Barisan Panelist & Moderator
1) Datuk Hashim Yahya - Felow Akademik, Kuliyyah Ahmad Ibrahim, UIA
2) Dr Normi ABdul Malek - Penolong Professor Undang-Undang Keluarga, Kuliyyah Ahmad Ibrahim, UIA
3) Dr Farid Sufian Bin Shuib - Penolong Professor Undang-Undang Perlembagaan, Kuliyyah Ahmad Ibrahim UIA
4) Tuan Haji Zainul Rijal Abu Bakar -Peguam Syar'ie & Mantan Presiden Persatuan Peguam Syrie Malaysia
Moderator juga telah dijemput khas dari IKIM iaitu Prof Dato Munir, mantan Presiden IKIM.
==========
Berbalik kepada forum ini, 4 perkara penting telah dibincangkan. Hak Anak & Kebajikan Mereka daripada perspektif Hukum Syarak, Undang-Undang Keluarga Islam, Di bawah perlembagaan dan juga amalan di Malaysia.
Sesi Soal Jawab menjadi satu slot yang hangat. Di mana, kami sebagai pelajar dapat melihat sendiri, bagaimana golongon intelektual iaitu pengamal undang-undang (daripada hakim, jabatan peguam negara, NGO & Majlis Mufti) menperdebatkan tajuk forum pada petang itu.
Konklusi yang dapat saya berikan:-
1) Menurut pandangan Islam, sekiranya salah seorang ibu bapa memeluk Islam si Anak akan terus memeluk Islam. Ada pendapat juga, jika si bapa yang memeluk Islam si anak akan memeluk Islam tetapi tidak jika si ibu yang memeluk Islam.
2) Kita masih kurang para ulama' yang berdiskusi di dalam Parlimen semasa sidang Kabinet sedang bermesyuarat mengenai perkara ini.
3) Isu tuntutan anak kekal agama asal walaupun kedua ibubapa memeluk Islam adalah permintaan daripada golongon pengamal undang-undang bukan daripada pihak yang bertelingkah (Plaintif & Defendan) dan bersifat politik.
4) Mengikut Sejarah
Pada 1952- Undang-Undang yang digubal adalah jika salah seorang memeluk Islam, secara automatik anaknya akan memeluk Islam.
Pada 2003, jika salah seorang ibubapa memeluk Islam, permohonan hendaklah dibuat salah seorang daripada mereka untuk menukarkan agama asal anak-anak mereka kepada Islam.
Kini, jika salah seorang memeluk Islam, kedua-dua ibubapa hendaklah memohon untuk menukarkan agama anak mereka kepada Islam & kdua-duanya mestilah bersetuju dengan agama anak mereka.
Sekarang, antara desakan yang diberikan oleh Majlis Peguam, kedua-dua ibubapa masuk Islam, anak akan kekal dengan agama asal.
Jika kita teliti perkembangan sejarah ini, sememangnya terlalu banyak formasi yang telah dilakukan. Jika kita masih kekal dengan undangundang 1952, isu ini tidak akan timbul sekarang.
5) Isu ini telah timbul dan dibincangkan di Kabinet atas dasar kerajaan kini adalah kerajaan perpaduan. Terlalu banyak yang dituntut oleh golongan ini, sehingga menyebabkan Melayu menjadi pihak yang sentiasa bertoleransi. Persoalannya, sampai bila kita ingin bertoleransi terutamanya dalam isu-isu yang melibatkan agama? Jangan sehingga kita menjadi golongon terlondeh kasi.
6) Peranan Majlis Raja-Raja
Butir 1 dalam Senarai Undang-Undang Negeri menyatakan semua perkara mengenai Islam adalah di bawah kuasa Sultan. Kini, Majlis Raja-Raja memainkan peranan dalam menstabilkan semula situasi ini. Tidak lagi menajdi "Parrot' sahaja. Payung Kuning diperlukan bagi membaiki keadaan ini. Bukan Payung Biru mahupun Payung Hijau. Tiada lagi pendekatan politik.
7) Kita masih kurang suara pelajar dalam isu ini berbanding dalam isu AUKU & PPSMI. Mana mereka? NGO? Persatuan Pelajar? Persatuan Pelajar Undang-Undang?
Akhir kata, saya sangat teruja mendengar forum ini dan telah mendapat banyak informasi baru apa yang sebenarnya telah berlaku dalam Parlimen & Majlis Raja-Raja & banyak lagi. Kalaulah forum ini telah diadakan sem lepas, lagi lengkap assignment saya mengenai " Kesan Penukaran Agama Ibubapa kepada agama Islam terhadap anak".
No comments:
Post a Comment