Wednesday, 29 April 2009

Penggubalan 2 Undang-Undang Konterversi Jemaah Menteri


-----------------------------
Salam,

Ingin saya respond,

"Kalo dulu- - Anak berumur bawah 18 tahun boleh bertukar agama kalau ibu bapa mereka pun bertukar agama

Sekarang- - Anak berumur bawah 18 tahun tetap harus kekal agamanya seperti ketika lahir dahulu walaupun ibu bapanya telah bertukar agama"

A12(4) of Federal Constitution (Undang-Undang Perlembagaan Malaysia)
menyatakan Agama seseorang yang berumur bawah 18 tahun boleh ditentukan oleh ibubapanya atau penjaganya.

Dalam kes Chang Ah Mee v Jabatan Agama Islam [2003], si ayah yang memeluk Islam menukarkan agama anaknya tanpa consent daripada si ibu (tidak memeluk ISlam). Mahkamah memutuskan penukaran agama si anak adalah tidak sah kerana tiada consent daripada kedua ibubapa. Mahkamah menterjemahkan A12(4) of Federal Constitution sebagai agama si anak di bawah 18 tahun ditentukan oleh kedua ibubapanya.

Lain pula dalam kes Shamala Sathiyaseelan v Dr Jeyaganesh C Mogarajch, di mana si ayah yang memeluk Islam diberi kebenaran untuk menukarkan agama anaknya kepada Islam walaupun si isteri tidak memberi kebenaran.

Jika undang-undang baru yang digubal kini, di mana anak berumur 18tahun tetap harus kekal dengan agama lamanya walaupun ibubapanya bertukar agama, ini seoalah-olah mencabuli undang-undang perlembagaan itu sendiri di bawah A12 of Federal Constitution iaitu di bawah hak pendidikan. Tidakkah ini menjadikan undang-undang baru itu tidak consistent dengan Federal Constitution di mana ibubapa punya hak mementukan agama si anak??.

Dan kita kena ingat, teori Supremacy of the Federal Constition by virtue of A4 of Federal Constitution dan A75 of Federal Constitution di mana inconsistancy of the law with the Federal Constitution will declared void and unconstitution.

Seterusnya..Ingin saya betulkan statement daripada Adik Marwan

"Kalo dulu- Apabila salah seorang daripada pasangan suami isteri muslim murtad, maka batallah perkahwinan mereka secara otomatik.

Sekarang- Apabila salah seorang daripada pasangan suami isteri muslim murtad, perkahwinan mereka tidak batal, malah pembatalan perkahwinan hendaklah dilakukan di Mahkamah Sivil."

To the best of my knowledge, Sebenarnya..

According to S4(3) of Law Reform (Marriage & Divorce) Act 1976, Sesuatu perkahwinan itu akan terbatal secara automatik if

a) by the death of one party/
b) order of the court of competent jurisdiction/
c) decree of nullity made by a court of competent jurisdiction

Jadi tiadalah istilah by conversion of one party either husband of wife, the marriage will automaticly dissolve.

Sebagai contoh, kita boleh merujuk ke kes Sinvanesan v Shymala, di mana court decided that conversion of one party tidak akan membatalkan sesuatu perkahwnan itu secara automatic. Party yang tidak convert boleh apply for the dissolution of marriage by virtue of S51 of Law Reform (Marriage & Divorce) Act 1976.

S51 of Law Reform ( Marriage & Divorce) Act 1976
memberi peluang kepada pasangan yang tidak memeluk Islam untuk membatalkan perkahwinannya sekiranya pasangannya memeluk Islam. Jika pasangan yang tidak memeluk Islam apply utk dissolve the marriage, barulah marriage akan terbatal, bukan secara automatik. Ingat bukan secara automatik. Jika tiada sebarang petition dikeluarkan, maka perkahwinan itu masih lagi wujud.

Walaubagaimanapun, S46(2) of Islamic Federal Law Act menyatakan, pasangan yang memeluk Islam boleh membuat petition untuk divorce di Mahkamah Syariah. Selalunya, jika si suami yang memeluk Islam, Pihak berkuasa selalunya Jabatan Agama Islam akan menghantar surat kepada si isteri yang tidak memeluk Islam untuk turut mengikut jejak langkah suaminya. Jika si Isteri enggan, maka perkahwinan ini akan dibatalkan oleh mahkamah syariah.

Ini dapat dilihat dalam kes Pedley v Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Walaubagaimanapun, bidang kuasa Syariah masih lagi terbatas. Terkini, Kadi tidak punya kuasa untuk membatalkan perkahwinan jika ia melibatkan conversion. Marriage only can be dissolve if it is accordance with S5 of Law Reform (Marriage & Divorce) Act 1976 sebagaimana dalam kes Ng Siew Pian v Abdul Wahid Bin Abu Hasan, Kadi Daerah Bukit Mertajam & Lain-Lain.

Kesimpulannya,

Sama sahaja situasi dulu dan sekarang. Dissolution of marriage by conversion will not have the automatic effect. Its require the petition from the non-converted party by virtue of S51 of Law Reform (Marriage & Divorce) Act 1976.

The marriage only can be dissolved by the High Court. Maybe right now, they are emphasing the law regarding on that matter sebab tu Adik Marwan tulis statement sepertimana di atas.

Sekian,Wassalam

** Reference = Statutes on Famiy Law Harun M. Hashim Law Centre IIUM

** Malaysia Federal Constitution

** My Class Note Family Law 1

Monday, 27 April 2009

Program ERAT 2009

Pertamanya, terima kasih kepada pihak penganjur sebab sudi menjemput saya sebagai moderater ke Program ERAT ini khususnya kepada Adik Min (yang dah baik merajuk dengannya) dan Tuan Pengarah ERAT, En Dhany Sarip. Terima kasih juga kepada Daya sebab bagi tumpangan dan terima kasih kepada semua sebab bagi tidur sana.
Program ERAT dibuat khusus kepada Adik-Adik Lepasan SPM 2008.

Forum: Persimpangan Cinta & Cita-Cita.

Bersama Ahli Panel : Kak Roha Hasan. Ummi Roses & Akhi Ahmad Fadli

Ummi Rose dengan ceritanya

Kesimpulan yang dapat diambil:-

1) Tiada simpang untuk keduanya. Ia perlu jalan seiring. Cuma kena utamakan yang penting dahulu. Diri kena jadi matang dahulu.

2) Dalam mengejar cinta insani, Cinta Agong jangan dilupa. Bila sudah dikecapi Cinta Agong, Insyaalah, Cita-Cita dan Cinta yang lain akan menyusul kemudian.

3) Tak salah bercinta. Kita perlu bercinta. Bercintalah pada Yang Hak.

Cinta Kepada Allah
Cinta Rasul
Cinta Ibubapa
Cinta Kepada Ummah
Cinta Kepada Kecemerlangan
Mari kita semua Cinta 5 Perkara
Cintailah

Saya sertakan gambar-gambar yang menarik untuk dikongsi bersama.

Adik Marwan dengan "Kegarangan" yang dibuat-buat

Pecahkan belon adik-adik ni..

Ganas gak adik-adik ni.. Penat dok keja nak pecahkan belon.

Muka penat jaga cekpoint ni...
Cekpoint nilah yang paling best. Dahlah menyebok je.Maaf ye Nik Afra' Pok Nik.

Friday, 24 April 2009

Sehari Di Pesta Buku 2009

Akhirnya, aku melangkah pergi seorang diri ke Pesta Buku. Best juga. Jalan sorang-sorang. Pusing kawasan pameran. Dan yang penting beli buku. Pusing beli. Pusing beli. Bahaya sungguh. Sedar-sedar, banyak juga aku beli. Nasib baik tak terlebih budget. Kat Langkawi pun tak banyak cani.

Buku-buku yang dibeli

Majalah yang dibeli
Berikut adalah senarai buku yang dibeli:-

1) Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna oleh Mohammad Lili Nur Aulia
--- Beli sebab nak tahu Kisah Hasan Al-Banna yang sememangnya hebat dalam dakwah. Ni ada dalam list nak beli.

2) Turki Negara 2 Wajah Pengkhianatan Ataturk Terhadap Dunia Islam oleh Dr Abdullah Azzam
--- Its remind me my assignment for Islamic World View Subject.Dan sememangnya aku sangat semangat bila bercerita mengenai Turki.

3)Belajar Dari 2 Umar oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz
--- Beli sebab nak bagi to my friend whom I think need to read this book since dia sekarang seorang pemimpin.

4) Bercinta sampai ke Syurga oleh Hasrizal Abdul Jamil
--- Beli sebab dah ada Buku Aku Terima Nikahnya. Yang ni memang ada dalam list.Kebetulan pulak, bila kali ke-2 pusing tiba-tiba nampak Ustaz Hasrizal, dapatlah signature dia. Bestlaa..

5) Hikmah Hati oleh Ustaz Maszlee Malik
--- Beli sebab Asma Orang Jordan dan Min, my usrah-mate kirim. Mula2 habis stok, tapi bila pergi gerai Alaf 21 di tingkat atas, nasib baik ada.

6) Novel Mikhail oleh Ramlee Awang Murshid
--- Dah kempunan nak baca novel dia. Cinta Sang Ratu semua dah habis. Sebab tu memang eager nak beli buku yang terbaru. Ni memang dalam list.

7) Novel Sungguh Aku Cinta oleh Anis Ayuni
--- Dah lama tak baca novel lagho. Astagfirullah. Takdelah buku ni pakej sekali ngan Novel Mikhail. Ambil jelaa..

8) Rona-Rona Cinta Damascus oleh Sheila Wani
--- Beli sebab terkenangkan Syria.

9) Satu Bulan 3 Bintang oleh Kak Ummu Hani Abu Hassan
--- Beli sebab menyokong Kak Ummu. Tapi dia takde tadi. Kalau x boleh amik tandatangan dia.

10) Majalah Asuh Bulan 5
--- Beli sebab terserempak Puan Jalilah Penolong Editor Anis yang jadi juri masa PILDACIL di UIA. Ada keluar laporan dalam Majalah Asuh.

11) Majalah
E@siswa Bulan 4 2009
--- Beli sebab ternampak muka yang sangat2 aku kenal. Cikgu Sejarah aku, Cikgu Raoup Dahlan.

12) Majalah Keluarga edisi Februari 2009
--- Beli sebab ada cerita eksklusif bonda Permaisuri Agong Tunku Zahirah.

13) Majalah Resepi Sajian Pengantin
--- Saja-saja beli sebab nak tengok apa yang best dan boleh dicuba. Tapi tadi, masa pembantu rumah aku dok belek2, dia kata " Ni untuk kenduri kaklong ke?" hahahha..

P/S:
** Bilalah nak baca semuanya ni?
** Besok pergi Rebutia untuk Program ERAT. Kena jadi moderater Forum Persimpangan Cinta & Cita-Cita. Tidur sanalah nampaknya. Boleh mandi sungai. =)

Thursday, 23 April 2009

Adakah Anda Rasa HOT? - Ditag oleh Siti Masleha CJ

Ok. This is my first entri in this cuti2 semester ni. Konon2 nak start engine utk update blog. hahaha. Jadi kita start with the leisure 1.

Adakah anda rasa anda HOT ??
Apa punya soalanlah. Kalau tgk defination yang CT bagi, "Oxford Dictionary Thesaurus & Wordpower Guide".

1. At or having a high temperature
Sekarang ni memang musim panas agaknya.

2. Producing a burning sensation when tasted
Tak makan pedas. Kalau makan pun, akan sakit perut.

3. Popular
Ini aku rasa.... tak terkata. Hahaha

Upload gambar kegemaran anda Kenapa anda suka gambar ini?
Ini gambar bumi Syria dr pandangan atas dalam Kapal terbang. Masa ni nak landing kat airport. Pasir jekan?? Aku suka gambar ni sebab mengingatkan aku susah duka nak mengembara mencari ilmu dan mencari diri di bumi An-Biya' ni. Banyak aku belajar kat sini.

Bila kali terakhir makan pizza?
Bulan lepas. Sekali ngan Azwaa ngan Shida. Sebab kempunan giler time tu.

Lagu terakhir anda dengar
We Will Not Go Down

Apa yang sedang anda buat selain dari buat tag ni?
Dok YM dengan Min. Sedang merajuk dengan dia sebab tak follow up aku untuk program Sabtu ni.

Selain nama anda sendiri, apakah lagi nama yang anda suka orang panggil anda?

Kaklong
: Adik beradik yang berderet memanggil aku.

Raihan: Nama panggilan skema oleh lecturer dan sesiapa yang baru mengenali aku

Hijjaz: Panggilan time program je. Dah lama sih tak dengar orang panggil.

Rehan: Sedara2. Kawan-kawan seperjuangan dari dulu sampailah sekarang.

Re-An: Kawan-kawan sekolah menengah

An-An: Ni dak MSCC ngan kekawan Baksis Sabah yang dok panggil aku. Konon2nya comellah diorang kate.haha

An : Kawan2 baik aku yang panggil aku. Especially 7 sekawan (Azwaa-Shida-Kak Su-Izzah-Siti-Salwa)

Rai: Ni glamor sikit. Kawan2 sekolah rendah dok panggil aku.

Raihana: Nama yang dipanggil di Syria especially Anisah Inayah (Sheikhah Talaqi Qur'an aku)

Kesimpulannya: Tak sangka, namaku yang berhuruf 6 pun, banyak panggilannya. Walau apapun panggilan aku sekarang, kalau jumpa kekawan sekolah rendah diorang sure panggil Rai. Kalau jumpa kawan MSCC, mesti diorg panggil An-An. So sume boleh diguna pakai kene tengok tempat dan siapakah gerangan yang memanggil nama hamba.huhu

Mahu Tag Siapa?

1. Min
2. Kak Dija Riza Atiq
3. Cik Tim
4. As
5. Nabil Abas

Wednesday, 22 April 2009

Alhamdulillah

Final Exam Dah Habis..
Program MRC dah Habis...

Nak menulis...
Nak wat Pie Tee..
Nak kemas barang2....
Nak pergi pesta buku...

Kena Buat Timeline for K-Media

Semualah nak buat....