Maaf kekangan masa yang kurang menyebabkan diri tidak dapat meng'update' blog ini. Terima kasih pada teman-teman yang masih sudi menyinggah ke blog ini walaupun dah hampir sebulan tidak terisi.
Memang saya akui, sem ini agak bz dan sibuk. Walaupun berpeluang menatap internet, tetapi tanganku tidak bisa menaip apa yang difikirkan kerana terlalu banyak lagi perkara lain yang lebih auliya.
==============================
Apa nak jadi?
Seorang sahabat yang saya kenali katanya mahu bertukar agama. Harapnya itu hanya sekadar niat bukannya realiti lagi. Gara-gara kerana seorang wanita. Sungguh dahsyat lelaki ini. Hebat. Tapi tak kena tempat.
==============================
Serdang, Malaysia
16 ogos 2008
Assalamualaikum,
Menemui sahabatku di sana aku doakan agar sihat-sihat sejahatera dan di bawah rahmat Allah yang Maha Esa.
Sahabat,
Aku sudah tahu isi hati kau pada si dia. Dan kutahu kisah dia tidak mahu menerima dirimu. Tetapi janganlah kerana itu, kau mahu bertukar agama. Kau katakan, wanita yang kafir itu berlambak-lambak. Petik jari datang saja kepadamu. Senang jika kau tukar agama. Tuhan tidak sayangkan kau bak katamu. Setiap kali kau menyatakan hasrat hati pada seorang wanita, kebanyakakannya menolakmu. Belum tiba jodoh tu lagi pendapatku.
Sahabat,
Kenapa kau dayus sangat? Kau nak tukar agama kerana semata-semata dia tidak menerima mu. Gila. Memang gila. Kau pengecut sebenarnya. Mana ada laki yang nak lari dari masalah dengan cara macam tu. Kau memang gila. Orang perempuan ni mahukan lelaki yang gagah berani. Yang mampu menjaga dan melindungi kami. Kalau macam nilah gaya kau, laisa lahu makna. Takda maknanya kau jadi lelaki. Lelaki Muslim lagilah aku rasa tak layak. Tak kuat. Macammana kau nak pertahankan Islam kalau macam ni perangai? Cubalah anggap ini sebahagian daripada ujian Allah. Ingat, selemah-lemah orang beriman adalah orang yang lari dari ujian Allah. Ingat, Allah takkan uji seseorang itu melainkan Dia tahu kau mampu nak atasinya. Persoalannya di sini, kau perasan atau tidak. Kau guna akal ke tidak melihat situasi tu.
Sahabat,
Kau muhasabah balik dirimu. Tengok balik apa masalah kau sebenarnya. Apa kekosongan yang ada dalam jiwamu itu? Kau sudah punya ilmu agama yang aku pasti rakan-rakan lain di sini respect sama kamu. Tapi takkan kamu nak jadi macam ni? Sedarlah kawanku. Masih belum terlambat. Memang mengambil masa untuk mengubat hati laramu. tetapi tak perlulah sehingga mahu bertukar agama. Apa ingat lagi tenang ke jiwamu? Fikir balik betul-betul tindakanmu. Aku doakan Allah meniupkan segala ketenangan ke dalam jiwa kau dalam membuat timbang tara soal hidup mati agamamu.
Sahabat,
Maaflah jika aku terkasar bahasa dalam berbicara. Aku cakap atas dasar seorang kawan. Bukanlah aku seorang yang alim wara' dan sebagainya. Aku sedar siapa aku. Tapi sebagai seorang kawan, aku punya hak untuk aku utarakan apa yang aku rasa. Andai kau tidak merasakan aku sahabatmu, takpelah, aku tujukan kepda sesiapa yang membaca artikel ini yang senasib denganmu. Yang mampu terketuk pintu hatinya bila membaca artikel aku.
Sahabat,
Bukanlah niat aku untuk mengaibkan dirimu. Tetapi aku rasakan di sini saja mampu aku lontarkan ideologiku. Semoga kau dapat mencari dirimu semula. Aku pasti kau boleh. Tapi kalau ruang minda kau sudah tertutup, aku tak tahu nak cakap apa lagi. Aku sudah lakukan tanggungjawab aku.
Sekian, Wassalam.
-Rehan-
3 comments:
hmm....
tergerak hati..
tersentuh.
insaf sebentar, renungi.
terima kasih.
Salam raihan..
tahniah atas pandangan yang bernas..
but I have a different opinion about this..
AUKU that already amended is not only about the freedom and the rights of students in association, assembly, speech and involve in politics but the new amendment also includes the more power that will given to the ministry and HEP..This one also that we are fighting now..Before this, there were 3 times of AUKU's amendments, but did u think it comes better?? I don't think so, because every time AUKU was amend, it become worse.They will add new provisions, new restrictions that obviously against the concept of democracy. What we want is not only the freedom of association but also to include us (the students) into the discussion regarding the matters of STUDENTS.This is also aour right.If you look at the Macna Carta for Students Act 2008 that was introduced by the GMMA, they include the new section which is about the suggestion of the new body at the university that consist of the admins people and also the students representative.The purpose of putting the students is for having the mature and just discussion and we want they take into account our opinions.And if u realize in the new amendment, almost the power was given to the ministry and HEP.Is it means that we need to amend it againts?? Just think :) And about the administration of the university and college, it just a simple matter that every university can have their own way how to handle it like what some universities has including UIAM and UITM.It is important to know that, AUKU was introduced in 1971 and one of the university like UM was already there around 1940 something and it was prove that UM was among the best university according to the world ranking, but now?? we have AUKU and we also have the bad ranking of our Malaysian university :( think about it.
Last but not least, i'm also a student and I realy hope that our freedom and our rights can be put in a just and responsible way..
STUDENT POWER !!!
Betul tu Che Ma.
What Im trying to say is that, AUKU need to be amended in the certain provision yg benar2 menyusahkan kita sebagai mahasiswa. I read the amendment yang dicadangkan oleh gerakan mahasiswa anti auku. I sokong what they have proposed.
Anyway thanks for your thoughts.
P/S: Salah tempat komen ni Che Ma..:P
Post a Comment