Sunday, 19 July 2009

2 Masjids in July

Mabruk to them..

Daya & Amar
17th July 2009

Ummul Khairiyah & Nafiedz
18th July 2009

Question: Who's next??

Friday, 17 July 2009

Forum Hak & Kebajikan Anak Dalam Isu Memeluk Islam

Alhamdulillah, semalam saya sempat ke Forum Hak & Kebajikan Anak Dalam Isu Memeluk Islam di Auditorium Perpustakaan UIA anjuran Unit Undang-Undang Keluarga & Etika Kuliyyah Ahmad Ibrahim, UIA . Sudah semangnya isu ini menjadi salah satu isu yang hangat selain daripada H1N1 dan Manik Urai.

Barisan Panelist & Moderator

Ahli Panel yang telah dijemput terdiri daripada Ahli Panel yang hebat-hebat belaka iaitu:-

1) Datuk Hashim Yahya - Felow Akademik, Kuliyyah Ahmad Ibrahim, UIA

2) Dr Normi ABdul Malek - Penolong Professor Undang-Undang Keluarga, Kuliyyah Ahmad Ibrahim, UIA

3) Dr Farid Sufian Bin Shuib - Penolong Professor Undang-Undang Perlembagaan, Kuliyyah Ahmad Ibrahim UIA

4) Tuan Haji Zainul Rijal Abu Bakar -Peguam Syar'ie & Mantan Presiden Persatuan Peguam Syrie Malaysia

Moderator juga telah dijemput khas dari IKIM iaitu Prof Dato Munir, mantan Presiden IKIM.

==========

Berbalik kepada forum ini, 4 perkara penting telah dibincangkan. Hak Anak & Kebajikan Mereka daripada perspektif Hukum Syarak, Undang-Undang Keluarga Islam, Di bawah perlembagaan dan juga amalan di Malaysia.

Sesi Soal Jawab menjadi satu slot yang hangat. Di mana, kami sebagai pelajar dapat melihat sendiri, bagaimana golongon intelektual iaitu pengamal undang-undang (daripada hakim, jabatan peguam negara, NGO & Majlis Mufti) menperdebatkan tajuk forum pada petang itu.

Konklusi yang dapat saya berikan:-

1) Menurut pandangan Islam, sekiranya salah seorang ibu bapa memeluk Islam si Anak akan terus memeluk Islam. Ada pendapat juga, jika si bapa yang memeluk Islam si anak akan memeluk Islam tetapi tidak jika si ibu yang memeluk Islam.

2) Kita masih kurang para ulama' yang berdiskusi di dalam Parlimen semasa sidang Kabinet sedang bermesyuarat mengenai perkara ini.

3) Isu tuntutan anak kekal agama asal walaupun kedua ibubapa memeluk Islam adalah permintaan daripada golongon pengamal undang-undang bukan daripada pihak yang bertelingkah (Plaintif & Defendan) dan bersifat politik.

4) Mengikut Sejarah

Pada 1952- Undang-Undang yang digubal adalah jika salah seorang memeluk Islam, secara automatik anaknya akan memeluk Islam.

Pada 2003, jika salah seorang ibubapa memeluk Islam, permohonan hendaklah dibuat salah seorang daripada mereka untuk menukarkan agama asal anak-anak mereka kepada Islam.

Kini, jika salah seorang memeluk Islam, kedua-dua ibubapa hendaklah memohon untuk menukarkan agama anak mereka kepada Islam & kdua-duanya mestilah bersetuju dengan agama anak mereka.

Sekarang, antara desakan yang diberikan oleh Majlis Peguam, kedua-dua ibubapa masuk Islam, anak akan kekal dengan agama asal.

Jika kita teliti perkembangan sejarah ini, sememangnya terlalu banyak formasi yang telah dilakukan. Jika kita masih kekal dengan undangundang 1952, isu ini tidak akan timbul sekarang.

5) Isu ini telah timbul dan dibincangkan di Kabinet atas dasar kerajaan kini adalah kerajaan perpaduan. Terlalu banyak yang dituntut oleh golongan ini, sehingga menyebabkan Melayu menjadi pihak yang sentiasa bertoleransi. Persoalannya, sampai bila kita ingin bertoleransi terutamanya dalam isu-isu yang melibatkan agama? Jangan sehingga kita menjadi golongon terlondeh kasi.

6) Peranan Majlis Raja-Raja

Butir 1 dalam Senarai Undang-Undang Negeri menyatakan semua perkara mengenai Islam adalah di bawah kuasa Sultan. Kini, Majlis Raja-Raja memainkan peranan dalam menstabilkan semula situasi ini. Tidak lagi menajdi "Parrot' sahaja. Payung Kuning diperlukan bagi membaiki keadaan ini. Bukan Payung Biru mahupun Payung Hijau. Tiada lagi pendekatan politik.

7) Kita masih kurang suara pelajar dalam isu ini berbanding dalam isu AUKU & PPSMI. Mana mereka? NGO? Persatuan Pelajar? Persatuan Pelajar Undang-Undang?

Akhir kata, saya sangat teruja mendengar forum ini dan telah mendapat banyak informasi baru apa yang sebenarnya telah berlaku dalam Parlimen & Majlis Raja-Raja & banyak lagi. Kalaulah forum ini telah diadakan sem lepas, lagi lengkap assignment saya mengenai " Kesan Penukaran Agama Ibubapa kepada agama Islam terhadap anak".

Friday, 10 July 2009

5 Minit Update

Kekangan masa menyebabkan diri penulis tidak dapat mengemaskini blognya yang tergendala seketika.

Penulis sibuk dengan program Baktisiswa di Kg Kepala Gajah, Pulau Pinang anjuran MRC As-Siddiq, Safiyyah & Maryam pada 1 - 5 Julai 2009. Penulis yang sepatutnya berangkat pulang dengan alasan kerja dengan menaiki keretapi daripada Butterworth pada 5 Julai 2009 telah pulang bersama-sama rakan-rakan Baktisiswa pada 6 Julai 2009.

Kemudian, penulis telah membantu pejabat kolej bagi pelajar-pelajar baru yang masuk pada 7 Julai 2009. Keadaan kolej agak 'hectic' dan Mahallah Safiyyah telah menerima pelajar baru yang paling ramai di antara semua mahallah di UIA iaitu seramai 200 orang.

Siang tadi, penulis telah disuntik dengan vaksin mencegah H1N1 bersama rakan-rakan kerja pejabat kolej di klinik UIA. Ini sebagai langkah pencegahan disebabkan penulis menjadi "frontier' semasa berhadapan dengan pelajar-pelajar baru.

Kini, penulis berada di rumah berehat seketika sebelum pulang membantu pejabat kolej pada Ahad ini. Penulis sedang mengecas bateri untuk memulakan Semester 1 09/10 dengan azam, pointer semester ini meningkat naik lagi. Penulis perlulah istiqamah dengan apa yang telah dirancangkannya sepanjang cuti yang lalu. Istiqamah, Istiqamah & terus Istiqamah.
Bersama Mak selepas sesi penyerahan

Slot Motivasi di SMI Ad-Diniah Kg Sg Duri

P/S: Tak terdaya nak meng'upload' semua gambar-gambar yang ada.

Saturday, 27 June 2009

Jumbo Combo Wishes

Saya sekalikan my Jumbo Combo Wishes

First....

Happy Belated Besday Baba
1-6-1965
yang ke 44 tahun

Second...

Happy Anniversary Mak & Baba Yang Ke 23
2-6-1987

Third...
Happy Father's Day
21-6-2009

Baba,
Sorry if I'm doing wrong to you
Sorry if I'm hurting you
My words
My Acts
Made you sad

Baba,
There is no enough word to thank you
To express my feeling towards you
To express my gratitute to you

Baba,
You tought me how to be independent
You tought me how to think wise & smart
You tought me how to be a good leader
How to be a good servant to Allah
How to observe my Tarbiyah
Why must me stay put in this Usrah
You tought me many things

Baba,
I hope you will still teach me
Always
Always teach me
today, tomorrow
till the end

Baba,
I Love You Baba

Sunday, 14 June 2009

Pemergian Fathi Yakan

13 Jun 2009, 12.30 tengahari, seluruh dunia telah dikejutkan dengan pemergian seorang tokoh perjuangan Islam iaitu Dr Fathi Yakan.

Siapa tak kenal beliau dengan hasil karyanya terutamanya " Apa Erti Saya Memeluk Islam?". Karya yang telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa sebagai rujukan umat Islam di seluruh dunia.

Beliau dilahirkan pada tahun 1933 dan meninggal dunia pada 2009 ketika berumur 76 tahun.

Pemergiannya disebabkan sakit kuat yang dialaminya.

Semoga Allah s.,w.t. menempatkan beliau bersama-sama barisan para syuhada'. Ameen.

Sumber:
http://www.ikhwan-jor.com/
http://www.islamonline.net/livedialogue/english/Guestcv.asp?hGuestID=im7Rak

Tuesday, 9 June 2009

^^ Selamat Pengantin Baru's Week ^^

" Minggu ni balik sebab kenduri kahwin je ke ?" tanya Mak.

" A'ah. Tadi akad nikah Harma. Jumaat sampai Ahad kena tolong Kak Dija pulak", jelasku selepas balik dari akad nikah Harma. Akad nikah berlangsung selepas solat Isyak. Sempat juga berkumpul, kawan-kawan sekolah rendah dulu, kami ber5.

Sibuk + Teruja + Penat= ^_^ [ Ambil berkat, orang kata]
==================================

Majlis Akad Nikah Harma Nadiah & Rafiq

Harma & Hubby after nikah

My sekolah rendah's mate: (From left) Me, Ummul Khairiyah (the next bride-to-be), Fatihah Nosri, Harma Nadiah (the bride), Khaulah Ahmad Faridz & Asma' Jamal.
(Di rumah pengantin lelaki lepas akad nikah di surau)

=========================

Majlis Akad Nikah Kak Dija & Syuhaib

Alhamdulillah .. She's his now.

On the way home

The couple

Usrati Production a.k.a My Usrah Siblings with our beloved Naqibah "Kak Dija"

==============================

Thanks Kak Dija for allowing us to help you from the preparation till on the day its self. May the event is the success and the memorible one. Love you. May Allah s.w.t. bless both of you. Ameen.

For more stories on our experiences, may click on Afra's blog and Min's blog.

P/S: Tak larat nak download semua gambar kat blog. Boleh cek di Facebook for more pictures.

Friday, 29 May 2009

Islamic Media Award Competition 2009

Anda minat menulis? Anda minat berkarya? Mari beramai-ramai sertai
Tarikh: 30 Mei 2009 – 17 Julai 2009
Anjuran : Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)
Bersama
Jemaah Islah Malaysia (JIM)
Maklumat lanjut, Sila layari
Laman web penganjur: http://karisma.jim.org.my/