. Itulah nak aku jadi pemandu pelancong, Duduk Syria pun tak sampai setahun, Nasiblahkan.
"Halal je. Kami pun pelancong. Kita redah sama-sama." Nad dan Asma memberi sokongan kepadaku. Cewah.
* Aku, Dr Deloq, Dr Nad dan Kak Syam Dari Souq Hamidi- Kubu-kubu tepi tu antara benteng pertahanan semasa Pemerintahan Sultan Salahuddin Al-Ayubi
"K Jom korg... Kita p situ.." di kawasan perkuburan. Sebelum ke makam-makam utama kena lalu kuburan yang lain. "Assalamualaikum Ya Ahli Kubur"
Sedih tapi benar. Makam Muawiyah. Ayah kepada Yazid bin Muawiyah. Makamnya digari dan hanya orang tertentu yang boleh masuk ke dalam. Kami hanya mampu melihat dari celah-celah lubang saja. Betapa bencinya mereka kepada Yazid sehingga Makam ayahnya jadi begini. Ramai je Pak Arab yang kencing di kawasan tu menunjukkan rasa benci mereka. Gelong betul ( Kisah berkaitan dengan Karbala dan Syiah akan diceritakan dalam entri lain)
Di celahan kuburan manusia. Kena celah je ni...Jangan langkah. Batu nisan macam board surfing laut je..huhuhu
Kalau ikut signboard, ini makam cucu Nabi Muhammad, Ruqayyah. Tapi kat Syria ni, banyak sangat makamnya dan tak semua makam-makam ada jenazah. Jadi aku pun kurang arif.
Makam Bilal Bin Robah. Memang jenazahnya di sini. Ada makam pengikut-pengikut beliau juga kat tepi makan beliau.
Pintu masuk ke Makam Sepupu Rasulullah, kalau tidak silap. Anak Jaa'far.
Makam 12 Kepala. Makam ini terletaknya kepala-kepala pengikut Husain yang dipancung sekali ketika Peristiwa Karbala.
2 comments:
waaa best la dgr cite dari sane...
tak sabr nak tau kisah karbala & shiah tu
mantap! keep it up!
Post a Comment