Saturday, 21 July 2007

Poligami... Suka atau tidak?


Sejak kebelakangan ini, saya asyik saja bertemu dengan entri mengenai poligami. Kebaikan berpoligami , Mari Berpoligami dan juga perkara-perkara yang sewaktu dengannya.Poligami? Bermimpi untuk berkahwin lebih dari satu?

Hakikatnya, lelaki begitu suka memperkatakan isu ini.

Saya bujang lagi. Bujang 3. Saya bujang time program.

Bukanlah saya terdiri daripada golongan yang mengharamkan atau menidakkan apa yang hak di dalam Qur’an. Cuma saya nak sahabat-sahabat berfikir benarkah diri kita ingin berpoligami? Sudah yakinkah kemampuan anda untuk membahagikan keadilan anda e.g kasih sayang anda kepada isteri-isteri anda sedangkan anda masih belum lagi merasai mencurahkan kasih sayang kepada seorang isteri (tidak berkahwin lagi maksud saya)?

Bagi kaum wanita pula, sudah pasti mereka mahu hak mereka dijaga dan dipelihara selepas berumah tangga. Maka tak hairanlah kalau mereka merasa takut dipinggirkan, suami tak sayang lagi.. ketika berbicara mengenai poligami. Mungkin inilah juga menyebabkan wujudnya sesetengah golongan yang berfahaman "1 Suami 1 Isteri".

Ini bukanlah persoalannya. Perlu diingatkan, wanita semua haruslah bersedia untuk berada dalam keadaan ini. Kita tidakkan tahu apakah bakal suami kita 10 tahun akan datang ingin berpasang lagi satu, 2 ataupun 3. Semuanya ketentuan Tuhan..Jadi janganlah kita sebagai wanita tidak langsung mempercayakan lelaki ataupun perkahwinan terus.

Oleh sebab itu, dalam kehidupan berkeluarga ini, perlulah ada Give and Take daripada kedua-dua pihak. Barulah consideration dapat memenuhi kedua-dua pihak. Suami dapat berkahwin lagi misalnya..dan isteri pertama mendapat hak-hak tertentu contohnya.Satu lagi persolan yang ingin ditimbulkan.

Apakah perlu perasaan anak-anak dipertimbangkan dalam soal berpoligami ini?Perlukah si Ayah menyatakan:

Ayah nak kahwin lagi..Boleh?

p/s: Sambungan- Bagaimana poligami di sudut anak-anak?

5 comments:

Azree MH said...

Hurm. Seperti yang pernah saya tulis di blog. Tidak semestinya lelaki yang suka poligami ingin berpoligami juga.

Harap ayat di atas sudah cukup memadai.

Menjawab persoalan seterusnya. Siapa yang boleh membahagikan kasih sayang kepada setiap isteri dengan tepat? Kasih sayang sifatnya subjektif.

Rasanya semua persoalan yang dikemukakan dalam entri ini telah saya jawab di blog lama saya. Harap sudi renung-renungkan.

Raihan Mustafa KamaL said...

Azree, saya nak stresskan ayat..

Sudah yakinkah kemampuan anda untuk membahagikan keadilan anda e.g kasih sayang anda kepada isteri-isteri anda sedangkan anda masih belum lagi merasai mencurahkan kasih sayang kepada seorang isteri (tidak berkahwin lagi maksud saya)?

Amiratun Nadhirah said...

salam,

janganlah cepat melatah wahai saudari....kenapa mesti lihat isu poligami dari sudut yang negatif?...mengapa tidak lihat dari sudut positifnya?...

pertama,sekiranya berpoligami kan dapat meringankan beban tanggungjawab menguruskan rumah,anak2 dan suami....dan jika salah seorangnya sakit kan ada isteri yang lagi satu boleh menguruskan rumah dan anak2,makn minum suami dan anak..?isteri yang sakit tak perlu bimbang tentang makan minum anak dan suaminya dan boleh berehat secukupnya...

tidak timbul soal suami tak sayang dan sebagainya...itu semua cuma mainan perasaan wanita yang dihasut syaitan dan nafsu...kasih sayang,cinta,bukan boleh diukur dengan sukat atau termometer...ianya tiada had,jadi mengapa harus bimbang sekiranya suami dah tak sayang?bukanlah bermaksud suami kahwin lagi satu suami tu tak sayang isteri pertama dia,sedangkan isteri pertama itulah yang paling lama bersama suami yang paling lama mengenali hati budi suami,yang telah bersusah senang bersama suami jadikan masakan seorang suami yang waras sanggup berubah kasih dan tidak lagi menyayangi isteri pertamanya?tanyalah mana2 lelaki pun di dalam dunia ini,tidak ada yang tidak sayang dan mahu meninggalkan isteri pertamanya.melainkanlah isteri tu teruk sangat ker lainlah cerita...

suami pun bila depa nak kahwin lagi pastilah ada sebabnya,mungkin suami kuat nafsu,atau isteri seorang tak cukup nak tolong suami yang mungkin kerjanya terlalu sibuk,jadi dia erlukan seorang isteri yg boleh tolong dia d tempat kerja dan seorang lg isteri untuk menjaga rumah dan anak2...

salahkah sekiranya suami nak kahwin lagi kerana sebab2 diatas?rezeki di tangan tuhan...tak perlu risau soal kalau dah kahwin dua nanti tak cukup makan,sekiranya perkahwinan itu Allah redha maka bertambah-tambahlah rezeki bagi keluarga yg berpoligami tersebut...

Saudari,saya pasti saudari ingin memperjuangkan islam bukan?jadi bagaimana saudari ingin memperjuangkan islam sekiranya nak berkongsi suami pun tak sanggup nak mengorbankan hati dan perasaan saudari?ingatlah bahawa suami itu bukan milik kita dan bukan matlamat kita.suami itu hanyalah alat menuju Allah SWT...dan sesungguhnya Allah itu maha membolak-balikkan hati2 manusia...

WA

maaflah sekiranya terkasar bahasa,sekadar memberi pendapat yg tak seberapa...disini ada link bagus untuk bacaan : www.ustaz.blogspot.com

Raihan Mustafa KamaL said...

Salam,

Kepada Amiratun Nadhirah,

Terima kasih kerana sudi memberi komen di entri ni walaupun sudah lama saya menulisnya di blog.

Bukan bermakna saya against poligami. Tidak. Ya, bila menyebut poligami, soal keadilan akan timbul.

Saya bukan berkata dari sudut seorang wanita atau pandangan biasa. Tapi dari sudut seorang anak yang bapanya berpoligami.

Alhamdulillah, baba saya seorang yang adil dan alhamdulillah Allah s.w.t mengurniakan famili besar kepada saya dan hidup aman dan bahagia bersama. Tetapi, bagaimana pula bagi mereka(anak-anak) yang terabai dek kerana bapa mereka berkahwin lagi?Ini yang saya maksudkan dalam entri saya ini.

Saya tidak mengharamkan poligami. Dalam Islam, adil itu sangat susah dalam segi kasih sayang. Hatta rasulullah s.a.w sendiri mengakui susah untuk adil dalam memberi kasih sayang kepada isteri-isternya. Tapi dalam Islam, konteks adil yang dimaksudkan termasuk jugalah harta dan nafkah.
Sekiranya ingin berpoligami, jika tidak dapat dibahagikan kasih sayang, soal harta jika dapat diberikan secara adil sudah cukup.

Semua jodoh dan maut di tangan Allah s.w.t Kita hanya mahu merancang. Dan tidak salah kita memandang poligami dari sudut berbeza supaya orang ramai tidak meyalahgunakan poligami itu sendiri.

Sekadar bekongsi. Nantikan buku yang akan saya tulis mengenai anak poligami.

Sekian, wassalam

Amiratun Nadhirah said...

salam,

maaflah sekiranya saya tersalah faham terhadap saudari...

berkenaaan anak yang diabaikan kerana ayahnya berpoligami,ini sudah nyata dan jelas bahawa ayah tersebut menzalimi anak2nya dan sudah pastinya ayah itu mendapat dosa.kerana itulah sebelum seseorang lelaki itu berhajat untuk berkahwin lagi,lelaki tersebut haruslah mempersiapkan dirinya dengan ilmu agama yang secukupnya.sekiranya tidak maka berlakulah kezaliman teradap isteri juga anak2nya.

tapi bagi saya,dr sudut positifnya anak2 mempunyai ramai ibu2 yang boleh menjaga dan adik2 yg boleh bermain bersamanya.sekiranya anak2 dididik dengan kefahaman agama dan bukan terpengaruh dengan masyarakat sekarang pastinya ayah yang bijaksana dapat membuat anaknya gembira mempunyai ibu yang ramai.yang paling penting ialah wajib setiap muslim mempelajari ilmu agama yang sahih dari al-quran dan as-sunnah serta mengamalkannya pasti tiada masalah baik dalam isu poligami atau lainnya

ya memang betul,dalam bab kasih sayang mmglah tidak boleh sama,hatta Rasululla SAW menyayangi Khadijah n Aisyah melebii yg lainnya.tetapi rasulullah tetap adil dalam sudut giliran dan nafkah.boleh lihat dalam sahih bukhari juga bulughul maram dlm bab nikah.

bagi saya setiap yang Allah halalkan itu terdapat baiknya dan setiap yang haram itu terdapat buruknya.tugas kita hanya buat apa yg diperintakan dan tinggal apa yg dilarang.

WA