Sunday 18 November 2007

Hakim Syariah Wanita Pertama


Semasa saya di Langkawi, sempat saya membaca keratan Akhbar mengenai “Perlis Lantik Hakim Shariah Pertama”.

Isu membenarkan perlantikan hakim wanita pertama di dalam institusi penghakiman syariah memang hangat menjadi perbualan dan perdebatan.

Isu ini ada dibincangkan di dalam kelas saya dalam subjek Islamic Legal System di UIA. Pokoknya, terdapat 3 pendapat ulama’ mengenai isu ini iaitu,

Pendapat Jumhur Ulama’(Shafi’e, Maliki & Hanbali)
Hukumnya haram wanita dilantik menjadi hakim.

Pendapat Hanafiah
Harus hukumnya melantik wanita menjadi hakim kecuali di dalam kes-kes hudud & qisas.

Pendapat Syaz Ibnu Jarir Attabari & Ibnu Hizam
Harus wanita menjadi hakim di dalam semua perkara termasuk hudud & qisas.

Prof Dr Zaleha, Dekan Fakulti Undang-Undang Ahmad Ibrahim pun ada menyatakan pendapatnya dalam Majalah Al-Islam dalam keluaran lepas (Oktober 2007 jika tak silap).

Antara point yang saya fikirkan releven untuk dikongsi ialah:-

1) Jika seorang wanita (lecturer) boleh mendidik seorang hakim syar'i takkan dia tak boleh menjadi seorang hakim?

2) Status Hakim sekarang dengan hakim dulu (semasa zaman Rasullulah) adalah berbeza. Ini kerana mengikut Administration of Islamic Law (Federal territories) Act 1993 s46(2)(a) dan (b) menyatakan ruang lingkup kuasa di bawah Mahkamah Syariah hanyalah perkara-perkara yang melibatkan undang-undang keluarga, harta dan sewaktu dengannya. Mahkamah juga tidak boleh mengenakan hukuman lebih daripada, penjara 3 tahun, denda RM 5000 atau 6 kali rotan.Dan ini jelas menunjukkan bahawa undang-undang Islam di Malaysia tidak menggunakan hukum Hudud.

Maka, menurut Prof, kita bolehlah mengikut pendapat Hanafiah di dalam membenarkan wanita menjadi hakim kecuali di dalam hukum hudud dan qisas. Dengan keadaan sekarang, adalah tidak mustahil wanita boleh ataupun sudah layak untuk menjadi hakim. Wanita sudah mampu untuk berdiri sama tinggi dan sama rendah dengan keadaan akademik yang sama rata.

Cuma, saya kurang bersetuju dengan tindakan Negeri Perlis ingin melantik Hakim Syariah Wanita yang masih muda umurnya. Menurut sumber, bakal hakim berkenaan adalah berusia dalam lingkungan 20-an.

Lantas membuat diri saya terfikir, adakah ini sudah cukup kredibilitinya untuk menjadi Hakim wanita pertama? Lainlah jika dia sudah berada di dalam dunia penghakiman untuk jangka masa yang lama. Rasanya, jika Malaysia mahu mengikut Pendapat Hanafiah dalam isu ini, perlulah diletakkan satu garis lurus yang ketat dalam melantik Hakim Shariah Wanita dalam memastikan undang-undang tak dipermain-mainkan dan diperkotak-katikkan serta tidak melanggar Hukum Tuhan.

3 comments:

Azree MH said...

Komen untuk point pertama.

Ada beza yang mengajar dengan yang diajar. Dan ada beza yang mengajar dengan yang melakukan.

Seorang lecturer yang mengajar business tidak semestinya dia pandai dan mampu untuk membuat bisnes. Dia cuma mampu dan pandai mengajar. Malah ada juga beberapa kenalan lecturer yang selepas pencen ingin berniaga tetapi dengan mudahnya kecundang.

Ini sekadar komen untuk point pertama yang kelihatannya sedikit lemah. Point lain boleh diterima pakai. Hehe.

Azree MH said...

Tapi boleh huraikan tak kenapa hanafiah meletakkan hukum harus wanita menjadi hakim kecuali kes hudud dan qisas?

Maklumlah kami yang membaca ini adalah orang awam, perlukan huraian dan penjelasan. :)

Raihan Mustafa KamaL said...

Terima kasih Azree di atas komen.

Sebenarnya wujud khilaf di antara para ulama' dalam isu "Pelantikan Hakim Wanita".

=> Pihak Jumhur
Mereka berpegang pada dalil
"Arrijalu qowwamuna 'ala nisa".

Mereka menta'wilkan ayat ini, bahawa lelaki adalah ketua dalam segala hal dan keadaan.

Maka, dengan ayat ini, pihak Jumhur berpendapat Wanita juga tidak boleh dilantik sebagai Hakim.

=> Pihak Hanafiah
Mereka juga berpegang dengan dalil yang sama.

Cuma dita'wilkan bahawa, maksud ayat ini ialah seorang lelaki adalah ketua di dalam institusi kekeluargaan bukan dalam perkara-perkara lain.

Sedangkan wanita juga diberikan hak menjadi saksi kecuali di dalam kes qisas dan hudud.

Oleh itu, Hanafiah berpendapat, Wanita boleh menjadi Hakim kerana wayat itu adalah hanya untuk institusi kekeluargaan dan wanita telah diberikan hak sebagai saksi kecuali di dalam kes Hudud & Qisas.

Rasanya boleh juga rujuk http://lailatulmawardah.blogspot.com/ untuk isu yang sama.