Khamis lepas saya berpeluang ke SUK untuk bertemu SU Sulit YB Rodziah merangkap Exco Kebajikan, Kebudayan, Sains & Inovasi & Masyarakat, En Zahariman Ariffin untuk perbincangan program karnival yang akan diadakan hujung bulan Disember 2008.
Melangkah ke Bangunan SUK membuatkan hati saya berdebar, maklumlah nak berjumpa dengan orang politik.
Tapi bila di sana, saya boleh rasakan satu aura yang berbeza. Sedang bermesyuarat dengan En Zahariman tiba-tiba,
"Assalamualaikum, perhatian kepada semua kakitangan pejabat SUK, kuliyyah zohor pada hari ini akan diadakan selepas zohor dengan tajuk ........"
Bagusnya..
PM Karnival, Farouk & En Zahariman, SU Sulit YB Rodziah
Kami ber3, Daya, Wani & Saya - lega selepas mendengar khabaran gembira.
Mesyuarat selesai kira-kira pukul 12.30 dan kami berempat pergi mencari lokasi yang sesuai untuk perbincangan lanjut di antara MT Karnival. Dan kami memilih di satu sudut di ruang legar.
" Eh menarik. Tak pernah tengok macamni.."
Kami ber3 agak sedikit terkejut seketika. Di ruang legar diletakkan banting-banting sikap-sikap mahmubah dalam memimpin. Bagusnyaa. Banyak term-term islamic yang digunakan.
Nak dipendekkan cerita, aura keislamikan dapat dirasai di pejabat SUK. Alangkah bagus jika satu negara macam ini juga tidak kira parti mana pun yang memerintah.
Menteri Besar Selangor
1 comment:
yup3
kita islamic country kerana kita amalkan islan, jangan nanti jadi islamic country sebab penduduk major with muslims.
Post a Comment