Thursday, 22 November 2007

Modal Insan Konon...

" Makcik nak tengok cerita ni pukul 9 malam"

" Kaklong, Peah nak tengok Spa Q"

Aku ikutkan saja permintaan insan-insan di rumah untuk melihat tv. Maklum sajalah cerita-cerita yang wajib ditontonku sudah dapat ku tonton sepanjang cutiku di rumah. Aku sudah puas jika dapat menonton berita dan rancangan Wanita Hari Ini. Kerna selebihnya waktuku, aku habiskan dengan berinternet, membaca dan memasak di dapur.


" Ish, cerita macam ni memang merosakkan masyarakat betul" Lancar saja mulutku berkata kepada adikku Peah & Pembantu Rumahku, Makcik semasa menonton Cerita Jelatang.

Adakah budaya ini di dalam Masyarakat kita sekarang? Yang muda mahukan yang tua? Bermain dengan hukum Tuhan dalam soal perkahwinan? Macam-macam. Tapi aku tabik juga cerita ini, kerana di akhir tayangan cerita ini ada diletakkan peringatan kepada semua penonton. Supaya cerita ini diambil iktibar. Tapi isunya, kalau penonton yang tidak menonton sampai ke akhir rancangan bagaimana? Terjaminkah mereka untuk tidak terpengaruh dengan ideologi yang telah diutarakan dalam cerita ini? Itu satu.

Keduanya, cerita Spa Q.. Adeh... Terus terang kukatakan.. " Macam apa punya cerita ". Isu lelaki tua yg ada mistress di luar. Adakah ini memang budaya masyarakat Melayu sekarang? Tolonglah. Sampai meluat rasanya nak melihat. Tiada pula tanda peringatan seperti dalam cerita Jelatang. Memang menyesatkan kepada sesiapa yang tidak dapat memproses moral value daripada cerita ini.


Usahlah mahu diikutkan cerita barat. Tidak boleh ke dibuat rancangan yang berunsur Islamik sedikit. Namanya pun Islam Hadari di Malaysia ni. Sepatutnya, rancangan-rancangan yang ditayangkan di tv juga perlulah menyahut seruan kerajaan tu. Berbekalkan Modal Insan. Di mana modal insan nya di dalam media? Sedangkan kita tahu, memang pengaruh media yang membentuk minda masyarakat kerana, media tidak boleh tidak memang akan digunakan oleh manusia sejagat.

Bukanlah saya inginkan program-program agama 24 jam semata untuk ditayangkan. Al-Kuliyyah dari pagi ke malam. Tetapi cerita-cerita yang ditayangkan perlulah kena dengan budaya masyarakat kita. Perlulah ada rancangan-rancangan yang dapat mendidik minda masyarakat dengan budaya kita. Kita perlulah berbangga dengan bangsa kita sendiri. Tak perlulah kita ingin mengagongkan budaya barat untuk menjadi sebuah masyarakat yang maju. Menghalalkan apa yang Allah kata tidak dalam hidup ini.

4 comments:

Ibnu Ali said...

Assalamualaikum

Memang banyak sebenarnya cerita-cerita yang merosakkan masyarakat di Malaysia.

Tpi yang peliknya setelah Islam hadhari Yyang memerintah, apa entah egenda perubahan yang telah berlaku. Terutama dalam sektor hiburan negara kita ni. Semakin rancak ade laa.

Berkenaan dgn citer2 ni, ntahlah, saya pun dah tiga tahun tak pulang. dah mcm2 cerita agak2nya.

Salam ukhuwwah.

Ibnu Ali
Cairo, Egypt.

HambaAllah Yang Memakmurkan said...

selepas Islam hadhari..makin rancak la hiburan. Maybe lepasni mereka nak popularkan Islam Hiburani kot?

(1st time tengok entry ni ingatkan ade banner baru ke ape dalam blog nih..)

Joey said...

hai...

saya suka tengok spa Q...

just for isi masa lapang..:)

Anonymous said...

tu belum dikira dengan drama2 yg diimport dari indonesia