Sudah hampir 3 minggu saya pulang dari Syria. Macam-macam yang berlaku di Malaysia ni terutamanya dari segi politik.
Ish, kes sana sini. Gaduh sana sini. Press Conference sana sini. Kerajaan Negeri mahu dipersalahkan dan dihentam. Kerajaan Persekutuan ke'tension'an.
Saya kadang-kadang tersenyum bila saya mendengar berita utama di malam hari. Kelakar kadang-kadang mendengar mengapa mereka bergaduh. Saya kadang-kadang geram dengan "press release" yang dibuat oleh semua pihak. Mengapa perlu ada komentar bagi kes yang masih lagi dibicarakan? Apakah mereka tidak tahu, orang ramai tidak boleh membuat komentar sesuka hati yang boleh mengganggu keputusan hakim atau dalam erti lain 'no comment from laymen for the hearing cases'.
Ada juga yang nak politikkan kes-kes. Aiyoo, ini zaman apa ni. Kadang-kadang tak faham. Sebagai contoh Kes Cerai di Kelantan, yang si suami meninggalkan si isteri tanpa apa-apa nafkah. Nak juga di'highlight'kan lelaki itu adalah orang PAS. Parti Politik tu. Banyak lagi kes lain. Rasanya tidak perlulah diceritakan semuanya di sini. Macam-macam.
Satu lagi kejadian yang agak menarik saya kira, ADUN Puchong, Gobin (jika tidak silap namanya) yang diarah keluar dari Parlimen selama 3 hari. Saya yang menonton sedutan Parlimen yang ditayangkan di TV3 terkejut. Dan boleh saya katakan beliau memang seorang yang berani.
Saya melihat juga, dengan Tuan Speaker Dewan yang baru ini, sudah ramai wakil rakyat yang sudah bijak menggunakan undang-undang walaupun bukanlah berlatarbelakangkan undang-undang. Ahli Dewan yang datang ada yang memegang buku perlembagaan ataupun Peraturan-Peraturan Parlimen ketika berdebat. Saya kira Tuan Speaker yang baru ini, jika mahu melakukan apa-apa beliau akan menyatakan peraturan atau akta yang berkaitan. Bagus juga caranya, supaya celik ahli dewan Rakyat atau Parlimen dengan undang-undang. Dan kita sebagai rakyat biasa akan faham mengapa.
Sungguh menarik isu-isu yang ada sekarang. Saya pasti, isu-isu ini akan dibincangkan dalam Constitutional Law yang akan saya ambil sem depan.
Sem baru akan bermula Isnin ini. Semoga saya dan rakan-rakan bisa menegakkan undang-undang dan mengembalikan hak-hak kepada mereka yang hak. InsyaAllah.

2 comments:
Mungkin mereka tak perasan, banyak isu yang dihebah2 kan dan digaduhkan, di mata rakyat nampak kelakar.
Isu kecik pun nak dinaikkan dibesar2kan, mcam mana nak uruskan negara dengan isu yang lebih besar..patutlah..
haha..apabila budak law komen situasi politik yg ade kaitan ngan law di negara..
Post a Comment