Suatu petang dalam perjalanan pulang ke UIA dari berjalan di Carrefour Wangsa Maju.
Watak-watak: R = Rehan, P = Pakcik Teksi & A = Azwaa
=======================================================
R : Banyak ke pakcik dapat dalam sehari?
P : Ikutlah. Kadang-kadang RM25 sejam tengok kerajinan.
Bagus jugak pakcik ni detik aku. Usaha-usaha untuk cari rezeki. Aku complain jugak harga teksi yang mahal. Kadang-kadang xde nak pakai meter. Baru aku paham kenapa. Konsep 'Memberi dan menerima'.
P: Aku tolong ko korang tolonglah kami. Sbb tu selalunye kalau pakai meter pergi KL RM15. Kitorang minta RM20 tak pakai meter. Yelah nak pergi sane satu hal. Lepas dah hantar penumpang, kami nak cari rezeki lain pulak. Sebab tu mintak lebih sikit. Give and take take r dalam hidup. Aku senangkan keje korg korang senangkan keje aku.
Betul juga cakap pakcik ni. Yang aku tidak setuju.
P: Sekarang ni memang waktu sesak. (melihatkan jam nak magrib). Time2 canilah pakcik keje pas dlm 8 lebih setel hantar balik umalah. Nak hantar orang, Ngan traffic jam lagi.
R: Solat lagi kan pakcik.-mmg spontan je mulutku berkata.
P: Ish ni perli ke. Tulah kadang2 x sempat juga yelah sebab customer kan.Nak cari masjid dan surau pun susah.Biasalah tetinggal.
Susahke gertak hati aku? Aku boleh je cari surau untuk solat maghrib. Macam nak gile jugaklah. Masa tu, lepas balik wat shooting ngan Cik Su dan Aiman kat Shah Alam.
R: Bahaya tu pakcik.
P: Apa yang bahaya?
R: Yelah pakcik bahaya. Nadaku macam gelak.
P: Ko ckp ape yg bahaya?
Terkedu aku. Nada suara tinggi.
P: Ade kalo x solat kene saman? Ko ckp ngan aku?
R: Memanglah takde . Tapi...ni hukum Allah pakcik.
Aku diam je- Tengah fikir utk susun kata2. Tak terkeluar pulak.
P: Ko ckp sikit. Solat itu utk sapa.
R & A: Utk Allah
P: Allah tu ade kat mana?
A: Kat ‘Arash.
P: Itu Quran kate. Mana tuhan? Mana Allah?
Aku da mati akal. Apakah ayat mahu ku sambung. Azwaa dok senyap pulak. Agaknya tak puas hati ngan pakcik ni. Memang aku yang start borak ngan pakcik ni dari tambang teksi ke bab ni pulak dah co-incidently…
P: Ni aku nak bagitau. Allah ade dlm diri. Ko solat sebab ape? Hal ko hal kolah. Hal aku hal aku. Ko ckp sikit. Apa bahaya x solat?
R: Takde pakcik. Kadang2 bila kita solat ni, bila kita jaga hubungan ngan Allah, Insyallah Allah akan bantu kite. Mcam luaskan rezeki lagi. Kadang-kadang kita ni lupa bende ni sbb tu rezeki mcm x cukup2.
P: Memanglah. Abis ni aku tanye. Nape kalo kite doa sendiri, kita ckp tuhanku. Abistu bile ramai2 ckp tuhan kami. Ape tuhan tu tuhan korg je ke.
Aku susunkan bicara. Macamana ni. Dah nak panas teksi. Belum sempat nak jawab,
P: Satu lg, ko tau x org rumah aku wat doa selamat. Ajaklah dak2 masjid Xmo dtg sbb ape. Sbb aku x selalu solat kat masjid. Ingat dorg alim sgt ke.
R: Tu salah tu pakcik.
P: Yelah mcm diorg je alim. Ape ingat aku x p masjid selalu x solat jemaah aku hina lah.
Adakah begini masyarakat kita sekarang?
Terdiam seketika. Aku teringat usul fiqh yang aku belajar. Bab sunat. Ada 3 jenis sunat. Sunat muaakad, ghaira muaakad dan mufadholah. Solat jemaah terdiri drpd sunat muakkad. Utk sunat muakkad, disunatkan utk kita buat dan laksanakan. Tidak akan dosa jika tidak buat tapi akan dicerca dan dipandang hina oleh orang lain. Sunat ini tidak boleh diambil mudah sebab jarang rasullah tinggalkannya.
Aku terfikir juga betul juga apa yang berlaku dekat pakcik ni. Kerana die tidak pernah bersolat jemaah di surau mungkin itulah impaknya. Tak sampai hati pula nak cakap macam ni kat pakcik. Orang ni lain sikit. Kena tukar 'tune' sikit cara cakap.
R: Diorang tak patut wat macamtu pakcik. Patutnya, datanglah. Rasa diri alim dan lebih bagus dari org lain tak patutnya ada. Tapi itulah yang ada dalam masyarakat kita sekarang. Salah tu.
P: Kan aku kate.
Bila fikirkan balik, jika ramai antara pendakwah begini, macamana nak tarik madh'u’?
Legalah sikit pakcik tu mendengar hujahku. Mungkin dia merasakan apa yang dia katakan aku dah sokong. Tidak2.
Teksi diberhentikan- Azan maghrib dah.
R: Masjid UIA ada kat tengah pakcik.
P: Ala korg org pompuan x yah sibuk2 nak cr tempat solat. Korg kan senang kadang2 ade lampu merah.
Kalaulah uzur itu dikatakan as 'gift' sebab mani’ (halangan) untuk tidak melakukan amal ibadat kepada Allah macam solat, alangkah ceteknye ilmu pakcik ni.
Sesungguhnya wanita-wanita yang uzur pasti akan rasa rugi kalau tidak dapat bersolat, berdoa kepadanya. Melakukan perkara-perkara wajib seperti selalu.
Semoga pakcik ini memperoleh hidayah.
================
" Gile liberal pakcik tu. Gile. X penah aku jumpe org tu", baru Azwaa bersuara.
Selama ni aku dalam teksi yang dok melayan pakcik tu. Ko diam je pulak dah.
" Takpelah, at least hari ni kita jumpa orang macamni. Next time kalau jumpa lagi, kita dah tahu sikit cane nak deal. Betul tak?" balasku.