Izzah SMS aku ketika aku sibuk memasak tempora untuk makan tengahari.
-Da dapat buku? Aku dah pos.
-Belum. Tunggu jelah. Harap sampai before aku p Syria. Nak bawak untuk kawan aku kat sana.
-Insyaallah dapatnye.
====================
Aku buka bungkusan pos laju.. Alhamdulillah laju juga pos laju Izzah pos semalam. Credit to you Izzah.
Aku membelek buku 'Aku Terima Nikahnya’ hasil tulisan tangan Ustaz Hasrizal. Aku mulakan bacaanku. Baru saja 2 3 bab pertama kubaca, aku tiba-tiba sebak. Nak nangis ada. Geram pun ada. Sampai buat aku terfikir betul ke aku ini. Kenapa aku sebak? Mungkin terfikirkan seorang sahabatku. Terus aku sms dengan Izzah.
- Aku bila baca ni tak sampai 2 3 bab lagi. Tapi aku sebak. Sebab aku teringatkan sahabat kita sorang tu.
– Tak pe, nanti kita bagi buku tu kat dia soh dia baca. Memang kena. Tapi kena cepatlaa..
–Aku nak p Syria kak oi. Ko bagi pinjamlah ko punya yer..huhuhu
-Yela2
===================
"Bila berbicara isu perkahwinan, janganlah kita terburu-buru dan jangan pula tergesa-gesa." Satu ayat yang kerapkali diulang oleh Ustaz Hasrizal dalam buku ini.
Jangan kata kamu nak kahwin sebab tak tahan nafsu. Sedangkan kamu nak berhubung dengannya pun beribu batu jauhnya. Nak saja saya tampar mukanya. Lainlah kalau kamu berdua itu satu tempat dan saling berjumpa. Dan tinggal to be atau tak aje.
Salah satu perenggan dalam buku ini. Memang aku geram. Bukan geram kepada diriku. Tetapi geram terfikirkan sahabatku tidak mahu mendengar kata-kata. Macam tuang air kat buntut kuali, mana boleh air nak bertakung pulak. [ Jadi Karam Singh Walia jap]
Memang sebijik apa yang aku dan kawan-kawanku nasihatkan kepada seorang temanku bila dia menimbulkan isu kahwin awal ini.
Disebabkan hal ini juga, kami sudah agak merenggangkan diri. Lantak kaulah. Aku sudah buat apa yang perlu. Kawan-kawanku yang lain juga begitu. Tak larat aku mahu berfikir untukmu lagi. Inikah balasan seorang sahabat? Kau kata kita sama. Sorry, seorang kawan adalah seorang yang berfikir untuk kawannya dan kawannya itu menghargai pengorbanannya. (Terkilan… tapi dah ok da. Cuma buku ni macam jadi pemangkin pulak. Nasiblaa..)
Aku berharap sangat buku ini dapat kau baca. Dan dapat mengubah persepsi kau kepada kami kawan-kawan kau. Kami sayangkan kau. Bukanlah kami memandang perkahwinan itu dari sudut negatif tapi dari sudut overall. Banyak benda kena fikir dan renungkan. Berkahwin bukan untuk sehari 2 saja. Peringatan untuk kita bersama.
Ingat jangan tergesa-gesa tapi jangan bertangguh-tangguh.
Oklah aku tak nak huraikan pasal buku ini dengan lebih lanjut. Kang kesian pulak kat orang sana tak baca lagi. [Orang sana faham-faham sendiri la ye...]
Yang pasti banyak pengajaran yang boleh kita dapat dengan baca buku ini. Bukanlah diri nak jiwang tetiba tapi…huhuhu. Kepada kawan-kawan, bacalah. Buku ini memang best. Tak rugi pun. Sebagai bekalan ok jugak. =)
Izzah, jangan lupa bagi buku tu kat dia.
6 comments:
salam'alayk,
hurm..nak komen..tp cam tersangkut..
" apabila kita dinasihati, janganlah lihat orang yang berkata, tetapi lihatlah apa yang dikata, dan apabila kita menasihati, ambillah apa yang kita katakan sebagai tamparan untuk diri kita"
Allah berfirman :
" wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu tidak lakukan apa yang kamu katakan"
begitulah amaranNya.
erm, berkenaan kawen awal ni byak pro n kontranya. berbalik kepada persediaan masing2. tak cukup sekafar cinta. cinta itu bahkan perlu hadir sebagai satu tanggungjwab bukan lagi sekadar perasaan.
tanggungjwab yang tertulis dalam syariat untk kita mencintainya (tentunya suami/isteri)seterusnya barulah kita manifestasikan cinta ke dalam bentuk perbuatan dan hubungan fizikal dan rohani.erm.cam kursus kawen plak jadinya..
ok, buat pembaca buku ustz hasrizal, saya sarankan agar isinya disebar2kan buat sahabat2 ya.=)
assalamualaikum kak...
bile nak wat buku baru?
salam.. saye xbace lagi buku ustaz hazrizal ni (tp saye bole agak kopt ape yg die tulis berdasarkan saifulislam.com yg saye bace selame ni). walaubagaimanepun, based on ape yg awak tulis nampak mcm kawen awal ni terlalu banyak sangat negatifnye berbanding positif..
boleh x awak huraikan ape negatifnye kawen awal? sbb saye xnampak pon kawen awal tu membawak masalah besar 'unless' kite xfaham matlamat perkahwinan yang sebenar..
satu lagi.. bagi saye, sbg kawan kite cume mampu menasihatkan kawan.. terime atau tidak itu hak die dan kite kene hormat selagi mane keputusan yg diambil tu xmelanggar hukum syara3..
sekadar pandangan.. wallahua3lam
Wassalam . Ye Tarmizi a.k.a Mataq.
Saya tidaklah menegetifkan Kahwin Awal.
But as u said " ..... sbb saye xnampak pon kawen awal tu membawak masalah besar 'unless' kite xfaham matlamat perkahwinan yang sebenar.."
salam..hi!!
sy pon rs nk beli buku tuh..mgkn sy lmbt tahu psl kewujudan buku nih..dah masok 2nd series dah kan..huhu
Post a Comment