Monday, 1 December 2008

Kisah Apam

Pelik juga kenapa diri ni angau betul dengan Apam..hahha. Ni gara-gara teringat Apam Tapah. Dah lama tak balik kampung…huhu

2 minggu lepas, masa Wani baru datang dari Kuantan, malam tu juga buat apam dengan Wani sama-sama. Macam biasa ambil dari internet dan cuba.

Pelbagai teori yang Wani keluarkkan, tapi satu pun tak kena. Teori Apam Pecah lah, teori Apam Kat Kampung dialah. Aleh2 satu pun tak sama. Hehe. Anyway, buat apam ni pun first time. Konon-kononnya nak 'start engine’ sebelum kami berdua ber’camping’ buat kerja Karnival.


Sedap..tapi rasa telur terlebih..- My first apam


Lepas Wani balik, teringin nak buat apam lagi. Teringat dia kot. Maka mencari bahan dan menggunakan resepi lain pula. Tapi unfortunately, my apam turned to kuih lompang. Satu rumah dok gelak. Memang sabar.

Leceh jugak nak buat apam ni.

“ Apam ni ada rase. Tapi rupa dia macam kuih lompang” Mak kata dan gelak. Nasiblah mak.

Harini, nak cuba lagi buat. Tak puas hati. Cuba guna resepi lain pulak, tapi again it turned out jadi kuih lompang. Tapi yang ni lagi takde rase.

“ Macamane ni, dah ikut arahan dah”. Rungutku pada Makcik Karsiah.


Telefon Azwaa dan tanyakan ‘result’ yang baru keluar tadi. Alhamdulillah, my greds for A- meningkat. Tapi pointer menurun. Tapi Alhamdulillah, praised to Allah to give me the opportunity to learn and get what I should deserved. Azwa kata dia masak apam tadi untuk jamuan kat rumah dia. Alang-alang, minta lah resepi di saat diri memang kempunan apam tak jadi.

Azwa bagi resepi. Lagilah semangat. Petang tadi juga, pergi ke dapur buat kali ke-2 dalam 1 petang. Alhamdulillah, my apam jadi apam.

Gembira Akhirnya menjadi juga

Moral of the story:-

1) Dalam apa yang kita lakukan, kita kena sentiasa berusaha.

2) Gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selamanya. Selagi kita berfikiran positif, Insyaallah Allah akan bantu kita dalam apa jua cara.

3) Jika kita tidak tahu, kita kena bertanya.

4) Walaupun kita tak pernah buat sesuatu, bila kita kena buat sesuatu, kena buat betul-betul. Macam saya, bila first time nak buat apam, saya rujuk internet cari resepi daripada main masuk je apa-apa bahan.(walaupun tak jadi, at least cuba).

Macam ni juga bila kita berprogram, jangan letakkan di minda, ‘Program ini adalah first time buat, so biasa-biasa sudah”. At least kita cuba buat yang terbaik sehingga program itu menjadi. Jika kita tidak tahu, tanya dan banyakkan berfikir dan bijak dalam bertindak.


5) Bila penat bekerja, ruangkan masa untuk diri anda- memasak salah satu cara nak release what ever you want to release I guess.

5 comments:

FabulouswithAs said...

hehe..sdap2.lagi2 kalo mkn panas2 ade kelape..[jap apam ade kelape ke?dalupe lak]lame giler xmkn apam..hek2.xpnh try wat ktsni..cam kuih cara jek gmba last tuh..g gmba 1st tuh lg nmpk cam apam..anyway wat lg.nnti bg aku rase..=p

Raihan Mustafa KamaL said...

Apam memang makan dgn kelapa. tu baru kuakan dr pengukus.

Kuih cara kecik laa asma'. =P

Hasbi said...

wah..ade signature plak tu..hehe

Matematis Muda said...

tahniah~

terus projek kita gimana ya?

HambaAllah Yang Memakmurkan said...

mantap!!

nanti mawaddah day boleh bawak apam buatan sendiri..