Tuesday, 30 December 2008

Habis 1 yang besar

Forum: Apresisasi Budaya Berpaksikan Agama


Majlis Penutup: JK Pelaksana KKBK & YB Rodziah Ismail

4 Orang Kuat KKBK " Senyuman tanda lega"


My protegee: Hajar JK Protokol


Kami ber4


Bersama PM & Banting KKBK


Keratan Akhbar Sinar Harian 30 Disember 2008



* Kredit kepada semua komiti yang telah berjaya menjayakan karnival ini. Jumpa lagi di karnival akan datang tahun depan.

* Gambar upload sikit ajer..

Tuesday, 16 December 2008

Iklan : Karnival Kebudayaan: Belia & Komuniti

Next Week! 27 & 28 Disember 2008. Jom Ramai2!!

Sunday, 14 December 2008

14th Asean University Game

Lets the pictures talk..


Bersama MRC Safiyyah - Tengah tunggu turn utk masuk Stadium Bukit Jalil


Isi2. Ramaikan dak UIA? Semua yang hijau2 tu...


Kontigen Malaysia.. Malaysia Boleh!!!


Semua Atlet yang akan bertanding - macam semut laa pulak


Upacara Perasmian- Coordination yang hebat dari para sukarelawan


Bunga Api yang indah




Warna-Warni- Kemeriahan dirasai - Mawi-Zahid- Syafinaz pun ada



Me & Yam - Aim For the Hight!!

Mencari2 Bas- Me, Ikin & My

========
Sampai UIA pukul 12.30 malam

Saturday, 6 December 2008

Bukit Antarabangsa - Tort - Highland Tower


Kejadian Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa hari ini..


15 tahun lepas- Kejadian Tanah Runtuh di Highland Tower.


Bila dengar berita, terus terbayang Pakcik Johari and Family yang tinggal di Bukit Antarabangsa. Fortunately, they live far from the tempat kejadian. Menurut kata Nihlah tadi.


Bila dengar berita, terus terbayang kes Tort. Steven Phoa Loon v Highland Properties. Kes yang melibatkan penduduk Highland Towers dan pemaju perumahan, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Kerajaan Negeri, dan banyak lagi defendent termasuklah arkiteknya dan jurutera yang memberi statement untuk CF.


Tanah runtuh dijadikan alasan untuk menuntut hak.


Kecuaian arkitek yang mengukur tempat kejadian.


Negligent on the part of authory for ignoring and late respond to the complaint from the resident for the some of the small land slide before the collapse of Highland Tower.


Human Right's issues


Immunity of the local authority for the negligence they have done by virtue of S95(2) of the Street, Drainage and Buiding Act 1974. The sections provides that the State Authority, local authority and public officer or officer or employeee of the local authorit shall not be subject to any action, claim liabilities or demand what soever arising out of any building or other works carried out in accordance with the provision in this act.

Wednesday, 3 December 2008

Karnival Kebudayaan: Belia & Masyarakat

JOM ke Karnival Kebudayaan Belia & Komuniti! Sama-sama berhibur sambil berlibur di hujung minggu bersama-sama dengan mak, ayah, isteri, anak-anak, abang, kakak, adik, sanak saudara dan sahabat handai menghadiri karnival yang lengkap dengan pelbagai aktiviti yang menarik.

Mari Ramai-Ramai. Ke Arah Membudayakan Budaya Islami Dalam Masyarakat Selangor.

1) Budaya Permainan Warisan

2) Budaya Membaca Buku-Buku Ilmiah

3) Budaya Penulisan Rabbani

4) Budaya Bercerita Kisah-Kisah Islami Di Kalangan Kanak-Kanak

5) Budaya Hiburan Mendidik Jiwa

Monday, 1 December 2008

Kisah Apam

Pelik juga kenapa diri ni angau betul dengan Apam..hahha. Ni gara-gara teringat Apam Tapah. Dah lama tak balik kampung…huhu

2 minggu lepas, masa Wani baru datang dari Kuantan, malam tu juga buat apam dengan Wani sama-sama. Macam biasa ambil dari internet dan cuba.

Pelbagai teori yang Wani keluarkkan, tapi satu pun tak kena. Teori Apam Pecah lah, teori Apam Kat Kampung dialah. Aleh2 satu pun tak sama. Hehe. Anyway, buat apam ni pun first time. Konon-kononnya nak 'start engine’ sebelum kami berdua ber’camping’ buat kerja Karnival.


Sedap..tapi rasa telur terlebih..- My first apam


Lepas Wani balik, teringin nak buat apam lagi. Teringat dia kot. Maka mencari bahan dan menggunakan resepi lain pula. Tapi unfortunately, my apam turned to kuih lompang. Satu rumah dok gelak. Memang sabar.

Leceh jugak nak buat apam ni.

“ Apam ni ada rase. Tapi rupa dia macam kuih lompang” Mak kata dan gelak. Nasiblah mak.

Harini, nak cuba lagi buat. Tak puas hati. Cuba guna resepi lain pulak, tapi again it turned out jadi kuih lompang. Tapi yang ni lagi takde rase.

“ Macamane ni, dah ikut arahan dah”. Rungutku pada Makcik Karsiah.


Telefon Azwaa dan tanyakan ‘result’ yang baru keluar tadi. Alhamdulillah, my greds for A- meningkat. Tapi pointer menurun. Tapi Alhamdulillah, praised to Allah to give me the opportunity to learn and get what I should deserved. Azwa kata dia masak apam tadi untuk jamuan kat rumah dia. Alang-alang, minta lah resepi di saat diri memang kempunan apam tak jadi.

Azwa bagi resepi. Lagilah semangat. Petang tadi juga, pergi ke dapur buat kali ke-2 dalam 1 petang. Alhamdulillah, my apam jadi apam.

Gembira Akhirnya menjadi juga

Moral of the story:-

1) Dalam apa yang kita lakukan, kita kena sentiasa berusaha.

2) Gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selamanya. Selagi kita berfikiran positif, Insyaallah Allah akan bantu kita dalam apa jua cara.

3) Jika kita tidak tahu, kita kena bertanya.

4) Walaupun kita tak pernah buat sesuatu, bila kita kena buat sesuatu, kena buat betul-betul. Macam saya, bila first time nak buat apam, saya rujuk internet cari resepi daripada main masuk je apa-apa bahan.(walaupun tak jadi, at least cuba).

Macam ni juga bila kita berprogram, jangan letakkan di minda, ‘Program ini adalah first time buat, so biasa-biasa sudah”. At least kita cuba buat yang terbaik sehingga program itu menjadi. Jika kita tidak tahu, tanya dan banyakkan berfikir dan bijak dalam bertindak.


5) Bila penat bekerja, ruangkan masa untuk diri anda- memasak salah satu cara nak release what ever you want to release I guess.

Sunday, 30 November 2008

Baby Sitter

My last weekend, I have to babysit my parent's friend's chidren. They were 4 of them average age from 4 to 10 years old. They are all American and most probably will stay here in Malaysia for 3 to 4 years (I guess). Since their parent went shopping with Mak and Baba, we as the daughter felt honoured (honoured ke? itupun baba suruh) to bring them 'Jalan2'. It's like entertaining them rather than put them inside the house while waiting for their parents.

Fortunately I have Wani and Feah to accompany me. If me alone, I dont know what will be happened. Actually I have program on that weekend for Program Aulad form Friday to Sunday. But since my help and Wani only needed on Friday, we kindly free on the Saturday & Sunday.

Program Aulad di Cheras

All a board..


Abdi, Hannah, Minna & Salma

In Alamanda, bring them for lunch

Like Wani said " Asyik meeting je kita ni. Kat mana-mana boleh meeting. Ni meeting dengan budak-budak lak"

Putrajaya, prayed for Zohor - View the Lake Side - Played at the 'Ship' Playground

Macam kat Masjid Umawi pulak...huhu

Semua yang ada memandang Rombongan Cik Rehan ke Putrajaya



Mainlah puas-puas. Umar sakit perut pulak.

The most memoriable event I ever had. I havent babysit my own siblings.. i guess so..hahha. Its like a training u know. Tired. Very tired but we enjoyed. After attended for many meetings before for the carnival, its the time for me and Wani to release our mind from work (Walaupun seketika..ye Wani??)

Saturday, 22 November 2008

Satu Pagi di Pejabat SUK

Khamis lepas saya berpeluang ke SUK untuk bertemu SU Sulit YB Rodziah merangkap Exco Kebajikan, Kebudayan, Sains & Inovasi & Masyarakat, En Zahariman Ariffin untuk perbincangan program karnival yang akan diadakan hujung bulan Disember 2008.

Melangkah ke Bangunan SUK membuatkan hati saya berdebar, maklumlah nak berjumpa dengan orang politik.


Tapi bila di sana, saya boleh rasakan satu aura yang berbeza. Sedang bermesyuarat dengan En Zahariman tiba-tiba,


"Assalamualaikum, perhatian kepada semua kakitangan pejabat SUK, kuliyyah zohor pada hari ini akan diadakan selepas zohor dengan tajuk ........"

Bagusnya..

PM Karnival, Farouk & En Zahariman, SU Sulit YB Rodziah



Kami ber3, Daya, Wani & Saya - lega selepas mendengar khabaran gembira.


Mesyuarat selesai kira-kira pukul 12.30 dan kami berempat pergi mencari lokasi yang sesuai untuk perbincangan lanjut di antara MT Karnival. Dan kami memilih di satu sudut di ruang legar.


" Eh menarik. Tak pernah tengok macamni.."

Kami ber3 agak sedikit terkejut seketika. Di ruang legar diletakkan banting-banting sikap-sikap mahmubah dalam memimpin. Bagusnyaa. Banyak term-term islamic yang digunakan.



Nak dipendekkan cerita, aura keislamikan dapat dirasai di pejabat SUK. Alangkah bagus jika satu negara macam ini juga tidak kira parti mana pun yang memerintah.


Menteri Besar Selangor

Sunday, 16 November 2008

Selamat Pengantin Baru

15-11-2008
Kak Lisa ( My senior in SAMT Hisamuddin Kg Jawa )


The Bride with her sister, Mira (My junior in SAMBEST)

Thursday, 13 November 2008

Teksi Liberal


Suatu petang dalam perjalanan pulang ke UIA dari berjalan di Carrefour Wangsa Maju.

Watak-watak: R = Rehan, P = Pakcik Teksi & A = Azwaa
=======================================================
R : Banyak ke pakcik dapat dalam sehari?
P : Ikutlah. Kadang-kadang RM25 sejam tengok kerajinan.

Bagus jugak pakcik ni detik aku. Usaha-usaha untuk cari rezeki. Aku complain jugak harga teksi yang mahal. Kadang-kadang xde nak pakai meter. Baru aku paham kenapa. Konsep 'Memberi dan menerima'.

P: Aku tolong ko korang tolonglah kami. Sbb tu selalunye kalau pakai meter pergi KL RM15. Kitorang minta RM20 tak pakai meter. Yelah nak pergi sane satu hal. Lepas dah hantar penumpang, kami nak cari rezeki lain pulak. Sebab tu mintak lebih sikit. Give and take take r dalam hidup. Aku senangkan keje korg korang senangkan keje aku.


Betul juga cakap pakcik ni. Yang aku tidak setuju.


P: Sekarang ni memang waktu sesak. (melihatkan jam nak magrib). Time2 canilah pakcik keje pas dlm 8 lebih setel hantar balik umalah. Nak hantar orang, Ngan traffic jam lagi.

R: Solat lagi kan pakcik.-mmg spontan je mulutku berkata.

P: Ish ni perli ke. Tulah kadang2 x sempat juga yelah sebab customer kan.Nak cari masjid dan surau pun susah.Biasalah tetinggal.


Susahke gertak hati aku? Aku boleh je cari surau untuk solat maghrib. Macam nak gile jugaklah. Masa tu, lepas balik wat shooting ngan Cik Su dan Aiman kat Shah Alam.

R: Bahaya tu pakcik.
P: Apa yang bahaya?
R: Yelah pakcik bahaya. Nadaku macam gelak.
P: Ko ckp ape yg bahaya?


Terkedu aku. Nada suara tinggi.


P: Ade kalo x solat kene saman? Ko ckp ngan aku?
R: Memanglah takde . Tapi...ni hukum Allah pakcik.



Aku diam je- Tengah fikir utk susun kata2. Tak terkeluar pulak.


P: Ko ckp sikit. Solat itu utk sapa.
R & A: Utk Allah

P: Allah tu ade kat mana?
A: Kat ‘Arash.

P: Itu Quran kate. Mana tuhan? Mana Allah?

Aku da mati akal. Apakah ayat mahu ku sambung. Azwaa dok senyap pulak. Agaknya tak puas hati ngan pakcik ni. Memang aku yang start borak ngan pakcik ni dari tambang teksi ke bab ni pulak dah co-incidently…

P: Ni aku nak bagitau. Allah ade dlm diri. Ko solat sebab ape? Hal ko hal kolah. Hal aku hal aku. Ko ckp sikit. Apa bahaya x solat?

R: Takde pakcik. Kadang2 bila kita solat ni, bila kita jaga hubungan ngan Allah, Insyallah Allah akan bantu kite. Mcam luaskan rezeki lagi. Kadang-kadang kita ni lupa bende ni sbb tu rezeki mcm x cukup2.

P: Memanglah. Abis ni aku tanye. Nape kalo kite doa sendiri, kita ckp tuhanku. Abistu bile ramai2 ckp tuhan kami. Ape tuhan tu tuhan korg je ke.
Aku susunkan bicara. Macamana ni. Dah nak panas teksi. Belum sempat nak jawab,


P: Satu lg, ko tau x org rumah aku wat doa selamat. Ajaklah dak2 masjid Xmo dtg sbb ape. Sbb aku x selalu solat kat masjid. Ingat dorg alim sgt ke.

R: Tu salah tu pakcik.

P: Yelah mcm diorg je alim. Ape ingat aku x p masjid selalu x solat jemaah aku hina lah.


Adakah begini masyarakat kita sekarang?


Terdiam seketika. Aku teringat usul fiqh yang aku belajar. Bab sunat. Ada 3 jenis sunat. Sunat muaakad, ghaira muaakad dan mufadholah. Solat jemaah terdiri drpd sunat muakkad. Utk sunat muakkad, disunatkan utk kita buat dan laksanakan. Tidak akan dosa jika tidak buat tapi akan dicerca dan dipandang hina oleh orang lain. Sunat ini tidak boleh diambil mudah sebab jarang rasullah tinggalkannya.

Aku terfikir juga betul juga apa yang berlaku dekat pakcik ni. Kerana die tidak pernah bersolat jemaah di surau mungkin itulah impaknya. Tak sampai hati pula nak cakap macam ni kat pakcik. Orang ni lain sikit. Kena tukar 'tune' sikit cara cakap.

R: Diorang tak patut wat macamtu pakcik. Patutnya, datanglah. Rasa diri alim dan lebih bagus dari org lain tak patutnya ada. Tapi itulah yang ada dalam masyarakat kita sekarang. Salah tu.
P: Kan aku kate.

Bila fikirkan balik, jika ramai antara pendakwah begini, macamana nak tarik madh'u’?

Legalah sikit pakcik tu mendengar hujahku. Mungkin dia merasakan apa yang dia katakan aku dah sokong. Tidak2.


Teksi diberhentikan- Azan maghrib dah.

R: Masjid UIA ada kat tengah pakcik.

P: Ala korg org pompuan x yah sibuk2 nak cr tempat solat. Korg kan senang kadang2 ade lampu merah.

Kalaulah uzur itu dikatakan as 'gift' sebab mani’ (halangan) untuk tidak melakukan amal ibadat kepada Allah macam solat, alangkah ceteknye ilmu pakcik ni.

Sesungguhnya wanita-wanita yang uzur pasti akan rasa rugi kalau tidak dapat bersolat, berdoa kepadanya. Melakukan perkara-perkara wajib seperti selalu.

Semoga pakcik ini memperoleh hidayah.


================
" Gile liberal pakcik tu. Gile. X penah aku jumpe org tu", baru Azwaa bersuara.

Selama ni aku dalam teksi yang dok melayan pakcik tu. Ko diam je pulak dah.

" Takpelah, at least hari ni kita jumpa orang macamni. Next time kalau jumpa lagi, kita dah tahu sikit cane nak deal. Betul tak?" balasku.

Friday, 7 November 2008

2 Minutes

Sedar-sedar, dah hampir sebulan blog ini tidak ber'update' kerana kekangan masa dan tanggung jawab yang dipikul sehingga tidak sempat berkongsi pandangan dan idea mengenai apa yang berlaku sekarang.

Hari boleh dikatakan baru menghabiskan exam fasa ke-2 di mana 3 paper berturut (Usul Fiqh (Arabic) 1, Constitutional Law 1 dan Family Law 1). Exam seterusnya Islamic Criminal Law (Arabic) 1 pada hari Selasa ni yang memang mencabar.

Petang tadi memang cadang nak berikan hadiah untuk diri ini. Berehat seketika melihat perkataan-perkataan di nota. Pergi berjalan melihat apa yang ada di sekeliling. Keluar berdua dengan Azwaa.

Apa yang menarik hari ini?

1) Bertemu dengan seorang yang liberal tentang agama. Pakcik teksi. Memang tak sangka perbualan dari harga meter teksi boleh sampai ke bab solat. Memang menarik sampai dapat rasa kalaulah saya tak control arguement time tu alamatnya kene tinggal tepi jalan jelah. (Menarik kisahnya nanti saya kongsikan.)

2) Dan yang paling best- sedang melihat majalah pengantin, majalah contoh-contoh gubahan hantaran, tiba-tiba terpandang sebuah novel. Eh, takkan? Tidak!!! Terus diri meninggalkan Azwa yang sedang membelek majalah tu dan......
Waa..Sambungan Buku Cinta Sang Ratu. Buku baru Ramli Awang Mursyid yang memang dinantikan. Apalagi beli dan tak sabar nak baca jap lagi.(Nak jugak tu- release tension)

Cukuplah setakat ini untuk update. More interesting articles coming next after exam. Law article will be nice and interesting. =)

Wish me luck.

Wednesday, 1 October 2008

Salam Lebaran

Percubaan Pertama

Akhirnya... Selamat Hari Raya =)

Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan-rakan SIAB (Gen4), SAMTH Kg Jawa (200-2002), SAM Bestari (2003-2004), Madrasatul Hayaah 2004, Rakan seperjuangan di UIAM, MRC Safiyah, Sahabat Karisma, Sahabat MSCC 2005/2006, 2006/2007 & kepada semua yang mengenali diri ini.

Maaf jika tak sempat nak balas sms. Banyak sangat. =)

Semoga Ramadhan yang lalu memberi ruang dan peluang kepada kita untuk memotivasikan diri supaya lebih istiqamah dalam melakukan amal ibadat selepas ini. Insyaallah.

Jemputlah datang rumah.

Saya letakkan lagu "Hari Ini Hari Raya", lagu nasyid yang pernah saya nyanyi dengan rakan-rakan lain masa jamuan raya Darjah 3.=). Ayuh Hayati.

Sekian, Wassalam
-Raihan MK-

1 Oktober 2008

Sunday, 28 September 2008

Min Suwar (Tagging Case)

Entri ini ditulis bagi memenuhi permintaan. Menunggu juga ditag untuk entri ini sebab seronok dok baca dalam entri orang layan sampai x perasan diri sendiri ditag. (Bukan salah saya ye kepada org tu..die yg x kabo)
====================================

a) Answer the questions below, do a Google Image Search with your answer, take a picture from the 1st page of results, do it with minimal words of explanation

1) The age you'll be on your next birthday.




2. Place you want to travel to:



Nak Pi Makkah- Buat umrah



Masjid Umawi, Syria..Rindu nak lepak2 dgr kuliah min aimmah


Stanford University-

The place where I wish to complete my Master and PhD


3. Your favorite place:

Kampung


Library



4. Your favorite food:
Cheeses

Batoto


Roti

5. Your favorite pet:


Tetonggeng pulak dia...

Comelnye..

6. Favorite color combination:

Purple Pink

7. Favorite piece of clothing:


Senang dipakai dan disediakan..huhuhu

8. Your all time favorite song:


9. Favorite TV show:

CSI

The Practice

Rindu nak tgk tv show ni..


10. First name of your significant other/crush:


11. Which town do you live in:


Serdang, UPM

12. Your screen name/nickname:


I typed 'Rehan', .........

13. Your first job:


Student


14. Your dream job:

Arbitrator

15. One bad habit that you have:

' Kasl' Tetiba

16. Worst fear:


Mati

17: Things you'd like to do before you die:

Menyempurnakan tugas-tugasku sebagai hamba Allah

18. The 1st thing you'll buy if you get $1,000,000:

Bagi kepada yang memerlukan

19. Your husband/wife:


......................


b) Tag 5 people to do the same once you've finish answering every question

1) Tim

2)
Busyra

3)
Asma Hasanuddin

4)
Izzah

5)
Fizi Syria