Friday 10 July 2009

5 Minit Update

Kekangan masa menyebabkan diri penulis tidak dapat mengemaskini blognya yang tergendala seketika.

Penulis sibuk dengan program Baktisiswa di Kg Kepala Gajah, Pulau Pinang anjuran MRC As-Siddiq, Safiyyah & Maryam pada 1 - 5 Julai 2009. Penulis yang sepatutnya berangkat pulang dengan alasan kerja dengan menaiki keretapi daripada Butterworth pada 5 Julai 2009 telah pulang bersama-sama rakan-rakan Baktisiswa pada 6 Julai 2009.

Kemudian, penulis telah membantu pejabat kolej bagi pelajar-pelajar baru yang masuk pada 7 Julai 2009. Keadaan kolej agak 'hectic' dan Mahallah Safiyyah telah menerima pelajar baru yang paling ramai di antara semua mahallah di UIA iaitu seramai 200 orang.

Siang tadi, penulis telah disuntik dengan vaksin mencegah H1N1 bersama rakan-rakan kerja pejabat kolej di klinik UIA. Ini sebagai langkah pencegahan disebabkan penulis menjadi "frontier' semasa berhadapan dengan pelajar-pelajar baru.

Kini, penulis berada di rumah berehat seketika sebelum pulang membantu pejabat kolej pada Ahad ini. Penulis sedang mengecas bateri untuk memulakan Semester 1 09/10 dengan azam, pointer semester ini meningkat naik lagi. Penulis perlulah istiqamah dengan apa yang telah dirancangkannya sepanjang cuti yang lalu. Istiqamah, Istiqamah & terus Istiqamah.
Bersama Mak selepas sesi penyerahan

Slot Motivasi di SMI Ad-Diniah Kg Sg Duri

P/S: Tak terdaya nak meng'upload' semua gambar-gambar yang ada.

No comments: